SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Wednesday, 23 January 2013

Ibu. cerpen pendek


IBU
Terbukti tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih seorang ibu. Seburuk-buruk mana pun seorang ibu pasti akan ada sekulit rasa cinta kepada anak-anaknya.
Besar sungguh darjat seorang ibu, sehinggakan syurga itu berada ditapak kaki insan yang berhati mulia ini....
ibu engkaulah.. lampu yang menerangi gelapku, engkaulah lilin yang membakar dirimu untuk ku..
terima kasih wahai insan yang bergelar ibu...


Ariana mengeluh lagi. Sudah kali kelima dia keguguran sejak berkahwin. Entah dimana silapnya. Suaminya sudah tidak betah dengan dirinya yang tidak mampu memberikan zuriat. Bukannya Suhaimi tidak mencintai Ariana cuma desakan keluarga membuatkan Suhaimi bosan. Bosan dengan isu anak.

“Abang... Ria minta maaf..”ujar Ariana sedikit sayu. Sudahlah diri keguguran sikap suami yang endah tak endah menambahkan luka yang ada.

“Hm..”ujar Suhaimi lalu membawa diri ke bilik kerjanya. Tidak sanggup dia memandang lama wajah isterinya. Dalam marah wujud rasa kasihan. Bukan dia dan keluarganya sahaja yang sedih, Ariana pastinya lebih sedih. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandungnya walaupun sekejap sudah tiada. Suhaimi meraup mukanya kasar. Lama dia berdiam diri, mahu munasabah dirinya. Akhirnya Suhaimi bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Pintu dikuak perlahan. Kelibat Ariana di atas sejadah itu sangat menyedihkan hatinya. Ariana langsung tidak menunjukkan dia sedih di atas kehilangan itu sepanjang mereka kehilangan, tetapi apa yang Suhaimi dapat lihat sekarang, Ariana sangat menderita. Ariana seorang yang tabah dan kuat imannya. Semua kesusahan hanya dihamburkan kepada yang maha Esa.

“Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku hanyalah insan yang hina yang lemah.. kau ampunkanlah semua dosa-dosaku dan suamiku.. ya Allah, berilah aku kesempatan untuk mendukung darah dagingku sendiri. Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan kejadian ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku pinjam sebentar milik-Mu. Sesungguhnya aku bahagia. Ya Allah, jika ditakdirkan selepas ini akan ada benih yang bercambah dirahimku benarkanlah benih itu membesar dan berbakti untuk umat-Mu. Aku hanya ingin melihat kebahagian suamiku, keluargaku ya Allah. Namun apakan dayaku, aku hanya insan-Mu yang biasa. Ya Allah, engkau peliharalah anak-anakku di alam sana. Allah..., rindu sungguh ibu dengan anak-anak ibu... Maafkan ibu sebab tidak dapat menjaga kalian sebaik-baiknya...”Ariana sudah menangis teresak-esak. Dia tersangat rindukan zuriatnya yang berada dialam sana, yang setia menantinya. Hati Suhaimi amat tersentuh dengan tangisan Ariana. Pantas dia beristigfar. Di dalam hal ini, pastinya Ariana yang paling terseksa. Terus Ariana didakapnya. Tidak sanggup dia terus-menerus mendengar tangisan isterinya yang banyak terseksa selama ini.

“Maafkan abang.. maafkan abang..”ujar Suhaimi turut menangis. Ariana hanya mampu menangis.



*_____*



“Suhaimi, isteri kamu tu tak ada tanda-tanda lagi ke?”tanya puan Alia kasar. Ariana yang asyik mengupas bawang terkesima. Tidak sangka mentua yang amat penyayang akan berubah sebegitu. Suhaimi mengeluh kecil.

“Umi.. Tak ada rezeki lagi. Lagipun biarlah Ariana berehat dulu umi..”ujar Suhaimi dengan berat. Nak tak nak sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Bibirnya tetap mempamerkan senyuman untuk ibu tersayang.

