SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Thursday, 29 May 2014

Anak Syurga



Assalamualaikum

Bismillahirahmannirahim.

Hyeeee... hehehe setelah Asyu rasa nak hempuk2 lappy ni semalam.. baru hari ni boleh up... sorry la pada yang menunggu tu... thanks for reading!!!

          Wajah polos yang comel itu ditatap penuh kasih. Siapa yang tak sedih pabila anak yang dikandung 9 bulan 10 hari dan dilahirkan dengan susah payah disahkan mengalami penyakit genetik. Ya... anak yang comel itu menghidapi penyakit yang dikenali sebagai ‘down syndrome’. Kebolehupayaan penglihatan dan pertuturan si kecil terbatas. Selain itu otak mereka juga berlainan dengan manusia yang normal. Namun, Afiyah redha dengan ketentuan lllahi. Bukan semua orang dapat melalui ujian yang begitu indah ini.

          “Abang... abang tak nak azankan anak kita?” tanya Afiyah yang tersenyum melihat anaknya itu. Indah sungguh ciptaan Allah S.W.T.. Hazmi melihat wajah isterinya dengan pandangan menjelikkan.

          “Anak kita? Huh! Itu bukan anak aku! Dia anak kau! Keturunan aku tak pernah ada yang cacat!” kata-kata Hazmi bagai guruh membelah bumi. Afiyah hanya mampu tersenyum kelat.

          “Apa yang abang cakap ni? Anak nikan anak kita. Tanda cinta kita...”kata-kata Afiyah dipotong lancang oleh Hazmi.

          “Apa?! Tanda cinta? Tak ada maknanya! Aku jijik dengan budak ni! Nanti dia dah besar... kau bayangkan rupa dia! Aku geli!” air mata Afiyah mengalir jua. ‘Ya Allah, dugaan apa lagi ini?’

          “Sampai hati abang kata anak kita macam tu? Tak ingatkah abang betapa gembiranya abang dengan kehadiran anak ni? Lupa ke abang berapa lama kita tunggu kemunculan si kecil ni?”tanya Afiyah dengan suara yang perlahan. Ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit menyatakan kejamnya suaminya itu. Tapi apa gunanya? Hanya sakit yang bakal ditanggung.

          “Argh! Persetankan semua tu! Dia bukan seperti yang aku harapkan! Dia bukan anak aku! Kau... kau buang dia! Buang!”jerit Hazmi sehingga mengejutkan si kecil.

          “Abang!!” terkejut dan sedih yang dirasakan Afiyah hanya Allah yang tahu. Tangisan si kecil memenuhi bilik itu.

          “Sampai hati abang! Ni anak kita! Anak kita! Fiyah tak sanggup, bang! Ni darah daging kita!” Afiyah memeluk dan mencium anaknya yang menangis terkejut.

          “Kalau kau tak sanggup buang... aku ceraikan kau. Dengar tak Fiyah?!”

          “Abang! Untuk buang anak yang Afiyah tunggu selama 4 tahun ni memang tak abang! Mengandungkan dia, melahirkan dia merupakan nikmat yang tak terkata. Biar pun dia cacat, lumpuh, dah nazak sekali pun Afiyah tak kan sesekali membuang dia! Dia kurniaan Allah yang terlalu berharga untuk insan yang bergelar ibu! Dia ditakdirkan untuk Nur Afiyah!”kata Afiyah tegas.

          Hazmi menarik nafas panjang. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia ambil budak cacat itu lalu dilemparkan ke tanah namun mengenangkan Afiyah yang baru lepas bersalin hatinya sedikit lembut. Tetapi untuk menerima kehadiran si cacat itu dalam hidupnya memang tidak mungkin!

          “Nur Afiyah binti Zulkifli... aku... ceraikan kau dengan talak satu...” mendatar sahaja suara Hazmi mengutarakan talaknya. Sedih. Hatinya sedih terpaksa melepaskan Afiyah. Cinta. Perasaan itu masih menebal untuk wanita bernama Nur Afiyah.

