Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 12 December 2014

CINTA by Asyu, cerpen le....


Assalamualaikum...

Bismillahirahmanirahim


C. I. N. T. A
Ada apa dengan cinta? – Shiro

Cinta aku semanis gula kapas, manis sangat dan enjoy...
kiranya aku ni penyeri hidup kau. Kau tak nak ke cinta aku ni? – Ayie

ceritera ala2 fixi kata writer ah... tapi hehehe ini ceritera dari otak biasa je... tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Jadi kalau ada nama tersama ke, kisah tersama ke... jangan nak tuntut fasakh ehhh... tersalah pulak. Jangan nak mintak aku bayar... *terlupe nama benda tu... royalti ke? Huhuhu hentam sajalah labuuuu* jadi jom layan ceritera yang konon2nya ala fixi tak berapa nak jadi ni.

P/s : writer guna ‘aku’ untuk Shiro, itu termasuk time slot Shiro dan sebagainya. Tapi untuk Ayie, writer macam guna narator ar, dari sudut witer, jadi Ayie is Ayie. Pening ek? Jangan pening. Baca je.. nanti korang paham.


            Cinta? Huh, benda tu bukan boleh buat makan pun... buat manusia sengsara adalah. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku ni tak percaya dengan cinta. Ada apa dengan  cinta? Pada akulah, kalau tak ada makanan itu ye, tak boleh nak hidup. Kalau tak ada cinta... aku hidup je, sihat walafiat lagi tu...

            Lupa pulak nama aku Shiro, itu nama tipu, nama sebenar-benarnya Shakirah. Bukan Shakirah yang penyanyi tuuuu, tapi Nur Shakirah bt Ahkeem. Hah, gila moden nama bapak akukan? Aku pun terkejut tiap kali isi borang apa-apa jelah. Shiro tu tang mana wujudnya pun aku tak tahu... tapi rasanya sejak aku umur 7 tahun Shiro tu wujud, agaknya aku ni dulu suka tiiru watak anjing dalam kartun Shin Chan tu kut, yelah nama dia pun Shiro jugak. Choiiii... tersamakan diri dengan anjing pulak... kurang hasam punya mulut, kianat tuan sendiri.

            Kejap... bukan aku cakap dalam hati ke? Huh? *Blur* hm... hentam jelah Labu...

            “Wow! Handsomenya mamat tu!!!” jerit kawan-kawan aku macam monyet teruja nampak pisang emas. Aku yang sedang syok melayan monolog diri sendiri ni tersentap. Bukan sebab mamat yang dikatakan tu kacak tapi sebab monolog aku tergendala la.

            “Korang boleh diam tak? Aku nak layan feeling sendiri pun tak boleh. Kacau betullah.” Aku dah bengang. Gila tak bengang, dah dekat 15 minit kawan-kawan aku ni, a.k.a. Cik Katty, dan Cik Mille ni duk menjerit. Huh, bajet omputih tapi kulit gelap jugak...

            “Kau ni asyik duk layan peling je... lama-lama orang ingat kau gila. Cuba sekali sekala melayan keindahan Tuhan yang tertayang depan mata kau tu.” Marah pulak Cik Katty kita ni. Huh... meowww! Macam kucing, kalau marah sentap owner kucing tu.

            “Relaks ar... aku pe kisah. Ni Shirokan. Manusia nak kata apa pun... ada aku kesah? Keindahan mana? Mana? Meh aku tengok indah sangat ke sampai Cik Katty dan Cik Melli ni terjerit macam orang yang terlebih bahagia ni?” Hah, kan dah dapat! Sedap ke kena Cik Shiro punya bahasa? Ofkos la sedap... aku baru tambah kicap tadi.

            “Tu hah! Yang pakai t-shirt putih, matching dengan jaket jeans tu! Haih, handsome betul, pakai pulak spek, dengan rambut ponytail dia tu... haih,  gaya badboy sangat!!!” tu dia! Cik Melli dah kasi penerangan fesyen dia. Aku pun nak tak nak pandang mamat yang dikatakan gaya badboy. Hm... boleh tahan. Muka manusia jugak, bukan binatang. Gila kejam statement dalam otak/hati aku ni/

            “Pff... Handsome bebenor le tu. Tak lalu awak nak pandang.” Yes! Keluar dah loghat negeri mana entah, yang pastinya dalam Malaysia. 1 Malaysia! Ops... over sudah.

