SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 16 December 2013

Cerpen Cinta Pertama



Assalamualaikum... He he he Akhirnya siap jugak cerpan ni.. Klu x siap x ada la korang dapat baca benda alah ni.. BTW enjoy la yerk.. Adik Siti Khadijah Tersayang... Tak tau la ni citer betul ke tak.. tapi yang pasti kak Asyu sahut cabaran Siti ek.. hehehe... tapi adalah sikit-sikit yang sama kot..


          “Assalamualaikum!!” kedengaran suara abang Az diluar rumah. Sampai jugak abang aku tu. Penat dah tunggu. Habis tau tak masa aku.. padahal semalam dah janji dengan kawan-kawan nak main sama hari ni. Tapi sebabkan abang Az nak balik rumah terus aku duk terperuk dalam rumah ni. Adik pula selamba je pergi main.. Mak confirm tak boleh tunggu abang Az sebab ada catering.

          “Waalaikumusalam. Abang Az nape lambat? Asha nak pergi main pun tak boleh...” rungut aku yang sememangnya dah bosan tahap petala ke lapan ni.
         
          “Ala.. kamukan ke dah besar.. tak yah la nak pergi main-main dah.. Lagipun abang Az bukan balik selalu. Mak mana?” tanya abang Az. Ni yang aku tak suka. Umur aku baru nak masuk 11 tahun, depe semua dah kata aku tak payah main la.. dah besar la.. Korang tahu tak yang aku masih dilindungi akta kanak-kanak??? Sampai umur 18 tahun tau~!!!

          Abang Az meletakkan beg pakaian ditepi pintu masuk. Aku buat muka bodoh. Sengaja nak tunjuk protes. Dua tiga kali jugaklah abang Az duk ulang alik. Naik kesian aku. Terus aku bangun keluar rumah. Aik.. hilang pulak abang Az ni. Orang baru nak bersemangat nak tolong, dia dah hilang pulak.

          Macam ada orang je kat balik bonet kereta abang Az ni. Mesti abang aku tengah angkut barang lagi tu. Kesian abang Az.. Tak pe Abang Az jangan risau adekmu yang baik hati lagi tulus ni ontheway nak tolong.

          Aku main lepuk je belakang abang aku. Terjerit kecik dia. Kejap.. Sejak bile abang aku dah tukar suara? And... sejak bile abang aku jadi kurus ni? Baru tadi aku tengok dia gemuk.. Hehehe.. kalau abang tau aku kutuk dia mesti aku kena hambat satu kampung ni.

          “Erk...” hilang terus kata-kata aku. Mana tak hilang entah makhluk mana aku duk lepuk ni.. mungkin makhluk halus sebab muka dia.... HANDSOME tahap GABAN!!! Arghhh~!! Nak histeria aku.

          Aku memang dah jadi patung sebab duk terpesona tengok wajah mamat yang aku tak tahu entah dia siapa tu memang sebijik macam muka adek aku yang ala-ala cina tu.

          Aku gosok mata 4, 5 kali. Sah bukan mimpi. Aku ingat aku mimpi Anuar, adek aku tertelan ubat tumbesaran dan membesar menjadi lelaki yang sangat-sangat kacak..

          Wah~!! Seronoknya.. Memang aku admire gile dengan muka adek aku. Tapi tak sangka leh jumpa adek aku versi dewasa. Handsome gile.. Sampai aku nak jadi giler..

          Tiba-tiba masa aku duk menilik keindahan tuhan tu, kepala aku sesedap rasa diketuk seseorang. Siapa lagi kalau bukan di abang Az tu. Dengkilah tu!! Huh!

          “Kamu ni kenapa Asha? Dah, dah.. jum masuk. Hah, Sha ko nak tunggu apa lagi? Nak tunggu aku jemput ko guna karpet merah ke? Maaf le.. pak pakistan jual karpet tak datang hari ni..” Wah... best giler kalau dapat abang Sha ni jadi abang aku.. Masa dia gelak pun handsome giler.. Aku dah duk diam berdiri sebelah abang aku.. Naik kejung muka aku tahan malu. Mana tak malu tersalah lepuk orang.

          “Ni adik kamu ke Az?” tanya Abang Sha tu.