          Afiyah tergamam. Sedih. Memang sedih tapi untuk ditangisi hal itu tidak mungkin.

          “Terima kasih abang. Halalkan makan minum Fiyah. Ampunkan Afiyah. Halalkan makan dan minum untuk anak cacat Afiyah ni. Ampunkan dia dan lupakan kami untuk selamanya.”kata Afiyah menahan rasa sakit dan pilu dihatinya ini.

          Hazmi meninggalkan perkarangan hospital. Bil-bil hospital dibayar sekadar melunaskan tanggungjawabnya yang terakhir sebagai suami kepada Afiyah.

          Afiyah mengusap pipi anaknya. Ternganga si kecil mencari sesuatu. Lalu Afiyah dekatkan dengan dadanya. Bersungguh-sungguh si kecil menghisap. Tercuit hati Afiyah. Matanya terasa panas. Sah! Air matanya mengalir lagi.

          “Muhammad Firdaus, anak mama dunia akhirat. Sekarang kita hanya tinggal berdua tiada babah dalam hidup kita. Anak mama kena tabah, kena kuat untuk mama! Sayang, mama akan pastikan Firdaus tak akan merasa perlunya kehadiran seorang ayah. Cukuplah sekadar kita berdua.” Nama pintu syurga diberikan kepada si kecil. Si kecil membuka sekejap matanya seakan memahami kata si ibu. Lalu dia meneruskan lenanya pabila si ibu menepuk lembut belakang badannya.

          Sekali lagi pipi mulus itu dicium. Si kecil yang lena mengeliat kecil terasa diganggu. Bauan harum dari tubuh kecil itu dihidu sepuas-puasnya oleh Afiyah. Bau dari syurga. Ya... anaknya ini anak syurga. Anak yang dijamin syurganya.


          ---
          Pantangnya sudah habis. Afiyah mula mencari pekerjaan. Mujur ibunya masih ada. Boleh juga tengok-tengokkan Firdaus. Genap sudah anaknya berusia 100 hari. Cukur jambul sudah dijalankan. Mujur Firdaus anak yang baik. Jarang-jarang sekali anaknya itu meragam. Bangun menyusu juga teratur bagaikan mempunyai jadual.

          “Assalamualaikum. Saya dengar sini ada kerja kosong.” Kata Afiyah kepada penyambut tetamu.

          “Waalaikumusalam. Ya ada. Kejap ya. Duduk dulu. Berikan resume.” Kata si penyambut tetamu yang ayu bertudung merah. Afiyah menghulurkan resume lalu mengucapkan terima kasih.

          Dia melabuhkan punggung di kerusi yang memang tersedia di depan meja penyambut tetamu.

          “Nur Afiyah. Awak boleh ke bilik kedua di sebelah kanan di hujung koridor sana.”tunjuknya ke kanan.

          Afiyah melangkah dengan yakin. Bilik diketuk. Kedengaran arahan masuk diberi.

          “Assalamualaikum.” Ujar Afiyah. Salamnya dijawab oleh seorang lelaki yang agak muda. Mungkin bakal bosnya.

          Sesi temuduga berjalan dengan lancar. Afiyah menjawab dengan yakin.

          “Baiklah itu sahaja. Awak diterima bekerja di sini.” Kata-kata dari encik Zaid membuat Afiyah rasa mahu melompat.

          “Terima kasih ecik. Terima kasih.” Afiyah tidak henti-henti menyucapkan kata syukur. Rezeki anaknya. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Begitu juga anaknya.


---     
          Dua tahun kemudian.

          “Firdaus! Firdaus mana anak mama ni?” Afiyah terbongkok-bongkok mencari anaknya.

          Di bawah meja tiada. Di bawah katil juga tiada... manalah anaknya menyorok.

          “Ya Allah sayang! Kenapa menyorok dalam bakul kain ni! Nasib baik mama tak masuk mesin tadi! Ish.. budak ni naughty betul. Geram mama!” kata Afiyah seakan marah. Firdaus gelak mengekek. Kata-kata mamanya seakan tidak berbekas.

