Assalamualaikum semua, apa khabar?
Sorry lama tak update.
Erm... mengenai DKAKUS seperti yang Asyu pernah up dekat FB dan IG, manuskrip Asyu hilanggggg T^T
Asyu dah cuba nak recover tapi tak boleh....
Harris dan Afifah dah tak de Guys!
Maaf sangat2 pada yang follow kisah tu.
Hari ini Asyu kembali update dengan cerita baru. InsyaAllah cerita ni memang Asyu nak siapkan sampai habis dan publish to be a book.
Harap sangat korang beri sokongan pada cerita yang ni ye.
Bab
1
Sayu
mula menghambat diri si kecil. Bajunya yang lusuh dipegang erat. Air mata mula
bergenang, sedih melihat anak-anak seusianya bermain riang di taman permainan
itu. Namun, air matanya di tahan. Dia perlu kuat. Bak pesan ibunya, anak sulung
seharusnya cekal, kuat, tabah... supaya adik-adik yang masih kecil juga kuat,
tabah dan cekal sepertinya. Biar kehidupan yang tidak selalu bahagia ini
berjaya mereka harungi. Walaupun dirinya masih kecil, dia ingin menjadi contoh
kepada adik-adiknya dan menjadi anak yang menyenangkan hati ibunya.
“Kakak...
kenapa ye dia orang boleh main dekat situ? Kenapa bila Ansar nak main... dia
orang marah-marah?” tanya si adik, mulutnya muncung. Tanda tidak puas hati.
Hanan terkelu. Dia juga pelik. Apa salah adik-adiknya?
“Hah!
Angah tahu... sebab.... sebab... baju Ansar kotor kot?” balas Laili. Ansar
membuang pandang ke padang. Air mata mula bergenang. Tak puas hati dengan kenyataan
Laili. Pantas Hanan memeluk tubuh kecil adiknya, diusap-usap kepala adiknya
itu.
“Angah
tipu! Kakak basuh la baju adik hari-hari. “ bidas Ansar dengan muka melekap ke
baju Hanan.
“Alah...
memanglah basuh hari-hari. Tapi... Ansarkan suka main tanah. Tanah tu kalau
kena dekat baju... kotor la baju tu!” Laili menayang muka bijaknya.
“Taklah...
bukan sebab baju. Ni semua salah kakak. Jom balik! Karang kita lambat, abah
marah pulak...” ajak Hanan. Mukanya mendung. Dia tahu adik-adiknya tak ada
salah pun. Hanya kerana dia... Nur Hanan binti Abdullah. Mereka dipandang
serong. Kerana dia...
-
Perkarangan
rumah kosong. Namun mata Hanan cekap melihat sepasang kasut boot hitam. Abah!
Mata Hanan mula meliar. Perutnya mula kecut. Dia panik.
Pintu
terbuka. Abah berdiri dengan tali pinggang di tangan. Pantas adik-adik menyorok
dibelakangnya mencari perlindungan dari bapa mereka yang sering dihembus
bisikan syaitan. Abah, iaitu Mukhriz, tersengih melihat wajah ketakutan Hanan.
Wajah
Hanan berubah menjadi pucat. Ketakutan menyelebungi dirinya. Dalam masa yang
sama adik-adiknya cuba ditolak ke dalam rumah. Jangan sampai amarah abahnya itu
terluah kepada adik-adik yang masih kecil, yang masih naif untuk mengetahui apa
yang sedang terjadi.
“Kau
tahu apa salah kau?” tanya Mukhriz. Tali pinggang direntap-rentap. Hanan
terkejut. Tersentak-sentak bahu dia setiap kali Mukhriz merentap tali pinggang
itu. Pantas Hanan mengangguk.
“Kalau
kau tahu salah, kenapa kau buat?! Hah?! Kenapa?” jerkah Mukhriz. Wajah kecil
itu pandang penuh rasa benci. Hanan menelan liur.
“Ma...
maaf.” Bisik Hanan tergagap-gagap. Mukhriz menjeling Hanan. Amarahnya mula
menggila. Syaitan-syaitan mula bersorak riang berjaya membuat anak Adam hilang
rasa sabar.
