SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Wednesday, 25 September 2013

DYH 3



LEON SUDAH MUNCUL BAB NI.. HEHEHE


"Diam! Bau darah kau akan menjemput mereka!!" marah lelaki itu. Azalina terpaku melihat wajah yang kacak itu. Wajah lelaki yang sedang marah itu sangat menarik perhatian Azalina.

Kacaknya dia.. desis hati Azalina. Tapi.. kenapa gigi dia.. gigi dia bersiung??!! Azalina menilik lagi wajah itu. Seperti muka manusia biasa tetapi.. Ada satu aura lain daripada lelaki ini.


Pakaian dia juga seperti manusia biasa. Malah lebih smart daripada manusia biasa. Dengan kemeja di tuck-in, vest dan juga tie, nampak sangat-sangat... smart..

"Awak.. awak ni siapa?!" Tanya Azalina selepas lelaki itu tidak lagi menekup mulutnya.

"Aku? Leon.." Leon memerhati Azalina atas bawah. Hidung lelaki itu bergerak-gerak seperti cuba membau Azalina. Dahi Azalina berkerut-kerut. Busuk sangat ke bau aku ni? desis hatinya.

"Kau Manusia?!" sergah Leon. Azalina tersentak. Tanpa disedari dia hampir terjatuh ke belakang. Mujur Leon dapat menarik Azalina.

Leon mula tidak dapat mengawal dirinya. Bauan darah Azalina sangat menarik perhatiannya. Bauan itu membuat dia berasa lapar. Rasa lapar yang tidak pernah dia rasakan selama ini.

"Kamu ni kenapa?" tanya Azalina yang pelik dengan kelakuan aneh Leon.

"Kau.. Arghh!! Ikat luka kau sebelum kau kena makan! SEKARANG!" Leon pantas memanjat pokok. Cuba menahan dirinya daripada menyerang Azalina.

Azalina pantas mengoyakkan sedikit selendangnya. Lalu diikat luka di tangan kanannya. Matanya terpejam-pejam menahan sakit yang menyucuk-nyucuk.

"Ke.. kenapa dengan awak?" tanya Azalina takut-takut. Wajah Leon terselindung dibalik dedaun yang merimbun. Azalina cuba mengintai lelaki itu.

"Aku.. aku tak boleh bau darah manusia! Kau pergi dari sini sebelum kau jadi mangsa aku.." ujar Leon. Matanya bertukar dari warna Hazel ke warna Merah kehitaman. 


Azalina kaku. Dia tergamam dengan perubahan Leon. Ternyata Leon bukanlah manusia biasa sepertinya.  Leon tidak dapat menahan dirinya. Pantas melompat ke bawah. 

"Lari.. Lari! SEKARANG!!" Leon menjerit nyaring. dia mula berubah menjadi makhluk yang hodoh. Sangat hodoh sehingga Azalina tidak mampu mengeluarkan sepatah perkataan.

"SEKARANG!!" kali ini Azalina bagaikan kembali ke dunia nyata. Pantas dia berlari selaju yang mungkin. Setelah hampir 20 minit berlari tanpa henti akhirnya Azalina berhenti. Dia termengah-mengah. 

Kenapa sejak aku sampai di dunia ini aku asyik dikejar? Apa masalah mereka dengan manusia. Aku mahu pulang! Ibu, ayah.. Lina rindukan ibu dan ayah. Sesiapa tolonglah aku!! Azalina menangis tanpa bunyi. Hutan ini terlalu merbahaya untuknya.

Azalina terdengar bunyi air yang mengalir. Pasti ada anak sungai di sekitar tempat ini. Mungkin apabila dia berdekatan dengan sungai nyawanya lebih terjamin.

Azalina mengikut bunyi air itu. Semakin lama semakin kuat bunyinya. Azalina terpana melihat keindahan sungai itu. Walaupun batu-batuan sungai itu diselimuti lumut, keindahan tempat itu memang terserlah. 


Azalina mengaut air sungai yang jernih itu. Diteguk sedikit menghilangkan haus yang menggunung. Rasa air sungai itu begitu segar, mengembalikan tenaganya yang hilang itu.

Dia memerhatikan sekeliling. Mungkin tempat ini sesuai untuk dia bermalam. Kayu api senang didapati. Makanan dan minuman juga senang didapati. Azalina mula menguti kayu api. Takut pula melihat warna langit mula berwarna jingga. Bermakna dalam beberapa ketika nanti malam akan berlabuh.

#BERSAMBUNG

P/s : Jangn segan nak komen. Sebab hanya korang yg dapat bantu Asyu menjadikan karya ni lebih baik ^^

12 comments:

  1. Best2.. Suka3.. Cepat sambung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe trimas Intrigue,, insya-Allah x lama lagi akan ndiupdate bab 4

      Delete
  2. suka...lgi suka bla ada gmbr lee min ho...hihihiihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. trimas minat Lee Min Ho ye.. hehehe nnt entri akan datang ada gambar Lee Min Ho lagi ^^

      Delete
  3. Replies
    1. ada.. tapi lambat sikit uploadnya.. tunggu lepas exam dalam 3 minggu lagi.. hehhe sorry... jemput la baca cerita lain.. thanks Fiza Zainal Abidin

      Delete
  4. waaaa teruja kita baca cite ni.. btw setiap bab dan plot terlalu ringkas.. panjangkan sikit... baru baca tak rasa jump2... jujurnya, kita boleh bayang apa yang awak sampaikan tu. bleh nampak scenery kawasan tu.. boleh nampak werewolf itu..drakula itu...

    errr prop ni kwang soo eh.. LOL... hailaa...

    nnt sambung tag kita ya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sorry la sebb ringkas sgt.. sbb takut kehabisan idea.. tapi nnt kita cuba panjangkan lagi bab 4..
      yup prop ni kwang soo hehehehe.. :3

      Delete
    2. btw... it is an honor.. RM sudi gak baca cerita asyu yg x berapa nak best ni :) thanks a lot

      Delete
  5. Menarikkkk... teruja nak tahu citer selanjutnye...

    ~Mieza~

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)