“Berehat apanya? Sudah lapan bulan sejak dia keguguran. Kamu dah tak nak zuriat ke Suhaimi?”pertanyaan Puan Alia itu, merubah riak wajah Suhaimi. Tiada terus senyuman diwajah lelaki itu.

“Bukan tak nak umi. Cuma tak ada rezeki lagi..”ujar Suhaimi. Sesekali dikerling isterinya yang sudah berhenti melakukan kerja itu. Rasa kesihan mula bertapak dihati Suhaimi. Dia bagaikan ternampak-nampak juraian air mutiara itu jatuh dari mata Ariana.

“Alasan! Itu sahajalah alasan kamu berdua! Kalau macam ni baik kamu kahwin lain Suhaimi. Umi carikan untuk kamu.”Ujar Puan Alia. Tersentak Suhaimi danAriana. Mereka berpandangan.

“Umi! Kalau inilah tujuan umi panggil kami ke sini. Saya mintak maaf. Saya minta diri dulu!”ujar Suhaimi sekali nafas. Puan Alia sudah terpinga-pinga. Tangan Ariana ditarik ke kereta mereka. Ariana serba-salah. Diluah mati mak, telan mati bapa. Itulah keadaannya, satu ibu mentuanya, satu lagi suami yang tercinta.

“Abang, tak baik buat umi macam tu..”ujar Ariana lembut. Selepas beberapa minit kereta mereka meluncur diatas jalan raya.

“Buat apanya Ria? Umi tu dah keterlaluan!”ujar Suhaimi dengan nafas turun naik.

“Abang itukan umi yang melahirkan abang, yang mendidik abang. Abang kenalah hormati dia.. turuti kemahuan dia..”ujar Ariana penuh berhati-hati.

“Jadi, Ria nak abang ikutkan sahaja rancangan gila umi? Macam tu?”tanya Suhaimi kasar. Sakit hatinya apabila isteri kesayangannya hanya mampu tertunduk diam.

“Kalau itu boleh buatkan abang jadi anak yang soleh, Ria redha..”ujar Ariana dengan mata yang bergenang. Dia juga seorang ibu walaupun hanya untuk sekejap, jadi dia faham bagaimana perasaan Ibu mentuanya.

“RIA!!”sedikit menjerit Suhaimi mendengar kata-kata isterinya.



*_____*


“Aku terima nikahnya, Nur Ainur binti Hashim dengan mas kahwin..........” lafaz Suhaimi itu disambut kata sah dari saksi-saksi yang ada. Di bahagian belakang Suhaimi, tersedia seorang perempuan yang cantik berhias. Ariana pantas melarikan dirinya keluar. Disitu dihamburkan tangisan yang ditahan sejak dia menandatangani surat persetujuan untuk suaminya berkahwin satu lagi. Isteri sebaik mana pun pasti tersentuh hatinya, apabila si suami melafazkan ijabqabul dengan perempuan lain selain diri mereka.


“Sabar sahajalah, Riana.”kata Luqman. Kasihan pula melihat isteri kepada temannya itu. Entah kenapa, pandangan Ariana tiba-tiba berpusing. Pantas dia mencapai apa yang berada dihadapan. Luqman yang terkejut dengan keadaan Ariana terus memeluk tubuh wanita itu.

“Astagfirullahazim...”ujar seorang daripada saksi itu. Suhaimi yang pada mulanya asyik bergambar terus menumbuk muka kawannya itu. Dia yang tidak tahu menahu terus mengamuk sepuas hati.

“Berani kau sentuh isteri aku. Binatang!”jerit Suhaimi sudah tidak berfikiran waras. Luqman pantas mendukung isteri kawannya itu ke dalam keretanya lalu dibawa ke hospital. Suhaimi mula ditenangkan oleh orang ramai yang berada disitu.



*____*


“Taniah, puan!”ujar doktor wanita itu. Ariana yang masih pening-pening lalat, tergamam. Taniah? Taniah apa pulak ni?

