SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 3 March 2013

JIKA ITU TAKDIR KITA 2


JIKA ITU TAKDIR KITA



Isk...isk.. mama...”tangis seorang budak lelaki. Humaira memandang pelik. Hari ini hari pertama Humaira ke alam persekolahan. Memang banyak perkara pelik dilihatnya. Tetapi budak lelaki yang sedang menangis itu memang benar-benar menarik perhatiannya.

Awak ni kenapa?”tanya Humaira yang mulai petah berbicara itu. Budak lelaki itu mendongak memandang Humaira. Mata berkaca seperti kucing itu menarik rasa teruja dari Humaira. Mata Humaira terus membulat.

Awak ni comel la... Jangan la menangis..”Pujuk Humaira dihulurkan sebijik coklat Cadbury kegemarannya. Rasa sayang mahu diberi tetapi melihat budak itu sungguh comel Humaira tidak kisah.

Terima kasih..”Coklat bertukar tangan. Budak lelaki itu mengukir senyuman yang manis.

Kita kawan..”Humaira menghulurkan salam perkenalan. Budak lelaki yang comel itu menenung muka Humaira. Salam disambut. Masing-masing tersenyum manis.

Nama kita Nur Humaira. Kita kelas 1 Dinamik.”Humaira mula beramah mesra.

Nama... nama saya Faiz. Faizuddin. Kelas 1 Anggun.” Faiz tersenyum malu. Humaira merupakan kawan pertamanya. Humaira juga comel dengan pipi yang kemerah-merahan. Faiz suka berkawan dengan Humaira yang kelihatan seperti anak patung itu.

SAAT INI BERMULALAH PERSAHABATAN KITA. SAAT MANIS DAN PAHIT DIKONGSI BERSAMA. KITA ADALAH SAHABAT SEJATI DUNIA AKHIRAT....
MUNGKIN KITA AKAN BERSATU JUA AKHIRNYA.. MUNGKIN JUGA TIDAK...



*_______*





“Cepatlah, cik Humaira!!!”jerit Faiz diluar rumah Humaira. Mak cik sorang ni memang selalu je lambat.

“Cepat, cepat... Ish runsing aku dengar suara sotong ni pagi-pagi tau tak?!”jerit Humaira yang berlari anak menuruni tangga rumahnya. Kasut dicapai, lalu disarung begitu sahaja. Humaira bersiap sedia untuk menaiki basikalnya.

“Oit, mak cik! Kau tak lupa sesuatu ke?”tanya Faiz sambil mengangkat keningnya. Humaira buat muka pelik. Dia periksa seluruh badannya, tudung ada, kasut ada, baju? Betullah baju sekolah... apa lagi ye?

“Apa yang aku lupa?”tanya Humaira. Memang dia tak tahu apa yang dia lupa. Faiz mengeleng kepala melihat betapa pendingnya Humaira.

“Nur Humaira, beg ni tak bawak pergi sekolah ke? Kamu nak belajar guna apa?!”jerit ibu Humaira memotong percakapan Faiz. Faiz tersenyum mendengar laungan ibu Humaira.

“Hah, benda tu yang kau lupa...”ujar Faiz.

“Oh.. beg..”Humaira berjalan lengang lengok ke tangga.

“Tak payah nak relaks sangat la wei! Dah dekat pukul 7.20pagi ni!”jerit Faiz melihat Humaira masih riang nak mengejar rama-rama yang hinggap di pokok bunga. Terbuntang mata Humaira mendengar 7.20 pagi. Terus dia melompat naik basikalnya. Lalu dikayuh laju meninggalkan Faiz dibelakang.

“Oi..! tinggalkan aku pulak.. Tak pe, taulah aku nak balas balik nanti.”senyuman nakal terukir diwajah Faiz. Hehehehe mesti ada rancangan tak apa-apa tu...



^--------^


“Nur Humaira!”jerkah cikgu Wahid yang sedari tadi menahan marah. Terkulat-kulat Humaira dibuatnya. Mata yang tadinya layu terus segar mendengar jerkahan cikgu lelaki itu. Terus Humaira berdiri tegak bagai ingin menyanyikan lagu kebangsaan negara kita.

