Tajuk :
CINTA AS IN LOVE
“CINTA ARYA BINTI MOHD ZAMIR! BANGUN DAH
PUKUL 10! ANAK DARA APA TAK BANGUN-BANGUN LAGI NI?” jerit along kepada Cinta
Arya, Daim Arshad. Tak sampai 20 saat dari berlalunya jeritan berkumandang,
rumah dua tingkat itu bergema pula dengan bunyi hentakkan kaki.
“Along ni orang bukan selalu tidur
lama-lama. Hari nikan Ahad kasilah can dekat orang.” Kata Cinta sejurus mukanya
terpacul di dapur.
“Hah, memanglah tak selalu, tapi buruk
jugak perangai tu. Ni dah tercongak dekat meja makan ni dah mandi? Gosok gigi?”
tanya Daim sambil menghirup kopi’O kaw yang dibuat ayah terchinta.
“Confirmlah dah, ayah tengok along ni,
dengki sangat tengok orang malas-malas hari cuti. Ayah, bukan selalukan Cinta
malas-malas kan?” tanya Cinta kepada ayahnya. Zamir memandang anak ketiganya
itu. Kalah anak bongsu, manjanya bukan main. Tapi datang garang dia, Zamir
sendiri pun takut. Tapi betullah anaknya yang seorang ini bukan selalu
bermalas-malas. Jarang-jarang sangat.
“Bukan dengki, sakit mata, badan tu macam kena pam, lepas tu kamu buat
perangai tak semenggah tu, yang kena kutuk sapa? Ayah dengan aku tau. Cuba ikut
angah tu, kurus! Dah nak kahwin dah nanti.” Kata Daim tanpa tapisan. Cinta
menarik muncung. Biasa sudah dengan mulut laser Daim. Tapi alongnya itu
penyayang sebenarnya.
“Ei along ni! Apa along ingat orang tak ada
jodoh ke? InsyaAllah ada nanti. Along tu! Bising dekat orang, diri sendiri pun
tak ada calon. Takut sangat nak bercinta.” Ujar Cinta memeluk tubuh. Gaya macam
nak gaduh sangat.
“Biarlah aku nak kahwin bila. Aku lelaki.”
Ujar Daim membuat bodoh dengan muka merah Cinta. Marah sangatlah tu. Adiknya
itu pantang sebut pasal jantina.
“Apasal pulak! Kalau macam tu umur Cinta
30-an baru Cinta nak kahwin! Ei, tolonglah kahwin-kahwin ni tak ada kaitan
dengan jantina. Apa hebat sangat ke lelaki? Along tau kan tanpa wanita lelaki
tetap lemah!” Cinta dah mula bangun. Zamir turut bangun menenangkan anak
gadisnya itu.
“Cinta dah, dah la tu. Ye Cinta memang
rajin. Along tu jeles, dia bangun pagi ni ayah nampak dia nak keluar minum,
ayah panggil dia buat kerja dengan ayah. Dah Cinta.” Zamir mengusap-ngusap bahu
anaknya itu. Cinta dah melangkah ke arah Daim. Terbangun jugaklah Daim. Penakut
juga dengan Cinta ni.
“Hah along dah kenapa? Cinta nak pergi
ambik pinggan je. Penakut jugak ek along ni.” Usik Cinta sambil mencapai pingan
yang terletak di rak belakang alongnya.
“Bukan takutlah... hm.... hm... Lenguh kaki
duduk tu bangun tu.” Ujar Daim dengan tangan menggaru rambutnya.
“Hm... yelah tu along.” Cinta terus duduk
bersebelah ayahnya. Zamir tersenyum melihat telatah Cinta. Mujur tak mengamuk,
kalau mengamuk Daim sakit, dia pun sakit, payah nak suruh Cinta berhenti kalau
dah start mengamuk.
Cinta
melangkah dengan nafas tercungap-cungap, kononnya nak bawak Qaseh Alisha
shopping, sekali masuk mall, adik dia zupp sana zupp sini. Penat dia
mengekornya. Mujurlah adik, kalau tak dia tinggalkan je dekat mall ni.
Cinta duduk di sebuah kerusi berhadapan
kedai pakaian yang adiknya masuk. Penat. Biarlah Qaseh pilih puas-puas. Baru
dia masuk dan bayar. Dia bukannya kaya sangat. Lapan sembilan bulan sekali baru
dia bawa Qaseh beli baju. Adiknya baru berusia 14 tahun. Badan tengah berubah.
Memang haruslah dia bawa membeli baju. Lagipun along dengan angah pun bagi duit
untuk membeli keperluan adiknya itu.
Muka Cinta terasa basah. Nak kata hujan
dalam mall ni manalah nak datang hujannya. Berbumbungkan. Terus Cinta memandang
ke depan. Seorang kanak-kanak berumur dalam likungan 4 tahun, sedang dalam
posisi seakan-akan merangkak. Cinta pelik, tak akan dah besar macam tu still
merangkak, kot ye pun kenapa mak ayah dia biar?
Lepas tu mata dia terlihat tangan budak tu
sebelah kanan pegang cawan yang biasa kat Boat Noodle tu. Cinta
terangguk-angguk sendiri. Baru dapat proses apa yang berlaku. Mungkin budak tu
tengah berlari lepas tu terjatuh secara tak langsung tersimbah dia. Mungkin.
Si budak kecil tu dah berair mata, takutlah
tu. Cinta pun kalut sekali.
“Eh, akak tak marah pun. Meh sini meh, ada
luka tak?” tanya Cinta sambil meniup lutut si kecil. Kanak-kanak lelaki itu
menggeleng kepala.
