Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 25 June 2013

Kerana Kau Anjelku BAB 13

BAB 13

4 tahun selepas itu...

Suasana begitu meriah. Nada dan Danial yang baru pulang dari sekolah agak pelik. Jarang-jarang suasana rumah semeriah ini. Lantas dia melangkah masuk. Salam diberi perlahan. Suara yang asyik bergurau senda itu terdiam. Hampir serentak semua orang didalam bilik itu menjawab salam. Nada terkedu. Dah lama tidak melihat wajah-wajah itu.

Izwan, Johan, dan Amir merenung wajah Nada yang baru pulang. Nada sedikit cuak. Amir satu hal, dua orang abangnya itu pun satu hal. Kenapa mereka merenung Nada macam nak makan ni? Danial pantas mencapai tangan Nada. Diheretnya Nada ke sofa. Nada hanya mampu mengikuti langkah adiknya.

“Along, angah, achik bila balik?” tanya Danial teruja. Amir sudah lama tidak pulang sejak menyambung pelajarannya di Perlis. Danial yang teruja itu pantas duduk disebelah Amir manakala Nada dibiarkan terkulat-kulat di situ.
“Hah, kenapa tak salam Nada?”tanya Linda yang baru sahaja muncul sambil menatang sedulang penuh dengan gelas dan minuman manis. Nada pantas menyambut dulang itu. Kesian pula melihat ibunya menatang minuman yang dikir agak berat itu.

Nada menyuakan tangan kepada Amir. Takut juga dia apabila wajah Amir serius sahaja. Namun telahan buruknya hilang tatkala Amir tersenyum manis. Nada membalas senyuman itu walaupun agak kekok. Lalu dihulurkan juga tangan kepada Izwan dan Johan. Salamnya disambut baik membuat hati gusarnya menjauh pergi.

Nada pantas mengambil tempat disebelah ibunya. Masih malu dan kekok dengan ketiga-tiga orang lelaki itu. Lalu dia menuang air untuk semua yang ada. Hendak menyampuk perbualan mereka memang tidaklah, dia sendiri tidak tahu hujung pangkal apa yang diborakkan itu.

“Hah, Nada tak mahu minum ke? Tuang saja, minumnya tidak pula..” ujar Izwan melihat adik susuan mereka duduk di situ tidak berkutik. Nada tersentak. Laju sahaja tangannya mengapai air yang sudah sejuk itu lalu diteguk rakus.

Tergelak semua yang ada melihat telatah Nada. Seperti tidak pernah minum air sahaja, meleleh-leleh air dibibir Nada. Linda mengusap sisa air diwajah Nada penuh kasih sayang.

“Takut sangat dengan along, angah dengan achik sampai minum pun tak betul. Haih, manja betul Nada ni..” ujar Danial sengaja mahu memprovok kakaknya. Nada mencebik. Pipi dikembungkan lalu ditekan sehingga mengeluarkan bunyi 'pop'. Makin gamat ruang tamu itu dengan ketawa mereka. Nada turut tertawa melihat semuanya gembira.

“Nada, along mintak maaf atas semua benda buruk yang pernah along buat dekat Nada.” Amir kelihatan amat kesal dengan perbuatannya. Nada tersenyum senang.

“Nada dah lama maafkan along. Salah Nada juga.. masa kecik-kecik selalu kacau along dengan kawan-kawan along.” ujar Nada riang. Memang benar dia selalu menganggu lelaki itu sehingga lelaki itu menjadi rimas dengannya. Amir turut terjangkit dengan senyuman Nada. 'Kenapalah, masa dulu aku tak perasaan yang adik aku ni comel... Haih.. nak kenalkan dengan Hafiz la..' hati Amir sudah membisik. Pasti adik susuannya akan secocok apabila bergandingan dengan Hafiz a.k.a teman baiknya di universiti.

“Okeylah, Nada naik dulu... Nak mandi dah berlengas ni..” Laju sahaja Nada melangkah ke biliknya. Rasa gemuruh pada awal tadi, hilang begitu sahaja apabila mereka melayannya dengan begitu mesra. Rasa kosong yang menyelubungi dirinya selama ini seakan-akan telah hilang.

Nada melompat ke atas katil kesayangannya. Badan yang rasa melekit dibiarkan sahaja. Dia merenung siling. Perasaannya tidak sudah-sudah dihiasi rasa bahagia dan senang. Bagaikan hidupnya akan sentiasa bahagia selepas ini. Lama dia merenung siling, mengingati masa-masa kecilnya yang penuh duka dalam suka.

Rindu pula dia dengan Aiman. Selepas PMR Aiman menerima tawaran asrama penuh di Batu Gajah, Perak. Tak tahulah bagaimana anak senakal Aiman boleh menjadi pelajar terbaik PMR disekolahnya. Dia juga memperoleh keputusan yang boleh tahan cemerlangnya. Namun dia tak mahu menjauhi ibunya. Sudah terlalu lama dia kehilangan rasa kasih seorang ibu, apabila sudah diberikan oleh Linda takkan dia mahu pergi begitu sahaja. Kesempatan itu pasti direbutnya.
Nada menuju ke bilik air. Dibersihkan badan sepuas hati. Selepas segar, dia mengenakan baju kasualnya. T-shirt putih yang dihiasi bunga kecil berwarna kuning serta seluar hingga paras betis menjadi pilihannya. Direnung wajahnya sepuas hati, sudah banyak masa berlalu hinggakan fizikalnya turut berubah. Jika dulu dia agak kurus kini dia menjadi agak montel akibat dimanjakan ibunya. Jika dulu wajahnya dipenuhi jerawat, kini sudah tiada sejak dia mempelajari bagaimana penjagaan diri yang betul.