          “Ye la.. Ni adik perempuan aku yang last. Nama dia ala-ala kau gak. Kau Sha dia Asha. Amacam comel dak?” Ish.. Abang Az ni sengaja nak kasi aku malu tahap gaban.

          “Confirm la comel. Tapi kuat gak penangan dia ni ye.. sakit belakang aku. Hehehe.. Abang Sha gurau je Asha.” Alamak.. malunye aku. Aku lekas-lekas lari masuk rumah. Tak nak la hadap muka dia. Malu giler...

         
|>w<)~


          “Die... handsome la abang tu..”kata aku dekat kakak aku. Didie gelaran untuk kakak aku. Pelik tak? Aku suka tengok cerita hindustan tu yang duk ter’didie’-‘didie’ tu.

          “Hump.. boleh la..” Ye le tu.. mentang-mentang dah ada boyfriend.. orang handsome mana pun nampak macam tak handsome dah...

          “Ceh.. Tapikan muka dia serupa ngan Anuar la.. Kamu nampak tak muka Nuar bile tengok abang tu?”tanya Aku lagi. Sengaja nak tengok reaksi dia.

          “Haahla... lawak giler muka adek tadi.. Comel betul. Dia macam tak percaya je sebab muka dia sama ngan budak tu.. hahaha” ujar Die teruja. Aku pun teruja gak. Lawak betul muka Nuar adik aku yang baru berumur 5 tahun tu. Dengan mulut ternganganye. Siap raba-raba lagi muka Abang Sha tu.

          “Pastukan Die.. muka Abang Sha pun macam tak leh blah jugak hehehe. Dia pun terkesima tengok muka Nuar. Dua-dua duk tenung lama-lama cam  buat rancangan ‘Jejak Kasih’ pulak.” Aku terbayang detik-detik ‘terharu’ antara abang Sha dengan Nuar.

          Die dah duk terbongkok-bongkok ketawa. Menahan tawa sebenarnya. Bilik kitaorang ni betul-betul sebelah bilik abang Az ngan abang Sha. Gile, malu kalau dioarang dengar! Jatuh reputasi aku hehehe..

          “Tu la.. lawak betul diaorang tu. Tapi Die perasan gak kamu asyik tenung budak tu.. Kamu suka dia ek?? Eiiii... tak malu baru 11 tahun dah reti suka-suka.. cinta-cinta.. eii...” ejek Die. Huarghhh!!! Sengaja je Die ni. Rasa nak lempang je dia. Nasib baiklah kakak. Kalau adik dah lama ku smack down!

          Salah ke aku nak jatuh suka? Die tu tak pe pula padahal budak sekolah jugak. Umur Die baru 17 tahun. SPM lagi. Tak acilah!!!

          “Mana ada..” cepat-cepat aku nafikan. Confirm la nafikan.. Malu kot. Tak nak aku kena ejek dengan Die seumur hidup aku.

          “Okey finee...” panjang fine Die ni. Aku mengajuk dirinya. Pantas dia menoleh. Aku apa lagi cabut lari la jawabnyeeee...

         
|^3^|


          Aku curi-curi tengok abang Sha. Walawei.. masa dia bergusti dengan Nuar pun dia nampak handsome. Geramnyeeee aku..

          Ku cubit pipimu bru mu tau.. hahaha. Gile nak cubit anak orang??

          “Hei, Asha buat apa duk situ? Meh la sini..” ajak abang Sha. Aku dengan malu-malu kucing mendekatinya. Alahai abang Sha jangan senyum macam tu makin cair dah hati Asha ni..

          “Asha.. jom la main sama?” ajak Nuar. Alahai Nuar, tau tak hati kakak mu ni tak tahan bila dekat-dekat dengan abang handsome ni?

          “Kenapa Nuar panggil Asha, Asha?”tanya Abang Sha. Pelik mungkin. Sebenarnya aku tak pernah fikirkan hal ni.

          “Sebab Asha. Asha la..” jawab Nuar dengan muncung panjang.

          “Nuar tau tak Asha tu siapa?” tanya Abang Sha. Aku tau dia nak menguji Nuar. Aku tunggu jugak jawapan Nuar dengan berdebar-debar.

