Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 8 January 2013

kerana kau anjelku 3


BAB 3


Enam tahun kemudian,

“Aiman!!!!!!”Jerit Puan Maznah. Geram tak terkata dia dengan anak muridnya itu. Nakal sungguh. Suka mengacau orang lain. Tak sedar tahun hadapan dia akan menghadapi UPSR. Amira yang tadinya sedang menyiapkan kerja yang diberi Puan Maznah kini menangis kerana Aiman menarik rambutnya itu. Aiman buat muka tak bersalah. Dia siap menjelirkan lidah lagi kepada Puan Maznah dan rakan sekelasnya yang sedang menangis itu.

Kedengaran derapan kaki dikoridor kelas mereka. Aiman menelan air liur. 'habis aku kalau si Amira ni mengadu dekat dia..' Aiman mula memujuk Amira yang masih tak mahu diam. Puan Maznah tersenyum, tahu sangat kelemahan Aiman yang satu itu.

“Kenapa Amira menangis ni?”tanya Nada yang baru masuk ke kelas. Dari tadi dia menolong Cikgu Amir menyusun buku dipusat sumber. Biasalah pelajar contoh, walaupun baru didarjah 5. Amira mula mengadu kepada Nada. Merah muka Nada yang putih itu mendengar cerita Amira.

“Aiman? Apa masalah kamu ni? Asal aku tak ada dalam kelas kau kacau orang lain. Asal aku tak ada kau cari pasal. Kenapa dengan kamu ni? Kamu mintak maaf dengan dia sekarang!”arah Nada garang. Aiman sudah terkulat-kulat. Puan Maznah hanya ketawa melihat gelagat mereka. Sudah biasa dengan keadaan itu, setengah tahun dia memegang kelas itu sudah cukup untuk dia memahami kelakuan pelajar-pelajarnya.

Aiman masih buat bodoh. Bukan besar sangat pun salah dia tu. Cuma gurau-gurau manja sahaja. Tak kan itu pun nak minta maaf. Nada dah turun naik dadanya menahan marah. Aiman masih menggeleng tak mahu meminta maaf. Apalagi tangan Nada laju sahaja menarik telinga Aiman. Terjerit-jerit budak lelaki itu. Amira ketawa sambil menepuk-nepuk tangan sekali pandang macam kanak-kanak ribena dua kali pandang memang kanak-kanak ribena. Puan Maznah turut tepuk tangan. Tak padan dengan cikgu, nak jugak join sekaki.

“Okey! Okey aku minta maaf..!”kata Aiman yang sedang menahan kesakitan. Nada memandang Amira. Lambat-lambat Amira menggangguk.

“Ala, sayang aku ni.. Takkan gurau sikit pun tak boleh?”kata Aiman gatal merengam. Nada menunjukkan penumbuknya. Mula la si Aiman nak tayang skill playboynya itu. Amira mula la buat trademark dia, tangan ke bahu, mata ke atas. Kelas you!

“Hahaha, Man tak yah la bersayang-sayang la dengan awek aku ni..”kata Hanif sambil menjongkit-jongkitkan keningnya yang tebal. Dah muncul dah lagi seorang malaun ni.. Aiman buat muka mengertak Hanif, marah la tu, orang kacau awek dia.

“Wah! Takutnya aku...hahaha”Hanif siap ber'high five' dengan Aiman. Memang jelas la mereka ni sekepala. Nada menayang muka bosan. Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan rehat telah bermula. Dia pantas menarik tangan Amira yang dari tadi setia tercongak di tepi mereka meyaksikan sketsa yang sememangnya free ini. Aiman yang sedang seronok berketawa bersama Hanif pantas mengejar kawannya itu.


*____*



Nada berjalan riang ke tempat menunggu bas. Aiman masih setia mengekori dia. Hanif dan Amira sudah lama lesap kerana mereka pulang menaiki basikal.

