SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 26 May 2013

Ash VerSUS Ash *PART 6 ^__^ LASTTTTT


Part 6*LAST PART*^__<

          Ash merasa tidak sedap hati. Sudah tiga hari dia tidak sedap hati. Walhal nak kata rindu kepada ahli keluarganya jauh sekali. Baru seminggu dia pulang ke universitinya. Biasanya kalau terasa rindu pun bila sudah hampir sebulan. Nampak sangat Ash ni lebih suka berjauhan dengan keluarga.

          ‘Kenapa tak sedap sangat hati aku ni? Ada apa-apa jadi dekat ayah ke? Along, angah, Alif?’ Hati Ash masih berteka teki. Dalam keadaan separa sedar itu dia terlanggar seseorang yang berada didepannya.

          “Woi, buta ke?!”tengking pelajar  itu. Ash terkedu. Tiba-tiba dia nekad mahu pulang ke kampung. Kaki pantas diatur mahu ke bilik dekan, hatinya bagai tahu ada sesuatu yang buruk terjadi. Selepas mendapatkan keizinan dekan Ash pantas mengemas barangan peribadinya serba sedikit.

          Suhaila kawan sebiliknya agak terkejut melihat Ash yang kelam kabut mengemas beg pakaian. Bertalu-talu pertanyaan diujarkan kepada Ash, namun gadis itu hanya membisu.

          Tatkala melihat ayahnya di foyer, hatinya jadi semakin tidak keruan. Pantas sahaja air mata mengalir lesu di pipinya. Pasti adik-beradiknya dalam kesusahan. Kalau tidak, tiada maknanya En. Sufian mahu menjemputnya pulang pada hari kuliahnya.

          “Assalamualaikum.. ayah ada apa-apa berlaku ke? Kenapa ayah datang ambik Ash?” tanya Ash panik. En. Sufian hanya tersenyum hambar. Kereta mula bergerak laju meluncur diatas lebuh raya. Perjalanan KL ke Ipoh itu terasa amat panjang.

          “Ash, Ash kita dah sampai..”kejut En Sufian perlahan. Ash membuka matanya perlahan, silau apabila cahaya lampu terang memasuki ruang penglihatannya. Asing sekali kawasan itu. Tapi seperti dia kenal kawasan itu... Ho.. Hospital?! Kenapa ayahnya bawa dia ke sini?

          “Ayah kenapa bawak achik ke sini?” tanya Ash yang mula risau. Panggilan dirinya turut berubah kepada ‘achik’ menandakan dia benar-benar tidak suka dengan apa yang berlaku.

          “Ayah nak bawak Ash jumpa seseorang. Jom, dia dah lama tunggu Ash...” En. Sufian menggamit tangan anaknya ke dalam hospital. Ash bagaikan kosong fikirannya hanya mengikuti segala suruhan ayahnya.

          Mereka terhenti disebuah bilik. Yang peliknya, wad itu wad kanak-kanak. Siapa yang sakit? Ash semakin risau. Nak kata adiknya si Alif tu dah dewasa tak ada maknanya nak masuk wad kanak-kanak.

          Terbeliak mata Ash saat pintu bilik itu terbuka. Sayu hatinya melihat anak kecil yang terbaring lesu. Aisy! Aisy terlantar sakit. Ash pantas ke sisi anak kecil itu. Dicium pipi anak kecil itu. Satu perkara yang tidak mungkin dia lakukan.
         
          “Kenapa boleh jadi macam ni ayah? Uncle Majid?” tanya Ash sedikit bengang. Mana taknya dia baru seminggu dekat universiti dah si kecik ni sakit. Memang kronik ni..

          “Erm... tak tahulah. Lepas Quratun pergi belajar balik terus dia jatuh sakit. Bila tanya dia nak apa.. dia asyik tulis nama Quratun je... Terus Uncle mintak tolong ayah kamu ambik. Risau Uncle dah dekat seminggu dia demam. Maafkan uncle kalau menganggu kuliah Quratun.”ujar Uncle Majid sedikit bersalah.

          “Eh, tak pe. Patutlah sejak dua tiga hari ni Quratun rasa tak sedap hati. Rupanya Aisy sakit. Hm... tak apa biar Quratun saja yang jaga..” ujar Ash sedikit sayu melihat anak kecil itu tersenyum hambar.