            “Kau ni nak kata songsang tak pun. Tapi kenapa kau tak pernah nak berkasih dengan jantina lain ye, Shiro?” tanya Cik Katty sambil menghirup kuah laksanya. Haih, mengancam  pulak aku tengok! Oit, aku bukan songsang, yang mengancam tu Laksa le!

            “Berkasih tu boleh je. Tapi kalau nak ber... C. I. N. T. A. Maaf ye. Aku ni tak ada minat lagi. Bukan sebab aku tak suka lelaki tapi. Aku tak suka perasaan tu. So sorry.” Berapa banyak kali dah aku cakap, tapi manusia dua orang ni tak reti-reti la nak paham.

            “Ish... aku pelik dengan kau, Shiro. Anti-cinta. Tak dapat aku bayangkan macam mana kau nak kahwin nanti.” Eh, Cik Melli ni sibuk je pasal aku nak kahwin. Nanti dah sampai seru nanti aku kahwin ar.

            “Relaks ar... mak bapak aku ada, depe carikanlah aku jodoh. Habis cerita. Tutup buku. Dah jom blah, kelas Prof. Ishak a.k.a. tak berapa nak Remy (Remy Ishak) tu nak start. Kalau ada rasa nak kena sembur dengan air semulajadi (air liur) silalah lambat-lambatkan diri anda.” Aku dah bangun. Kaki dah sedia nak berlari anak. Kelas Prof. Ishak lagi 5 minit nak mula. Macam manalah aku boleh hanyut layan sembang kosong Cik-Cik ni. Hadoi.

            Okay, 1, 2, 3, lari!!!!

            “Adoi! Kalau dah tau diri tu tinggi macam galah, kurus macam galah janganlah berdiri tengah-tengah jalan. Kan aku dah eksiden. Makin pendeklah aku yang pendek chubby ni!” disebabkan aku berlari anak tak tengok traffic light manusia, aku terlibat dalam kemalangan diantara aku dan galah manusia ni.

            “Sedap betul mulut kau ni ye... aku yang kena langgar dengan kau, aku yang kena sembur. Banyak cantik muka kau!” marah pulak si galah ni. Arh... ada aku kesah?

            “Memang aku cantik. Cuma pendek ngan chubby sikit je. Terima kasih bagi tahu. Okay buh-bye. Jumpa lagi tahun depan. Nanti aku minta maaf masa jamuan hari raya ye.” Aku pakai taram je bercakap. Yang aku ingat, lagi 3 minit kelas Prof. Ishak nak mula. Manusia galah ni lain kali aku mintak ampun.

            “Ewah-ewah...” tak sempat dia nak balas aku dah berlari anak, walaupun aku tak ada anak nak dilarikan.

-

            “Weih, sapa awek tadi tu?” tanya Ayie. Sakit jugak kena rempuh minah pendek chubby tu.

            “Tadi? Oh, tu Shiro.” Balas Lem a.k.a. Leman. Muka Lem dah macam tertelan mentol berapa megawatt dah bila cakap pasal Shiro.

            “Shiro? Hm... intersting.” Ayie mula menyimpul senyuman nakal. Lem dah menggeleng paham. Kau tempah balalah kacau Shiro tu, Ayie... kata Lem dalam hati.

            “Jangan main dengan lektrik kalau tak nak kena short! Shiro tu macam wayar lektrik terkena air tau!” Lem dah kasi peringatan, kalau Ayie tak dengar itu dia punya hal.

            “Aku memang suka kena short-short ni...” kata Ayie kepada diri sendiri. Ohoi... bahaya tu... cakap dengan diri sendiri.

-

            Kan aku dah cakap, mesti Prof. Ishak buat semburan  air semulajadi. Haih, bahaya betul!

            “Erk... Prof. Masa dah setengah jam berlalu.” Kata Cik Katty tiba-tiba. Aku dan Cik Melli dah menggangguk setuju. Gila membazir waktu kuliah. Tapi apa kesah, kredit kira jugak.