“Awak! Hahahahaha”terpancul ketawa cikgu Wahid. Memang wajah anak muridnya itu sungguh kelakar. Humaira yang masih mamai itu terpinga-pinga. 'kenapa pulak cikgu ni gelak macam nampak badut ni??' Humaira memandang kiri dan kanan. Kedengaran pula ketawa daripada kawan-kawannya. Anita yang duduk bersebelahan dengan Humaira pantas menghulurkan cermin. Humaira menyambut cermin itu. Dia melihat wajahnya. Mana tahu kot-kot air liur basi ada ke. Mungkin sebab tu satu kelas gelak macam nak pecah perut.

“Ya Allah! Hantu tepung!!!”jerit Humaira yang penakut itu. Cermin yang tadinya ditangannya sudah melayang ke tangan pemilik sebenar. Humaira pantas memeluk orang yang berdekatan dengannya.

Keadaan kelas tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Humaira membuka matanya perlahan-lahan. Diintai apa yang menyebabkan kawan-kawannya termasuk cikgu Wahid sekali terdiam. Oh, ya siapa yang dia peluk ya? Humaira memandang ke tepi. Anita masih disisinya merenung dirinya tidak berkelip. 'Anita still dekat tepi aku... Siapa yang aku peluk ni?' Dia menoleh ke tepi.

“Arghhhhhhhhhh!!!!”Humaira pantas menolak orang yang dipeluknya. Terbongkang Faiz dilantai.

“Ish, Minah brutal nI! Sakit tau tak buntut aku..”ujar Faiz menyembunyikan rasa terkejutnya dipeluk Humaira.

“Er.. aku tak tahu apa-apa!”Humaira seakan menjerit. Takut la tu .. peluk anak teruna orang.

“Kejap... Macam mana muka aku boleh jadi macam ni?”Tanya Humaira yang mulai sedar dia dipermainkan.

Semua yang ada menunjukkan ke arah Faiz. Humaira merenung Faiz penuh geram. Hehehe.. masaklah Faiz. Faiz mula membuka langkah seribu. Humaira yang ada ura-ura nak jadi Hulk berwarna merah itu mula mengejar Faiz yang memang nak kena masak. Semua yang ada ketawa bagai nak rak melihat Faiz disekeh Humaira.




O______o





Humaira duduk termenung dipangkin rumahnya. Sedar tak sedar, dia sudah pun habis sekolah dan bakal menerima keputusan SPM. Dia sendiri tak pasti apa yang mahu dilakukan selepas ini. Nak kerja atau meneruskan pelajaran.

“Assalamualaikum... Humaira!!”Jerit si Sotong yang semakin handsome. Dah tiga minggu tidak berjumpa membuatkan Humaira terkesima melihat wajah Faiz. Semakin kacak wa kata lu..

“Oit.. Cik kak! Aku tahu la aku ni handsome tapi tak payah la terlopong macam tu...”Ujar Faiz mematikan lamunan Humaira. Humaira menarik muka. Merajuk la kononnya padahal nak tutup malu.

“Kau ni.. dah lama tak jumpa lepas tu jumpa je kasi aku marah. Kau ni sengaja jekan?!”tengking Humaira. Tak padan dengan bertudung perangai macam lelaki.

“Alah.. rindu nak gurau-gurau.. Macam la kau tak biasa. Kau nak sambung belajar ke mana?”tanya Faiz. Humaira memandang rumahnya. Rasa berat hati pulak nak meninggalkan rumah itu.

“Hm.. Aku tak tahu la. Berat pulak hati aku nak tinggalkan rumah ni. Along dah kahwin. Dah nak dapat anak dah. Yang angah aku pulak pergi belajar tak balik-balik lagi. Risau aku nak tinggalkan ibu dengan ayah aku tu.”kata Humaira sedikit perlahan. Faiz mengeluh.

“Kau pergi je belajar. Sampai bila kau nak duduk celah ketiak mak bapak kau? Belajar la berdikari..”Nasihat Faiz. Humaira tunduk memandang tanah.

“Aku takut la Faiz.. Aku tak kuat nak jauh dengan ibu dan ayah aku...”ujar Humaira sedikit malu-malu.

“La.. anak mak dengan bapak la ni.. Huhuhu tak sangka brutal-brutal kau ni pun boleh manja lagu ni..kihkihkih>.<”gelak Faiz semakin kuat melihat wajah Humaira semakin memerah.

“Kau diamlah!!!”Humaira mula mengejar Faiz. Petang itu, dipenuhi gelak ketawa dua orang kawan.