“Sorry kakak...” kata si kecil perlahan.
“Its okay. Nama siapa ni?” tanya Cinta sambil
membantu si kecil duduk disebelahnya.
“Akiq.” Tangan menunjukkan angkat 4. Cinta
mengangguk-ngangguk.
“Oh... Akiq, nama akak Cinta. Akiq datang
dengan siapa?” tanya Cinta sambil membetulkan rambut Akiq.
Akiq memandang kiri dan kanan. Mungkin baru
tersedar yang penjaganya tak ada, terus Akiq meraung.
“Eh, jangan nangis Akiq, akak tolong Akiq
cari family Akiq ye...” pujuk Cinta.
“Akiq! Akiq! Muhamad Nur Syafiq!” laungan
kedengaran. Suara lelaki. Akiq yang galak menangis terus terdiam. Mata melilau
turut mencari mana suara itu.
“Papa Yan!!!” jerit suara kecil Akiq. Cinta
mendukung Akiq membantu si kecil mencari di mana suara itu.
“Ya Allah Akiq, kan papa cakap pegang
tangan papa Yan. Tengok apa dah jadi bila Akiq tak dengar kata. Mujur papa Yan
perasan Akiq tak ada tau!” Tubuh Akiq diambil lalu dipeluk erat. Pipi Akiq
dicium sepuas hati. Cinta terpaku melihat drama sebabak itu.
“Terima kasih cik! Terima kasih.” Ujar Papa
Yan itu. Cinta mengangguk dengan senyuman kecil. Handsome juga papa Yan Akiq
ni.
“Papa Yan, tadi Akiq tumpah air. Kena akak
Cinta. Papa Yan, Akiq sorry... Akiq tak sengaja.” Petah Akiq bercerita dengan
linangan air matanya.
“Ya Allah. Patutlah tudung akak ni basah.
Maaf cik. Boleh saya ganti tudung cik?” tanya Hann sambil meletakkan Akiq ke
bawah.
“Eh, tak apa. Bukan sengaja pun. Okaylah.
Saya pergi dulu, adik saya macam dah siap je. Akiq jangan lari-lari ye. Pegang
tangan papa Yan tu nanti hilang lagi.” Pesan Cinta. Akiq terus memeluk kaki
Cinta. Cinta melutut supaya sama paras dengan Akiq. Akiq memeluk dan dia terus
mencium pipi Cinta.
“Thank you kakak Cinta. I love you!” terus
pelukan dilepaskan dan Akiq berlari menyorok di belakang Hann. Hann ketawa
menggaru pipinya. Segan pun ada, mujurlah Akiq kecik lagi. Cinta yang terkesima
dengan perbuatan Akiq tersenyum manis.
“Bye Akiq, papa Yan.” Cinta berlalu masuk
ke dalam kedai pakaian di mana Qaseh setia menanti.
“Ayah! Ayah! Tadikan achik kena ngorat
dengan abang handsome. Adik nampak dari dalam kedai.” Bising mulut Qaseh
bercerita sebaik sahaja masuk ke rumah.
“Ye lah tu... Silap-silap yang kamu nampak
tu bangla dik.” Kata Daim yang terbaring menonton televisyen.
“Assalamualaikum... Qaseh ni salam tak bagi
terus cerita yang bukan-bukan. Dia melayu tapi tak adalah dia mengorat orang.
Anak sedara dia hilang, orang yang teman sampai budak kecik tu jumpa balik papa
Yan dia. Nasiblah Akiq tu comel. Tak rasa sia-sia kena simbah air.” Terang
Cinta.
“Waalaikumusalam. Patutlah tudung kamu ni
lain warna sebelum dan selepas pergi mall tu Cinta. Kena simbah air rupanya.”
Kata Zamir mengusik si anak.
“Huh, confirm lah dia tak mengorat kamu.
Aku yakin kalau handsome memang tak pandanglah kamu ni.” Kata Daim selamba.
“Ye... orang pun sedar diri. Yang along ni
tak sedar-sedar diri ke? Terbongkang tengah rumah. Buatnya jodoh datang,
tertengoklah perangai along yang buruk rupa ni.” Kata Cinta membalas bidasan
Daim. Ingat dia heran? Memang taklah...
“Eh biarlah! Pergi masak nasi goreng
sotong. Biar ayah rehat pula. Kamu duk tepi je. Aku tak kira aku nak kamu
masak!” kata Daim dengan senyuman jahatnya. Cinta tersenyum manis. Nak sangat
aku masak ye... kejap ye... kejap.
“Boleh je. Ayah duduk depan ni tengok tv
sekali tengokkan perangai anak ayah yang tak semenggah tu. Menyampah orang
tengok terkangkang macam tu.” Kata Cinta sambil berlalu ke dapur. Zamir
menggeleng kepala. Anak sulung dengan yang ketiga ni macam Tom & Jerry
berkelahi je. Bila seorang tak ada tahu pula dia mencari.
Tak sampai setengah jam, nasi goreng sotong
siap. Cinta siap menghantar sepinggan nasi goreng sotong yang terhias cantik
dekat alongnya. Daim menyambut dengan muka gembira.
“Sudu?” minta Daim yang matanya melekat di
nasi goreng.
Cinta kembali dengan pinggan ayahnya dan
sudu untuk along terchinta.
“Okay orang naik atas dulu. Selamat menjamu
selera.” Sekejap je Cinta hilang dari pandangan. Zamir sudah menikmati air
tangan anaknya itu. Sedap betul. Daim yang serba tak kena, melihat ayahnya
sedap menyuap nasi goreng ke mulut turut menyuap nasi goreng hasil adiknya itu.