“Puan mengandung tiga bulan.”terang doktor itu apabila melihat Ariana terpinga-pinga. Ariana tersenyum. Namun senyumnya tidak lama. Suaminya sudah menjadi milik orang lain, bukan miliknya semata-mata. Tetapi, dengan hadirnya bayi didalam rahimnya, bermakna kasih sayang antara mereka akan bertaut kuat kembali. Senyuman mula berputik kembali diwajah pucat Ariana. Berpuluh-puluh kali ucapan terima kasih muncul dimulut Ariana. Doktor itu sekadar tersenyum mesra.



*____*



“Assalamualaikum!”ujar Ariana riang. Walaupun peningnya masih belum hilang, dia tetap bersemangat mahu mengkhabarkan berita baik ini kepada suaminya. Luqman masih setia menunggu Ariana di ruang tamu rumah itu.

“TaK tahu malu, perempuan jenis apa kau ni? Dah buat salah masih mahu menjejakkan kaki dirumah ni?”tengking Ainur sebaik melihat kelibat Ariana. Ariana yang tidak faham masih tersenyum riang. Luqman sudah berdiri. Terkejut mendengar bicara isteri kedua Suhaimi yang juga sepupunya sendiri.

“Abang, abang! Ariana ada berita baik ni!”jerit Ariana tida menghiraukan Ainur. Yang penting perkhabaran itu perlu sampai ke telinga suaminya.

“Kau ni tak faham bahasa ke?”tangan Ainur laju menghayun ke muka Ariana. Nasib baik Luqman berada disitu, tamparan itu sempat ditahan.

“AINUR!”jerkah Luqman yang sudah hilang sabar.

“Lepaskan tangan kau dari isteri aku, Luqman!”jerit Suhaimi yang turun dengan sebuah beg bagasi.

“Abang, bang nak pergi mana?”tanya Ariana pelik. Setahunya honeymoon antara Ainur dan suaminya lagi tiga hari. Beg siapa pula itu?

“Beg kau la.”ujar Suhaimi sambil melemparkan bagasi yang boleh tahan berat itu kepada Ariana. Mujur Luqman sempat menepis bagasi itu. Kalau tidak Ariana pasti ke hospital semula.

“Kenapa? Abang, Ria mengandung abang.”ujar Ariana riang, dilupakan segala yang berlaku. Yang penting suaminya bahagia.

“Mengandung? Taniah la. “ujar Suhaimi tidak berperasaan. Hatinya sudah dikaburi cemburu buta.

“Abang nikan anak abang. Abang tak happy?”tanya Ariana yang mula keliru.

“Anak? Anak kau dengan jantan ni? Tak hadap aku dengan zuriat kau! Berambus kau dari sini!”Suhaimi mula bertindak kasar. Ditolak tubuh lemah Ariana ke luar rumah mereka. Nasib baik Ariana sempat berpaut dipintu rumah mereka.

“A..abang..”ujar Ariana dengan tangisan. Luqman mula menarik Ariana yang masih berdegil berlutut dipintu rumah Suhaimi. Kasihan sungguh dia dengan wanita itu. Tidak sanggup pula dia melihat kekejaman Suhaimi terhadap Ariana. Suhaimi memelingkan mukanya. Sudah benci benar dia dengan wajah itu.

“Abang.. Ria minta ampun mintak maaf kalau Ria ada buat salah dengan abang. Kalau kepergian Ria ini mampu membahagiakan abang, Ria akan pergi. Tetapi ingatlah, bahawa anak yang Ria kandung ini adalah zuriat abang yang sah!”ujar Ariana tegas dalam tangisannya. Disalami tangan suaminya untuk kali terakhir. Luqman memapah tubuh wanita lemah itu ke keretanya.


“Ariana ingat! Aku takkan menceraikan kau! Aku gantung kau tak bertali!”ujar Suhaimi yang panas hati melihat kebaikan yang ditaburi Luqman kepada isterinya. Cemburukah dia? Masih ada cintakah dihatinya? Dia tidak tahu yang pastinya dia benci melihat kemesraan antara Ariana dan Luqman.

