Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 25 January 2013

bas... pengalaman asyu dgn bas...

      Baca tajuk pun dah tau apa yg asyu nak share hari ni.. hehehe. Asyu ni bukannya kaki jalan sangat. So, peluang nak naik bas tu jarang-jarang Asyu dapat. Kiranya, one in milion la... Setakat ni asyu dah try 5 jenis bas.

      Bas yang pertama : Bas biasa masuk kampung. Bas buruk tu...

      Hahaha, korang semua mesti pernah naik bas nikan, kan? Masa Asyu kecik-kecik, Asyu selalu ikut ayah Asyu ambik duit pencen. Biasalah pencen askar. So, time tulah nak merasa naik kenderaan awam. (Ayah Asyu tak reti bawak kenderaan bermotor. Dia reti bawak basikal tua je...) Dulu Asyu ni nakal setiap kali naik bas Asyu suka duduk tepi tingkap. Lepas tu keluarkan kepala. Ayah Asyu selalu marah. Asyu tak buat dah tapi Asyu hulurkan tangan pulak hehehe. Lepas Asyu duduk dengan mak Asyu tak naik bas dah. Naik kereta je...

     Bas yang kedua : Bas lompat. Bas yang berhenti setiap stesen tu.

     Ah... kisah Asyu first time naik bas ni memang kelakar. Hari tu dalam raya kedua, tiga (raya haji) mak cik Asyu call. cakap dia sunyi. Mak Asyu pun kelam kabut cari tiket nak pergi Taiping. Kami dekat Ipoh. cari punya cari. semua tiket bas Ekspress habis. Mak Asyu still nak pergi jugak. So, kitaorg naik la bas lompat. Naik bas yang first, Asyu dapat tmpt duduk(Fuh lega~) Oh no! lelaki dekat sebelah. Macam nak mati rasanya. Masa tu Asyu tak pernah duduk sebelah lelaki yg bukan muhrim(baik x?) hahaha. Okey pastu kitaorg pun turun. Naik bas kedua.. Mak oi.... Penuh wa kata lu... Masa tu dah magrib. korang bayangkan... Asyu kena la berdiri. Dah la jalan yang dia lalu tu berlopak2 den kato. So Asyu dah terumbang ambing dalam bas tu.. Tak semena2 Asyu terjatuh atas brother ni... Nasib baik masa tu Asyu kurus.. (Kuang kuang kuang) Mak Asyu boleh bantai gelak. Kesian Asyu yg masih murni lagi tulus ni. terkebil2 kat situ. Asyu pun buat muka kenal mintak maaf. Pastu ada sorg brother ni baik hati, dia bgn and offer tmpat dia.. Hahahaha gentlementkan? So, tak lama pastu Asyu , mak dan adik pun tiba di Taiping....

     Bas yang ketiga : Bas Sekolah. Bas warna kuning!!!

    Hah! Siapa pernah naik bas kuning???? Asyu pernah. tapi tak lama setahun cam tu. Masa tu Asyu duk Batu Gajah. Akhir tahun 2007 dengan awal tahun 2008. Lepas tu Asyu pindah Ipoh balik. Masa first time tu takut tau. Asyu sorang je murid Tiwa sekolah lama Asyu... Dah la bas tu penuh cam tin sardin. Asyu duduk betul2 dekat pintu bas tu... sekali Pak cik tu bukak pintu, mesti Asyu jatuh berguling..{x jatuh pun} penat je mak Asyu bayar duit bas. Last2 Asyu lagi suka jalan kaki. sebabnya boleh singgah kedai komik.. [my feveret] pak cik tu tak kata apa2 dah.. penat kot berleter kat Asyu....

    Bas yang keempat : Bas Sekolah {Bas persiaran}

    Hehehehe Asyu paling suka bas ni... The best in the world la kata Asyu. Sebabnya, Asyu tak perlu risau terlepas stesen.. huhuhu Bas ni selesa. Asyu tak rasa takut [semua yg naik budak skola Asyu]. And the best part is, semua kongsi makanan. huhuhu. Asyu pun boleh tidur dgn lenanye....

   Bas yang kelima : Bas Ekpress.

   Macam yang Asyu cakap, Asyu dah lama tak naik bas!!!! So, satu hari ni kakak Asyu{didie} ambik Asyu n adik Asyu g rumah dia. ikutkan perancgannya dia natr kita org balik. Tapi suami dia kerja plak. So, Asyu n adik terpaksa naik bas, for the first time tanpa ada org yg betul2 dewasa temnkan. [Asyu x dewasa sgt huhuhu] Asyu pun tak berani tidur sbbnya takut terlepas stesen. Tapikan mmg la Nasib baik asyu x tidur, bas tu laju bukan main wa kata lu.. Sampaikan, ada satu bau menular didalam bas tu. Masyaallah! Driver tu bwk tanpa henti, sampai ada yg tercirota{tercirit}. first2 tu Asyu je yang bau tau.. Asyu tanya adik Asyu tapi dia kata x de, makin lama makin kuat bau tu, sampai ASyu rasa nak pengsan!!! Asyu toleh tepi, Asyu tgk mamat yg duduk sebelah kitaorg tu boleh menyedao dgr earphone! tgk depan, hah! Ada yg bau!!! Tetiba bas berhenti dekat perhentian tol tu, berlari2 semua yg nak terkucil dan terbenyak, tak lupa juga yg dah terkeluaq...  Asyu dah bantai gelak2.. Bila hamba Allah tu lalu semua pakat tutup hidung. Asyu tak tutup hidung kesian kat dia... x patut betul la bas ekspress ni... tu la first time Asyu naik bas selepas sekian lama...


    Tapi jangan ingat Asyu dah serik naik bas pulak... tak de maknanya... Asyu ni kalau nak keluar ada je caranya. termasuklah bersekang mata menahan mengatuk naik bas.... hahaha tu je yg Asyu nak kongsi.. :) Peace.... jgn takut lak naik bas...

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)