Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 15 January 2013

kerana kau anjelku 5


BAB 5


“Hahahaha”tersembur ketawa yang ditahan Nada sejak dari tadi. Aiman turut ketawa kecil namun pantas menutup mulutnya apabila cikgu Latif menoleh ke arah mereka. Aiman menbaling kertas kepada Nada supaya diam. Namun Nada terus ketawa. Cikgu Latif mara ke arah mereka. Walaupun meja mereka diapit oleh pelajar lain Nada dan Aiman sering berkomunikasi melalui kertas.

Cikgu Latif semakin menghampiri mereka. Aiman dah telan air liur. Dia pantas menundukkan kepalanya. Nada yang sudah berhenti ketawa terkebil-kebil. Tangannya pantas mahu mengutip kertas 'nota' dia dan Aiman yang terjatuh. Tetapi cikgu Latif lebih pantas.

“Oh, seronok ya dapat bersembang?”tanya cikgu Latif serius kertas masih ditangannya. Nada terkulat-kulat.

“Sekarang saya nak awak baca apa yang awak tulis ni kuat-kuat...”ujar Cikgu Latif perlahan menahan geram. Nada memandang cikgunya tak percaya.

“Betul ke cikgu nak saya baca?”tanya Nada takut-takut. Cikgu Latif merenung Nada tajam. Nada cuba melengah-lengahkan masa.

“Baca sekarang!!!”jerkah cikgu Latif yang mula hilang sabar.

“SELUAR CIKGU TAK ZIP!”jerit Nada terkejut dengan jerkahan cikgunya. Kelas yang tadinya berbisik-bisik tiba-tiba sunyi sepi. Tapi tak lama pun sunyinya, gelak ketawa kedengaran kuat dari kelas mereka. Sehingga beberapa orang guru mengintai kelas mereka. Nada terdiam, tak bergerak walaupun seinci. Sebenarnya dia malu+ rasa berdosa bila 'ter'cakap macam tu. Cikgu Latif pantas berlalu pergi dari kelas itu. Nada masih kaku.

“Hoi!”tersentak Nada apabila Aiman menepuk bahunya kuat. Nada merengus kasar.

“NI semua kau punya pasal la. Tak pasal-pasal aku buat dosa dekat orang yang banyak berjasa kat aku tahu tak?!”tengking Nada sambil menolak Aiman. Aiman jatuh terduduk. Dia tergamam. Tak pernah lagi kawannya itu bertindak sekasar ini. Nada cuba menahan diri daripada menangis. Memang dia cepat tersentuh kalau rasa bersalah. Nada berlari ke luar kelas.

“NADA!”jerit Aiman, dia cuba mengejar Nada. Tapi entah ke mana Nada hilangkan diri.

Dibelakang blok D, Nada menangis teresak-esak. Lama barulah tangisannya reda.

“Ni semua salah Aiman!”Nada berbisik kepada dirinya sendiri.

'Tapi bukan ke kau yang tak sedar? Aiman dah panggil kau. Kau je tak sedar..'bisik hatinya.

“Tipu! Ni semua salah Aiman kalau bukan sebab dia bagi nota tu mesti aku tak cakap macam tu dekat cikgu..”ujar Nada yang mula keliru.

'Ala, kau jugak yang layan. Kalau tak layan tak jadi pun benda ni.. padan muka kau!'bisik hati Nada lagi. Nada terdiam, apa yang dikatakan hatinya memang betul belaka. Kalau dia tak layan mesti tak jadi hal tadi. Kesimpulannya, dia juga yang bersalah. Perlahan-lahan Nada bangun menuju ke kelasnya. Dia langsung tak mengangkat mukanya. Malu kerana bertindak sebegitu tadi. Kelas yang hingar bingar terus senyap apabila Nada masuk ke kelas. Nada pantas duduk ditempatnya. Dia buat bodoh apabila Hanif dan Amira bertanya kepadanya soal tadi , malas nak melayan pertanyaan kawan-kawannya.

Tiba-tiba, segumpal kertas yang dah dikeroyok jatuh dimeja Nada. Nada membuka kertas itu..

kau marah aq lagi ke?
Aiman

marah kenapa pulak?
Nada

yelah tadi tu...
Aiman

tak pe lah tadi tu pun salah aq jugak...
Nada

petang ni aq belanja ais kacang nak tak?
Aiman

hm.. kena tanya papa dengan ayah dulu la... tapi kau kena buat something dulu kalau nak aq ikut kau...
Nada

Okey.. kena buat apa?
Aiman

kau ikut jelah aku lepas abis sekolah...!
Nada

Aiman tersenyum membaca ayat terakhir Nada. Berbaur arahan. Teringat dia dengan peristiwa semalam. Nada memang sesuai dengan abangnya.

*___*


Tak sempat Aiman nak melabuhkan punggungnya ke atas katil empuknya, tangannya pantas ditarik kakaknya. Mereka menuju ke bilik Isya. Kelihatan Sulaiman sedang bersantai-santai membaca novel Isya sambil berbaring di atas katil kakaknya itu.

“Sapa suruh kau baca? Sesedap rasa je kau baca novel cinta aku..”ujar Isya sambil merampas novelnya dari tangan adiknya itu.

“Kedekut!”ujar Sulaiman perlahan. Aiman dan Isya tergelak kecil melihat gelagat Sulaiman yang persis anak kecil ditarik balik hadiahnya.