“Maaf,
maaf! Itu je yang kau tahu!” tali pinggang dilibas ke dinding rumah. Adik-adik
ditolak laju masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja adik-adiknya lepas ke dalam,
Hanan cuba melarikan ke dalam rumah. Namun tangan Mukhriz lebih pantas.
“Aku
dah pesan jangan keluar rumah! Berapa kali aku nak cakap?! Sebab kaulah,
anak-anak aku pun tercalit sama kotor kau tu. Anak-anak aku di caci, dihina!
Padahal kau lah yang hina! Tak faham-faham bahasa! Kau tu pun bukannya anak
kandung aku. Anak sedara bini aku je! Aku tak faham kenapa si Midah tu nak
sangat bela kau. Kononnya nak bela sebab tak nak tanggung dosa la... kau tu dah
sah-sah anak luar nikah! Haih! Biarlah nak jadi apa kat kau. Entah-tah nanti
kau ikut jejak mak kau pulak bila dah besar nanti.” Tengking Mukhriz. Tali
pinggang diusap-usap. Matanya penuh dengan kebencian.
“Ha...
Hanan mintak maaf...” ujar Hanan teresak-esak. Matanya menjeling takut-takut.
“Mintak
maaf? Huh... selagi kau tak dapat habuan kau ni... mesti kau akan buat lagi...”
ujar Mukhriz. Tali pinggang dilibas. Hanan menangis kesakitan. Berkali-kali
tali pinggang itu hinggap di tubuh kurus Hanan.
“Puas
hati aku.” Kata Mukhriz tatkala Hanan sudah mengerekot menahan sakit. Dia mengeluarkan rokok. Pantas dinyalakan dan
dihisapnya penuh rasa bangga. Bangga kerana berjaya menyakiti seorang anak
kecil yang dicop sebagai anak haram.
“Kakak!
Kakak!” jerit adik-adiknya yang masih
terkurung di dalam rumah. Hanan mengagahkan diri melangkah ke pintu rumah.
Adik-adiknya berdiri dengan muka yang merah. Pipi dibasahi air mata. Hancur
hati anak kecil berusia 10 tahun itu melihat adik-adiknya begitu. Ketakutan.
“Kenapa
menangis ni?” tanya Hanan dengan senyuman manisnya. Namun terhias juga wajah
itu dengan kerutan kesakitan tatkala kaki cuba melangkah mendekati
adik-adiknya.
“Kenapa
abah selalu pukul kakak? Apa salah kakak?” tanya Laili dengan sendu-sendanya.
Hanan tersenyum melihat adik pintarnya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi
adik perempuannya itu petah berkata-kata.
“Sebab
kakak nakal... tak dengar kata...” ujar Hanan sambil mengesat air mata adiknya.
Ansar yang masih asyik menangis didukungnya. Tubuh montel Ansar hampir tak
berdaya Hanan tampung. Badan Hanan terlalu kecil dan kurus untuk kanak-kanak
seusianya. Bukannya ibu, atau ibu saudara Hanan, Midah menderanya. Tetapi
Mukhriz. Lelaki yang dipandang sebagai ayahnya itu seringkali melayannya
bagaikan kucing kurap. Apabila Midah tiada seringkali dia memberi Hanan makan
sisa-sisa dia. Ansar dan Laili selalu ingin berkongsi dengannya tetapi abah
mereka itu lebih pantas. Pasti berbalar badan adik-adiknya yang masih kecil itu
apabila tertangkap.
“Tipu...
isk... isk... kakak baik. Kakak jaga adik dengan angah... Kakak baik...” ujar
Ansar sambil memegang pipi Hanan. Hanan tersenyum. Dia hanya mampu tersenyum.
“Angah
benci abah!” Laili menunjukkan reaksi benci. Hanan terkejut. Dia tak mahu
adiknya membenci bapa kandung mereka. Tak tertanggung dosannya nanti.