          “Jom mandi. Busyuk dah anak mama ni! Main lagi dalam kain busuk tu...” bebel Afiyah lagi. Geram mungkin dengan celoteh mamanya, Firdaus mencubit mulut mamanya, menyuruh diam. Tergelak Afiyah dengan telatah anaknya itu.

          “Ma... ma...” Firdaus menunjuk-nunjuk ke biliknya. Adalah yang dia inginkan. Afiyah menjegilkan matanya sengaja mahu mengusik.

          “Ma... ma... isk... isk...” Firdaus menangis teresak-esak. Pelik Afiyah dengan tingkah anaknya itu. Banyak kerenah. Selalunya tidak begini. Namun Afiyah tidak hiraukan. Firdaus tetap dimandikan. Merengek-rengek anaknya itu.

          Malam menjelma. Firdaus yang kelihatan letih dibaringkan di atas katil. Ditepuk-tepuk si kecil. Afiyah mendodoikan anaknya. Kerja yang dibawa pulang sedang menanti untuk disiapkan.

          Firdaus yang tidak mahu tidur dipeluk kuat namun anak itu semakin aktif.

          “Tidur mama kata!” Kata Afiyah sedikit kuat. Sekali lagi Firdaus menangis. Kali ini menangis sehingga tertidur.

          Afiyah beralih ke ruang kerjanya. Kerja yang banyak meralitkan dia. Tangisan Firdaus bergema kembali, namun telinga Afiyah bagaikan tuli. Tiba-tiba bunyi sesuatu jatuh kedengaran. Agak kuat sehingga menyedarkan Afiyah dari kerjanya.

          Berlari Afiyah ke arah anaknya. Firdaus diserang sawan! Afiyah panik melihat wajah anaknya yang mula membiru. Takut Firdaus menggigit lidahnya sendiri terus Afiyah meletakkan tiga jarinya ke dalam mulut si kecil.

          Seperti yang dijangkakan Firdaus menggigit kuat. Mujur sahaja jarinya sempat dimasukkan. Darah mula mengalir. Berkerut-kerut dia menahan sakit. Telefon dicapai lalu nombor kecemasan di dail. Setelah memberi maklumat kepada operator Afiyah mendukung anaknya ke atas katil kembali. Darah yang mengalir di pipi Firdaus dikesat lembut. Air mata tumpah.

          “Maafkan mama, sayang!” kesakitan jarinya tidak terbanding dengan sakit dialami anak kecilnya itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya. Kenapalah dia perlu kusyuk menyiapkan kerjanya...

---

          Firdaus sudah berumur 6 tahun. Makin nakal namun tidak mampu bertutur dengan sempurna. Wajah Firdaus semakin menyerupai pesakit syndrome down yang lain.

          Afiyah menghantar Firdaus ke pusat asuhan kanak-kanak milik kawannya.

          “ Sayang, salam mama. Jangan naughty-naughty dekat taska tau! Pukul 5 nanti mama datang ambik Firdaus ya.” Pesan Afiyah. Walaupun mempunyai penyakit genetik, Firdaus agak bijak. Cuma dia tidak boleh bercakap dengan normal dan agak hyper aktif.

          Firdaus menyalami dan mencium tangan ibunya. Afiyah tersenyum senang. Anaknya itu semakin pintar. Baik sahaja.

          Hazmi memerhati dari jauh. Dia cukup merindui dua insan itu. Ya... dia akui dulu dia bodoh! Bodoh sekali. Betapa bodohnya dia meninggalkan dua kurniaan terindah dalam hidupnya.

          Setelah Afiyah pergi, Hazmi mendekati anaknya.

          “Hi... Boleh kenal?” tanya Hazmi kepada Firdaus. Firdaus memandang pelik. Dia memang mudah berkawan. Dia mengangguk.

          “Nama siapa?” tanya Hazmi lagi.

          “Fir... Firdaus!”kata Firdaus agak gagap.

          “Oh... Fridaus! Bagus nama tu. Mesti Firdaus budak baikkan?” tanya Hazmi memancing perhatian. Kepala Firdaus diusap lembut.

