Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday 2 January 2013

alkisahnya...

        Alkisahnya... pada suatu hari, ada seorang budak perempuan yang sedang jalan tak lenggang lengkok, jalan tegak ek.. mahu ke rumah jirannya. Entah apa mimpinya sang jiran tiba-tiba diawal pagi menelefon menyuruh pergi ke rumahnya mahu mengambil lauk yag sedap lagi lazat... hurm sodap hingga menjilat jari...

       Nak dijadikan cerita... ni memang cerita la.. budak perempuan ni tengah berjalan melintasi sebatang pokok cempedak. Ala pokok yang daunnya melekat-lekat dekat kain tu.. dia jalan punya jalan. dia rasa ada benda melekat. its okey la dia ingat daun cempedak. so dia jalan sambil mengibas kainya.
   
      Tapi benda yang disangkakan daun itu, tidak jatuh malah memanjat kainnya.

      "Aik, takkan katak kot."So dia pun mengangkat kainnya. kononnya mahu membuang katak tersebut.

      Tetapi katak yang disangkakan katak itu makin merayap. dari kain ke dalam baju. budak itu pun mula cuak. Dia sudah melompat-lompat bagaikan kera. Andai sang kera lihat pun akan ketawa melihat gelagatnya.

      Benda itu melekat pula ke belakang badannya. Budak itu sudah mahu menangis. Nak menjerit pagi sangat nanti akan diketuk oleh semua jiran-jirannya termasuk ahli keluarganya. Jadi apa yang termampu dilakukan hanyalah melompat-lompat.

    Benda itu mempunyai kuku yang tajam. Apabila benda itu berjalan dibelakangnya sudah tentu si budak terasa geli dah agak kesakitan. Hampir-hampir baju itu mahu dibuka. Nasib baik la akalnya masih waras.

    "Kalau aku bukak. Ada yang tertengokkan dah jadi free show.. ish..ish tak boleh jadi ni.."kata budak itu kepada dirinya.

     Akhirnya selepas puas benda itu seronok melompat-lompat bersama si budak. benda itu melompat keluar melalui kolar baju si budak. si budak dengan pantas mencari benda itu.

    "Cikobeng punya cicak kombeng! nanti aku sumpah kau jadi sesumpah...!~%$##&^**..."sambil menyumpah-nyumpah cicak kombeng yang sesat itu dia meneruskan perjalanannya ke rumah jirannya yang baik hati..

    #Pengajarannya. jangan lalu bawah pokok cempedak awal-awal pagi. Lebih-lebih lagi pokok cempedak didepan rumah aku....

SEKIAN...........

*kisah benar hahaha.. aku la yang terkena benda ni.. kuang..kuang..kuang...
just nak happy2kan diri dan korg...


2 comments:

  1. eiii...gelinyaa. asyu tak geli ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. geli lah.. habis cicak tu kena sumpah dengan asyu.. terasa2 dia dekat belakang asyu tengah jalan2... Argh!!! tobat! tak mau kawan ngan cicak kombeng dah!

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)