SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Saturday, 22 December 2012

pengubat hatiku 11


BAB 11


“AWAK?!”ujar mereka serentak. Mata Aina membuntang. Tak sangka dia akan berjumpa lelaki itu lagi. Sudah hampir tiga atau empat tahun mereka tidak pernah berjumpa. Walaupun baru berjumpa sekali sahaja mereka berjumpa. Wajah itu tetap terpahat diingatannya. Tiba-tiba lelaki itu ketawa. Aina yang blur semacam pun turut ketawa tanpa mengetahui sebab dia ketawa.

“Tak sangka dapat jumpa awak lagi, Cik Aina. Patutlah saya macam kenal dengan nama awak ni..”ujar Abdullah. Aina yakin itu lelaki yang sama, bapa kepada budak kecil bernama Asyikin. Walaupun semasa mereka berjumpa dahulu lelaki itu kelihatan cengkung bagaikan jerangkung. Kini lelaki itu kelihatan sungguh lain, badannya sudah berisi dan tegap, mukanya tidak lagi nampak serabut malah kelihatan amat kacak. Tetapi Raisulnya tetap dihati....

“Saya pun tak sangka dapat berjumpa dengan en Abdullah. Asyikin macam mana encik?”tanya Aina. Abdullah menepuk dahinya kuat. Aina terpinga-pinga.

“Asyik bersembang sampai lupa nak jemput cik Aina duduk. Asyikin sihat. Malah dia semakin sihat. Tahun ini dia masuk darjah satu.”dengan penuh teruja Abdullah menceritakan tentang satu-satunya anak perempuannya. Aina tersenyum. Seronok mendengar khabar si kecil Asyikin.

“Ye ke? Rindu saya dengan dia..”kata Aina spontan.

“Asyikin juga rindu dengan cik Aina. Hm.. macam ni la. Apa kata tengahari ini, cik Aina ikut saya pergi makan dengan Ikin. Dia balik awal hari ini.”kata Abdullah ceria. Ain kelihatan serba-salah.

“Tapi, sepatutnya saya melapor diri hari ni. Takkan hari pertama nak terus keluar makan dengan bos kut?...”ayat terakhir itu sedikit berbisik. Namun masih mampu didengari oleh Abdullah. Abdullah tersenyum.

“Jangan risau cik Aina. Takkan ada gossip punyalah. Oh ya, selamat datang ke ModernOk. Mari saya memperkenalkan awak dengan staf-staf syarikat ini.”kata Abdullah sambil membukakan pintu untuk Aina. Aina mengangguk.

Sesi bersuai kenal berlangsung dengan lancar. Setelah itu, Aina ditunjukkan mejanya. Aina pantas melabuhkan punggungnya ke kerusi itu. Tiba-tiba ada seorang staf bernama, Khalisya menghulurkan dokumen yang membukit. Melopong mulut Aina melihat dokumen yang menimbun itu. Tak sangka Aina hari first kerja pun sudah dihumban dengan dokumen sebanyak ini. Lagipun semua dokumen ini bukan dalam bidangnya. Aina merupakan pereka. Bukanlah seorang kerani. Aina memandang rakan sekerjanya itu dengan riak yang tidak faham.

“Kau kena belajar selok belok syarikat ni. Nanti kau baca semua ni. Lepas tu kau kena buat laporan.”kata Khalisya dengan riak yang serius. Aina yang sememangnya lurus itu sekadar mengangguk faham.
Sebenarnya Aina tidak perlu melakukan semua itu. Khalisya cuma cemburu dengan Aina yang dapat berbual mesra dengan bosnya yang garang macam naga tetapi handsome macam Robert Pattinson itu. Khalisya sudah lama menaruh hati dengan bosnya cuma dia tidak dilayan. Sebab itulah dia sengaja mendera pekerja baharu itu.

Aina melakukan kerjanya dengan tekun. Dia nekad mahu menyiapkan laporan itu hari itu juga. Aina begitu asyik dengan kerjanya tanpa sedar waktu yang berlalu. Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Abdullah melangkah ke meja Aina. Pelik pula rasanya, setahunya dia tidak lagi memberikan apa-apa tugasan kepada Aina. Tetapi sekarang ni Aina sedang asyik membuat kerja. Dia memerhatikan kerja yang dilakukan Aina. Aina sedikit pun tidak perasan dengan kedatangannya itu. Asyik benar dengan kerjanya. 'Laporan?'desis hatinya.