“Wei, kau balik pukul berapa?”tanya Aiman, apabila mamanya sudah tiba. Nada melihat jam ditangannya. Dia mengeleng.

“Tak tahu la. Papa kata dia nak ambik ayah dulu. So mungkin dalam pukul 3 or so what la..”jelas Nada apabila melihat Aiman teragak-agak mahu pulang.

“Dah, dah pergi balik mama kau dah tunggu lama tu.”Nada pantas menolak belakang Aiman dengan hujung jarinya. Aiman melangkah perlahan. Nada mengangkat tangan kepada mama Aiman sebagai tanda hormat. Kereta mereka meluncur laju.

“Alahai lambatnya papa dengan ayah ni..”rungut Nada perlahan. Matahari makin terik walaupun sudah mulai jatuh. Tak lama selepas itu Nada terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta BMW hitam itu. Hampir terjatuh dia akibat terlompat, biasa la terkejut.

“Ayah! Papa! er... Along..”rasa teuja Nada mati sebaik sahaja melihat kelibat alongnya. Tangan Huzairil disalam sopan. Tangan Amir turut disalam. Namun setakat sentuh hujung je. Amir dengan pantas menarik tangannya ke belakang. Dengan takut-takut dia duduk di sebelah Amir. Dia macam fobia dengan Amir. Walaupun Amir tak sekejam dulu. Tetapi cukup untuk mengetarkan kepala lutut Nada.

“Ayah, papa kita nak pergi mana ni? Nada lapar la...”rengek Nada manja. Dengan ayah dan papanya sahaja dia boleh rengek-rengek manja ni. Kalau dengan ibunya memang nak makan pelempang la tu. Amir mencebik menyampah betul dia dengan budak menumpang ni.

“So sorry sayang, papa kena pergi pejabat sekejap aja...”kata Huzairil sambil menggosok-gosok kepala anak kesayangannya itu. Nada buat muka pasrah.

“Ala, lambat lagi ke yah? Along dari sekolah tahan lapar..”Amir mula menagih simpati sememangnya dia menahan lapar dari tadi kerana tak ada selera makan untuk melahap makanan dikantin sekolahnya itu. Tanpa sengaja Nada mengangguk setuju dengan cadangan Amir itu. Amir menjeling geram. Tak suka dia dengan Nada. Baginya Nada seperti kekotoran yang melekat dibajunya dan tak mahu hilang.

“Okey. Kita makan dulu lepas kamu ikut ayah pergi pejabat kejap ya?”seusai Huzairil berkata Nada bertepuk tangan, gembira benar dia. Sekali lagi Amir menjeling marah kepada Nada. Terdiam Nada dibuatnya.


*____*

Sudah setengah jam Nada melangut di lobi bersama papanya. Airil mengeleng-geleng melihat gelagat Nada yang asyik berulang alik itu. Dah macam askar pencen berkawad saja.

“Papa ni kenapa? Asyik tergeleng-geleng je kepala tu?”tanya Nada dengan nada geram. Geram kerana terpaksa terkandas di situ. Dah la kerja sekolah dia berlambak. Tak patut la ayah ni...

“Memang papa geleng kepala. Dah Nada tu tak reti duduk diam. Kepala papa pun ikut la sekali.. Garangnya anak dara ni..”Ujar Airin kuat, sengaja nak memancing wajah marah gadis itu. Suka benar dia melihat wajah comel Nada merajuk. Nada mengembungkan pipinya dan spontan tangan Nada sendiri menekan pipinya itu. Pengaruh si Aiman la ni... Airil ketawa senang hati. Suka dia melihat wajah yang semakin dewasa itu. Nada seorang anak yang kuat, siapa sangka disebalik sikap riang dan gelak tawa Nada terselindung satu kisah duka. Kisah dia yang dipulaukan seluruh ahli keluarga kecuali Huzairil, memang Nada seorang anak yang tabah.