          “Owh.. patutlah Ash dah terpacul dekat foyer tu.. ayah baru nak pergi panggil. Tengok-tengok Ash dah terpacul dekat situ.”ujar En. Sufian.

          Ash mengangguk. Dia memandang sekeliling bilik itu. Rasa macam ada yang kurang... ya.. ada yang kurang.. ASHRIL! Mana pulak pergi bapak beruk ni? Anak tengah sakit dia boleh  hilang pulak.  Ni yang Ash hangat ni!!

          “ Uncle mana si Ashril? Anak sakit dia hilang pulak.. haih..” rungut Ash sedikit perlahan di ayat hujung.

          “ Oh.. Ashril pun sakit. Dia dekat wad lelaki. Itulah Uncle pelik macam mana dua beranak ni boleh sakit pulak..”cerita Uncle Majid.

          Ternganga Ash mendengarnya. Tiba-tiba rasa bersalah menyelinap masuk, dia rasa bersalah memarahi Ashril dalam hati.

          “Quratun pergi tengok Ashil sekejap dulu ya, Uncle, ayah..”Ujar Ash sedikit sopan(terlebih). En. Sufian mengangguk kecik. Etah, kenapa dia rasa anaknya sudah semakin berubah. Mungkin hikmah menjaga Aisy.

          Ash melangkah perlahan ke dalam bilik kelas pertama itu. Kalau dah kaya tu memang buat cara kaya la.. dua-dua masuk bilik kelas pertama.. Untungnya jadi anak orang kaya.

          Ash berdiri ditepi katil Ashril. Lena sungguh lelaki itu. Nak kacau pun tak sanggup. Nampak handsome pulak bapa beruk ni.. membuat hati Ash berdegup laju. Tiba-tiba dia mendengar suara Ashril. Mengingau agaknya.

          “Ash.. hurm.. Ash..” kedengaran nama Ash disebut Ashril. Kali ni Ash memang betul-betul terkejut beruk. Kalah beruk Ashril lagi ni..

          Ash pantas keluar dari bilik itu. Jantungnya berdebar semacam sahaja. ‘Ash jangan cari penyakit Ash..’ujar Ash kepada dirinya sendiri.



          Sejak dari hari itu, hampir setiap hari Ash ke hospital untuk menjaga mereka. Sampai nurse tu pun boleh kenal dia. Nasib baiklah universiti dia meluluskan cutinya. Kalau tak kenalah tangguh satu sem. Penat sahaja dia belajar di rumah.

          “Assalamualaikum Aisy.. dah sihat?”tanya Ash tersenyum senang melihat anak kecik itu semakin aktif. Aisy mengangguk. Pintu bilik terbuka memperlihat wajah Ashril. Lelaki itu sudah boleh keluar hari ini.

          “Hai..” ujar Ash sedikit perlahan. Segan dengan lelaki itu.

          “Hai... awak sihat ke?” tanya Ashril sedikit lembut. Makin laju rentak jantung Ash mendengar suara lelaki itu begitu romantik. Kalau hari-hari macam ni mau Ash meninggal sebelum waktunye..

          “Si.. sihat. Ai.. Asiy boleh keluar bile?” tanya Ash menutup gugupnya. Tergagap dia menjawab soalan Ashril. Ashril tersenyum melihat keayuan Ash yang semakin menyerlah.

          “Aisy dah boleh keluar hari ni...” ujar Ashril sedikit sedih. Bermakna Ash akan meninggalkan mereka juga.

          “Oh yeke? Maknanya saya pun dah boleh balik universiti.” Ujar Ash dengan nada suara yang sengaja diceriakan.

          “Perlu ke?” tanya Ashril perlahan.

          “Apa?” tanya Ash dia rasa Ashril ada menyebut sesuatu tadi.

          “Hurm... tak ada apa-apa..” Ashril pantas sahaja keluar. Ash yang tidak tahu menahu menarik nafas lega.. apabila lelaki yang membuatnya berdebar menjauh. Aisy memandang sayu wajah Ash. Ash mengusap kepala si kecil itu. Dia tahu Aisy sedih dengan kepergiannya.

          “Sorry sayang mama kena pergi... untuk masa hadapan mama..”ujar Ash sambil memeluk erat anak kecil itu. Kedengaran esakan si Aisy. Air mata Ash turut mengalir mendengar esakan si kecil itu. Tanpa mereka sedari Ashril asyik memerhati gelagat mereka. Nafas dihela berat. Tiba-tiba dia mendapat idea. Idea yang dapat membuat Ash sentiasa disisi mereka.



