SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Wednesday, 2 January 2013

kerana kau anjelku 2


BAB 2


'Air pasang pagi
surut pukul lima,
nyonya bangun pagi-pagi,
siram pokok bunga,

pokok bunga melur,
tanam tepi batas,
itik bertelur,
ayam mengeram,

itik baba jatuh dalam parit
itik aminah ketawa jerit-jerit,
pergi kuala lumpur naik kereta api,
jumpa gadis cantik menyorok dalam dapur.'

Kedengaran kanak-kanak menyanyi sambil ketawa. Waktu rehat untuk pelajar tadika telah bermula. Aiman terbongkok-bongkok mencari kawannya. Siapa lagi kawannya selain daripada Nada. Kelihatan Nada sedang duduk dibawah pokok ceri sambil memegang perutnya. Aiman menghampiri Nada dengan bekal makanannya. Hari ini, mamanya menbekalkan nasi goreng cina. Feveret dia tu.. sedap hingga menjilat bibir.. hehehe jangan jealous sedap ni..

“Nada!”sergah Aiman sengaja. Dia suka melihat wajah Nada ketika marah. Nada mula la buat muka comel tak hinggat dia tu. Pipinya dikembungkan. Marah sangat la tu kononnya. Aiman dengan riang ria di hari rayanya. Menekan kedua-dua belah pipi nada sehingga kempis. Aiman ketawa kesukaan.

“Ish.. Aiman ni tak boleh ke kalau sehari tak kacau Nada?”tanya Nada dengan riak muka yang masam. Aiman mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Tak boleh! Sebabnya Aiman suka tengok muka Nada marah. Comel...”puji Aiman dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Budak kecik apa yang diaorang tahu..

“herm.. Nada tau nada comel. Dah la, perut orang dah la tengah lapar malas nak layan Aiman ni..”ujar Nada dengan selamba. Tangannya masih diperutnya.

“Aik.. mana bekal Nada?”tanya Aiman apabila melihat tangan Nada yang kosong.

“Erm..Erm.. Nada.. Nada. Hah mama kita terlupa..”ujar Nada dengan muka yang serba salah.

“Ya ke? Kenapa Danial ada bekal. Mama awak tak lupa pulak dekat dia ya..”tanya Aiman pelik, baru tadi dia lihat Danial makan bersama kawan-kawannya yang lain. Aiman ni memang penuh dengan perasaan pelik dan ingin tahu. Nada mula berpeluh dingin takut hal mamanya tak memberi dia bekal terpacul keluar dari mulut kecilnya.

“Hm.. tak pa la. Awak lapar ya. Jom kongsi makan ni. Mama saya bubuh banyak..”Ajak Aiman beria-ria. Nada dengan mata bersinar-sinar memulakan doa makan. Aiman dah terlajak makan dah. Tapi bila Nada baca doa dia pun tadah tangan tumpang la doa Nada tu. Nada mula makan dengan gembira. Alhamdullilah hari ni dia ada kawan untuk menumpang kasih dan perhatian.


*___*



“Assalamualaikum!!”jerit seorang lelaki dalam linkungan 30-an itu di depan rumah banglo Hazizul. Nada yang kebetulan berada ditaman menyahut salam lelaki itu.

“Waalaikumsalam. Pak cik ni sapa?”tanya Nada. Mata lelaki itu terbeliak melihat Nada. Mungkin terperanjat.

“Hm.. pak cik ni nak cari kerja. Mama ke papa ada tak?”tanya lelaki itu. Melihat muka lelaki itu yang bersungguh-sungguh dan penat itu membuat Nada berlari ke dalam rumah mencari mamanya.

“Ya, ada apa encik?”tanya Linda yang keluar setelah mendengar coloteh Nada mengenai lelaki yang kepenatan dan kasihan itu.

“Puan saya nak minta kerja dengan puan. Kerja apa-apa pun saya tak kisah. Janji yang halal puan.”kata lelaki itu bersungguh-sungguh. Linda mula serba salah. Suaminya sudah berpesan jangan suka-suka hati mengambil orang bekerja dengan mereka. Takut ditipu seperti dulu. Dulu mereka pernah ditipu oleh orang gaji mereka. Sejak itu Huzairil serik mahu mengambil orang gaji. Akhirnya semua kerja rumah dilakukan Linda sendiri.

'Pin.. pin..pin'bunyi hon dari kereta Huzairil membingit. Linda mula tarik muka masamnya. Dia memang tak pernah senyum dengan Huzairil sejak dia terjumpa surat beranak Nada itu.

“La kenapa duduk dekat sini?”tanya Huzairil yang kelihatan lelah. Penat selepas seharian bekerja walaupun dalam aircond. Biasalah nama pun kerjakan...