“Uhuk! Uhuk! Pedasss! Cinta Arya!!!” jerit
Daim. Mukanya memerah menahan pedas. Patutlah manis je muka si Arya ni. Ada
udang disebalik mee!
Zamir tergelak kecil. Nasiblah. Siapa suruh
cari pasal Daim oit!
Cinta
melangkah masuk ke pejabat barunya. Seminggu lepas dia dapat email yang
mengatakan dia perlu bertukar cawangan. Nasiblah dekat dengan rumah, Cinta tak
kisahlah sangat.
“Assalamualaikum, selamat pagi saya Cinta
Arya. Hari ini saya perlu lapor diri kepada encik Aryan?” kata Cinta di meja
penyambut tetamu. Gadis bertudung biru itu menunjukkan ke sebuah bilik yang
paling dalam. Cinta mengucapkan terima kasih lalu melangkah ke bilik itu.
Cinta mengetuk pintu bilik encik Aryan itu.
“Masuk!” Kening Cinta terangkat. Macam
pernah dengar suara tu tapi dimana? Huh, apa-apa jelah Cinta.
Cinta melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Seorang lelaki berusia likungan 30-an sedang asyik menunduk menaip sesuatu di
tab miliknya. Cinta tercegat di depan meja itu. Yelah tak akan nak duduk
senang-senang. Bukan pejabat dia pun.
“Ehem!” dehem Cinta sekali. Tak ada tindak
balas.
“Er, encik Aryan?” panggil Cinta. Tak
tengok dia jugak. Asyik betul dengan tab tu. Tak boleh jadi ni.
“Assalamualaikum encik Aryan!” jerit Cinta
dekat betul dengan encik Aryan itu. Encik Aryan yang terkejut terus berdiri,
maka berlakulah perlanggaran di situ. Kepala encik Aryan terhantuk ke dagu
Cinta.
“Auch!” Cinta dah pegang dagu. Terasa darah
di dalam mulut. Sah dia tergigit hujung lidah. Mujurlah tak putus lidah aku,
getus Cinta dalam hati.
“Aduh! Sorry! Sumpah saya terlupa! Maaf.
Maaf! Cik okay?” tanya encik Aryan kepada Cinta yang kini terduduk di lantai
dengan muka menghadap ke lantai. Mengalir juga air mata Cinta menahan perit
dagu dan lidahnya.
Cinta mengisyarat tanda okay menggunakan
tangannya. Cinta bangun perlahan-lahan. Bergegar jugak kepala otak dia. Besi
apa kepala encik Aryan ni?
“Eh, awak?” encik Aryan menuding jari ke
arah Cinta. Berkerut-kerut dahi Cinta mencari siapa? Tak akan dia?
“Awak Cinta kan?” tanya encik Aryan lagi.
Siapa pulak encik Aryan ni?
“Saya ni Hann! Er... Papa Yan!” kata encik
Aryan a.k.a Hann a.k.a papa Yan. Mata Cinta membulat.
“Oh, papa Yan si Akiq! Sorry juga papa Yan
eh, encik Aryan. Saya pun tak sangka encik akan terkejut macam tu.”kata Cinta
sambil duduk dikerusi yang disediakan. Bukan duduk suka-suka, encik Aryan a.k.a
Hann ni yang suruh.
“Eh, tak apa. Panggil saya Hann je. Maaf
sekali lagi. Mulut awak luka ke?” tanya Hann apabila kelihatan darah di tepi
bibir Cinta.
“Sikit je. Its okay encik Hann. Ni fail
saya.” Cinta memberi fail peribadi dan surat rasmi pertukaran cawangan kepada
Hann. Hann meneliti fail tersebut.
“Hm... Okay Cinta Arya, tugas awak dekat
sini ialah menjadi pembantu saya. Bukanlah setiausaha tetapi pembantu saya
dalam menguruskan projek amal syarikat kita. Ada orang terangkan tak skop kerja
kita macam mana?” tanya Hann sambil memandang tepat ke wajah Cinta. Naik malu
Cinta dibuatnya.
“Er tak ada encik. Ni pertama kali saya
terlibat dengan projek amal syarikat kita. Team kita berapa orang ya encik?”
tanya Cinta sambil mengeluarkan buku nota dan pennya.
“Oh, okay, team kita ada 5 orang termasuk
saya dan awak. Untuk projek amal ni, syarikat memperuntukkan RM 500,000. So
kita kena cari beberapa tempat untuk sumbangkan dana ini. Mungkin rumah anak
yatim, fakir miskin dan orang yang memerlukan.” Hann bangun dari kerusinya
diikuti Cinta.
“Jom saya kenalkan dengan kesemua team
kita.” Hann berjalan keluar dari biliknya lalu pergi ke bahagian paling kiri
pejabat itu. Terdapat 4 meja pejabat yang digabungkan sekali.
“Okay, yang hujung sana, Said, yang tengah
menaip tu Wahid dan yang perempuan tu Isma.” Hann memperkenalkan semua yang berada
di situ. Isma bangun dan bersalaman dengan Cinta.
“Nama saya Cinta Arya boleh panggil Cinta
atau Arya. Harap semua boleh beri saya tunjuk ajar.” Kata Cinta dengan senyuman
manis.
“Untuk Cinta apa pun boleh.” Usik Wahid
sambil mengenyit mata. Said yang berdekatan dengan Wahid terus mengetuk kepala
Wahid dengan fail kosong.