            “Awak bertiga boleh duduk. Tapi jangan  lupa ya... jangan buat lagi.” Aku tarik nafas lega. Taubat weih, tak nak aku kena macam ni lagi.

            “Pssttt... psstt... weih Shiro tadikan kau eksidenkan?”tanya CIK Melli sambil berpura-pura salin nota. Aku dah ready dengan recorder.

            “Haah, kenapa?” aku pelik pulak dengan minah sorang ni. Macam radio bergerak. Dalam kelas pun nak sembang bagai. Agaknya tak cukup dengan semburan semula jadi tu, dia nak lebih lagi kut.

            “Aku dengar mamat yang kau eksiden tu handsome gila!” kata dia teruja. Aku buat muka nak termuntah. Memang nak termuntah dengar pujian dia untuk mamat galah tu.

            “Memang ar, handsome sampai dia gila. Huh, ada apa dengan muka dia tu? Dah ar tinggi macam galah.” Aku mulalah nak start enjin M-16. Nak tembak Cik Melli ni.

            “Weih, diam ar! Tu Klon Remy Ishak tak jadi dah jeling-jeling kita.”bisik Cik Katty. Aku terus statik. Kira berlakon jadi pelajar contoh la, padahal record je dulu, nanti dah balik aku salin je.

            -

            “Korang aku lapar gila ni!!!” aku menjert kuat. Yelah dua orang gadis berlagak diva ni seronok sangat mengusyar manusia yang digelar lelaki.

            “Kau ni boleh tak ayu sikit? Malu aku kena tenung macam orang gila dengan mamat-mamat handsome tu. Jom, jom, suka jerit-jerit bila lapar, kalah bayi lapar susu.” CIK Katty naik angin sudah. Terus aku senyap.

            “Ala... kau ni marah pulak. Dah memang aku lapar... dah ar aku tak makan sarapan pagi ni.” Aku dah buat tangkap leleh. Sentap la jugak. Cik Katty nampak macam serba-salah. Buat aku sentap lagi.

            “Yelah, yelah, jum intan  payung, berlian, emas, jum. Hari ni Cik Katty belanja. Free.... bawak diri je. Jum. Korang nak makan dekat mana?” tanya Cik Katty beria-ria. Macam poket dia tu tebal gila.

            “Aku nak makan Ayamas, boleh?”tanya Cik Melli sambil tayang mata pussy-in-the-boots, Aku angguk setuju. Lama gila tak makan Ayamas.

            “Boleh je. Jom, jom.” Cik Katty dah tarik tangan aku dan Cik Melli

            “Yeay!!! Cik Katty belanja!” kata aku terjerit-jerit macam kanak-kanak riang.

            Aik... kenapa aku rasa macam ada yang duk perati aku ni ye? Dah dekat seminggu dah aku rasa macam ni. Haih, bajet macam aku ni anak raja pulak nak kena usyar-usyar.

-


            “Weih tu bukan Shiro ke?”tanya Ayie teruja.

            “Haah betullah tu. Rezeki terpijak la kau nak usyar dia hari ni. Sambil makan sambil layan muka tangkap hati kau tu.” Ujar Lem sambil memesan makanan. Perut dah keriuk-keriuk wajib order apa-apa hal pun.

            “Eh, kau jangan nak buat gila, Ayie!” jerit Lem bila Ayie dah bangun menuju ke arah meja Shiro.

            -

            “Hai!” tegur mamat galah hari tu. Aku pelik, dia ni nak tuntut kata maaf aku ke?

            “Hai...!” alahai gediknya kawan-kawan aku ni.

            “Hm... Shiro kan?” tanya mamat galah ni lagi. Aku mengangguk.

            “Yup. Mana tau?” kata aku. Pelik lagi,  apasal dia tahu nama aku?

            “Boleh kenal?” tanya mamat galah lagi. Haih, nak masuk jarum rupanya. Ni yang aku malas ni.

            “Tak boleh.”hah, pendek gila statement aku ni.

            “Apasal pulak?” tanya dia lagi.

            “Sebab aku tak nak la.” Kata aku ganas sikit. Sikit je.