Ariana berpaling melihat suaminya. Dia tersenyum sambil mengangguk. Air matanya mengalir lesu dipipi pucatnya itu. Ainur yang dari tadi memerhati merengus kasar. Benci, benci kerana rancangannya gagal.




*____*



“Perlukah aku dengan anak ini?”tanya Ariana perlahan. Dia runsing. Kandungnnya semakin membesar. Zuriatnya mula membesar. Anak suaminya, yang suaminya sendiri tidak mengakui. Perlukah dia terus menerus menyayangi bayi ini? Dia sayang akan bayi ini cuma dia takut dia tidak mampu memikul tanggungjawab ini sendiri. Ariana menguatkan semangatnya. Dia akan cuba. Cuba berusaha membesarkan anak ini sendiri.

Sudah tiga bulan Ariana duduk seorang diri. Duit simpanannya mula susut. Dengan perut yang memboyot Ariana meminta pekerjaan direstoran sekitar rumah pusaka milik arwah ayahnya.

“Alhamdulillah!”ucap Ariana dengan penuh rasa syukur. Dapat juga dia pekerjaan walaupun keadaannya sudah tidak berapa sesuai untuk bekerja. Mungkin ini rezeki anaknya.

Masa berlalu pantas, Ariana bergelut dengan maut didewan bersalin. Sempat juga dia memohon ampun kepada suaminya. Walaupun tiada balasan tetapi Ariana tetap rasa tenang selepas mengucapkan kata-kata itu. Ariana mengalami masalah komplikasi kelahiran yang teruk. Dia akhirnya tidak mampu meneran lagi, dalam keadaan yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa, Ariana menelefon suaminya. Dalam keterpaksaan Suhaimi datang menandatangani surat kebenaran untuk isterinya menjalani pembedahan.

Hampir sejam juga, Ariana didewan bedah. Akhirnya seorang bayi lelaki yang sihat dilahirkan. Lalu bayi itu diserahkan kepada Suhaimi untuk diazankan. Namun, Suhaimi menolak mentah-mentah. Tidak mahu dia menyentuh bayi itu. Walaupun naluri kebapaannya sedikit tersentuh melihat wajah bersih bayi itu, Suhaimi tetap beransur dari tempat itu.

Ariana menangis mendengar cerita seorang jururawat mengenai suaminya yang menolak untuk mengazankan bayi mereka. Ariana memandang sayu wajah putih bersih anaknya itu. Saling tidak tumpah dengan wajah suaminya.

“Puan, apa nama yang puan ingin berikan kepada bayi ini?”tanya jururawat itu yang asyik bermain dengan tangan kecil bayi comel itu.

“Muhammad Yusuf.”ujar Ariana dengan linangan air mata. Nama yang suatu ketika dahulu dipilih oleh Suhaimi untuk anak pertamanya dahulu. Namun, nyawa anaknya tidak panjang. Jururawat itu tersenyum manis.

“Wah, nama awak Muhammad Yusuf la.. si comel..”ujar Jururawat itu sambil mencuit pipi Yusuf yang gebu. Terkebil-kebil mata bulat anak itu.

“Ya, Yusuf ibu...”ujar Ariana perlahan antara dengar atau tidak dengar.


*____*




“Yusuf!”jerit Ariana memanggil anaknya yang semakin nakal itu. Umur anaknya sudah menginjak ke 10 tahun. Sudah jenuh dia berleter hinggalah merotan anaknya itu. Namun, anak itu tetap nakal.

“Apa ibu?”tanya Yusuf malas.

“Kenapa Yusuf pecahkan pasu mak cik sebelah?”tanya Ariana masih cuba bersabar.

“Dia kutuk ibu, dia kutuk Yusuf. Yusuf pecahkan pasu dia, sebab Yusuf tak suka apa yang dia katakan tu..”ujar Yusuf membela diri. Ariana mula mencapai rotan.