“Papa!!!”jerit Nada ditelinga Airil. Huzairil sudah ketawa melihat telatah anak gadisnya itu. Airil yang tadinya mengelamun melompat terkejut. Amir yang tercongak bagaikan patung batu itu menahan diri daripada ketawa. Tak sanggup dia nak ketawa dengan lawak spontan adik tirinya itu.

“Hah! Kenapa? Kenapa? Bangunan dah roboh ke? Cepat Nada, cepat jom lari..”kata Airil sambil menarik tangan Nada mahu melarikan diri. Huzairil sudah ketawa. Amir juga sudah ketawa
melihat aksi Airil yang bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Nada itu.

“Amboi..! Ingat Nada je ye.. Kami ni, kalau bangunan runtuh pun, biar je la ye..”usik Huzairil kepada Airil yang baru sedar. Airil tersipu-sipu malu.

“Eh, sorry, sorry.. Nada la ni kejutkan saya, tuan.”dalih Airil yang malu tertangkap mengelamun.

“Apa ni, Nada pulak dipersalahkan? Papa la, dari tadi Nada ajak balik. Papa je yang tak sedar..”cerita Nada. Airil menunduk kepalanya bagaikan orang jepun. Mintak maaflah tu.. Nada masih merajuk. Sambil menghentak kaki dia melangkah ke arah kereta BMW itu.


*___*


Nada tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Ralit sungguh dia dengan dunianya. Tiba-tiba bilik Nada diserbu Linda. Muka Linda merah menahan amarah. Tanpa signal Linda mengheret Nada keluar dari biliknya itu. Geram sungguh Linda, gara-gara Nada la anak kesayangannya dipukul orang. Petang tadi sebaik sahaja melihat wajah Daniel yang penuh dengan lebam merobek hati Linda. Apatah lagi mendengar cerita dari mulut anaknya itu, Nada la punca anaknya dibelasah.

Nada sudah ketakutan. Kebetulan pula, Huzairil dan Airil tidak ada dirumah waktu itu. Kepada siapa dia mahu meminta perlindungan? Nada mahu lari tetapi kakinya kaku bagaikan dipaku disitu. Di suatu sudut kelihatan Daniel memerhati segala perbuatan Linda terhadap Nada. Nada cuba menagih simpati. Tapi dia tahu Daniel kini bukan lagi Daniel adiknya yang dulu. Daniel kini sama seperti Amir, Irwan dan Johan tidak pernah menyukai dia. Nasib baik la Irwan dan Johan jauh diperantauan. Menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh. Kalau tak memang Nada dah arwah menahan rasa.

“Ampun bu.. ampun bu..”rayu Nada yang sudah tidak bertenaga. Nak menangis air mata seakan tidak sudi keluar. Kesakitan ini sudah lali dia hadapi. Danial yang dari memerhati turut merasa gerun melihat ibunya mengamuk. Memang benar dia dibelasah tetapi bukan kerana Nada tetapi kerana dia kurang ajar kepada pelajar tingkatan 5 yang turut memonteng bersamanya. Tapi dia takut mahu memberitahu ibunya tentang kegiatan pontengnya. Ibunya jika naik angin pasti seperti sekarang, mengamuk tak ingat dunia. Jadi lebih baik dia letakkan kesalahan ini di bahu Nada yang merampas ayahnya. Itulah yang diberitahu abang-abangnya sejak dia kecil lagi.

“Ibu.. dah la tu bu.. dia dah lembik tu..”Tegur Danial takut-takut. Linda terkesima mendengar teguran anaknya. Dia memandang Nada yang terbaring lemah. Pantas dia beristighfar, tak sangka dia akan membelasah anak tirinya sehingga begitu. Linda berlalu sambil menarik tangan anaknya. Perlahan-lahan Nada mengesot ke biliknya. Dia tidak mahu ayahnya tahu mengenai kejadian ini. Cukup la dia menanggung perkara ini sendiri. Dengan sepenuh tenaga Nada bangkit dan berjalan menuju ke bilik air. Tanggungjawabnya sebagai seorang muslim masih tidak tertunai lagi. Di atas sejadah Nada mengadu nasib. Nasibnya yang dianggap pengemis dirumah itu. Mujur juga esok sekolah cuti kalau tidak payah juga mahu bersoal jawab dengan bodyguard playboynya, Aiman.