          “ Okey Uncle Quratun pergi dulu, ayah..” Ash menyalami kedua orang tua itu. Basnya sudah sampai. Aisy sedang menangis. Ashril sedaya upaya menahan gelodak hatinya. Lantas dia membisikkan sesuatu kepada Aisy. Terus anak kecil itu terdiam dan tersenyum.

          “Betul!!”ujar Ashril bersungguh-sungguh apabila anak kecil itu seperti tidak percaya.

          Aisy menarik seluar Ash. Meminta gadis itu merendahkan diri ke ketinggiannya. Ash hanya menurut permintaan si kecil.

          “M.. Ma.. Mama!” ujar Aisy bersusah payah. Mata Ash terbeliak. Tidak percaya keluar suara dari anak kecil itu.

          “Betul? Betul ke ni?”tanya Ash ragu-ragu takut apa yang didengari itu sekadar mimpi.

          “Betul!” ujar Aisy dan Ashril serentak. Uncle Majid tidka henti-henti mengucap kata syukur. Ash menangis gembira.

          “Alhamdulillah!”tubuh kecil Aisy dipeluk erat.

          “Awak saya dah menang!” ujar Ashril sambil mengangkat keningnya. Ash yang sedang seronok itu sedikit pelik.

          “Menang apa?”tanya Ash.

          “Saya dah buat Aisy bercakap. So.. awak kena tunaikan janji awak.. saya nak..” kata-kata Ashril membuat Ash terkedu.  Sungguh dia lupa dengan pertaruhan itu.

          “Awak kahwin dengan saya!” ujar Ashril senafas. Kali ni Ash terasa diawang-awangan. Biar betul?

          “Tapi... Awak.. Saya.. universiti...?!” semuanya tersangkut dia kerongkong Ash. Ashril ketawa senang. Dia yakin gadis itu akan bersetuju,

          “Lepas awak habis belajar.. kita langsung.” Ujar Ashril senang. Ash mengangguk malu. Aisy bertepuk riang. Uncle Majid dan En. Sufian berpeluk mesra.



          2 tahun setengah kemudian...

          “Sayang... selamat ulang tahun perkahwinan..” ujar Ashril sambil mengucup mesra si isteri.

          Aisy Quratun mengeliat kegelian. Perut yang memboyot menyukarkan dia melepaskan diri daripada sang suami.

          “Abang... janganlah.. karang Aisy nampak...”ujar Ash manja.

          “Ala... macamlah dia tak biasa tengok papa dengan mama dia manja macam ni..” ujar Ashril selamba. Ash pantas mencubit lengan suaminya. Geram..

          “This is a present for my beautifull wife..”ujar Ashril sambil memakaikan seutas rantai ke leher Ash. Ash tertawa bahagia.

          “Tapi..  tak ada benda nak kasi.. Cuma Quratun ada... ni..” ujar Ash sambil menghulurkan buku nota kecilnya.

Tertera ayat romantis yang boleh tahan kelakar.






C- Cuma Cinta
I-Ini yang mampu aku beri..
N- Namun,
T-Tak Mengapa sebab kau Ada..
A-Aku ^_^

Ashril tersenyum senang. Dipeluk Aisy Quratun dengan erat.

          “Mama... Papa.. Opss!” Aisy terus menutup matanya. Malu melihat papanya mengucup mamanya.

             “Abang tengok Aisy dah nampak..”marah Ash. Ashril ketawa senang.



#HABISSSS
#hehehe HarAP Korang Puas Hati ngan ENDING Ni..
#KOmeN!!!!
#Abdullah n Asyikin akan menjelma lepas ni..... dalam minggu ni...
#Kerana kau Anjelku pun akan menjelma dalam minggu ni...

5 comments:

  1. hahaha... gatal tu asyu nie erkkk.... kekeke... :D kelakar sgt. so sweet. mama asy smpi ada naluri anak tiri dia sakit... good job... mas dah msuk entri baru. baca lah..
    :)

    ReplyDelete
  2. yeah!!!! cute ending :) seronoknye!!!!! baru hari ni ada masa nak terjah blog kak asyu :(

    ReplyDelete
  3. Jyeah..!!congrats..satu cerita yg awesome..!!
    -olly-

    ReplyDelete
  4. congrats.. and klu boleh nak lagi cite ni.. :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)