=______=





Humaira memandang universiti UiTM Merbok itu dengan penuh rasa ingin tahu. Pertama kali dia menjejak ke tempat yang bukan kampungnya. Rasa macam rusa masuk kampung pulak. Nasib baiklah Si Faiz turut menyambung pelajaran di sini.

“Adoi... Oit, Humaira yang brutal lagi ganaz.. bile kita boleh gerak ni. Dah dua hari kita ada dekat sini, takkan kau tak puas-puas memerhati tempat ni? Cepatlah! Nanti lambat kita.. Mampus kena dera dengan senior-senior tu. Dahlah first day orentasi!”Faiz merunggut-runggut kuat.

“Oit! Mulut tu jaga sikit na...! nanti orang makan guna tangan... kau guna tiub! Nak!?”sergah Humaira. Haih.. makin tua makin teruk perangai si Humaira.

“Ye la.. dah jom la cepat!”Faiz menarik hujung lengan baju Humaira. Humaira melangkah pantas. Ketika dia melintasi sekumpulan pelajar lelaki yang kebetulan ada disitu, dia terdengar kata-kata yang menyakitkan hatinya.

“Hump, muka je kiut.. perangai mengalahkan jantan..”Humaira segera berpaling menghadap lelaki durjana yang mengeluarkan kata-kata yang tersangat 'sedap' didengar itu.

“Ye.. Awak ada masalah ke?”tanya Humaira sambil berpeluk tubuh. Ditenung muka lelaki yang mengutuk dia.

“Huh?! Kau cakap dengan aku ke?”tanya lelaki itu kembali. Faiz dan terkinja-kinja ditepi Humaira takut kalau kawannya itu mengamuk di tempat terbuka ini. Karang tak pasal-pasal kena buang universiti pulak cik Nur Humaira ni...

“Habis tu takkan aku bercakap dengan budak yang macam beruk ni?!”Humaira mula menunjuk-nunjuk Faiz. Faiz menahan geram. Tak pasal-pasal dia dicop sebagai BERUK! OMG! Nak kena betul si Humaira ni...!~_-

“Kenapa kau terasa ke? Tak payah nak terasa sangat memang betul pun kau tomboykan?!”tanya lelaki itu sedikit riak. Humaira mengempal tangannya. Rasa gatal pulak tangan dia ni.. dah lama tak bagi 'salam perkenalan' percuma nih.. macam ada yang mintak je..

“Kalau aku tomboy pun, ada menyusahkan kau ke?”tanya Humaira masih cuba menahan marah. Siapa tak marah? Tak pasal-pasal Humaira yang ayu memakai pakaian wanita yang lengkap ini dituduh sebagai tomboy. Memang lelaki tu nak mintak penampar sulung si Humaira ni.

“Memang aku ada masalah! Kau tu menyakitkan mata aku! Menyakitkan telinga aku!”jawab lelaki itu berani. Humaira yang sedang berasap terus membuka silatnya. Lelaki itu tidak menduga perbuatan Humaira itu terus jatuh telentang ditendang Humaira. Tak padan dengan kecik si Humaira ni. Ganas ya amat!

“Humaira!!!”jerit Faiz yang dari tadi hanya sekadar memerhati. Dia pantas menarik tangan Humaira lalu mereka berlalu pergi.



O-O''''


“Kot ye pun depe tu kurang ajar... Tak payahlah sampai kau menunjukkan skill silat yang kau belajar dengan bapak aku tu!”marah Faiz dengan gaya sotongnya. Humaira melepaskan nafas dengan kasar. Marah tak habis. Dia belum puas membelasah mamat perasan bagus itu.

“Biarlah dia yang kurang ajar dengan aku dulu!”Marah pula si Humaira dengan Faiz ni. Yelah dari tadi asyik marah-marah dekat dia bukan nak tolong marahkan lelaki berlagak itu.

“Aku bukan apa... Kita ni dekat tempat orang. Kau tu perempuan. Kau sakitkan hati dia, mana tahu kot-kot dia nak balas dendam...”ujar Faiz. Suaranya mengambarkan betapa dia risau dengan Humaira.

“Lantak akulah! Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Aku tak sukalah dengan kau ni! Suka menyibuk hal hidup aku!!”Tanya Humaira kasar. Dia tidak sedar apa yang dikatakan, maklumlah tengah panas. Berubah wajah Faiz mendengar kata-kata Humaira, tak sangka niat baiknya ditolak sebegitu.