“Dah mulalah tu si Wahid tu. Tak payah
layan sangat si Wahid tu Cinta. Dia yang paling tak betul dekat sini. Betul tak
encik?” tanya Isma kepada Hann. Hann mengangguk mengiyakan kata-kata
pekerjanya.
“Eleh,jeleslah tu. Paling tak betul pun tak
betul la yang penting paling handsome dekat sini.” Kata Wahid dengan muka
yakin. Cinta tergelak kecil.
“Hah, tak betul lah tu. Itu yang Cinta
gelak.” Sampuk Said. Wahid sudah masam mukanya.
“Er... encik Hann apa yang saya boleh mula
buat ya?” tanya Cinta cuba mengubah topik. Isma turut tergelak melihat gelagat
Cinta yang serba tak kena.
“Hahaha, ada fail atas meja awak tu. Awak
boleh la teliti pihak mana yang berpotensi menerima sumbangan kita.” Hann
menunjukkan meja Cinta dan berlalu pergi. Isma dengan mulut terlopong melangkah
ke meja Cinta.
“Eh, tadi encik Hann gelak ke? Ke akak
punya telinga tak servis lagi ni?” tanya Isma. Cinta memandang pelik wajah
Isma.
“Betullah dia gelak. Kenapa kak?”
“Dia tak pernah gelak tau. Dah dua bulan
akak kerja dekat sini. Si Wahid buat lawak bangang pun dia tak gelak. Pelik
akak. Tapi... Eh, biar jelah dia. Ni kenapa dengan dagu kamu tu Cinta? Macam
lebam je.” Tegur Isma. Ramah betul si Isma ni. Terus bahasakan diri dia kakak.
Entah-entah Cinta lagi tua. Tapi tak la kot, Cinta baru 23 tahun.
“Hah? Terhantuk tadi, eh pagi tadi. Hah,
okaylah kak, Cinta nak tengok list yang encik Hann kata tadi tu.” Pantas Cinta
membuka fail di depannya. Kalau dilayan kak Isma ni, nanti habis semua dia
ceritakan. Mulut bergerak lagi laju dari otak, memang selalu dia terlepas
cerita dan cakap. Bahaya, baik dia sibukkan diri.
“Cinta masuk bilik saya sekejap.” Panggil Hann.
“Habislah kau Cinta... Encik abang Hann dah
panggil.” Usik Wahid. Cinta menjengilkan mata. Dah sebulan dia bekerja di sini,
dah faham sangat dengan perangai kawan-kawan sekerja dia.
“Ya encik.” Kata Cinta sebaik sahaja dia
masuk selepas kebenaran Hann.
“Cinta, malam esok, family saya ada buat
majlis doa selamat sekali dengan jamuan hari jadi Akiq, boleh awak datang? Akiq
asyik tanya pasal awak.” Kata Hann sambil meramas-ramas tangannya. Entah kenapa
gementar pula rasanya.
“Er... malam ke encik...” Cinta mula
mencari idea nak tolak. Hah, tak boleh pergi sebab tak ada teman. Ayah tak
kasi, haah yes, ayah tak kasi.
“Awak boleh bawak family, please Cinta,
Akiq tu asyik sebut, kakak Cinta, kakak Cinta sebab saya terlepas cerita yang
awak kerja dengan saya.” Kata Hann. Ditayang muka kesian. Cinta melepaskan
keluhan.
“Okay. Hm.. pukul berapa ya encik? Saya
datang dengan angah dan adik saya.”
“Dalam jam 8 malam.” Kata Hann dengan muka
yang riang. Mesti Akiq suka! Akiq yang suka ke, papa Yan dia yang suka ni?
“Kakak Cinta!” jerit Akiq sambil meluru ke
arah Cinta. Cinta merendahkan dirinya.
Terus tubuh berisi Cinta dipeluk Akiq. Pipi
Cinta dicium mesra oleh Akiq. Macam dah lama kenal. Padahal baru jumpa sekali.
Cita Aqila angahnya Cinta ternganga. Pelik
juga, Cinta ni agak garang tapi nampak macam Akiq ni manja dengan adiknya.
Qaseh dah buat muka teruja apabila Hann datang mendekati mereka. Bak kata Qaseh
bakal abang ipar, tapi Cinta kata tak ada apa-apa.
“Datang juga kakak Cinta Akiq ni. Kalau
awak tak datang Cinta, habislah saya. Sebab saya dah kata awak confirm datang.”
Kata Hann dengan senyuman lebar.
“Ye ke? Sorry kakak lambat. Akiq dah potong
kek?” tanya Cinta kepada Akiq. Matanya tak lepas memandang Akiq. Comel betul
Akiq ni. Tetapi dia tak sedar mata papa Yan Akiq tak henti-henti memandang dia.
Tapi Qaseh perasan dari tadi dia berbisik-bisik dengan Cita. Tersenyum-senyum
mereka berdua.
Kepala Akiq menggeleng. Mulutnya tak
putus-putus tersenyum. Diheret tangan kakak Cintanya ke dalam.
“Manalah nak potong kek. Dia kata wajib
tunggu kakak Cinta dia.” Kata Hann sambil menggosok kepala anak saudaranya itu.
“Papa Yan! Rosak rambut Akiq.” Muncung
terus Akiq apabila rambut hensemnya dirosakkan oleh Hann. Baru tadi kakak Cinta
puji rambut dia hensem.
“Eh, janganlah merajuk. Akiq tetap
handsome. Akiq, Akiq nak tak hadiah ni?” tanya Cinta sambil mengeluarkan sebuah
kotak yang berbalut kertas hadiah dan sebekas kecil biskut coklat chip.