Nada beralih ke meja belajarnya, dibuka laci yang sudah lama tidak berusik. Terlihat sebuah bingkai gambar. Terpampang wajah Huzairil bapa kandungnya. Sudah 3 tahun namun dia tetap tidak dapat menerima apa yang berlaku. Cuma kini dia sudah boleh bertegur dengan ayah dan daddynya cuma dia masih tidak boleh terlalu rapat. Bagai terasa-rasa sahaja bagaimana dia ditipu hidup-hidup. Biar pun mereka kata untuk keselamatannya dia tetap rasa tertipu.

Satu keluhan dilepaskan. Perasaan rindu terhadap rakan karibnya kembali menjelma. Lalu dihampiri komputer riba hadiah daripada daddynya untuk hari jadi ke-16. Sudah setahun komputer itu menjadi miliknya. Walaupun dia marah dengan daddynya, komputer itu tetap dijaga dengan baik. Wifi dibuka, juga merupakan hadiah untuk ulang tahunnya yang ke-16 cuma kali ini daripada ayahnya. Macam berjanji pula dua lelaki itu, setiap kali hadiah diberi pasti boleh digandingkan hadiah mereka. Kadang-kadang Nada rasa kelakar, yelah mereka berdua bagai nak rak rebut dirinya, tetapi boleh pula serasi dalam pemberian hadiah.

Tersenyum Nada melihat lampu hijau ditepi nama Aiman X. Nama samaran Aiman Shafiq rakan karibnya. Pantas jarinya, menari di atas papan kekunci komputernya. Nasib baiklah ada laman sosial ni, dapat juga mereka berhubung.

Nada Lovely : Wei, Aiman!!!! lama giler x jumpe ko.. Ko kat ne skang?

Tak sampai 1 minit Aiman membalas.

Aiman X : Apa wei2?! Assalamualaikum la... aku kat ne lagi... kat hostel la.. bebudak hostel dah balik kg.. mklumlah cuti 3 hari.. hehehe aq je malas.. ko plak?

Nada Lovely : hehehe.. Sowy.. waalaikumussalam ^_^...... Ala.. nape tak balik.. x takut ke duduk hotel tu sesorang? Aq cam biasa je.. bosan la ko tak de..... Btw ce teka sapa yang ada kat umah aq ni??!! >_<

Aiman X : Well aq tau.. ko memang bosan klu aq x de.. hahaha aq kan Aiman the ANJEL ko.. X de maknanya aq nak tkut... Sapa kat umah ko? Daddy ke?

Nada mengembungkan pipinya. Geram pulak dengan Aiman ni.. Ada ke puji diri sendiri. Daddy? Hurm.. hari-hari dia datang jenguk. Tu bukan suprise lagi.. apalah Aiman ni..

Nada Lovely : Byklah ko daddy.. dia hari2 terpacul depan umah aq. Ni along, angah ngan achik balik..

Aiman X : Hah?!!! biar betik ko ni!!! Habis, depe buli kau ke?

Nada tergelak kecil melihat kawannya panik begitu. Nampak sangat Aiman memang kawan terbaiknya.

Nada lovely : Hehehe.. x de la.. dia org sikit punye baik dengan aq. Mungkin sbb depe semua dah besar.. along pun dah abis Diploma.. angah dan achik bru nak masuk uni.. depe macam dah boleh terima aq je..

Aiman X : Alhamdulillah.. ko buat aq risau je.. Wei, abg aku kirim salam dekat ko..

Nada pelik. Nama Sulaiman turut menyala. Tetapi tidak pula dia tegur. Kenapa Aiman yang sampaikan salam? Kenapa tak tegur dia sendiri?? Haih, banyak pula soalan Nada ni!

Nada Lovely : Hurm?! Okey, waalaikumsalam.. Aiman, aq nak kena out ni. Maghrib pun dah nak masuk ni. Aq blah dulu la.. Away~!! Assalamualaikum, take care my Anjel!

Nada terus daftar keluar dari laman sosial itu. Tak sempat Aiman nak balas mesejnya. Nada mengerling jam dindingnya. Lagi 10 minit pasti azan Maghrib akan berkumandang. Terus dia melangkah ke bilik air. Selesai sahaja mengambil wuduk Nada membentang sejadah. Sedang dia asyik membelek sebuah buku islamik miliknya sementara menunggu azan, kedengaran ketukan di pintu. Nada menyuruh orang yang mengetuk pintu itu masuk.



 Terpampang wajah ayahnya. Nada mengeluh. Apa lagilah, yang ayahnya mahu.

2 comments:

  1. mana sambungannya .... semua entry tak ada sambungan .. but why ?? tak sabar nak bace sampai abis .... nk ending ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... sorry la lambat update..
      insya-Allah.. sebelum Ahad akan diupdate...
      sibuk sikit.. nak hmpir sgt dgn exam MUET..
      sorry ya...

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)