“Ehem..ehem..”sengaja Abdullah berdehem. Namun Aina tetap hanyut dengan kerjanya. Abdullah tersenyum. Dia mengetuk meja Aina dengan kuat.

“Oh mak kau, mak aku, kerja meletup. Laporan terbakar..”latah Aina yang terkejut dengan ketukan itu. Aina mengurut dadanya perlahan. Rasa terkejut mula beransur hilang. Dia menjeling bosnya yang asyik ketawa itu. Geram mula menapak dihatinya.

“Sorry, sorry. Saya tak sangka awak melatah..”ujar Abdullah yang masih dengan ketawanya.

“Hm.. saya pun tak sangka saya boleh melatah..hehehe”kata Aina dengan nada perli. Abdullah sekadar tersengih. Dia pantas menunjukkan jam didinding pejabat itu. Aina turut melihat jam itu. Tapi dia kembali menyambung kerjanya.

“La.. yang awak sambung kerja ni kenapa cik Aina? Kita dah lewat ni..”kata Abdullah. Risau pula dia. Tadi dia berjanji dengan Ikin mahu menjemput pukul 1 tepat ni sudah pukul 1.10 minit.. Mesti puteri hatinya itu sudah menarik muncung panjang mengalahkan bas sekolah itu.

“Eh, lewat kenapa pulak?”tanya Aina lurus. Abdullah sudah mengeleng-gelengkan kepalanya.

“Kitakan dah janji nak makan tengahari dengan puteri saya...”kata Abdullah meleret. Aina menepuk dahi, pelupa sunggh dia sekarang ni.

“Sorry En Abdullah. Saya terlupa...”ujar Aina tersengih-sengih. Abdullah sekadar tersenym sinis. Tanpa membuang masa Aina segera menyimpan laporan yang baru suku dia siapkan itu. Abdullah sudah menapak ke tempat letak kereta. Hatinya risau jika puterinya itu melancarkan mogok.



*************************************************

“Mana papa ni? Kata jemput Ikin pukul 1 tepat ni dah dekat 1.20 dah ni... Ni yang nak merajuk ni..”ujar Asyikin kepada rakan karibnya Luqman. Luqman tersenyum. Memang kawannya itu cerewet. Lewat sikit merajuk, lewat sikit menangis.. kata mama Luqman, budak cengeng.

“Ala, sabarlah Ikin. Kan ustazah kata sabar itu separuh dari iman...”kata Luqman sama petah dengan Asyikin. Tak padan dengan umur, dah pandai soal agama. Budak-budak sekarang biasalah... tak masuk Smart Readers pun boleh pandai. Asyikin menarik muncung. Geram dengan Luqman yang seolah-olah membela papanya pula.

“Hah, tu pun papa awak Ikin!”ujar Luqman teruja. Asyikin turut memanjangkan tengkuknya. Namun, dia sekadar mengintai, tak berniat mahu ke arah papanya. Masih mogok... Luqman mengeleng-gelengkan kepalanya. Dengan pantas Luqman pergi ke arah kereta papa Ikin meminta lelaki itu turun memujuk kawannya itu. Abdullah tersenyum mendengar celoteh Luqman. Dia menyuruh Luqman masuk ke keretanya. Sementara dia melangkah ke arah Asyikin yang sedang merajuk manja.

“Assalamualaikum princess Ikin..”kata Abdullah sambil tersenyum lebar. Asyikin memanjangkan muncungnya. Dia tidak menjawab salam, malah memalingkan uka ke arah lain.

“Princess, ustazah cakap kalau orang beri salam kita kena jawab... Kalau tak berdosa tau.. Princess nak dosa ke?”sengaja Abdullah memprovokkan anaknya itu.

“Hm.. Waalaikumusalam.. orang tahu la. Sibuk.”perlahan sungguh Asyikin berbicara. Abdullah tersenyum kedengaran anaknya bercakap sesuatu tetapi tidak jelas. Maksudnya Asyikin tidak la marah sangat dengannya,cuma marah-marah sayang.