Akiq mengangguk laju. Tangan menyambut
huluran hadiah Cinta. Pipi Cinta sekali lagi mendapat habuan.
“Say what?”
“Thank you kakak!”
“Nah, ni pun untuk Akiq. Akak buat khas
untuk Akiq.” Kata Cinta. Akiq terus nak membuka bekas itu tetapi ditahan Cinta.
“Kita potong kek dulu ye. Kesian
kawan-kawan Akiq tunggu. Dah dekat jam 9 ni.” Kata Cinta sambil memimpin tangan
Akiq ke meja kek yang terletak di luar rumah.
“Ini ke kakak Cinta Akiq tu?” tanya seorang
wanita berusia likungan 30-an. Pastinya ibu Akiq. Disebelahnya ada seorang
wanita berusia 50-an yang ini mesti emak kepada encik Hann.
“Haah ibu! Nilah kakak Cinta. Dia memang
baik tau ibu. Dia tolong Akiq hari tu...” cerita Akiq. Cinta menyalami kakak
dan emak kepada encik Hann.
“Eh, tak adalah puan. Saya terjumpa Akiq
dalam mall tu je.” Cinta tersipu-sipu. Akid memeluk kaki Cinta. Sayang sangat
dengan kakak Cinta dia.
“Tak ada apanya. Terima kasih Cinta sebab
tolong tengokkan cucu mak cik sebelum Hann jumpa dia.” Kata Zamila ibunya Hann.
“Betul tu. Terima kasihlah tolong tengokkan
anak akak hari tu.” Tambah Dahlia kakaknya Hann.
“Eh, tak ada apalah puan, sesiapa pun akan
tolong Akiq. Dia kan comel, bijak pula tu.” Kata Cinta sambil mencuit pipi
Akiq.
“Bukan comel! Handsome la kak Cinta!”
muncung Akiq mula kelihatan. Pantang sungguh orang puji dia selain handsome.
“Okay, okay, handsome! Cepatlah potong kek
Akiq, kawan-kawan tunggu tu.” Gesa Cinta apabila dua tiga orang kanak-kanak
sudah menguap. Akiq menarik tangan kakak Cintanya.
“Eh, Akiq potonglah kek dengan mama Akiq.”
Kata Cinta.
“Tak apalah Cinta, potong je kek tu dengan
Akiq. Dah beria-ria akak tengok dia tarik tangan Cinta tu.” Ujar Dahlia. Cinta
dengan perasaan serba salah mengikut sahaja. Akiq dengan riangnya memotong kek
bersama Cinta. Siap cium pipi Cinta seusai kek di potong.
“Sayangnya Akiq dengan kakak Cinta. Papa
Yan?” ujar Hann sedikit cemburu. Cemburu dengan Cinta ke Akiq si Hann ni?
“Akiq love kak Cinta. Kak Cinta cantik,
baik pulak tu!” ujar Akiq yang masih setia di sisi heroinnya itu. Cinta
tergelak kecik.
“Kak Cinta pun love Akiq.” Balas Cinta.
Muka Hann mula berubah. Aik, betul-betul cemburu Hann ni...
“Ehem, masamnya muka abang ni?” usik Qaseh
dalam nada berbisik. Cita yang setia di sisi adiknya mencubit Qaseh apabila
Hann menjeling mereka berdua. Qaseh ketawa kesukaan apabila melihat reaksi
Hann.
“Kenapa Qaseh?” tanya Cinta yang pelik
dengan adiknya itu.
“Tak ada apalah achik. Macam kamu tak tau
Qaseh ni. Nyamuk gigit pun jadi gelak dia ni.” Kata Cita cuba menutup perbuatan
Qaseh. Dia pun gerun kalau Cinta naik angin di sini. Bukan boleh percaya sangat
angin si Cinta ni. Bahaya.
Seusai makan Cinta mengajak Cita dan Qaseh
pulang. Akiq yang sudah keletihan sedaya upaya menahan Cinta pulang. Nak tak
nak, Cinta terpaksa menunggu si kecil tidur.
Jam sudah hampir 11 malam barulah Cinta
boleh beredar. Mujur Qaseh cuti keesokkan harinya. Dia pun cuti, yelah esokkan
Sabtu, office dia cuti Sabtu Ahad. Untung betul kerja dengan syarikat dia ni.
Banyak kelebihan.
“Cinta, sekejap!” panggil Hann dalam nada
separuh berbisik. Qaseh dan Cita dan jeling menjeling sambil tersenyum suka.
“Kejap tau angah, Qaseh, orang pergi jumpa
bos kejap.” Kata Cinta sambil menyerahkan kunci kereta kepada angahnya.
“Jangan lama-lama. Takut ada yang ketiga.”
Usik Qaseh. Cita menyambut dengan ketawa yang kuat. Terangkat bahu Cinta,
terkejut dengan ketawa yang tiba-tiba itu. Takut pula dia tengok kakak dan
adiknya, ketiga apanya? Hantu ke? Aish, mintak simpang!
“Ye encik Hann, kenapa ya?” tanya Cinta
yang gelisah. Takut jugak yang ketiga tu muncul.
“Er.... Erm... Er...” Hann menggaru-garu
kepala. Ada seekor kumbang hitam melekat dibahu Hann. Cinta yang sememangnya
ketakutan itu menepuk kuat bahu Hann.
“Oit! Kau aku kita!” melatah Hann menahan
rasa peranjatnya itu.