“Bukan
salah abah... kakak degil. Abah dah kata jangan keluar. Jangan keluar... tapi
akak keluar jugak. Jangan benci abah ya... abah...” kata-kata Hanan terhenti
apabila tubuh susuk Mukhriz berada di depan pintu.
“NUR
HANAN! Ke sini kau!” jerkah Mukhriz. Mukanya merah menahan amarah. Bengang
bercampur geli tatkala bibir kecil itu mengelarkan dirinya ‘abah’. Sudah dari
usia Hanan 4 tahun, seawal perkahwinan dia dan Midah, dia mengharamkan
panggilan abah itu dari dituturkan Hanan. Degil! Degil! Budak tak kenang budi
ini terlalu degil!!!
“Ma...
ma.... maafkan...sa...” tak habis dia bercakap, tali pinggang dilibas ke
badannya. Hanan terjerit sakit. Laili cuba mendekati Hanan. Cuba menghalang
perangai gila abah mereka. Namun Mukhriz lebih besar, lebih tangkas, dan lebih
kuat, sekali tolak sahaja tubuh kecil Laili terhentak ke dinding rumah. Hanan
ternganga tak percaya. Tak percaya Mukhriz sanggup mengkasari anak kandungnya
sendiri. Hanan jadi risau melihat wajah biru Ansar. Pasti adiknya itu diserang
asma.
Hanan
buat-buat lembik. Agar Mukhriz cepat-cepat beredar dari situ. Selepas puas hati
melihat kondisi Hanan, Mukhriz berlalu pergi. Menyampah memandang wajah anak
haram itu. Anak haram tak sedar diri!
“Adik...
adik...” Hanan berlari ke arah adiknya. Tak pantas dipanggil berlari kerana kakinya
sudah terseliuh di belasah Mukhriz. Sepantas mungkin Hanan menghampiri Ansar
bersama ubat sedut adiknya. Pump itu didekatkan ke mulut adiknya. Lalu dengan
bacaan basmallah dia menekan pump itu dua kali. Pernafasan Ansar semakin
teratur. Hanan menarik nafas lega. Tubuh Ansar dipeluk rapat ke dadanya.
Matanya memandang Laili yang masi menangis. Menangis kesakitan dan ketakutan.
“Angah
ok tak?” tanya Hanan. Laili mengangguk perlahan. Dia pantas mendekati tubuh
Hanan. Dipeluk tubuh Hanan dari sisi. Tangan kirinya mengusap rambut ikat Ansar
yang baru berusia 4 tahun itu.
“Kesian
kakak... kesian adik....” ujar Laili perlahan. Air mata mula mengalir lagi.
Sungguh dalam jiwa kecilnya dia membenci lelaki yang dia gelarkan abah.
“Tak
apa. Asalkan kita bersama... kita akan berjaya melaluinya. Nanti dah besar...
kakak akan jaga Laili dan Ansar...” pujuk Hanan.
“Ibu?”
tanya Laili dengan mata berharap.
“Ya...
mestilah ibu sekali. Abah?” tanya Hanan pula.
“Tak
payah! Abah tu jahat! Kakak jangan jaga abah!” Laili berkata penuh benci.
“Mana
boleh macam tu... abahkan jaga kita...” Hanan masih cuba mengubah anggapan
Laili.
“Tipu.
Juga apa? Ibu yang kerja... yang bagi baju... yang bagi makan dekat kita.
Jangan ingat angah kecil lagi, angah tak tau... abah tak macam ayah orang lain.
Abah tak kerja... abah jahat... abah selalu pukul kakak. Pukul Laili... Nasib
baik Ansar tak selalu kena... Ansar dah la sakit...” balas Laili, bijak. Hanan
terdiam. Bibirnya digigit tak tahu nak membalas apa. Apa yang Laili katakan itu
memang betul. Apa dayanya nak membangkang apabila perkara itu terbentang di
depan mata mereka?
“Angah...”
perlahan Hanan menuturkan gelaran Laili.