“Takkan sebab itu sahaja Yusuf nak buat perangai? Ibu tak pernah ajar anak ibu supaya kurang ajar dengan orang yang lebih tua.”ujar Ariana sambil merotan anaknya.

“Dia kata Yusuf anak haram!”jerit Yusuf sambil lari menyorok di biliknya. Nafas Ariana yang berombak mula tenang. Air matanya mengalir lagi. Sedih apabila anaknya dikata orang sebegitu. Yusuf kamu anak yang sah, anak yang halal! Kata-kata itu bergema dibenak fikiran Ariana.

“Yusuf, buka pintu ni, sayang..”ujar Ariana selepas tenang.

“Tak nak! Yusuf tak nak bukak. Ibu tak sayang Yusuf!”ujar Yusuf dengan esakkan.

“Yusuf nak tahu pasal ayah tak?”tanya Ariana memancing anaknya. Bukan memancing sebaliknya dia akan menceritakan segal-galanya mengenai insan bernama Suhaimi. Yusuf membuka perlahan pintu biliknya. Kepalanya terselit diantara pintu.

“Mari sayang.. Ibu ceritakan..”ujar Ariana sambil menggamit tangan anaknya.




*_____*



Kesal mula menghurung hati Ariana. Kalaulah dia tidak menceritakan hal Suhaimi kepada Yusuf pasti anaknya tidak akan memberontak sebegini. Pagi tadi sewaktu dia ingin kejutkan anaknya, Yusuf sudah tiada didalam bilik. Yang ada hanyalah sekeping nota yang tertulis 'ibu, Yusuf nak cari ayah! Yusuf nak dia bertanggungjawab. Ibu jangan risau!' Ariana pantas bergerak ke keretanya. Lalu dipandu menuju ke restoran milik suaminya.

Ariana meletakkan keretanya. Dari jauh dia terlihat kelibat Suhaimi yang sedaya upaya menolak anaknya. Makin laju langkah Ariana ke arah mereka.

“Abang! Jangan buat anak kita macam ni abang!”kata Ariana sambil menlong anaknya bangun.

“Anak? Aku tak ada anak!”tungkas Suhaimi kasar ditunjal-tunjal kepala wanita malang itu. Yusuf terkedu. Dia pantas berlari lalu menendang Suhaimi kasar. Suhaimi bergelut dengan anaknya sendiri. Kebetulan pula Luqman lalu disitu, lalu dia turut campur tangan meleraikan pergaduhan itu.

Entah dimana silapnya, Suhaimi dan Yusuf bertolak-tolak ke tengah jalan. Ariana mula berteriak apabila sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah suami dan anaknya. Pantas Ariana menolak tubuh mereka berdua. Tubuh Ariana terlambung tinggi di udara. Menjerit Yusuf dan Suhaimi serentak. Kereta yang melanggar Ariana terbabas diselekoh tidak jauh dari mereka.

Ariana dikejarkan ke hospital. Walaupun dia tidak mengalami kecederaan luaran, otaknya mengalami pendarahan yang teruk.

“Ibu.. maafkan Yusuf!” ujar Yusuf dengan tangisan kepada Ariana yang terbaring lemah. Ariana tersenyum dalam sakit.

“Yusuf tak salah, sayang. Yusuf sayang ibu?”tanya Ariana. Yusuf mengangguk.

“Yusuf maafkan ayah. Yusuf jangan derhaka dekat ayah ya sayang..”ujar Ariana lemah. Suhaimi tiba-tiba muncul. Dia menerpa ke kaki isterinya. Kata-kata meminta ampun mula kedengaran.

“A.. abang Yusuf anak abang! Abang jagalah dia elok-elok..Ria minta maaf”ujar Ariana susah sekali. Suhaimi mengangguk faham. Dia sudah tahu hal sebenarnya. Luqman sudah ceritakan segalanya. Isterinya, Ainur jugalah yang cuba melanggar Ariana. Namun, kejahatan Ainur dibalas tunai. Ainur meninggal akibat terbabas.