“Sorry encik Hann. Tadi ada kumbang
besarrrr warna hitam!” kata Cinta dengan muka bersalah.
“Hah? Eh, its okay. By the way terima kasih
datang majlis Akiq. Er... itu jelah kot. Bye.” Hann dengan muka memerah terus
berlari masuk ke rumah. Adohai macam mana boleh melatah pulak! Tak pernah
dibuatnya!
“Hah? Bye encik Hann.” Balas Cinta. Pelik
betul bos dia ni. Kenapa ye? Yang ketiga dah muncul ke? Oh tidak! Berlari Cinta
ke keretanya.
“Cinta masuk bilik saya sekejap!” arah
Hann. Cinta yang asyik menaip terhenti kerjanya.
“Ye encik Hann?”
“Buatkan saya kopi secawan.” Matanya tetap
memandang skrin komputer. Cinta membuat muka. Geram pula. Hann tersenyum
apabila terlihat gelagat Cinta.
Tak sampai 10 minit Cinta membawa masuk
secawan kopi pekat. Sebelum masuk sempat dia menarik nafas panjang. Takut
termarah bos sendiri.
“Ni kopinya encik. Ada apa-apa yang boleh
saya bantu lagi?” tanya Cinta dengan muka yang dimaniskan. Dah kelat habis
perasaannya ketika ini. Mana taknya, dah dekat dua minggu dia asyik kena kerah
oleh Hann. Kerja remeh macam ni asyik dia je yang kena. Menyampah pula rasanya.
“Tak ada apa. Awak boleh keluar.”
“Okay terima kasih.” Cinta melangkah
keluar.
Tak sampai sejam Hann dan bersedia nak memanggil
Cinta. Entah kenapa dia asyik nak menatap wajah si gadis itu. Rindu? Suka?
Er... cinta? Entahlah.
“Cinta masuk bilik saya sekejap.” Arah Hann
sekali lagi.
“Ye encik Hann ada apa-apa yang boleh saya
bantu?” sedikit tinggi nada suara Cinta.
“Er... entah terlupa pulak.” Hann tayang
sengih.
“Ya Allah, berikan lah aku kekuatan!” doa
Cinta sekuat hati seraya keluar dari bilik itu. Hann ketawa seorang diri di
dalam bilik. Comel pulak dia tengok Cinta ni.
‘Marah?’ – Mr Senget
‘Eh mana ada en Hann!X marah pun...’ –
Cinta
‘Tu doa kuat2 perli sy ke?’ – Mr Senget
‘Nope. Saja doa kuat2, org lain boleh ikut
doa skli.’ – Cinta
‘Lain kali doa tu kuat lg. Sy pun nk tumpg
sama.’ – Mr Senget
Tiba-tiba je Hann hantar whatsapp kepada
Cinta. Cinta cuak sekejap. Dibuatnya Encik Hann dia terasa hati, habis gaji
kena potong. En Hann dia ni main kasar pulak, perli-perli ye... Tak apa, tak
apa, ada hari aku balas >_< Er... En Hann dia? Ohmai...
Hann di dalam biliknya, ketawa besar.
Macam-macam akal si Cinta ni.
“Kamu ni bosan sangat ke Cinta?” tanya
Daim. Dia duduk bersandar ke kaki adiknya yang duduk disofa. Tangan Cinta asyik
mengikat rambutnya bertocang-tocang.
“Sekali sekala. Geram tengok rambut along
yang panjang macam perempuan. Duduk diamlah! Karang sakit marah orang.” Rungut
Cinta bila Daim asyik bergerak.
“Eiii budak ni! Dahlah main kepala orang.
Picit terus ye, dah ikat-ikat rambut tu.” Suruh Daim sambil melelapkan mata.
Cinta dengan mulut yang dimuncungkan terus memicit kepala alongnya. Sekali
sekala bermanja, kalau tak asyik nak gaduh je.
Melihat Daim yang lena, muncul satu idea
nakal. Cinta menahan gelak. Telefon pintarnya diambil. Ditekan symbol camera
berwarna keungguan itu.
‘Clik!’ jari pantas menaip sesuatu lalu
ditekan ‘your story’
‘My Along lena after scalp massage from me.
Comey tak along saya. Look at his hair!!! >_<’ gambar Daim yang lena
dengan mulut ternganga diuploadnya. Kalaulah Daim tahu. Dengan rambut bertocang
dia tu! Memang Cinta cari pasal.
“Jangan marah along. Well sekali sekala
orang balas balik pembulian along. You so comel la along. Ngee geram!” terus
dicubit pipi alongnya. Daim terus terduduk tegak. Terkejut dan sakit.
“Sakitlah! Kamu ni!” Baru saja Daim nak
balas cubitan Cinta, Cinta dah lari naik ke bilik.
“Hei! Cinta Arya!!! Apasal kamu post gambar
aku kat insta story ni weih?!” jeritan Daim bergema di dalam rumah itu. Cinta
ketawa terbahak-bahak.
“Gelak ye... aku ada telefon kamu ni... Eh
Mr Senget mesej...” kata Daim di depan pintu bilik Cinta.
“Adomak! Lupa telefon! Alaaaaa...” rungut
Cinta di dalam bilik. Nak keluar ambik ke tak? Nak keluar ke tak? En Hann mesej
pulak tu!
“Kalau aku call dia pun okay kan Cinta?
Kesian dia tunggu kamu balas balik.” Ujar Daim dengan suara dalam. Konon-konon
suara jahat.
“Hm... Mr Senget... call. Buat loud
speakerlah!” Cinta masih mendiamkan diri. Mesti along dia tak berani.
