Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday 20 July 2014

My Personal Bodyguard sebuah cerpen.


ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


My Personal Bodyguard
Dia... lelaki yang satu.
Dia... unik.
Dia... milik aku.
Dia... my personal bodyguard.

          D’ melepaskan nafas kasar, telefon yang sekian kalinya berdering dipandang kosong. Sakit pula hatinya. Waktu cuti macam ni nak rehat pun tak boleh. Menyebuk betul princess-wanna-be ni...

          Sam yang kebetulan melepak dengan Xin dan Far di rumah D’ memandang D’ pelik. Budak dua orang itu dah hilang ke dapur D’. Sam melabuh punggung di sofa sebelah D’.

          “Kau okay ke bro?”tanya Sam prihatin.

          “Okay je.. ni princess-wanna-be ni...  asyik call aku je.. menyampah la.. sakit tau otak, telinga, mata dan hati aku ni. Runsing!”kata D’ penuh perasaan.

          “Ha ha ha... itulah... kau handsome sangat... tengokkan dah susah... kesian-kesian. Redha jelah D’. By the way... esok dengar cerita ada orang baru nak masuk. Yelah Jokan tengah honeymoon dengan isteri dia tu... Kau kenal ke siapa?” D’ mengerut kening mendengar soalan Sam itu. Pasal Jo cuti tu dia tahulah... pasal budak baru tu tak ada pulak.

          “Entah... maybe orang X jugak la tu... biar jelah.. seronok juga.. hehe boleh buli budak baru tu...” balas D’ sambil tersengih jahat. Sam mengangguk setuju.

          “Woi, woi... apa sengih macam tu... kutuk aku ye...” kata Xin yang muncul dengan sebekas ais-krim Baskin Robin.

          “Sorrylah... apa kelas nak kutuk kau... kutuk Far baru kick!” kata Sam dengan riak sombongnya. Tersedak ais-krim Xin mendengarnya. Cikobeng, kau Sam!

          “Apa sebut-sebut nama aku ni? D’... order la pizza.. kaukan abang long kita orang sekarang ni... JO tak de.. so kau kenalah jaga adik-adik kau ni..” kata Far dengan muka comelnya. Tangan mengusap-usap perut sendiri, konon-kononnya kebulurlah tu. D’ menggeleng kepala. Tak pasal-pasal aku yang kena...

          “Ala... D’ yang handsome belanjalah kita orang...” Far sudah memeluk lengan D’, erat.

          “Woit! Aku bukan gay okay! Ish... kalau nak aku belanja boleh je... dengan syarat... kau tolong buat princess-wanna-be ni berhenti call aku, mesej aku...” kata D’ dengan senyumannya. Tahu kalau pasal makan Far sanggup buat apa sahaja.

          “Hm... hah! Kan ke ada budak baru nak masuk esok.. apa kata... kita kenenkan dengan princess-wanna-be tu?”tanya Far dengan sorak gembiranya. D’ menepuk tangan. Bagus betul budak kecik ni!

          “Oh ya... aku lupa nak beritahu.. X ada beri kita tugas baru... tapi nak individu rasanya. Dia suruh kau pilih mana-mana bodyguard, D’.” Kata Xin dengan mulut yang penuh dengan ais-krim.

          “Untuk siapa?”tanya D’ sambil lewa. Far yang sudah berangan-angan itu mula melompat-lompat riang. Menghalang penglihatannya untuk menonton televisyen. Geram dengan Far, terus dia bangun dan menyekeh kanak-kanak riang itu. Sam dan Xin menepuk tangan dan membuat tanda bagus kepada Far.

          “Untuk... siapa ya.. aku lupa pulak.. kejap ye. Hm... Hah! Princess-wanna-be!” jerit Xin apabila mengingati klien mereka. D’ menepuk dahi. Lagi sekali..

          “Adui... apa lagilah X ni... okay.. aku dah konfem tak nak. Korang?”tanya D’ sambil mengeluarkan sebatang rokok. Stress!

