Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday 23 May 2013

kerana kau anjelku 12


Bab 12

Nada kini menjadi seorang penyendiri. Sejak kejadian itu, Nada mula menjauhi orang-orang yang menyayanginya. Huzairil yang duduk serumah dengannya juga tidak dapat melihat bayang Nada. Apatah lagi, Huzairil yang merupakan bapa kandung Nada. Demi merapatkan hubungan mereka anak beranak, Huzairil telah membeli rumah disebelah rumah mereka.

Nada rasakan semua yang diceritakan ayah dan daddy merupakan perkara yang tidak boleh diterima akal. Serius,tidak faham!! Nada merupakan anak Huzairil yang baru muncul, manakala ayahnya yang diketahui sejak dia kecil ialah Huzairil si bapa susuan sahaja. Boleh faham ke? Nada sudah runsing memikirkan perkara ini.

Kedua-dua bapanya menagih jawapan, oleh sebab itu Nada menyembunyikan dirinya di dalam bilik. Tidak sanggup pula Nada menghadapi bapa-bapanya.takut satu hal, marah satu hal, rasa nak gigit je! Huh, sebab tu Nada sembunyikan diri!

Sedang Nada memikirkan masalahnya yang lebih berat dari masalah negara itu, dia dikejutkan dengan bunyi ketukan dipintu. Terpacul muka mamanya. Alhamdullilah, Linda sudah pulih. Kesan daripada 'kejutan' mesra Huzairil si bapa kandung Nada, Linda diserang demam panas sehingga dua hari terlantar dihospital.

“Ya, mama?” tanya Nada sedikit mesra. Sejak kejadian itu, Linda sudah semakin rapat dengannya. Mungkin rasa bersalah mula menghurung diri Linda.

“Nada, jom turun bawah. Kita makan, hari ni mama masak lauk kegemaran Nada.” ujar Linda dengan senyuman manis.

“Hurm... sekejap lagi ya, mama.” ujar Nada. Senyuman manis Linda dibalas sedikit hambar. Selera makannya seakan hilang sejak dia mengetahui hal sebenar-benarnya.

“Nada, sejak kebelakangan ini... Mama tengok Nada murung saja. Nada kalau ada masalah kongsilah dengan mama. Mama risau tengok Nada macam ni..” ujar Linda penuh kasih. Rasanya sudah lama dia tidak membelai Nada sejak kejadian dia mengetahui Nada ini kononnya anak kandung Huzairil suaminya.

“Tak ada apalah mama...” ujar Nada sambil mencuba tersenyum seikhlas mungkin.

“Nada tak dapat tipu mama. Walaupun mama selalu layan Nada kasar dan bukanlah mama kandung Nada.. tapi mama tetap mama Nada. Mama tahu apa yang menganggu fikiran Nada... Maafkan mama..” Ujar Linda sedikit sebak. Nada mendongak memandang ibu susuannya. Sayu pula rasanya melihat air mata yang bergenang di mata Linda. Perlahan tangan Nada mengusp pipi si ibu menyatakan dia sayang akan si ibu.

“Mama... benda dah lepas janganlah sebut.. Nada tak pernah salahkan mama. Dah ditakdirkan macam ni jalan hidup Nada.. Nada tahu mama tak salah. Ni semua salah ayah dengan daddy!” ujar Nada sedikit marah.

“Hm... mama tahu ni semua pasal apa yang terjadikan? Maafkan jelah ayah dan daddy Nada tu.. Mereka tak bersalah, mereka terdesak dalam keadaan.” pujuk Linda.

“Nada tak tahulah mama... Nada pening dan keliru dengan benda-benda ni semua. Nada... Nada tak suka kebenaran ni!” ujar Nada sedikit emosional.

Linda mengusap lembut kepala Nada. Dipeluk erat tubuh anak gadis yang sedang meniti zaman remaja itu. Terasa bajunya basah dengan air mata Nada. Tiba-tiba pintu bilik Nada dikuak laju. Terpacul wajah Danial yang sedang tersengih.

“Lor.. ada drama air mata pulak. Patutlah lambat... ada drama swasta rupanya. Mama... Nada... jom la turun.. Danial dah lapar ni... boleh dengar tak lagu rock kapak ni.. Rancak habis ni..” Ujar Danial sedikit manja.

“Hisy... sibuk je Danial ni! Baru nak bermanja dengan mama...” ujar Nada sambil mengejar adik susuannya itu. Danial berlari sambil ketawa riang. Walaupun sudah berumur 13 tahun kedua-duanya masih keanak-anakan. Linda turut ketawa melihat keletah anak-anaknya.

“Hah, dah, dah jom kita pergi makan. Nada mari..” tangan Nada ditarik lembut. Danial menarik muka apabila mamanya tidak menarik tangannya seperti Nada.

Nada ketawa kecil. Dia memegang tangan Danial. Kesian pulak tengok budak cengeng ni. Sejak segalanya dah terbongkar, Danial kembali rapat dengannya. Nada suka dengan keadaan sekarang.

Wajah riang Nada berubah apabila melihat dua orang yang ketika ini membuat perasaannya dan fikirannya resah. Nasib baik ada seseorang yang dirindui dimeja makan. Muka tetap dimaniskan.

“Nada!! Lama tak jumpa kau..” ujar Aiman kawan baik Nada yang amat dirindui.

“Eh, ye ke? Bukan baru 5 minit tadi ke kita jumpa?” kata Nada sengaja mengusik Aiman si Angel aka Anjelnya. Wajah Aiman bertukar cemburut.

“Ko ni memang la memang.. Sakit kepala aku. Nak balik la!” ujar Aiman konon-kononnya merajuk. Nada ketawa senang. Dia dapat rasakan dua pasang mata itu asyik memerhatikan dirinya.

“Weih, jom lepak taman..”ujar Nada cuba menghindarkan diri daripada mata-mata yang ada. Aiman mengangguk. Mereka pantas beredar.

“Haih, salah ke kita bagitahu dia perkara sebenar?”tanya Huzairil kepada tetamunya, Huzairil.

“Entahlah, doakan sahaja hatinya lembut..”kata Linda yang dari tadi memerhati.


#sedikit pendek... harap maaf.. lama sangat tak update cerita ni... Asyu janji cuti ni Asyu sambung tau...
sila komen ^___^

No comments:

Post a Comment

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)