“Hello, assalamualaikum. Ya Cinta?” adomak!
Betul-betul suara encik bos! Cinta terus bukak pintu dan merampas telefonnya.
Tak sempat nak masuk bilik kembali, Daim sempat memegang tangannya.
“Waalaikumusalam. Er... tercall sorry.”
Terus panggilan itu dimatikan. Tangan menghempuk-hempuk badan Daim.
“Tu bos orang tau tak!” marah Cinta. Daim
dah terduduk menahan pukulan adiknya.
“Manalah aku tau. Ingat kawan kamu tu yang
save Mr Senget. Sakitlah! Adoi! Ayah tolong!” jerit Daim meminta pertolongan
Zamir.
Ternganga Zamir. Okay Cinta dah naik hantu.
Erm...
“Maaf ayah tak berani nak tolong.
Bertahanlah anakku!” Zamir menghilangkan diri ke dalam bilik.
Cinta mengintai-ngintai ruangan pejabat
itu. Masih segan. Pandai-pandai sahaja Daim menelefon encik Hann. Malu dia.
Kosong. Cinta mengurut dada. Memang dia sengaja datang awal. Tak nak
terserempak dengan encik Hann.
“Ehem, ehem!” dehem suara yang sudah sebati
dengan dirinya. Muka Cinta memerah.
“Mengintai siapa tu?” bisik suara itu.
“Ha... Er... Mengintai er... Eh, mana ada
mengintai! Ingat nak kejutkan orang!” Cinta berdalih. Dia terdiam menunduk, tak
menoleh melihat Hann. Malu teramat. Muka sudah memerah.
“Oh, tak nak masuk ke?” tanya Hann. Dia pun
turut mengintai ke ruangan pejabat itu. Ada apa?
“Hah? Nak masuk la ni. Encik Hann masuklah
dulu.” Ujar Cinta sambil membetulkan tudungnya.
“Huh? O...kay.” Hann berjalan di depan
Cinta. Dikerling wajah Cinta. Memerah. Malu ke? Kenapa ye?
“Er... Encik Hann! Sorry semalam salah
nombor.” Kata Cinta dengan suara perlahan.
“Oh... salah nombor.” Ujar Hann. Bagaikan
kecewa. Cinta melihat wajah bosnya. Kecewa kenapa?
“Erm... okay saya buat kerja dulu.” Cinta
pantas ke mejanya. Hann melihat gadis itu. Hm... nasiblah orang macam tak suka
dengan dia.
Daim pergi ke meja penyambut tetamu. Malas
betul nak datang pejabat Cinta ni. Buat sebab, dia tengah cuti dan Cinta memang
perlukan fail itu, itu yang datang jugak.
“Er,selamat pagi, saya nak jumpa dengan cik
Cinta Arya.” Kata Daim dengan muka kejung. Serius sangat. Nampak dia tak rela
datang pejabat Cinta ni.
“Oh, Cinta ya, encik jalan je sampai dalam
sana tu.” Ujar si gadis dengan muka takut-takut. Macam gangster sahaja gaya si
Daim ni.
“Cinta!” kuat suara Daim memanggil adiknya.
“Cinta hoi!” sahut Isma yang terkejut.
Cinta terus berdiri dan mendekati Daim.
“Sorry kak. Kejap ye.” Ujar Cinta. Hann
memerhati sahaja tindak tanduk Cinta dan lelaki yang dia tidak kenali.
“Along malulah orang!” cubit Cinta.
“Aku dah tolong ni pun kira okay tau. Nah,
aku nak balik ni.” Fail yang dibawa diserah kepada Cinta.
“Thank you, baru ingat nak belanja makan
sebab tolong hantar.”
“Makan? Nak nak! Lambat lagi ke?” tanya
Daim.
“Tak lama lagi. Dalam 15 minit. Along
tunggu dekat restoran depan sana tu dulu. Kejap lagi orang sampai.” Kata Cinta.
Daim mengangguk faham.
“Cinta jom lunch sekali.” Ajak Hann. Cinta
serba salah.
“Saya dah janji dengan orang. Sorry encik
Hann.” Cinta menayang muka bersalah. Hann mengeluh. Tahu Cinta janji nak lunch
dengan mamat tadi tu.
“Nak buat macam mana. Enjoy your lunch.” Kata
Hann dengan nada tak bermaya. Terus dia masuk ke biliknya semula. Cinta yang
rasa bersalah. Dua tiga kali jugalah dia menoleh ke bilik Hann.
Cinta seronok berborak dengan Daim. Jarang-jarang
dia nak berborak elok-elok dengan alongnya. Asyik-asyik bergaduh. Dalam tak
sedar, ada sepasang mata memerhatikan gerak-geri Cinta dengan Daim.
Hann makan hati melihat Cinta dan lelaki
yang tidak dikenalinya makan sambil bertepuk tampar.
“Along lepas orang up gambar along dalam
insta story, kawan orang yang Ikin tu komen, comel abang kau Cinta.” Cerita Cinta
dengan kening terangkat-angkat. Mengusik orang memang best! Habuan dia pun
best!
“Adoi! Sakitlah!” terjerit Cinta menahan
cubitan bisa alongnya. Terbangun Hann mendengar jeritan Cinta. Hann yang terasa
nak jadi hero tolak tubuh Daim hingga dia terjatuh dari kerusi. Ditumbuk wajah
itu. Sekali lagi Cinta terjerit.
“Along!” Hann yang baru nak hadiahkan
sebiji lagi penumbuk terhenti. A...long?
