Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 9 May 2013

ASH VeRSUs ASH PART 3 *^__^


PART 3*^__^

          “Bwhaahahahahaha..” ketawa Arul, En Sufian, Azwan (si angah) dan Alif bergabung menjadi padu.  Ash dah tebal muka menghadap mereka berempat.  Orang kongsi masalah pun nak gelak.  Ni yang buat Ash yang macho lagi comel ni marah... ><

          “Arghhhhhh!!! Dah, dah la gelak tu, along, angah, ayah, Alif!”jerit Ash dengan mata bergenang.  Belum pernah dia kena gelak macam ni.  Melihat mata Ash yang sudah bergenang itu, segera En Sufian menyuruh anak-anak lelakinya diam.

          “Okey, okey janji tak gelak lagi. Sambung cerita...”pinta Arul dengan senyuman masih terukir.

          “Nak cerita apa lagi? Ash perang la dengan Mr Crazy tu.. Segala macam jurus Ash keluar, bazoka, sniffer bagai..” cerita Ash bersungguh-sungguh. Ternganga Alif mendengarnya. Dia ni memang bendul sikit.

          “Betul ke kak?”tanya Alif, hanya dia berani mengelar Ash sebagai kakak. Maklumlah adik kesayangan. Kali ini giliran ketawa Ash pula berpadu dengan abang-abangnya dan ayah. Alif masih dengan muka blurnya.

          “Alahai adik kesayangan Ash ni... Kenapalah pulak hari ni adik kesayangan akak ni jadi pak pandir?” sindir Ash. Hanya dengan adiknya sahaja dia akan menunjukkan sedikit sifat keperempuanan.  Ash mula menayang ‘duck face’.

          “Maksud Ash, Ash pun ceritalah dekat uncle Majid, pastu Uncle Majid terus berleter tak ingat dunia. Ash pun blah la.. Tapi kesian pulak dekat Aisy, Ash ingat nak jenguk Aisy la hari ni..” Ujar Ash sedikit sedih.

          “Wow~ Ash dah  ada bakat nak jadi mama la..” usik Azwan. Muka Ash memerah.

          “Alhamdulillah kalau macam tu.. dapat la ayah makan nasi minyak tahun ni..” makin galak usikan dilemparkan kepada Aisy.

          “Apa pulak Ash suruh la along dengan angah kahwin dulu.. Lagipun Ash lebih suka single mingle buat masa ni..” ujar Ash bersahaja. Kalau la mereka tahu pasal Fakrul... habislah Ash..

          “Ala benda tu senang je kak, kawan Alif banyak yang suka dekat akak Ash tapi.. akak je jual mahal..” ujar Alif turut sama menyakat kakaknya. Ash mula menyekeh kepal adiknya.

          “Hahahaha.. tengok ramai nakkan Ash... Ash pilih je.. nanti ayah masuk meminang..” Kali ini mata Ash pula main peranan. Habis besar mata dia buka, kononnya marah la tu..

          “Ayah!!! Dah la Ash keluar dulu!”pantas Ash menyalami semua yang ada sebelum berambat ke motosikalnya. Takut la tuuu..

         
^______^


          “Assalamualaikum..”ujar Ash teragak-agak. Selalunya waktu sebegini Uncle Majid sudah pergi kerja.  Siapa pula yang menjaga si kecil tu? Ash mula risau.

          “Assalamualaikummm!!”laung Ash semakin kuat. Apabila salamnya tak berjawab Ash bertindak memanjat pagar. Dia ni memang ada kenan beruk sikit.. cepat je dia panjat.

          “Aik, bagi salam orang tak jawab tapi.. pintu terbukak.. musykil, musykil...” bisik Ash kepada dirinya sendiri.

          Ash masuk ke dalam rumah. Televisyen terpasang. Kipas terpasang. Lagilah dia pelik. Terus dia ke bilik Aisy, tapi budak kecil itu tiada. Lalu dia turun ke ruang tamu.

          “Arghhhhh!!!”Ash bila ada sepasang tangan kecil memegang kakinya.

          “Apa? Apa?” tanya Ashril panik. Dia yang hanya memakai boxer dan apron, manakala ditangannya terdapat sudip.  Makin kuat jeritan Ash..

          “Diam!!!!” Ashiril terpaksa memeluk Ash supaya pengkid itu diam. Aisy hanya mampu menutup mulutnya sambil mata terbeliak.

          “Hmm mhmmm.. mmm!” kata Ash tidak jelas. Ash mengelupur.

          “Apa?”tanya Ashril sedikit pelik dengan percakapan Ash.

          Aisy menarik hujung baju papanya, sambil mengunjukkan sekeping kertas yang tertulis ‘PAPA TUTUP MULUT MAK CIK QURATUN.’ Ashiril mengangguk faham.

          “Okey aku lepas tapi janji kau tak jerit lagi.. perit telinga aku..”ujar Ashril.

          Ash mengangguk. Ashril melepaskan pegangannya, Ash mengosok bahagian pinggangnya yang disentuh oleh Ashril. Bagaikan lelaki itu seorang yang kotor. Ashril mengeluh.

          “Kau nak apa pengkid datang rumah orang?”tanya Ashiril tak berperasaan.

          “Nak jenguk Aisy, kau boleh tak pakai sesuatu yang lebih sopan?” Ash tidak memandang Ashril mungkin malu.

          “Aik, takkan kau malu kot??” ujar Ashril, hakikatya dia turut malu, tapi sahaja dia berkata begitu.

          “Arghhh... saja je kau niiiii..” Ash berlari keluar.  Namun nasibnya malang apabila si Fakrul ada diluar. Matanya meliar mencari jalan keluar lain. Tapi Fakrul semakin dekat, kebetulan pula di Ashril melalui kawasan itu.

          Ash pantas sahaja memanggil Ashril sayang. Ashril menunjukkan dirinya, tanda tidak percaya. Ash mengangguk.

          “Sayang, mari kenal dengan kawan baru honey..”ujar Ash menggamit Ashril menghampirinya dan Fakrul.

          “Siapa honey?”tanya Ashril yang mula memainkan peranannya. Memang cukup berkesan lakonan mereka dengan Ashril berpakaian tidak lengkap dan Ash yang tersipu-sipu.

          “Ni hah, Fakrullah atau Fakrul je..”ujar Ash manja. Ashril meyalami Fakrul.  Fakrul membalas gugup.

          “Betul ke Ash ni bini you?”tanya Fakrul masih ragu.

          “Yup betullah, tu hah anak kami, Aisy. Mari sini sayang,..”ujar Ashril. Ash pantas mendukung Aisy yang terpinga-pinga.

          “oh..okey saya mintak diri sulu..” laju sahaja Fakrul meminta diri.

          “Bwahahahahaha...”terlambak ketawa mereka selepas Fakrul hilang dari pandangan mata.

          “Kau berhutang dengan aku pengkid!” ujar Ashiril sambil menepuk perlahan pipi Ash.

          Ash hanya tersengih. Nasib baik ada Ashril dan Aisy, kalau tak makin bertambah koleksi Mr. Crazynya. Aik bukan ke si Ashril tu Mr, Crazy dia jugak ke?? Teng.. teng.. teng... 


#Bersambung ada lagi satu atau dua entri lagi hehehe.. pastu syu tulis pasal Abdullah n Asyikin hehehe

1 comment:

  1. hahahaha..... mmg kelakar.... suspend jer asyu nie.... selamat tulis lgi dua entri

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)