          “Tak nak!” kata Xin, Sam dan Far serentak. Chemistry sangattt~! D’ tersengih. Tahu mereka semua dah trauma dengan princess-wanna-be itu. Banyak songeh, sombong, gatal dan... kaki shopping, kriteria yang menakutkan bagi 4 jejaka ini.

          “Macam mana sekarang ni? Nak tolak, konfem-konfem tak boleh... X dah terima job tu...” D’ menggaru kening.

          “Hm... apa susah... kita suruh ajalah budak baru tu ambik job ni... kira first job dia la..” balas Far sambil lewa. Ais-krim yang tadinya ditangan Xin sudah berada ditangannya. Sedap!

          “Wah! Baguslah kau ni Far!” D’ sudah menggosok kepala Far lembut. Bijak pulak kanak-kanak riang ni... kalau Jo ada mesti dia terkejut beruk melihat kepintaran Far ni.

          “So... pizza on me?!” D’ buat-buat tanya. Far sudah melompat riang. Dapat juga dia makan pizza free! Sam dan Xin berhigh-five.. save duit pocket hujung-hujung bulan ni...

-

          “Qaisara... please stop behaving like this. Papa malulah!” bentak Datuk Zaqri Hamidi. Runsing dengan telatah anaknya. Dahlah buat perangai di khalayak ramai. Nasib baik staf-staf dia sahaja yang ada...

          “I don’t care... papa... please help me. I want D’!”kata Antasia sambil menghentak kaki.

          “Sayang... macam mana papa nak paksa dia... Papa dah buat macam Qaisara suruh...” kata Datuk Zaqri Hamidi sambil memicit kepala yang terasa berat.

          “Hm.. okay. Thanks papa. I want to go D’ place.” Kata Antasia lalu beredar.

          “Qaisara jangan nak buat kecoh di sana!” laung Datuk Zaqri Hamidi. Dia mengeluh kecil. Susah nak jaga anak perempuan seorang ni.

-

Satu jam lebih awal. Di pejabat bodyguard.

          “D’ tu budak baru dah sampai.” Far menyiku D’ yang asyik menilik kerja di komputer.

          “Hm... bagus.” Kata D’ yang sudah bangun meninggalkan mejanya. Didekati budak baru itu.

          “Nama?”tanya D’ sambil menilik lelaki itu. Tegap, kacak, tinggi, mesti berdarah campuran juga ni... macam watak James Bond pun ada.

          “Nama saya Imran Alexander. Panggil Lex.” Kata Lex dengan gaya senang diri.

          “Hm... okay Lex. Untuk tugasan pertama kamu... kamu ditugaskan untuk menjadi bodyguard Puteri Qaisara Antasia.” Kata D’ sambil berjalan mengelilingi Lex.

          “Bila saya boleh mula?”tanya Lex tanpa perasaan. Efisyen sungguh!

          “Hm... lagi sejam. Sebelum itu Sam akan briefing pasal client itu kepada awak. Sila ke meja hujung sekali.” Kata D’ sambil menunjukkan meja Sam. Terus Lex melangkah ke sana.

          “Habislah princess-wanna-be dapat bodyguard ice-cool macam tu... haha mati kutu la perempuan tu...” kata Far sambil tergelak kecil.

          “Tau tak pe... suka hati aku.” kata D’ dengan senyuman manis.

          “Amboi hang... haha.. tapi cheq pun suka... mesti budak Lex tu menyampah dengan perempuan loqlaq tu..” kata Far teruja. Seperti biasa bila dia teruja mulalah cakap loghat utara dia tu. D’ mengangguk. Konfem... Lex menyampah... mereka pun menyampah. Tapi tak tahulah pula... kalau berputik bunga di hati kikiki...

-

          Antasia melangkah masuk ke pejabat bodyguard dengan angkuhnya. Biasa divakannn...

