Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 28 July 2013

Dalam Kebencian Ada Kasih untukmu, Suamiku.- prolog -


ASSALAMUALAIKUM

BISMILAHIRAHMANIRAHIM

 >_< Dah DIEDIT. hehe mungkin lain sikit. jadi maafkan saya kalau ada kekeliruan.

PROLOG

            ASP Zahin melepaskan nafas kasar. Fail ditangannya dibuka. Isinya diteliti. Sah... lelaki itu yang ingin diburunya. Lelaki yang didendaminya selama 10 tahun.

            Wajah suspek di dalam fail itu direnung tajam seakan mampu menembusinya. Lelaki yang banyak melakukan kesalahan tetapi masih tidak  boleh ditangkap kerana kekuasaan wang. Lelaki itu juga yang memusnahkan keluarganya.

            “Lee... Kau jangan ingat kau boleh terlepas dari keadilan di muka bumi ini. Selagi aku hidup, aku bersumpah akan menangkap kau dan mengheret kau ke muka pengadilan. Biar seluruh dunia tahu siapa kau Lee.” Janji terukir. Fail ditangan dicampak ke meja.

            ‘Dum!’ sebatang damak terlekat tepat di gambar suspek yang dilekatkan ASP Zahin  ke dinding. ASP Zahin tersenyum puas.

            “What you do... you will get back! Lee... Lee.. just wait and see.” ASP Zahin tersenyum sinis. Ya... hanya tunggu dan lihat.

-
“Ya Allah, berat sungguh dugaan ini! Aku.. aku dah tak tahu nak buat apa lagi..” tangis Afifah kepada kawan karibnya Leila. Leila mengusap lembut belakang Afifah cuba menenangkan dia. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

            “Afifah, Allah hanya akan menguji hambanya yang mampu menerima ujiannya. Aku yakin kau boleh.. Sabarlah Afifah. Ingat anak dalam perut tu. Kau kena kuat kalau kau tak kuat, apa akan jadi dengan keluarga kau?” pujuk Leila. Kata-kata Leila mula meresap ke dalam hatinya. Ya, dia harus kuat untuk anaknya! Afifah mengangguk perlahan.

            “Hah, macam tu la.. jangan nangis lagi. Kau nak makan?” tanya Leila menuju ke dapur apabila esakan Afifah mula reda.

            Afifah mengeleng. Leila mencekak pinggang geram dengan kedegilan Afifah. Entah kenapa kelakuan Leila mengingatkan kepada sesorang membuat matanya kembali kabur dengan air mata. Sekali lagi empangan air matanya pecah, Leila pantas memeluk tubuh Afifah. Kali ini dia turut menangis. Dia turut merasai kedukaan Afifah walaupun bukan dia yang menanggung.

            Kasihan rakannya ini. Kalaulah dia boleh menghilangkan ingatan Afifah, pasti rakannya ini akan lebih bahagia disampingnya.

            “Aku.. isk.. aku rindu.. rindu dia..Leila.. isk isk.. tolong aku..” rayu Afifah dalam tangisan.


            “Aku... faham. Sabarlah Afifah..”diusapnya kepala Afifah dengan lembut. Seolah-olah boleh mengalirkan kuasa kepada rakannya itu. Dalam tangisan Afifah terlena. Sabarlah wahai sahabat. Duka kau akan beransur hilang diganti bahagia, aku pasti.

2 comments:

  1. eh... macam pernah dgr je tajuk cerita ni. hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar ke??
      huhu nak kena tukaq la jawabnye tajuk ni.. >w<
      btw ni sape hehehe

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)