“Abang janji sayang! Abang janji.. Segala dosa sayang abang dah ampunkan..”ujar Suhaimi dengan esakannya.

“Yusuf ibu sayang Yusuf... maafkan Ibu sayang!”seusai bicara dada Ariana berombak. Menjerit dalam tangisan dua beranak itu. Ariana pergi dengan senyuman diwajahnya.




*____*



'ibu, ibu..' kedengaran suara-suara halus memanggil Ariana yang sedang nazak. Ariana memandang ke sudut suara itu. Kelihatan kelima-lima anaknya sedang tersenyum indah memandang dirinya. Ariana mencapai tangan anak-anaknya. Dia turut terjangkit dengan senyuman manis anak-anaknya yang bermuka putih bersih. Ariana memandang sayu Yusuf dan Suhaimi yang masih menangis.

'Ibu sayang Yusuf. Ariana sayang abang..'


tamat...


satu lagi cerpen dari asyu... okey lakan????

9 comments:

  1. Cerita yang sungguh menyayay hati .. Sedih, kenapa xbuat novel??

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. nak buat novel ke?
      hehehe tunggu la kalau lapang..
      trimas hehehe asyu masa ni baru try buat cerpen sedew...
      trimas sbb sudi baca ^_^

      Delete
  2. hai lahhhh... dah nak menitih mata kita tau... asyu nie suka tau... mas nak novel dia. se,oa b'jaya... hahahaha... :D

    ReplyDelete
  3. best2 sedih ana dibuat nye.menitih air mata ana

    nnti k.syu buat lagi ye

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum wbt..tahniah syu cerpen yg baik..saya teruja membacanya..walaupon rengkas tp padat...mmg sayu membacanya...alhamdulillah byk pengajran dlm cerpen ini...teruskan usaha syu k...wasalam..

    AMANAH

    KEDENGARAN JERITAN SAAT PENANTIAN....

    TERPANCARLAH SINAR KECERIAN DI SEBALIK TANGISAN...

    PERJUANGAN ANTARA HIDUP DAN MATI....

    DI APIT KEGEMBIRAAN DALAM TANGISAN KESYUKURAN.....



    TAKDIR DI SAAT LAHIRNYA SEORANG UMAT....

    TERBUKTINYA KASIH SAYANG YANG DI PUPUK...

    CINTA YANG DI CARI...

    DAN IMPIAN SETIAP PERTEMUAN....

    YANG TIADA PENGAKHIRAN DALAM PENYATUAN....



    SATU WARISAN YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN....

    AMANAH UNTUK SETIAP PENCINTA YANG MENEMUI CINTANYA...

    GERBANG PENYATUAN DUA INSAN...

    YANG BERNAMA SUAMI ISTERI...

    DENGAN PENGIJABKABULAN.....



    MENADAH TANGAN DENGAN PENUH KESYUKURAN...

    KEPUASAN DARI PENYATUAN YANG BERMAKNA DAN JUJUR...

    TERCIPTALAH SELEMBAR KAIN PUTIH YANG PERLU DI CORAKKAN..

    MENGIKUT ACUANNYA...



    ALHAMDULILLAH...

    TIADA SATU PUN PEMBERIAN DAN PENGAMBILAN TANPA ALASAN...

    KERANA DIA LAH MAHA BERKUASA DAN MAHA MENGETAHUI....

    SYUKURILAH NIKMATNYA .....

    nukilan: diNihari

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum wbt syu..ini puisi jiwang sikit..hihihi

    AKU DAN DIA

    senyuman manisnya terukir indah..

    wajah ayu lembut terserlah sederhana..

    gaya penampilan dan sifatnya mempersona..

    budi bicaranya yang sekata dan selamba..

    biar pun menyembunyi seribu rahsia..

    membuatku sentiasa selesa..



    hati ini terusik pada semua yang ada padanya..

    ku dekati jua kerna hasrat membara..

    biar pun ku tahu tak selayak mana untuk bersamanya..