          Firdaus tersengih suka. Dia menarik tangan Hazmi ke dalam pusat asuhan. Hazmi mengikut dengan senyuman.

          “Eh, Hazmi!” jerit Rita kawan baik Afiyah.

          “Ri... Rita?” Hazmi terjeda. Tak sangka pusat asuhan itu milik kawan lamanya.

          “Macam mana kau boleh ada dekat sini? Firdaus meh dekat teacher!”Rita memanggil Firdaus supaya mendekatinya. Risau dengan kemunculan bekas suami rakannya itu.

          “Er... aku... aku... Rita bagilah aku peluang untuk kenali anak tu Rita.. Tolonglah... aku tahu aku salah.. dan aku masih sayangkan Afiyah. Aku... aku juga rindukan anak aku...” rayu Hazmi bersungguh-sungguh.

          Rita memandang Hazmi. Tertumpah juga simpatinya. Firdaus yang hanya membisu diusap kepalanya. Firdaus mendongak memandang wajah-wajah orang dewasa dengan kening berkerut. Tidak faham apa yang berlaku.

          “Hm... aku tak tahu nak kata apa la Hazmi. Fiyah memang tak nak jumpa kau dan dia tak nak kau kacau anak dia. Aku tak nak sebab kau persahabatan kami jadi galang gantinya.”

          “Rita tak perlu kasi tahu dia. Aku Cuma nak tengok dia dari jauh je. Aku Cuma nak kenali anak aku je... Please... Rita...”

          “Hurm..” Rita akhirnya mengangguk setuju. Kesian pula dengan Hazmi yang begitu beria-ria.

          “Firdaus. Nama uncle Hazmi. Firdaus boleh panggil uncle babah.” Ujar Hazmi dengan mata bergenang. Firdaus memandang wajahnya dan Rita silih berganti. Seperti meminta keizinan.

          “Yes you may...” ujar Rita dengan senyuman manis.

          “Yeay! Ba.. babah meh ju.. jumpa kawan Fir... daus.” Tangan kecil Firdaus menarik tangan Hazmi. Rita sekadar memandang gelagat anak beranak itu. Dia harap keputusannya kali betul.


---


          “Ma.. mama. Tadi kan.. ba.. babah datang. Dia ba.. bawak toys untuk Fir... daus.” Patung penguin watak utama cerita kartun kegemarannya ditunjuk kepada Afiyah dengan gembira.

          Afiyah tersenyum senang. Sejak akhir-akhir ini, Firdaus semakin becok dan gembira. Entah siapalah ‘babah’ yang diperkatakan Firdaus itu. Mahu saja dia ketemu dan mengucapkan terima kasih kerana sudi mengembirakan hati anaknya.

          “Ye? Firdaus kata tak thank you dekat babah?” tanya Afiyah sambil mengesat rambut anaknya yang basah. Terjuih-juih bibir Firdaus membelek anak patung miliknya.

          “Yes... Fir... daus cakap. Babah ka.. kata Fir...daus clever!” cerita Firdaus sambil menunjukkan ibu jarinya.

          “Haah, anak mama ni memang clever! Meh sini mama nak peluk sikit. Nak kiss sikit.” Tubuh Firdaus dibawa ke dalam dakapannya. Sungguh, dia bahagia dengan kurniaan Allah ini!

          “Ma.. nanti Fir...daus nak mama jum..pa babah!” ucap Firdaus bersungguh-sungguh.

          “Okey sayang nanti mama jumpa babah.” Janji Afiyah mengukir senyuman diwajah anaknya itu.

          “Thank you ma..ma! Sa.. sayang mama!” ujar Firdaus lalu mengucup pipi Afiyah. Afiyah tertawa riang.


---


          “Assalamualaikum Fiyah! Firdaus! Firdaus!” Rita terhenti-henti percakapannya. Afiyah sudah panik. Kenapa dengan anaknya? Ya Allah lindungilah anakku!