“Ni orang ni nak minta kerja. Awak uruskanlah sendiri.”kata Linda sambil berlalu masuk. Huzairil merenung atas bawah lelaki itu. Namun dia tidak melihat wajah lelaki itu. Kerana lelaki itu asyik menunduk sahaja.

“Hm.. awak memang perlukan kerja ni ke?”tanya Huzairil tegas. Lelaki itu mendongak. Dia mengangguk laju.

“Kamu ni orang mana? Nampak macam orang Malaysia..”kata Huzairil lagi. Dia mula menilik wajah lelaki itu. Wajah yang sungguh kemelayuan. Tapi sepasang mata itu, macam biasa dia lihat. Siapa sebenarnya lelaki ni?

“Ya, saya orang Malaysia. Encik, boleh tak saya kerja disini?”tanya lelaki itu lagi.

“Baiklah. Awak boleh kerja disini. Tapi awak kena buat dua kerja jadi tukang kebun da driver untuk anak-anak saya. Oh ya awak kena jadi bodyguard anak saya yang perempuan itu. Namanya Nur Nada. Awak ada lesen?”Huzairil risau dengan keselamatan Nada. Kalaulah orang ramai tahu siapa Nada sebenarnya mungkin Nada dalam bahaya.

“Saya ada lesen encik. Hm, encik boleh saya minta tolong?”tanya lelaki itu dalam nada yang kendur. Huzairil mengangguk.

“Saya.. hm, boleh tak saya tinggal dirumah ni? Saya tak ada tempat tinggal..”Kata lelaki itu.

“Hm.. baiklah. Lupa pula nak tanya. Nama kamu ni apa ya?”tanya Huzairil. Dia benar-benar rasa seperti mengenali lelaki itu.

“Nama saya.. nama saya Airil.”kata Airil teragak-agak. Huzairil menunjukkan tempat untuk lelaki itu tidur. Biliknya berdekatan dengan bilik anak-anak Huzairil. Bilik di bawah telah diduduki Huzairil dan Linda. Linda lebih suka tidur dibilik bawah berbanding bilik di atas.

*___*


'Tok,tok,tok'Kedengaran ketukan dibilik tidur Airil. Airil membuka pintu mungkin majikannya memerlukan pertolongannya. Namun,sebaliknya muncul anak kecil yang mula-mula dia berjumpa tadi. Ala majikan juga tu. Majikan kecil.

“Nah untuk pak cik.. sorry Nada kacau pak cik..”ujar Nada sambil menghulurkan segelas air sejuk. Nada berasa amat kasian dengan lelaki itu. Dari tadi bersembang dengan ayahnya tetapi ayahnya tidak pula memberi pak cik ini minum.

“Eh.. Nada pak cik ni pekerja saja. Tak perlulah ambilkan air untuk pak cik.”kata Airil yang jelas terharu dengan perbuatan anak kecil itu. Nada hanya tersenyum.

“Mana pak cik tahu nama Nada? Tak pelah. Walaupun pak cik ni pekerja pak cik mesti minum jugak. Kalau tak, boleh mati. Cikgu Nada cakap..”terang Nada bersungguh-sungguh walaupun dia pelik bagaimana pak cik tu tahu namanya. Airil tersenyum mendengar celoteh Nada.

“Pak cik tahu la nama adik comel ni Nada.. ataupun ada budak perempuan yang lain dalam rumah ni?”tanya Airil dengan wajah yang sengaja digarangkan. Nada buat derk je dekat dia.

“Mana ada. Nada seorang je yang comel kat sini tau..”ujar Nada dengan sengihan. Airil yang geram dengan ketelah manja Nada itu pantas mencubit pipi Nada yang tembam. Nada menyeringa kesakitan.

“Sorry pak cik tak sengaja..”kata Airil. Takut pula kalau anak kecil itu menangis. Nada buat muka masam.

“Apa la pak cik ni... meh sini..”panggil Nada. Airil pun mendekatkan telinganya kepada Nada. Ingatnya Nada mahu membisikkan sesuatu. Nada yang nakal itu terus mencubit pipi Airil pula. Kemudian dia pantas melarikan diri sambil ketawa keriangan. Airil turut ketawa. Anak itu kelihatan amat bahagia. Dia tumpang gembira...

*___*


'PRANG' kedengaran bunyi benda pecah. Linda pantas berlari ke dapur.

“Ya Allah! Budak bertuah! Kamu buat apa ni?”tanya Linda kegeraman. Dia segera menarik Nada menjauhi kaca-kaca tersebut. Walaupun dia tidak menyukai Nada. Tetapi dia masih mempunyai hati nurani. Tak tergamak dia biarkan anak tirinya merangkap anak susuannya cedera. Aina sudah menangis teresak-esak.