          “Asha kakak Nuar la...” jawab Nuar sambil peluk aku erat. Aku tersenyum. Pandai jugak adik aku ni.

          “Hehehe.. tau ingatkan Nuar tak tau..” ujar Abang Sha sengaja menyakat Nuar. Nuar yang marah terus melompat atas abang Sha. Bermula gusti berguling-guling dekat ruang tamu.

          Aku terus blah dari situ. Tak nak la join. Tak sesuai keyyy.. budak perempuan main gusti-gusti.

          Dah dekat seminggu abang Sha duduk rumah kami. Abang Az dah balik rumah dia. Kenapa abang Sha tak ikut ye? Aku nak tanya tapi aku takut pulak. Karang tak pasal-pasal kena cop mohor, penyibuk!

          Aku duduk atas kerusi. Termenung. Abang Sha ni tak ada family ke? Klu tak de tak pe lah aku sanggup jadi family dia.. Ahaks.. gatainye aku ni...

          “Asha.. o.. Asha dah sampai mana?” tanya Abang Sha. Wah!!! Dia duduk betul-betul sebelah aku. Malunye..

          Aku menggeleng. Malu nak cakap. Karang tak pasal-pasal aku cubit pipi dia.

          “Hurm.. abang rindu la dengan family abang..” ujar Abang Sha perlahan. Perlahan tapi aku dengar.

          “Family abang mana?” terpacul pulak soalan tu dari mulut aku.

          “Hurm?! Oh.. depe ada dekat KL.” Keruhnya muka abang Sha. Kesian pula dekat dia. Dari muka dia nampak dia dalam kerinduan. Kesiannya.. kan bagus kalau aku ni wander women buleh tolong abang Sha.

         

{-n-}


          Aku dah start sekolah balik cuti. Dah lama habis. Setiap kali aku pergi sekolah aku risau sangat. Takut dia pergi, tinggalkan rumah tu tanpa ucapan selamat tinggal. Aku takut aku tak sempat nak kasi tau aku suka dekat dia.

          Jadi aku cari macam-macam alasan. Demam la, batuk la. Tapi semua tak jalan. Nasib baik dia still ada kat rumah bila aku balik sekolah. Nasib baiklah.

          Hari ni aku balik lambat sikit. Balik-balik je aku terus cari kelibat abang Sha. Rindunya dengan dia.

          “Hai Asha.” Wah.. happynya dia. Kenapa ek?

          “Asha.. nak tau awek abang Sha mesej dia..” ejek Nuar. Seronok la tu dapat ejek Abang Sha. Yang aku pulak rasa nak tercabut jantung. Awek?!

          Huhu.. rasa nak menangis. Sedihnya rasa hati aku saat ni. Lagi sedih bila abang Sha tak membantah sebaliknya tersenyum malu bercampur bangga.

          “Er... ye ke?” Aku terus keluar bilik tu. Tak sanggup nak dengar lebih lanjut.

         
          Hari makin berlalu. Aku makin makan hati. Setiap masa Abang Sha berkepit dengan telefonnya. Bukan macam masa mula-mula dia datang. Kalau dulu.. dia asyik bermain dengan kita orang sekarang. Kita orang pun dah macam tunggul.

          Dalam diam aku tumpang happy sebab riak kerinduan di wajah abang Sha dah tak ada. Tapi aku turut rasa sedih. But.. yelah aku ni budak. Siapalah nak dibandingkan dengan awek dia tu. Hari tu ada dia tunjukkan gambar awek dia.

          Memang cantik. Aku pun suka tengok awek dia. Tapi cemburu mula menghurung hati aku. Hurm... jauh disudut hati aku.. aku harap depe berpisah. Jahatkan aku? Huhu..


|v n v|



          Hari ni abang Sha baik sangat dengan aku. Dia tak lekat sangat dengan hanphone dia. Tak tau la kenapa. Tapi aku suka macam ni. Rasa macam dia tu milik aku sorang je.

          “Asha. Nanti jangan nakal-nakal tau. Hehehe jangan mengatal pulak.” Usik abang Sha.

          “Mana ada. Abang Sha yang menggatal. Asha baik je.” Ujar aku dengan muncung.

