SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 12 November 2012

pengubat hatiku... 2


Bab 2


Semalam...

'SREKK!!!'kedengaran bunyi tayar Aina bergeser kerana Aina berhenti mengejut. Nasib baik dia sempat brek kalau tidak pasti nyawa anak kecil itu melayang. Aina turun dari keretanya melihat budak kecil itu menangis kerana terkejut, budak itu sungguh kecil mungkin dalam lingkungan 3,4 tahun tetapi pelik kerana tiada orang dewasa yang mengawalnya. Dia memujuk anak kecil itu berhenti menangis.

Tiba-tiba kedengaran dentuman kecil di bahagian bonet keretanya. Aina terkejut, wajahnya sudah pucat lesi,budak kecil tadi kembali menangis kerana turut terkejut. Dibelakang keretanya terdapat sebuah kereta BMW 5 series yang berlanggar dengan kereta kecilnya yang baru sebulan dia guna, kereta MyVi berwarna pink lembut. Habis bumper keretanya yang comel itu dia sudah hampir menangis tetapi mengenangkan ada budak kecil yang ketakutan Aina menguatkan semangatnya. Dari kereta mewah itu keluar seorang lelaki yang tegap. 'Wao, hensemnya lelaki ni.. tapi mata dia sepet macam apek ada la iras-iras Lee Teuk penyanyi korea tapi versi mata sepet tapi lagi hensem Damien aku' hati Aina berbisik.

“Woi giler ke? Berhenti tengah-tengah jalan, dah la tu tak nyalakan lampu hezet. Sekarang kau tengok macam mana dengan kereta aku tu?”kata lelaki itu tanpa henti dan tanpa melihat wajah orang padanya agak 'kurang ajar' itu. Sebaik sahaja melihat wajah wanita empunya kereta kecil itu hati Raisul berdegup kencang. Dia sudah terpikat dengan wajah comel lagi jelita itu.

“Sorry sangat. Ta...di sa..saya hampir terlanggar budak kecik ni... tu y..yang s..saya lupa nak n..nya..lakan lampu kecemasan...”jujur Aina menerangkannya, tergagap dia, dia tahu dia yang bersalah. Raisul hanya tersengih seperti kerang busuk. Menyedari dia tidak diendahkan ,Aina berasa semangat sikit. Dia menjerit memanggil lelaki itu.

“Encik! oo.. Encik!”

“Hum..” sahut Raisul yang masih tak berapa sedar itu. Aina yang mula bosan itu menjulingkan matanya ke langit. Makin dilayan mamat ni makin giler aku.. fikir Aina.
“En..cik..?” tanya Aina dia tidak tahu nak memanggil nama dia, eh memang dia tak tau nama lelaki tu.

“Oh.. awak boleh panggil saya Raisul. Maafkan saya, tadi saya tidak sempat nak brek! Awak tak apa-apa?” tiba-tiba suara lelaki macho tetapi macam singa tu berubah 360 darjah dari garang segarangnya menjadi lembut selembutnya. Aina terkesima dengan perubahan lelaki itu. Tapi tak lama Aina nak feeling suara tangisan budak kecik itu mengejutkan dia.

“Adik tak apa-apa? Ada luka ke?” Aina semakin panik mendengar suara tangisan budak itu, semakin lama semakin kuat. Raisul juga panik mendengar tangisan budak kecil itu.

“Em... awak apa nama budak kecik ni?” tanya Raisul teragak-agak tidak tahu mahu memanggil wanita itu apa.

“Entah la Encik Raisul, saya pun tak tahu.” jelas Aina yang semakin binggung dengan kelakuan budak kecil itu.

“ Ehem awak baik awak alih kereta awak tu karang lain pulak jadinya. Hem... Adik, nama adik apa? Jangan takut. Abang nak tolong. Adik ada nombor telefon ayah ke mak ke?” tanya Raisul lembut takut pulak budak kecil yang dah mula berhenti menangis itu kembali menangis. Aina mula bergerak mahu mengalih keretanya ke tepi jalan tiba-tiba terasa hujung bajunya ditarik, dia pun menoleh ke arah belakang, kelihatan anak kecil itu menarik hujung bajunya, mungkin anak itu tidak mahu berenggang dengan Aina.

“Alamak! Macam mana ni? Encik Raisul, encik boleh tolong saya alihkan kereta tak?”tanya Aina sedikit malu-malu. Yelah dah tak kenal boleh pulak selamba badak je mintak tolong. Mukanya sudah mula memerah menahan malu. Raisul menahan dirinya dari ketawa risau pula bidadari ini menarik muka yang padanya cukup jelita.
“Em.. boleh, awak bawak budak kecik ni duduk tepi, saya takut dia lari ke tengah jalan.”Ujar Raisul penuh prihatin. 'Alamak boleh terpikat aku dengan mamat ni..' detik hati Aina. Aina pantas bergerak ke tepi sambil mendukung anak kecil itu. Anak kecil itu sudah memeluk erat tubuh Aina. Kedengaran rengekan kecill dari bibir yang mungil itu, 'mama, nak makan'. Masih pelat tetapi masih boleh difahami Aina. Aina ketawa kecil.