“So sorry along!” ujar Hann. Mana dia tau
tu along Cinta.
“Along kau! Bila aku jadi along kau? Panggil
aku Daim.” Kata Daim sambil menuam pipi menggunakan ais yang diminta dari kedai
makan itu. Lebam okay! Sakit gila!
“Er... sorry Daim. Saya tak tahu awak along
Cinta. Ingat awak pukul dia.” Kata Hann dengan kepala tertunduk.
Cinta yang memandang mereka berdua tergelak
besar. Kuat sampai semua orang memandang mereka. Daim menyiku adiknya menyuruh
diam. Malu kena tumbuk satu, malu sebab Cinta gelak kuat satu. Tak reti cover
betul adiknya yang seorang ini.
“Sorry, tak tahan nak gelak... hehehe
kelakar tengok along dengan encik Hann. Nasib baik along tak balas. Kalau dua-dua
bertumbuk, Cinta lari balik office biar je korang berdua bergaduh-gaduh manja.”
Kata Cinta dengan ketawa yang masih bersisa.
Hann terkebil-kebil melihat Cinta. Daim dah
ikut ketawa. Melihat Hann terkebil-kebil makin kuat ketawa mereka.
“Daim, er... aku... kalau aku...” Hann
menggaru-garu kepalanya. Mujur Cinta dah masuk ke dalam pejabat
“Apa?” sergah Daim. Dia dahlah sakit pipi,
nak melayan orang yang tumbuk dia lagi.
“Kalau aku pinang Cinta awak rasa okay tak?”
tanya Hann senafas. Daim ternganga.
“You say what?”
Cinta asyik melihat langit. Bintang malam
ni banyak betul. Telefonnya berdering. Cinta pantas menyuruh Qaseh menjawabkan.
Qaseh dengan bijaknya membuat loud speaker.
“Assalamualaikum. Tengah buat apa tu?”
tanya suara yang dia rindu. Tak lama esok dia menjadi hak milik lelaki itu.
“Waalaikumusalam tunggu inai kering. Awak?”
“Awak apanya? Abang. Tengah rindu.” Kata-kata
Hann disambut gelak mengekek oleh Qaseh dan Cita. Mujur mereka tiga beradik je
dalam bilik dia. Kalau sepupu-sepupu pun ada lagi Cinta malu.
“Alamak ada orang lain ke?” Hann mula malu.
Cinta menyuruh kakak dan adiknya keluar dari bilik.
“Angah dengan Qaseh. Dia orang dah keluar. Hm...
rindu juga.” Balas Cinta.
“A...bang, Cinta nak tanya sikit. Kenapa ya
abang pilih Cinta?” tanya Cinta dengan muka memerah.
“Sebab Cinta yang pertama mengusik hati
abang. Hati abang keras tau. Jumpa Cinta terus lembut selembutnya.” Hann
menjawab.
“Ye? Tapi abang tak malu ke dengan Cinta?”
tanya Cinta
“Kenapa pula? Love sempurna di mata abang.
Love tahu Love dah buat abang gila?”
“Gila?”
“Haah, gila, gilakan Cinta. Hehehe Love
okay terima abang? Baru kenal beberapa bulan abang pinang Love, tunang pun tak
lama 3 bulan je.” Tanya Hann kembali
“Cinta terima abang seadanya. Hann Aryan di
mata Cinta dah sempurna, melengkapi kekurangan Cinta. Tapi Cinta terkejut juga.
Mujur angah dah selamat kahwin tau...” Kata Cinta sambil memandang ke langit.
“Hahaha ikutkan nak langsung sekali dengan
angah tapi takut ayah marah. So... Cinta jangan tanya kenapa abang terima
Cinta. I just love you.” Cinta tergelak kecil.
“I love you too, abang.”
“Papa Yan nak cakap dengan mama Love!”
jerit suara kecil itu. Cinta ketawa kecik.
“Potong mood romantiklah kenit ni!” marah
Hann dihujung talian tetapi telefon diberikan kepada Akiq.
“Mama Love, i miss you! I cinta mama love!”
kata Akiq bersungguh-sungguh. Hann menjerit di sebelah sana mengatakan tak
boleh, mama Love cinta papa Yan je.
“Okay Akiq, i love you. Okay Akiq mama Love
nak pergi bathroom dulu ye. Esok kita jumpa.” Kata Cinta.
“Okay mama Love. Esok Akiq nak tidur dengan
mama tau! Bye... muah!” kata Akiq. Telefon diserahkan kepada Hann.
“No Akiq, tak boleh tidur dengan mama Love!”
kata Hann kepada anak saudaranya. Akiq menjelir lidah lalu berlari keluar dari
bilik.
“Bye-bye Love.” Kata Hann kepada Cinta.
“Bye-bye abang.” Balas Cinta. Cinta
menggeleng kepala mendengar Hann dan Akiq bertengkar dihujung talian. Mama Love
gelaran dari Akiq selepas tahu Papa Yan nak berkahwin dengan kakak Cintanya.
Hann pun mula panggil Love. Katanya Cinta
as in Love, jadi dia panggillah Love.
Mungkin kisah mereka tak sehebat mana.
Cinta tak sangka bos dia sangkut dengan dia. Dia pun sebenarnya dah tersangkut
hati dengan bosnya itu semasa kenduri hari jadi Akiq.
Semoga perkahwinan mereka
dilindungi oleh-Nya.
Bestlah cerpen ni..☺☺
ReplyDeleteThank you Leka
DeleteNanti baca cerita baru dekat blog ni yeee