            “Sombong!” kata dia.

            “So...?” tanya aku. Apa kes aku sombong? Dah memang aku tak mesra alam.

            “Sombong tapi aku suka. Couple jom?” ajak aku bercintan macam ajak aku main pondok-pondok je mamat galah ni.

            “Gila! Aku tak kenal kau pun. Couple is haram key!” kena ceramah sikit dengan aku.

            “Okay nama aku, Muhamad Nazmi tapi orang panggil Ayie.” Kata Ayie ni bersungguh-sungguh.

            “So...?”aku buat-buat blur.

            “So... aku nak bercinta dengan kau. Kan kau dah kenal aku sekarang ni...” walawei... sedap betul ayat dia ni. Sampai kawan aku dua orang ni dah ternganga. Kalau lalat masuk boleh ngap terus.

            “Apa kes aku nak bercinta dengan kau?! Tak hingin aku bercinta dengan mamat galah ni!” memang mintak aku marahlah ni.

            “Cinta aku semanis gula kapas, manis sangat dan enjoy... kiranya aku ni penyeri hidup kau. Kau tak nak ke cinta aku ni? Cinta aku ni edisi terhad tau. Ada satu je. Tak ada lainnya.” Wah... manisnya ayat macam madu. Buat aku nak kena kencing manis je.

            “Maaf la. Aku ni anti-manis. Takut kena kencing manis. Okaylah mamat galah, aku nak chow dulu, girls jom. Korang ni tak reti nak tutup mulut ke?” Aku dah rasa nak buat marathon je. Lari dari mamat mental ni.

            Cik Kitty dan  Cik Melli dah tersipu-sipu malu. Hei, geram je aku tengok minah dua orang ni rasa nak buat lempeng je!

-

            “Gilalah Shiro. Bukan sebarang orang yang mengorat kau... Ayie tu... fuh... dah la kaya, handsome, pandai pulak tu!” panjang pula pujian Cik Kitty ni. Buat aku gerun je. Yelah ada apa dengan aku sampai mamat terlebih bagus tu nak ngorat aku?

            “Betul tu. Haih, jeles aku! Terimalah Shiro!” kata Cik Melli pulak. Haih... ni yang aku beron ni!

            “Oit! Aku yang kena ngorat kau orang yang lebih-lebih. Kan aku dah kata, rasanya dah lebih seratus kali aku kata, aku tak akan, tak mungkin, tak sudi nak bercinta! Kau orang nak sangat kau orang ambik jelah mamat galah tu. Aku tak hingin dengan dia.”hah, ambik kau! Aku dah naik angin betul ni!

            “Alahai, yelah-yelah. Sorry. Kalau boleh memang kita orang nak dia tapi, dia nak kau je.” Ujar Cik Melli membalas kata aku.

            “Kau jangan nak riak sangat. Kata tak nak bercinta bagai. Karang Allah kasi kau bercinta baru kau tahu.” Kata Cik Katty sambil menolak bahu aku. Sakit kot! Minah seorang ni memang jenis tulang je.

            “Argh! Apa-apa jelah! Aku nak balik dulu. Bye! Assalamualaikum!” aku dah blah dulu. Padahal kita orang bertiga duduk serumah. Padan muka, memang aku tengah bengang tahap melampau sekarang ni.

            -

            Aku pelik betullah. Kenapalah mamat tu tak putus asa pikat aku. Padahal aku ni kasar, tak cantik, Cuma sempoi sikit ar, he he he aku yang paling sporting.

            Dah dekat sebulan mamat tu kejar aku. Aku pun dah naik tension. Tapi rasa macam aku terbiasa pulak.

            Aku rasa... pelik... dekat sini. Dekat hati aku ni. Rasa yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Kenapa ya? Aku ni dah... ter... ja... tuh... ci... Ya Allah mintak simpanglah. Aku tak nak terlibat dengan perasaan ini. Terlibat dalam dunia yang penuh dusta.

            “Oi!” panggil Cik Katty sambil menolak bahu aku. Fuh... sedap tahap rasa nak tendang je meja depan aku ni!

            “Pehal? Sakit la...” rungut aku. Dah memang sakit.