“Apa la abang Man ni. Novel cinta pun layan...”ujar Aiman dalam tawanya.

“Eh, apa kau tahu? Novel cintalah yang best... tapi novel thiller pun best jugak..”Sulaiman sudah membayangkan karya-karya Ramlee Awang Murshid. 'Kan best kalau boleh baca cerita Tombirau...'bisik hati Sulaiman. Sudah laa karya itu dicarinya namun selalu sahaja ke habisan stok.

“Kak Isya ada tak novel Tombirau?”tanya Sulaiman tak sabar mana tahu kakaknya ada koleksi penulis novel yang terkenal itu. Isya mengeleng.

“Eh, dah-dah, kawan-kawan akak pun tak de jugak. Kau tak ingat apa sebab utama akak seret budak ni?”balas Isya apabila mulut Sulaiman sudah terbuka bagai mahu bertanyakan sesuatu. Terus Sulaiman diam tak berbunyi sedikit punt.

“Aiman.. hm, apa sebenarnya cerita si Nada tu?”tanya Isya tidak sabar.

“OH... ingatkan apalah seret Aiman laju-laju tadi.. Nada tu..... sebenarnya anak ayah dia la..”ujar Aiman sambil berlalu pergi. Menyedari mereka berdua beradik ditipu pantas Sulaiman dan Isya mengejar Aiman yang sudah mula berlari itu. Berlari-lari mereka beradik dikoridor tingkat dua itu. Isya dan Sulaiman menjerit memanggil nama adik mereka yang nakal itu. Akhirnya Aiman mengaku kalah. Dia pantas menceritakan segala-gala yang dia tahu mengenai Nada kepada kakak dan abangnya.

“Kesiannya dia..”hanya itu yang mampu diluahkan Isya. Sulaiman pula hanya mendiamkan diri. Aiman perasan perubahan abangnya yang satu itu apabila berdekatan dengan Nada. Dalam diam dia mendoakan kebahagian dua orang kesayangannya itu.


*___*



“HOI!!”sergah Nada kuat betul-betul ditepi telinga Aiman. Aiman terkejut beruk.

“Hish, kau ni apa main sergah-sergah ni?”tanya Aiman lembut. Nak melenting takut Nada mengamuk lagi. Tahu pun takut rupanya Aiman ni..

“Dah aku panggil tak menyahut. Aku jerit jelah.. Dah jom la pergi.”Pantas Nada mengheret Aiman dengan menarik hujung baju budak lelaki itu. Hampir terjatuh Aiman apabila Nada menarik dia dalam keadaan dia tak bersedia.

*___*


'TOK,TOK,TOK' Nada mengetuk pintu bilik cikgu itu sopan. Kedengaran perkataan 'masuk' dari sebelah dalam bilik itu. Nada menolak Aiman supaya budak lelaki itu masuk ke dalam bilik itu dahulu.

“Assalamualaikum!”ucap Aiman tanda hormatkan guru itu.

“Wa.. waalaikumsalam, hm, ada apa?”tanya cikgu itu tak berperasaan.

“Cikgu maafkan kami ya.”ujar Nada laju tak sanggup dia nak berhadapan dengan guru itu. Rasa bersalahnya makin memuncak apabila guru itu hanya mendiamkan diri. Aiman pula sudah tak tahu mahu membuat apa-apa lagi, akhirnya dia memutuskan untuk jadi patung sahaja disitu.

“Cikgu maafkan la saya...”ujar Nada dengan suara yang lirih. Tiba-tiba Cikgu Latif menghamburkan ketawa. Tersentak Nada dan Aiman. Mereka berpandangan.

'Cikgu ni okey ke tak?'tanya Aiman menggunakan isyarat mata.

'Entah aku pun tak tahu..'balas Nada menggunakan kening. Ish, ish, ish mereka ni ada bahasa isyarat pulak.

“Cikgu okey ke tak ni?”Aiman memberanikan diri untuk bertanya kepada cikgu mereka itu.

“Okey, okey.. awak berdua ni. Saya dah maafkan awak dah. Cuma saya malu dengan kamu berdua.”ujar cikgu Latif yang masih ketawa itu. Mereka bersembang tanpa sedar waktu sudah berlalu pantas.

Jam menunjukkan pukul 4 petang lama jugak mereka berborak dengan cikgu itu. Aiman meminta diri. Seperti yang dijanjikan mereka, mereka menuju ke kedai ais kacang kegemaran mereka. Dua-dua hanyut dengan keseronokan. Seronok kerana dimaafkan guru dan dapat bersama sahabat yang disayangi,


*____*



Disatu sudut dunia...


“Huzairil, are you alright?”tanya Amy. Jururawat yang merawat Huzairil sejak 8 tahun yang lalu.

“I think I.. I remember my daughter. Yes.. my only daughter..”jawab Huzairil sambil memegang kepalanya yang semakin berdenyut sakit.

“Oh my god! For a long time, now you remember something. Wait, I will call the doctor..”Amy sudah berlari ke luar.

“Nada.. tunggu daddy sayang...”bisik Huzairil seakan berikrar kepada dirinya sendiri.


#bersambung... hehehe pendek sikit entri kali ni... tulis masa tgh buat kerja sekolah..okey tak? k la.. nnt komen2 la tau.. sayang semua.. huhuhu bye2

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)