SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 2 December 2013

DYH 5

DYH 5


            Perjalanan masih panjang. Matahari semakin terik. Azalina mula memegang kepala, pening. Leon yang maju ke hadapan mula pelik. Azalina sejak mula berjalan asyik kicau tidak pernah senyap. Tapi tiba-tiba sahaja dia menjadi senyap. Pantas Leon menoleh ke belakang. Kelihatan Azalina sudah duduk sambil memegang kepalanya. Mungkin tidak selesa dengan perjalanan yang jauh ini.


            Leon turut berhenti, rasa kasihan pula dengan manusia ini. Dilihat Azalina dengan teliti. Lebih kurang sahaja dengan perempuan kaumnya. Cuma wajah Azalina lebih segar, lebih merah tanda bernyawa. Tidak pucat dan kulit Azalina tidak seperti kaumnya yang agak lutsinar memperlihatkan urat-urat yang berwarna kehitaman.


            Sudah agak lama mereka berhenti di sini. Leon sudah merasa aneh. Digerakkan tubuh Azalina. Azalina dengan mudah jatuh terkulai layu. Leon yang resah segera mendukung Azalina lalu berlari tanpa arah tujuan.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



            Azalina tersedar. Sekitarnya kelihatan aneh. Dia bukan lagi di tengah hutan di dunia Hebrs. Persekitarannya dipenuhi pasir seluas mata memandang. Kawasan itu sungguh terik. Terasa bagai matahari hanya berada dalam jarak sejengkal dari atas kepalanya. Tekak terasa pahit dan kering. Dalam kepayahan Azalina mula bangkit, cuba mencari air walau setitik untuk melegakan kehausannya.

            Namun kakinya bagai dirantai. Dia bagai dipasung kakinya. Lalu Azalina cuba merangkak namun bahagian pinggang ke bawahnya seperti sudah lumpuh. Kemudian dia cuba untuk mengengsot. Walau dengan seluruh tenaganya. Dia tidak mampu bergerak. Dengan mulut yang sudah pecah-pecah dek sudah lama tidak dibasahi air, Azalina cuba memanggil sesiapa yang ada.

            “Ibu... a.. ayah.. Tolong Lina.. Sakit.. Haus..” Hanya bisikan halus yang keluar dari mulut mungilnya. Kesakitan mula mencengkam. Di sisi kiri kanan badannya, keluar  beratus-ratus kala jengking. Kesemua kala jengking itu mula menyerang tubuhnya. Bisa-bisa sengatan kala jengking itu mula mengalir ke seluruh tubuhnya melalui urat-urat diseluruh tubuhnya.           

            Disaat Azalina sudah tidak mampu memanggung kesakitan yang teramat dia terdengar satu suara memanggil namanya. ‘Azalina’              

            ‘Azalina.. Kamu akan terseksa begini sekiranya kamu tidak berubah. Sudah lupakah kamu pada tuhanmu? Pada yang Maha Esa? Berubahlah kamu sebelum terlambat. Ini Cuma satu peringatan. Ingat tiada tuhan melainkan Allah S.W.T. . Jika Dia mengatakan KunFaYaKun.. Maka jadilah ia..’ Serentak dengan penghabisan kata-kata dari suara yang Azalina tidak tahu milik siapa, dia terjaga.

            Azalina pantas memeriksa kiri dan kanannya. Dia bukan di padang pasir yang panas terik itu. Kini dia berada disebuah rumah. Adakah dia sekadar bermimpi?  Benda  yang diimpikan itu terasa begitu benar. Terasa bahang matahari dan bisa dari kala jengking itu meresapi ke seluruh tubuhya.

            Betapa takutnya dia jika perkara itu terjadi. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. Tuhan? Ya, sejak dia tercampak ke dunia ini dia menjadi lalai. Sebagai seorang umah yang baik dia seharusnya menghadapi badai ini dengan lebih tabah dan mendekatkan diri ke pada yang maha Esa. Dia, sebaliknya hanya tahu berdoa.. solatnya terus kiok a.k.a tak dibuat langsung.

            Dikira-kira berapa hari dia di sini. Sudah hampir seminggu dia meninggalkan solatnya. Dengan linangan air mata Azalina cuba bangkit mahu menunaikan solatnya. Namun seluruh badannya terasa berat. Dia hanya mampu teresak-esak.


            Leon terkejut melihat Azalina yang teresak-esak menangis. Dia segera menghampiri Azalina.


            “Kau okey ke tak?” tanya Leon yang tidak tentu arah. Tadi manusia ini pengsan tiba-tiba. Kemudian bila sedar menangis teresak-esak. Sihat ke manusia ni atau dia telah diserang penyakit misteri makhluk dunia Hebrs ni?


            “Aku.. aku nak solat..isk..isk..” Leon menayang muka pelik. Pelik sebab Azalina guna kata ganti diri yang lebih mesra dan lebih pelik mendengar satu perkataan asing ‘solat’.


            “Solat apa benda tu?”tanya Leon. Azalina yang teresak-esak seperti tidak menyedari persoalan yang diujarkan Leon.


            Azalina cuba bangkit kali ini dia berupaya bangun. Lalu perlahan-lahan dia menapak ke bilik air. Leon masih terkebil-kebil cuba memahami apa yang berlaku. Perbuatan Azalina yang pada mulanya berdiri tegak kemudian membongkok lalu sujud mengundang tanda tanya di hati Leon. Pergerakan apa yang dibuat Azalina ni?


            Seusai solat barulah Azalina sedar yang dia berada di dalam sebuah bilik yang mempunyai kelengkapan moden yang lengkap. Elektrik, air malahan televisyen turut ada di bilik itu. Mungkinkah dia sudah kembali ke dunianya?


            Tetapi ia Cuma harapan. Di sebelahnya terdapat Leon yang merenungnya dengan pandangan mata yang tajam.


            “Kita ada di mana ni?” tanya Azalina dengan wajah yang berkerut.


            “Kita berada di perkampungan Feurk. Kenapa kau benda tadi?”persoalan Leon sekali lagi tidak dihiraukan..


            “Feurk? Maknanya kita baru suku perjalanan.” Rungut Azalina perlahan.



            “Kamu sudah bangun... Sekarang kami tidak dapat membantu kamu lagi. Harap kamu dapat beredar dengan segera.” Ujar seekor makhluk yang mempunyai kulit hijau dengan bentuk badan seperti manusia. Azalina terpaku. Sekali lagi dia diterpa keanehan.                                                                                                                         

2 comments:

  1. @_@ nak tahu lagi apa yang akan jadii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.... okey.. tapi mungkin lmbt sikit sbb lappy ada kat umah and asyu ada kat umah kakak.. sabar tau... :)

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)