“Okey.. Kalau macam tu.. aku takkan kacau hidup kau lagi. Pandai-pandailah kau nak berdikari!”Faiz sudah berlalu. Orang dah tak sudi kawan dengan dia buat apa dia nak terhegeh-hegeh.

Humaira terkedu. Teruk sangat ke dia marah tadi? Apa yang dia cakap sampai Faiz merajuk macam tu? 'Aku tak sukalah dengan kau ni! Suka menyibuk hal hidup aku!!' 'Ya Allah, aku.. aku tak bermaksud macam tu..' Humaira mengusap mukanya.

Humaira meneruskan langkahnya ke dewan untuk sesi orentasi. Dia harap marah Faiz akan surut begitu sahaja. Dia manalah pandai nak pujuk segala ni..


-_<..



Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan.. sudah masuk tiga bulan Faiz tidak menegur Humaira. Rasa bersalah Humaira seakan terkubur kerana dibebani tugasnya sebagai pelajar. Faiz semakin menjauhi diri daripada Humaira. Bukannya mereka tidak bertegur langsung cuma mereka hanya akan bercakap mengenai kelas atau matapelajaran. Tiada lagi gelak ketawa atau usikan manja.

Entah kenapa hidup Humaira terasa kosong. Adakah Faiz puncanya? Humaira tidak tahu. Nak kata dia sunyi tak pula. Teman sebiliknya seorang yang peramah dan banyak cakap tapi.. dia tetap terasa sunyi walaupun ditemani celoteh kelakar dari teman sebiliknya.

“Mai.. Oh.. Mai!”Lisa memetik jarinya dihadapan wajah Humaira. Tersentak juga Humaira dibuatnya.

“Apa? Kenapa?”tanya Humaira yang tidak tahu menahu apa yang dicakapkan Lisa.

“Kenapa dengan kau ni Mai? Asyik mengelamun je.. Kamu ada masalah ke?”tanya Lisa prihatin. Sewaktu hari pertama Humaira disini bukan main becok lagi mulutnya tapi sejak hari orentasi yang pertama Humaira terus jadi begini.

“Hah?! Tak.. tak de apa-apalah..”Kata Humaira teragak-agak. Lisa mengeluh. Walaupun mereka teman sebilik, Humaira seakan-akan tidak sudi berkongsi masalah dengannya.

“Mai.. Kau anggap aku kawan kau tak?”tanya Lisa serius. Humaira tertawa kecil melihat wajah serius Lisa jarang rakannya itu berwajah sebegini. Rasa kelakar pula.

“Kau ni.. Itu pun nak tanya. Aku dengan Kau mestilah kawan takkan lawan pulak.”Ujaran Humaira disambut ketawa dari Lisa tapi tak lama. Wajahnya kembali serius.

“Kalau macam tu.. Kenapa aku dapat rasakan kau ada rahsiakan something dari aku?”tanya Lisa sekali lagi. Humaira tak senang duduk.

“Humaira kalau betul kau anggap aku sebagai kawan... Tolonglah ceritakan masalah kau. Aku bukan apa, aku rasa kita macam ada gap..” kata Lisa. Sudah lama dia rasakan begitu cuma baru hari ini dia luahkan kepada Humaira.

“Aku.. Aku.. Aku tak ada masalah..”Seusai Humaira berkata. Air matanya turun bagai tidak mahu berhenti. Lisa terkejut melihat Humaira tiba-tiba menangis. Teru s dipeluk tubuh kawannya itu.

“Kenapa? Kenapa.. air mata aku..isk.. tak mahu berhenti? Isk.. bodohkan aku ni.. isk..isk Menangis untuk benda yang aku tak tahu puncanya..”Humaira menangis teresak-esak dibahu Lisa. Lisa hanya mampu menggosok belakang Humaira.



'___'


Humaira bagaikan mayat hidup sejak Faiz menjauhkan diri daripadanya. Dia sendiri tidak faham dengan dirinya sendiri. Apa yang dilakukan bagaikan tidak bermakna. Pergi kelas, balik kelas makan dan tidur. Itu sahaja rutin harian insan bernama Nur Humaira sejak Faizzudin menjauh darinya.

“Woi.. Perempuan! Kau yang tomboy hari tukan!”jerit satu suara yang pernah Humaira dengar. Suara yang menyebabkan dia dan Faiz menjadi jauh.