            “Tu... Ayie.” Ujar Cik Katty. Aku buat-buat sibuk. Malas nak layan.

            “Shiro... aku... aku... Hm... betul ke kau tak sudi nak jadi kekasih aku?”tanya Ayie dengan nada sedih. Hadui, rasa sayu pulak aku dengar suara Ayie ni.

            “Yup.” Sepatah je aku mampu keluarkan. Yelah, mata dah panas ni.

            “Okay. Aku faham. Kalau betul kau tak sudi. Aku tak akan kacau kau lagi. Maaf sebab buat kau derita.” Kata Ayie macam orang putus harapan. Ya Allah, terus sangat ke aku buat dia? Berdosa ke aku? Tapi... aku takut aku hanyut dalam mainan perasaan ini, yang sentiasa didampingi makhluk yang dilaknat Allah itu.

            “Okay...” aku sebenarnya suka dekat kau Ayie. Kalaulah kau ambik aku jadi isteri kau aku sudi je. Tapi... tapi... Itu semua hanya dalam hati dan otak aku. Kalaulah aku boleh luahkan. Pasti Ayie tak akan pergi dengan wajah itu. Wajah kecewa.

            “Shiro... aku rasa kau kejamlah. Kesian mamat tu... dah sebulan dia pikat kau. Pikat dia cara beradap, sopan, tak ada gatal-gatal macam mamat-mamat lain.” Ujar Cik Melli. Aku hanya mampu mendengar. Sememangnya aku jugak rasa yang diri aku ni kejam. Tapi... aku pun sedang derita. Kenapalah harus begini?

-

            Lagi seminggu aku akan  tamat belajar. Berjaya jugak aku nak genggam segulung ijazah. Lepas tu lagi 3 bulan aku akan terima skroll. Haih... banyak peristiwa suka duka aku dengan budak-budak universiti ni. Lagi-lagi kawan aku dua orang tu, Cik Melli dan Cik Katty.

            Mampu ke aku lupakan mereka? Tak mungkin aku lupakan mereka. Dalam hati aku ni dah terpahat nama mereka, nama dia... Dia? Hm... apa khabar dia sekarang? Dah 4 bulan aku tak dengar cerita dia. Aku rindu tapi... aku tahankan jugak. Mungkin jodoh kami tak ada.

            “Weih... kau nak terus balik rumah ke?”tanya Cik Katty. Aku mengangguk. Yelah dah lama tak balik. Kiranya sem ni aku tak balik langsung.

            “Oh... kiranya ni last kita jumpa ke?”sampuk cik Melli. Aku menggeleng.

            “Kita dah dewasa la beb, kalau nak jumpa boleh je jumpa dekat mana-mana. Telefon je. Sms ke, whatssap ke... apa ke... kita turun je ke tempat appointment kita tu.”kata aku menyedapkan hati dua orang sahabat aku ni. Dah nampak sangat air mata dia orang nak mengalir. Sama macam aku. Brutal-brutal aku pun time nak berpisah macam ni aku memang ratu air mata.

            “Yelah, kalau kau tak turun aku suruh abang selekeh aku tu pinang kau. Biar duduk dengan aku terus.”kata Cik Katty. Ha ha ha sesedap rasa je dia nak aku jadi kakak ipar dia.

            “Amboi, kau! Habis akak Lissa tu kau nak campak mana? Kau nak aku jadi isteri ke-dua ke?” tanya aku yang buat-buat marah.

            “He he he, aku gurau-gurau je. Sorry la beb. Nanti kita jumpa.” Balas Cik Katty. Risau la dia aku marah. Yelah kalau dia marah, macam kucing nak bergusti, kalau aku marah, macam rimau nak cari makan.

            “Okay. Aku akan ingat korang sampai bila-bila. Kita kena keep in touch tau! Kalau tukar nombor bagai, jangan lupa bagi tahu. Kalau kahwin ke, nikah ke, aku ni jangan lupe. Kalau lupe and aku dapat tau, aku kejar korang berdua sampai lubang cacing.” He he he aku dah terbayang minah dua orang ni kahwin.

            “Cis.. kata orang entah-entah orang tak percaya cinta ni nikah dulu.” Usik Cik Melli.