*____*


Nada bangun awal. Dia melakukan tugasnya seperti biasa di hari cuti. Berjengket-jengket dia melangkah ke dapur. Satu, dua, ti....ga!

“HUARGH!”sergah Nada. Mak Embun yang terkejut, melatah-latah. Senduk bersih yang sedang dipegang diketuk-ketuk ke kepala Nada. Mak Embun mengurut dadanya perlahan. Mungkin penat melatah diawal-awal pagi. Nada menayang sengih. Seronok mendengar latah Mak Embun setidak-tidaknya ada juga sesuatu untuk menghiburkan hati.

“Ya Allah, Nada! Terkejut Mak Embun. Sengaja je budak ni..”bebel Mak Embun, tangannya masih melakukan kerjanya yang tadi tertangguh. Nada melabuhkan dirinya ke kerusi meja makan itu. Dia memandang Mak Embun tanpa berkelip. Biasa taktik dia la tu. Mak Embun tertoleh-toleh. Apabila Mak Embun menoleh pantas Nada mengenyitkan matanya.

“Yelah, yelah. Nada boleh tolong Mak Embun. Tolong bancuhkan air kopi.”Mak Embun beralah. Dari tadi dia menahan tawa. Lucu dengan gelagat Nada yang tak sudah-sudah memancing kerja darinya. Nada memberi tabik.

“Yes, madam!”Mak Embun sekadar tersenyum melihat gelagat anak majikannya yang satu itu.

“Assalamualaikum...”Ucap Airil sambil menyiku Nada yang asyik membancuh kopi itu. Nada mengaduh perlahan. Tempat yang Airil siku itu adalah tempat lebamnya yang tidak lagi surut. Airil mengangkat kening mendengar Nada mengeluh. Dia menarik Nada jauh dari Mak Embun.

“Nada cuba terus terang.. Nada sakit ke? Ibu pukul?”tanya Airil dalam nada yang perlahan. Risau dengan keselamatan anak majikannya merangkap anak angkatnya. Nada pantas menggeleng. Airil mengeluh tidak puas hati. Dia melihat tangan Nada yang terlindung disebalik baju lengan panjang itu. Penuh dengan lebam-lebam. Sekali lagi Airil mengeluh. Nada tersenyum, dia rasa senang. Walaupun dia berasa sunyi tetapi masih ada yang menyayanginya.

“Nada, jom pergi klinik.”pujuk Airil. Nada menggeleng lagi. Airil merengus geram.

“Kalau sakit jangan takut-takut. Bagitahu saja papa. Faham?!”tanya Airil tegas. Nada mengangguk. Dia pantas berlalu. Ayah dan ahli keluarganya mula turun untuk bersarapan. Airil sekadar memandang sayu kelibat Nada. Entah kenapa dia rasa sangat kasihan dengan gadis yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu. 'Tak apa Nada, balasan Tuhan ada, mungkin hari ini Nada derita tetapi esok Nada bahagia...'bisik hati Airil. Dia akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.


bersambung...

#huhuhu penat la... tapi dah lama lak aq rasa tak update blog so aq masukkan bab ni...
so kepada pembaca n friends yang budiman tolong la komen2 sikit..
penat tau asyu tulis tapi korang tak nak komen...
k la bye sayang korang ketat2 hahahaha

3 comments:

  1. jalan cite ni memang best.teruskan berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. insyaallah
      asyu akan terus menulis selagi ada idea..
      thanks sebab sudi baca

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)