“Kau nak apa mamat perasan bagus?!”tanya Humaira kasar. Dia tidak ada mood untuk memanjangkan pergaduhan itu. Yang dia tahu dia nak balik ke bilik.

“Nama aku Luq. Kau tak ingat ke kau ada belasah aku hari tu?”tanya Luq sinis. Humaira kelihatan waspada. Dia tahu Luq ada niat yang tidak baik dengannya. Sebelum sempat dia mahu membuka langkah silatnya seorang daripada kawan Luq mengunci pergerakannya. Humaira mula resah.

“Kau nak apa ni Luq?! Aku jerit karang!”kata Humaira kasar. Dia meronta-ronta mahu melepaskan dirinya. Tapi apakah dayanya setelah beberapa hari tidak cukup makan dan tidur.

“Jerit? Jeritlah tak ada orang yang akan dengar jeritan kau tu!”kata Luq sampai ketawa bongkak. Seronok benar dia lihat telatah Humaira itu. Sudah lama dia menyimpan dendam kepada wanita itu. Luq menolak badan Humaira dilantai koridor itu. Humaira mengucap di dalam hati memang kawasan yang dia lalui itu tiada orang.

“FAIZ!!!”jerit Humaira yang sedang katakutan. Hanya nama itu sahaja yang hinggap dibenak fikirannya. Luq menampar kasar wajah Humaira. Darah mengalir dari celah-celah bibir Humaira. Baju yang Humaira pakai dikoyak kasar. Meraung-raung Humaira meminta simpati namun makin galak Humaira meminta dilepaskan makin galak tangan Luq memukul wanita itu.

“Kurang ajar!!!”jerit Faiz. Dari tadi dia mencari Humaira. Selama ini dia masih mengikut Humaira secara senyap-senyap. Entah, dimana silapnya Humaira terlepas dari pandangan mata. Faiz mula mempratikkan langkah silat yang dipelajari dari ayahnya.

“Syah!”Panggil Luq yang sedikit kalut dengan kehadiran Faiz. Syah yang tadinya asyik mengawal keadaan pantas mendapatkan kawannya merangkap bosnya. Syah mula bergelut dengan Faiz. Manakala Luq makin galak menanggalkan baju Humaira yang sedang mengerang kesakitan.

Syah terpelanting ditendang Faiz. Faiz pantas menarik Luq dari terus membuka baju Humaira. Luq lebih pantas pisau lipat yang sentiasa dipoketnya dikeluarkan. Luq menikam Faiz tepat dibahagian perutnya. Humaira yang sedang mengerang kesakitan mengesot ke arah teman baiknya itu. Faiz yang terbaring di lantai koridor itu mencapai tangan Humaira. Syah dan Luq sudah melarikan diri. Terkejut dengan perbuatan mereka.

“Fa.. Faiz.. Humaira mintak maaf.. jangan.. jangan tutup mata. TOLONG!!!”Humaira makin panik melihat mata Faiz yang mula kuyu.

“Humaira.. Aku.. Aku.. sayang kau.. Maafkan aku..”Mata Faiz tertutup rapat selepas berkata-kata. Humaira meraung. Dipeluk kemas tubuh Faiz yang kaku. Tubuh yang terdedah tidak dihiraukan yang pasti rasa hatinya sangat sedih melihat tubuh Faiz tidak bergerak lagi.

Beberapa orang pelajar yang melalui laluan itu pantas menolong Humaira dan Faiz. Ambulan dihubungi. Humaira pengsan selepas meraung beberapa kali.


  1. SORRY LAMA TINGGAL CERITA NI..
  2. AGAK-AGAK KORANG APA YANG JADI DEKAT FAIZ DAN HUMAIRA.. MACAM MANA PULAK DENGAN UZAIR???
  3. HARAP-HARAP KORANG ENJOY CERITA NI.. >.<
  4. SILA2 LA KOMEN .... ^_^ BARU LA ASYU TAHU KORANG ADA TINDAK BALAS DENGAN CERITA ASYU NI..

4 comments:

  1. huhu.. sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu jgn sedew sgt..
      hahaha dah baca part last?!
      klu belum baca lah..
      thanks sbb sudi baca cerita x seberapa ni.. miss/mr/mrs Anonymous

      Delete
  2. Alahai.. Somehow, saya team uzair :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)