“Kakak
tak payah tipu!” jerit Laili lalu berlari masuk ke dalam bilik. Hanan hanya
mampu memandang langkah adiknya itu. Ansar yang tertidur kepenatan
ditepuk-tepuk biar makin lena... Moga mimpi adik, mimpi indah saja... sebab
bila adiknya membuka mata, realiti kehidupan ini tak seindah yang mereka
impikan.
-
Hanan
terjaga mendengar azan subuh berkumandang. Tubuh adik-adiknya yang berbaring
bersebelahan dengannya diselimutkan lagi. Biar tidur lama sedikit. Dia tahu
adik-adiknya tidak tidur lena. Mujur juga ibu pulang selepas dia mengangkat
adik-adiknya ke tilam. Dia tak mahu menambahkan kerisauan ibu, beban yang ibu
tanggung sudah cukup berat.
Selesai
menunaikan solat, Hanan mencapai minyak gamat. Perlahan seluarnya dinaikkan.
Penuh dengan birat-birat kesan dari libasan tali pinggang abah. Tangan Hanan
terketar-ketar menyapu minyak ke kesan itu. Bibirnya digigit kuat, air mata
mengalir tanpa sebarang esakkan.
“Hanan
dah bangun?” tanya Midah. Hanan pantas menjawab.
“Dah
ibu. Kejap lagi kakak tolong ibu ya...” balas Hanan. Nasib baik ibu tak masuk
ke dalam biliknya, kalau tidak pasti hati ibunya luluh melihat birat-birat ini.
Hanan
keluar dari bilik dengan baju sekolah yang lengkap. Sudah kusam tetapi bersih.
Ibunya bijak mendidik, biar tak berduit tapi bersih.
“Kasihan
anak ibu ni. Dah lah bangun awal, kena tolong pulak ibu buat karipap pula.”
Ujar Midah dengan penuh rasa bersalah. Nur Hanan anak kepada arwah adiknya.
Bapa kandung Hanan tidak dia kenal siapa. Menurut teman baik arwah adiknya,
lelaki itu sudah kembali ke luar negara. Entah hidup entah tidak... biar
sahajalah. Hanan anak yang baik...
“Eh, apa pula ibu ni... Hanankan anak ibu...
Hanan wajiblah tolong ibukan?” tanya Hanan dengan muka comelnya. Sebelum
mengelim karipap Hanan melapik dahulu bajunya dengan plastik yang dipotong dua
agar menutupi seluruh bajunya.
“Hm...
ya. Hanan anak yang baik. Ibu yakin masa hadapan Hanan cerah. Belajar
rajin-rajin ya Hanan.” Pesan Midah sambil tersenyum. Hanan terjangkit senyuman
ibunya.
“InsyaAllah
bu... Doa ibukan diterima Allah S.W.T.” Hanan laju mengelim karipap-karipap
ibunya. Cukup tiga ratus ketul dia kelim, jam sudah pukul 7.15 pagi. Pantas dia
menyalami ibunya dan bergerak ke sekolah.
Basikal
tua yang ibu beli dari seorang cina yang menjual barangan terpakai di
tunggangnya cermat. Sayang sekali dia dengan basikal ini. salah satu harta
benda yang paling dia sayangi.
“Riang hatiku badan
bertuah
Punya teman yang comel
dan manja
Berjanji akan selalu
bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba
sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi
bahasa
Harta sekadar basikal
tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang
bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal
tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku
begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang
selalu
Tiada hutang datang
mengganggu
Angan-angan ku disuatu
masa
Basikal kan ku tukar
kereta
Tapi kekasihku tidak
setuju
Mungkinkah dia rasa
cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa”
Riang
Hanan menyanyikan lagu itu. Dalam keasyikan dia menyanyi sampai juga dia ke
sekolah. Satu tempat dia lari dari kekejaman Mukhriz... tetapi dia tak dapat
mengelak dari kutukan rakan-rakan. Heboh sudah statusnya sebagai anak haram.
Namun Hanan tak kisah. Dia masih boleh hidup tanpa rakan. Akan dia buktikan dia
juga mampu berjaya!
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)