          “Fiyah kau.. kau datang cepat ke hospital sekarang!” kata Rita mula menyedarkan Afiyah. Beg dikemas. Cuti kecemasan diambil. Sepanjang perjalanan mulutnya tidak putus-putus bertasbih kepada yang maha Esa.

          “Rita macam mana anak aku?”tanya Afiyah dengan linangan air mata. Ya Allah janganlah Kau tarik anugerah yang Kau telah berikan kepadaku!

          “Dia.. dia..” Rita tak mampu berkata-kata. Dia sendiri masih tekejut dengan apa yang berlaku. Baju yang berkelumuran darah dipandang dengan mata yang kabur dek air mata. Baru sebentar tadi Firdaus bermain di depan matanya. Kini kerana kecuaiannya tidak menutup pagar... Firdaus sedang bertarung nyawa di dalam bilik itu!

          “Rita cakap la! Macam mana anak aku...” Afiyah memukul bahu temannya itu. Pilu. Hatinya sedih dengan kejadian ini.

          Bahu Afiyah ditarik. Afiyah di bawa menjauhi Rita yang masih terkejut.

          “Abang! Apa yang abang buat dekat sini?” tanya Afiyah yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba bekas suaminya itu.

          “Dia.. dia yang selamatkan Firdaus...” mendatar suara Rita memberitahu. Ya jika tiada Hazmi mungkin... mungkin Firdaus mati ditempat kejadian.

          “Abang... anak kita bang! Anak kita!” air mata semakin tidak mampu dikawal. Tubuh Afiyah melorot melihat darah yang turut terpalit dibaju Hazmi.

          “Sabar... ya.. anak kita. Kita doakan untuk anak kita ya...” tangan Afiyah dipimpin ke surau hospital. Saat ini isterinya hanya memerlukan Allah S.W.T..

          ---

          Afiyah merenung tanah merah itu dengan mata yang sembab.

          Terasa bahunya ditepuk perlahan, Afiyah menoleh ke belakang. Terlihat, Hazmi dengan baju melayu hitamnya.

          “Fiyah kena redha dengan semua ni. Semua yang kita ada adalah hak Allah dan itu hanya pinjaman. Apabila masanya semua akan ditarik balik. Macam tulah Firdaus. Afiyah dapat merasa hidup bersama Firdaus selama 6 tahun. Cukup beruntung berbanding abang yang hanya dapat bersamanya selama sebulan. Namun itu dah mampu buat abang bernafas lega. Terasa kurang beban dosa yang abang galas selama ni...”

          “Fiyah redha bang sebab Fiyah tahu... Firdaus memang ditakdirkan untuk syurga-Nya. Dia dilahirkan untuk jannah-Nya. Firdaus, anak Afiyah adalah anak syurga! Fiyah tak pernah salahkan Rita. Ini semua sudah ditakdirkan... Dan Afiyah sangat-sangat berterima kasih dengan abang kerana membahagiakan anak Afiyah... ” kata-kata Afiyah dipotong Hazmi.

          “Anak kita! Anak kita Afiyah!”

          “Ya... anak kita. Jikalau Afiyah tahu Firdaus akan sebahagia itu bila mengenali abang pasti Afiyah akan ketemukan dia dengan abang.”

          “Maafkan abang. Abang terlalu bodoh untuk menghargai anugerah Allah yang tak ternilai ini. Tapi ini semua sudah suratan-Nya.”Hazmi mengusap kayu yang dipacak di tanah merah itu.

          “Tak apalah abang. Terima kasih kerana sudi menguruskan Firdaus bersama-sama Afiyah.” Ujar Afiyah menahan sebak.

          “Kebahagian abang dapat mencurahkan bakti terhadap anak kita. Jom.” Ajak Hazmi. Dia mula melangkah. Berat hati mahu meninggalkan si anak yang sudah dikambus tanah merah.

          “Selamat tinggal anak mama. Mama tahu Firdaus sedang menunggu mama dengan senyuman di syurga-Nya. Selamat tinggal anak syurgaku...” perlahan Afiyah meninggalkan anak syurganya.

         

         

         

TAMAT.