    keasyikan sukar di bendung di dalam dada..

    mencuba tak kira akibat dan kesudahannya..

    yang akan membawa sejarah duka lara dalam hidupnya..



    ku alpa seketika pada sekujur tubuhku ini..

    terlupa mencermin diri yang tak seberapa..

    terbuai khayal bagaimana tuk mencuba..

    kekal memenjara hati ini yang dulunya duka..

    untuk tidak memaksa menerimanya..

    dan jua memadam semua rasa terhadapnya..



    ku berada di persimpangan arah..

    terhenti seketika memikirkan arah tuju hala..

    tersepit antara kemahuan atau pengorbanan yang ketara..

    sama ada ku teruskan jua tanpa resah tega..

    atau pergi membiarkan hilang lenyap di mata..



    Ya ALLAH..

    itukah anugerah MU terhadapku padanya..

    rasa cinta yang subur tertanam jua..

    sekian lamaku hindari untuk menapak di dalam jiwa..



    adakah dia sememangnya jodohku di cipta..

    bagiku memelihara kehidupan duka dan kebahagiaannya..

    memberi semua apa yang ku ada..

    seperti mana aku sanggup menerima seadanya dia..

    aku REDHA dengan ketentuan MU..Ya ALLAH..

    Alhamdulillah...


    nukilan: diNihari

    ReplyDelete
  6. HASRAT

    SAUDARI...



    NAMAMU SEAYU WAJAHMU..

    TERUSIK HATIKU MELIHAT AKSIMU..

    TERNANTI- NANTI TUK KU MELIHATMU..



    KATA-KATA RAKUS SESIAPA MENDEKATIMU..

    SELAMBAMU MENARIK HATIKU...

    TERDETIK INGIN KU MENGENALIMU..

    TAK TERDUGA TINDAK BALASMU TERHADAPKU..



    BIAR SEKADAR TEMAN SUDAH MEMADAI BUATKU..

    KERNAKU TAHU JARAK UKURKU..

    TAK TERLAYAK UNTUK BERSAMAMU..





    SAUDARI



    KU HARAP HADIRKU TAK MENYEKSAKANMU..

    KU TAHU KEKURANGAN DIRI INI...

    BERILAH KU PELUANG WALAUPUN HANYA SEKETIKA..

    BIARPUN IA HANYA SATU PERSINGGAHAN SEMENTARA..



    AKU MENANTIMU...

    AKU MERINDUIMU..

    KAU YANG TELAH MEMECAH SEPI HATIKU..

    MEMBERI SINAR CAHAYA BAK MENTARI...

    DAPAT MEMEPERLIHATKAN SENYUMANKU ..

    nukilan: diNihari

    ReplyDelete
  7. KEKASIHKU

    nama dan wajahmu..
    sering bermain diminda kotak hatiku..
    tertolak kesana dan kesini..
    tetap datang menerpaku setiap saat tanpa jemu..
    deretan insan menghimpitmu..
    tak akan dapat mencairkan hatimu..

    semua tentangmu terpampang depan mata hatiku..
    kaulah yang satu..
    kaulah sumber dalam hidupku..
    walaupun berduri sesekali mencarik diriku..
    bukan seribu alasan melepaskanmu..
    bukan seribu alasan tuk membuangmu..

    aku rindu padamu..
    aku sayang padamu..
    aku kasih padamu..
    aku cinta padamu..

    tekadku hanyamu yang ku mahu..
    ku mahumu menjadi pakaianku..
    ku mahumu menjadi rumahku..
    ku mahumu menjadi pelitaku..
    ku mahumu menjadi segala-segalanya dalam hidupku..

    aku terima semua titik hitam dan putihmu..
    dekatlah aku dengan senyuman kasih sayangmu..
    coretkanlah diriku dalam kotak hatimu..
    kau adalah tanggungjwbku hingga akhir hayatku..
    insya'ALLAH..


    nukilan: diNihari

    ReplyDelete
  8. thanks dini.. love you very x3 muchhhh >_<

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)