          “Mana tau. Asha ni comel mesti ramai yang suka Asha kan? Hehehe abang masa kecik-kecik macam Asha dah ada girlfriend tau...” ujar abang Sha. Bersemangat betul abang Sha ni.

          “Eiii.. gatainya abang Sha ni..” ujar aku sambil membuat muka. Hahaha seronok tengok muka dia buat-buat geram tu.

          “Hehehe kalau abang gatai. Asha lagi gatai.. hehehe” Abang Sha segera ambik gitar cabuk abang Az tu. Aku tak tau pulak dia reti main gitar.

          Tangan dia mula bermain-main di tali gitar. Merdunya bunyi. Pandainya abang Sha ni. Makin bertambah kacak pulak aku tengok abang Sha malam ni.

          Dia mula menyanyi-nyanyi kecil mengikut nada gitar yang dimainkan. Sedapnya suara. Boleh tak aku nak simpan kenangan ni sampai aku mati?

          “Amacam best tak?” tanya Abang Sha dengan muka comel. Aku kasi tumbs up. Hehehe sedap sangat...

          “Asha.. masuk tidur esok sekolah.” Ujar Mak dari dalam rumah. Aku terus melompat dari pangkin di depan rumah.

          “Jom la abang Sha.” Ajak aku.

          “Okey. Ingat pesan abang, jangan nakal-nakal.” Ujarnya lagi.

          “Abang Sha ni macam nak pergi jauh je..” ujar aku dengan cebikan.

          Dia sekadar tersenyum. Sambil melangkah masuk ke rumah, abang Sha menggosok mesra kepala ku. Aku sekadar memerhati abang Sha hilang dari pandangan mata. Rasa macam aku akan kehilangan dia.

          “Asha suka abang Sha..” ujar aku saat dia sudah hilang dibalik pintu.


[-`_`-]


          Aku balik dari sekolah macam biasa. Tak sabar nak luahkan perasaan aku dekat abang Sha. Aku dah nekad. Lantaklah kena ejek dengan Die pun aku tak kisah dah.

          Sunyi je rumah. Nuar keluar main kot. Aku segera pergi ke bilik abang Sha. Bertalu-talu aku ketuk tapi tak ada sahutan.

          Dengan hati yang berdebar aku buka pintu biliknya. Kosong. Aku jatuh melorot melihat keadaan bilik itu. Kosong seperti abang Sha tak pernah duduk di situ. Dengan mata bergenang aku masuk ke bilik.

          Tangisan sudah puas aku hamburkan. Mak pelik melihat mata aku yang bengkak. Lalu aku kata aku terkena habuk. Aku yang sememangnya alergik dengan habuk disuruh mak  makan ubat. Aku sekadar angguk.

          Rupa-rupanya abang Sha dah balik rumahnya di KL. Patutlah dia asyik pesan dekat aku jangan nakal. Rupanya dia nak pergi dari rumah aku ni.

          Hurm.. aku sedih dan kecewa. Sedih bila dia pergi tanpa ucap selamat tinggal. Kecewa sebab aku tak sempat luahkan perasaan aku.

          Lalu aku buka diary aku. Sejak aku jumpa abang Sha aku sudah pandai berdiari. Selama aku kenal dengannya hanya yang indah aku coret di dalam diari ini. Hari ini aku mencoretkan satu yang berlainan.

‘hati bergetar saat mata bertentang...
hati berdarah saat kau dengan gadis lain..
hati terasa indah saat kau tersenyum walau bukan untuk ku..
hati terluka saat dirimu mula menjauh..
Hati terseksa saat cinta disimpan disudut paling dalam.. dan tidak pernah diluahkan..

Cinta bertepuk sebelah tangan tak seindah rasa bercinta.. tetapi sesakit rasa patah hati..

Kau hadir ketika aku belum mengerti..
Kau hilang bila aku mula mengenali.

Asha 23/8/2005’
         

         

 #sorry klu agak kebudak-budakan... hehehe peace!!!

4 comments:

  1. best..thanks kk asyu..best sngt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks a lot nufina..hehehe.. terharu plak kak asyu..

      Delete
  2. Alaaa kak, ingatkan ada sambungan. Ingatkan akak nak buat lepas Asha habis sekolah pulak. Hmm, ingatkan.. Akak sambung la lagi cerita ni..

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)