“Ye,ye kita pergi makan ye...” kata Aina memujuk. Dia menepuk-nepuk lembut belakang budak kecil itu. Hatinya sudah tercuit dengan suara lembut anak itu. Raisul menuju ke arah Aina yang asyik memujuk anak kecil itu. Dia turut terdengar permintaan anak kecil itu.

“Ehem... awak jom kita bawak budak ni pergi makan. Naik kereta saya je, kereta awak tu dah berbunyi sikit sorry ye nanti saya bayar ganti rugi.”usul Raisul sambil meminta maaf. Aina hanya mengangguk kepala sambil tersenyum. Pintu belakang dibuka,Aina meletakkan anak kecil itu ditempat duduk belakang, Raisul sudah membuka pintu hadapan. Aina melangkah mahu ke depan, 'yelah orang dah susah-susah bukakan pintu takkan nak menolak pula' bisik hati Aina tapi sebenarnya dia pun gatal nak duduk depan dengan mamat hensem tu. Baru je nak buka langkah anak itu kembali menangis mahu duduk bersama Aina.

“Tak palah encik, saya duduk dengan budak kecik ni je lah ye..” kata Aina serba-salah. Raisul hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.



“Nama adik apa?”tanya Aina lembut sebaik berada dalam kereta.

“Itin(ikin)” jawabnya pantas. Aina tersenyum lembut sambil mengusap kepala anak kecil itu penuh kasih.

“Ikin lapar ye? Nanti mak cik bawa pergi makan.” ujar Aina lembut. Raisul asyik melihat wajah Aina dari cermin belakang keretanya.

“Mama la... ukan acik..!” jawab Ikin tegas. Aina kelihatan terkejut dengan pernyataan tiba-tiba Ikin itu. Raisul juga terkejut tapi dia megawal riak terkejutnya.

“Ikin itu mak cik la.. bukan mama.. mana mama Ikin?”ujar Raisul menerangkan hal sebenar apabila Aina sudah terkedu kerana terkejut teramat.

“Mama la... ni mama. Isk..isk.. ni Mama Itin...” kata Ikin sambil menangis menegaskan itu ibunya.

“Okey... sh... ni mama..ni mama.. dah jangan nangis.”kata Aina sedih mendengar tangisan Ikin yang sayu itu.


Di restoran...
Ikin makan dengan riang apabila Aina melayannya. Raisul tersenyum hambar kesian melihat Ikin yang masih kecil itu. Tiba-tiba diluar kedai itu ada seorang lelaki asyik memanggil nama 'Asyikin'. Ikin yang melihat lelaki itu terus meminta Aina menurunkan dia dari kerusi. Aina menurut sahaja kehendak ikin yang comel itu, Ikin diletakkan dibawah, anak itu tiba-tiba berlari keluar dari restoran itu.

“Ikin!” jerit Aina terkejut. Raisul dan Aina mula mengikuti langkah Ikin. Diluar kelihatan Ikin memeluk manja lelaki itu sambil berceloteh. Lelaki itu mungkin bapa Ikin, dari tadi Aina lihat lelaki itu tersenyum sambil mengucapkan alhamdullilah. Ikin minta dilepaskan , lelaki itu tersenyum sambil meletakkannya ke bawah.Wajah lelaki yang sudah cukup pucat itu berubah menjadi semakin pucat apabila melihat wanita yang dipanggil mama oleh Ikin itu.

“Nama awak siapa?” tanya lelaki itu. Sesudah duduk dimeja yang tadi diduduki Aina,Raisul dan Ikin.

“Saya Aina.. kenapa ya encik? Encik ini bapa Ikin ke?” Aina menyoal kembali. Raisul tersenyum dia sudah tahu nama wanita jelita itu.. tetapi senyumnya segera pudar 'Aina! Tak mungkin...!'

“oh.. saya bapa Ikin , Abdullah. Maaf wajah cik Aina sama dengan wajah isteri saya yang baru 3minggu meninggal. Mungkin sebab tu Ikin memanggil cik mama..” kata Abdullah sambil mengusap-usap kepala anaknya yang tidak henti-henti berceloteh entah apa. Hati Aina mula tumbuh simpati yang meluas.




Semasa hendak berpisah Ikin menangis sekuat hati. Anak itu dipujuk oleh bapanya, berlinangan air mata Aina melihat Ikin menangis kerana rindukan belaian manja seorang ibu. Aina hanya termenung hanya sesekali dia bercakap dengan Raisul,menunjuk arah rumahnya. Keretanya sudah dihantar ke bengkel. Jadi Raisul menghantarnya balik. Melihat rumah Aina memang benar itu 'aina' yang dia cari selama 10 tahun yang lalu.. Raisul seperti mahu memeluk sahaja Aina didepannya ketika itu jika itu benar Aina yang dia cari selama ini. Namun dia takut Aina menjauhkan diri daripadanya. Raisul mengantar Aina hingga ke dalam rumah lalu menceritakan apa yang berlaku kepada semua ahli keluarga Aina. Aina hanya mendiamkan diri. Aina masih rasa sedih dengan kehilangan Asyikin. Entah kenapa dia rasa Asyikin itu ada kaitan dengannya.

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)