“Sorry mama. Nada nak tolong mama basuh pinggan. Pinggan..pinggan
terlepas..isk..isk..”terang Nada dalam ketakutan. Entah mengapa suara Nada yang ketakutan itu seakan-akan menyeru Linda untuk memeluk anak kecil itu. Namun dia butakan hatinya. Ditunjal-tunjal kepala Nada itu.

“Mama? Siapa mama kau? Kamu tu tak de mama. Faham!”kata linda tegas. Entah kenapa hatinya turut kesakitan apabila mengucapkan kata-kata itu, padahal sudah lama dia meyemat kata benci kepada insan bernama Nur Nada itu. Tangannya sudah diangkat mahu memukul anak kecil itu. Dia keliru dengan persaannya sendiri. Dia ingin menyakiti Nada dalam masa yang sama dia tak suka melihat anak itu kesakitan.

“PUAN!!”jerit Airil yang melihat kejadian itu secara tak sengaja. Terhenti Linda. Pantas dia beristighfar dalam hati. Dia sendiri tidak menyangka akan bertindak sejauh itu. Dia pantas berlari ke tingkat atas. Nada yang sedang menangis teresak-esak itu didukung Airil.

“Dah.. sayang dah.. sh.. sh..”pujuk Airil sambil menggosok belakang Nada. Nada terlena.


*___*


“Pak cik, boleh tak Nada nak panggil pak cik daddy?”tanya Nada tiba-tiba.

“Kenapa Nada nak panggil pak cik daddy?”tanya Airil dengan dahi berkerut-kerut. Pelik dengan Nada.

“Hm.. sebab pak cik baik macam ayah..”kata Nada perlahan. Airil tersenyum.

“Tapi... pak cik tak suka daddy la..”kata Airil sengaja mahu mengusik Nada.

“Hm.. tak pa la..”ujar Nada. Dia mahu menangis tetapi ditahan air matanya. Malu mahu menangis di situ.

“Ala merajuk ke? Baru nak suruh Nada panggil papa..”sengaja Airil mahu menduga reaksi Nada. Nada yang mendengar sudah melompat kesukaan.

“Yeay,yeay,yeay kita ada papa baru..”ujar Nada sambil mencium kedua pipi Airil dengan riang. 'Tak apa, Nada.. Papa akan sentiasa disamping Nada..'bisik hati Airil. Pantas dia memeluk anak kecil yang penuh dengan luka dihatinya.


*___*


“Kenapa dua tiga hari ni awak nampak happy? Awak dah ada kawan baru ek?”tanya Aiman. Ada nada cemburu diayatnya. Nada hanya ketaa kesukaan.

“Cakap la Nada... saya tak mau kawan dengan awak nanti..”rajuk Aiman. Nada buat derk. Aiman sudah menangis.

“Kenapa awak nangis tiba-tiba ni?”tanya Nada yang takut-takut.

“Sebab awak tak mau kawan dengan kita..huargh..”semakin kuat tangisan Aiman. Tak sangka suka menangis budak ni. Nampak je macam hero...

“Ala awak ni nak gurau pun tak boleh. Kita tak suka kawan dengan lelaki yang suka menangis..”ujar Nada selamba. Aiman yang mendengar terus berhenti menangis.

“Kita tak nangis dah. Kita kawan ye..”kata Aiman penuh bersemangat. Nada mengangguk setuju. Melompat-lompat Aiman dan Nada. Suka benar mereka.. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti dihadapan mereka.Keluar seorang lelaki.

“Nada jom balik..”ajak Lelaki itu lembut.

“Papa! Yeay.. okeylah Aiman sok kita jumpa lagi. Bye-bye...”kata Nada sambil melambai riang ke arah Aiman. Aiman turut melambai kembali. Pelik dengan kelibat lelaki itu. Pelik Nada selalu riang walaupun dia tak bermain dengan Nada. Pelik.. ish banyak betul budak Aiman ni punya pelik... Biasalah budak kecil.


#bersambung..
okey tak?
hm.. pasal abdullah tu nanti2 la ye.. asyu ada banyak kerja kursus ni..
mabye asyu takkan selalu update 5 bulan ni. tengok la klu ada masa lapang asyu akan sambung novel ni ye..
komen tau jangan tak komen.. bru la asyu sayang klu komen hehehehe
k la bye2 love you all..

3 comments:

  1. best la cite ni .bila nak sambung lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rose roses... akan disambung.. tapi mungkin dalam 2 or 3 more days.. sabar tau..

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)