            “Ha ha ha aku redha je dengan pilihan mak bapak aku.” Betul, aku memang redha.

            “Yelah. Dah lah sembang. Jom tidur. Esok kita nak berhai-hai, bye-bye dengan budak kuliah kita pulak.” Kata Cik Melli

-

            Aku seronok je bermalas-malas dekat bangku malas bapak ni. He he he nama pun satu-satunya anak perempuan, so walaupun dah 2 minggu balik rumah aku still bermalas-malasan.

            “Shakirah esok pakai baju kurung, sopan sikit ye. Ada orang nak datang rumah.” Kata mak tiba-tiba. Aku pun anggukkan je. Mungkin kawan  ofis bapak.

            “Hah, esok kamu tolong mak masak ye.” Kata bapak pulak. Aku pun angguk jugak. Dah bapak kata. Tak akan aku nak buat bodoh je.

            “Okay. Siapa nak datang mak, bapak?” tanya aku. Pelik jugak. Selalunya mak buat je tak mintak tolong aku. Ramai kot nak datang.

            “Adalah.” Ujar bapak sepatah. Okay, itu tandanya bapak tak nak aku soal dia.

            -

            “Shakirah cepat sikit. Lagi sepuluh minit kamu bawak air teh ni ke depan.” Kata Mak. Aku pelik lagi. Kenapa dengan mak ni... tadi suruh aku ke belakang lepas tu suruh tunggu 10 minit baru pergi depan.

            Whatever la... aku tak kesah. Cukup sepuluh minit aku bawak dulung yang ada seteko teh dan 4 biji cawan ke depan. Malu pulak jadi perhatian ni. So aku jalan tengok bawah je.

            “Shakirah, Dato’ Azri sekeluarga datang nak pinang Shakirah. Shakirah setuju ke?” tanya Mak dan bapak. Aku terdiam. Erk... bukan aku dah ikrar ke nak terima je calon mak dan bapak.

            “Shakirah ikut mak dan bapak je. Baik untuk mak dan bapak baik jugalah untuk Shakirah.” Aku berbahasa. Mak dan bapak mengangguk faham. Entah kenapa mata aku rasa panas, hati aku bagaikan ditusuk seribu jarum halus.

            Terus aku bangun dan keluar ke taman mini.

            “Adoi! Sakitnya! Ish... dah tahu diri tu tinggi macam galah tak payah la duduk tengah jalan!” marah aku sambil menggosok dahi yang terasa kebas.

            Kejap... tinggi macam galah?

            “Ayie?” aku lihat dia tersenyum manis.

            “Abang. Lagi sebulan abang akan rasmi jadi suami Shiro pendek chubby ni.” Kata Ayie dengan senyumannya. Aku dah ternganga.

            “Abang? Suami?” berpinar-pinar pandangan mata aku. Dan... kebum! Aku selamat mendarat atas tangan sasa Ayie. Yup, aku pengsan.

-

            “Sayang... kenapa duduk termenung je ni?” tanya Ayie sambil memeluk pinggang chubby aku ni.

            “Saja. Rupanya indah cinta yang diberikan oleh-Nya. Tapi Shira lega, cinta kita hadir lepas kita dah sah diijab kabul.” Kata aku sambil mengucup tangan suamiku. Ayie tersenyum manja.

            “Ya abang pun lega. Lega sebab Shira abang ni tekad. Kalau tak, mungkin kita hanyut.” Kata Ayie sambil mengucup ubun-ubunku.

            “Shira lagi lega sebab abang tak putus asa menanti dan mengejar Shira.” Sungguh aku syukur sangat dia tak berpaling.


            “Sebab abang tahu, Shiro pendek chubby ni memang ditakdirkan untuk Ayie mamat galah yang handsome ni.” Aih... poyo pulak suami aku. He he he tapi tak apa, kepoyoan dia tu nampak macho je di mata aku. Bila cinta semuanya indah. Dan aku harap cinta aku dan dia akan kekal ke Jannah. Ada apa dengan cinta? Ada manisnya, Cuma lebih manis bila kita dah sah, dah halal untuk pasangan kita.

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)