“Hurm.. princess papa mintak maaf ye.. Kesian princess papa tunggu lama ye..”ujar Abdullah. Asyikin tetap di posisi yang sama langsung tidak menguit. Abdullah mula resah. Tiba-tiba, Abdullah tersenyum. Ada la sesuatu diakalnya itu.

“Aduh! Sakitnya perut papa. Hai... sakitnya. Perut dah lapar tapi princess kesayangan tak nak teman pulak.. Tak de selera la macam ni.. Aduh sakitnya...!”Abdullah mulakan lakonannya. Tak sia-sia dia menuntut ilmu dengan abangnya. Asyikin terpedaya. Riak wajahnya sudah berubah menjadi risau.

“Papa kenapa? Jom la kita pergi makan kesian papa. Meh sini Ikin tolong..”kata Asyikin sambil memegang tangan papanya erat. Takut sungguh dia jika papanya itu jatuh sakit. Ikin memapah papanya sehingga ke kereta. Dengan pantas tangan kecilnya membuka pintu. Mulutnya terlopong sebaik sahaja melihat kelibat seorang wanita.

“Mama?”soal Asyikin tidak percaya. Aina tersenyum melihat mulut Asyikin yang kecil itu terlopong.

“Princess cepat sikit masuk kereta. Perut papa sakit sangat ni..”ujar Abdullah mematikan lamunan Asyikin. Asyikin terus menjadi gelabah apabila mendengar papa tercintanya mengeluh sakit.

“Ikin ingat auntie lagi tak?”tanya Aina sengaja menduga ingatan Asyikin. Kelihatan dahi anak kecil itu berkerut-kerut. Tak lama kemudian anak kecil itu mengangguk-angguk.

“Ni la mama yang bukan mama tukan?”tanya Asyikin teruja. Aina mengangguk walaupun ujaran Asyikin itu sedikit pelik. Luqman yang duduk dihadapan dengan Abdullah itu sudah ternganga.

“Auntie ni la yang awak selalu cerita tu Ikin?”tanya Luqman, mulutnya ternganga. Tanda tidak percaya.

“Eh, Luqman pun ada sama.. Haah ni la mama Aina.”ujar Asyikin petah. Kini giliran Aina pula ternganga. 'Mama Aina?'mula timbul persoalan dibenak fikiran Aina.

“Ye lah. Dah ada mama Aina dia. Terus Luqman dilupakan. Luqman balik dengan papa Ikin la. Tadi mama Luqman dah cakap okey..”Luqman buat muka. Konon-kononnya merajuk.

“Ala jangan la merajuk Luqman. Hilang semua kemachohan Luqman tu.”Kata Asyikin yang asyik bergesel dengan Aina. Dah sebijik macam kucing parsi.

“Hm.. Dah-dah merajuk tu. Meh kita turun pergi makan dulu. Lepas makan merajuk la sepuluh tahun pun uncle tak kisah. Nanti Luqman kahwin je dengan princess Uncle ni..”sengaja dia mengusik puterinya itu. Kata-kata Abdullah mengundang ketawa. Namun satu sahaja yang tidak ketawa princess kesayangannya itu.

“Papa ni...........”Ujar Asyikin sambil berlari masuk ke dalam restoran itu. Luqman mengekori dari belakang. Aina pula ketawa terbahak-bahak. Dia terus melangkah tanpa melihat bawah. Nyaris-nyaris dia terjatuh, tetapi Abdullah sempat menyambut. Aina tersipu-sipu. Dia mengucapkan terima kasih. Abdullah ketawa kecil melihat perlakuan Aina yang sebijik bagaikan kanak-kanak riang itu. Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang memerhati mereka. Hati lelaki itu mula panas. Panas dengan Aina dan lelaki itu.

bersambung............. tolong la komen ye...

6 comments:

  1. msti amri yg nmpak kan...
    adoyai mcm mane ni..

    ReplyDelete
  2. nama luqman dan asyikin sama dengan nama kawan sy dan orang yg dia minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ye ke..
      kebetulan lak pulak.. haha femes sekejap diorg tu
      hehehe femes la sgt.. >.<

      Delete
  3. ooo. budak dua orang ni ada dalam plan memikat hati bakal mama tukan?

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)