          “Weih... bala hang dah sampai..” bisik Far ditelinga D’. D’ yang asyik berbincang strategi untuk job lain bersama Xin dan Far tersentak. Gulp... liur ditelan.

          “Hi miss Antasia...” tangan bertaut. Antasia mengusap-usap tangan D’ penuh menggoda.

          “Erk.. miss Antasia. Ini bodyguard yang akan bekerja dengan miss.” Kata D’ sambil menarik tangannya laju. Gila gatal perempuan ni!

          “Eh... bukan you ke?” muka ditarik empat belas. Merajuk.

          “No. Saya ada kes lain. Ini Imran Alexander. Call him Lex. Dia yang bertanggungjawab menjaga keselamatan miss.” Terang D’ dengan riak beku. Tayang emosi lebih-lebih karang lagi sentap princess-wanna-be ni.. D’ dah rasa nak lompat bintang dah ni...

          Lex menghulurkan tangan. Antasia menyambut dengan wajah masam. Mana tak masam dah D’ kesayangan dia tak jadi bodyguard dia..

          “Saya sedia berkhidmat.” Kata Lex serius. Antasia menelan liur... menakutkan... macam mana ni.... aku nak D’ tapi dapat patung askar ni...

          Lex menahan debar. Kenapa ni? soal dirinya sendiri. Muka cuba diseriuskan seserius mungkin.

          -

          “Miss Antasia... are you okay?”tanya Lex yang sudah 10 minit menunggu di depan bilik mencuba pakaian di butik SM.

          “Hm... okay.. just wait. Ada lagi 5 baju ni...” balas Antasia malas. Sebenarnya dia malas nak menghadap muka Lex. Mana ada baju dah. Dia sekadar duduk main mesej sahaja dalam bilik ini.

          Lex tersenyum sendiri. Kalau perempuan tu perempuan juga. Lex mengambil kerusi. Dia duduk betul-betul di depan bilik persalinan itu.

          Lemas dalam bilik itu, akhirnya Antasia keluar dari bilik persalinan itu. Terpaku dia melihat wajah Lex yang terlena. Cermin mata hitam yang terletak elok di mata Lex sedari pertama kali mereka bersua sudah tertanggal. Baru kali ini Antasia dapat melihat wajah Lex dengan jelas. Yalah Lex ni tinggi luar alam.. dia pendek luar alam.. bukan nampak jelas pun.

          Tangan bergerak tanpa disuruh. Cuba menyentuh wajah Lex. Lex terjaga. Mata kuyunya terbuka luas. Mengejutkan Antasia. Namun... mata hijau tua itu membuat Antasia terpaku di posisinya.

          “Miss... miss..” panggil Lex menyedarkan Antasia. Melenyapkan debar yang semakin kuat. Antasia berdehem.

          “Jom. Aku dah setel.” Tangan melekap di dada... hurm... bukan aku suka D’ ke?

          “Okay.” Lex segera bangun. Tangannya turut melekap di dada. Dugdagdugdag. Sudah... dia nak kerja bukan nak cari jodoh.

          -

          “Macam mana? Okay ke kerja dengan princess-wanna-be tu?”tanya Far busybody. Kening Lex terangkat. Princess-wanna-be?

          “Ok..” sepatah sahaja dijawabnya. Mengundang cebikan dibibir Far.

          “Apa pendapat kau mengenai client tu?”tanya Xin pula cuba menyungkil sesuatu dari mamat cool-ice.

          “Cantik...”sepatah kata yang membuat Sam, D’, Xin dan Far ternganga. Ayoyo... memang sudah berputik leeee...

-


          “Hm... kau dah makan?”tanya Antasia malu-malu. Dah macam gadis melayu terakhir.

          “Hah?! Belum.. miss?”tanya Lex dengan serius. Macam manalah kawan-kawan tempat kerjanya mengatakan miss Antasia ni princess-wanna-be ni? lembut sahaja wanita ni...

          “Oh... jom pergi makan dulu la..” kata Antasia seraya berjalan laju ke restoran berdekatan. Tak sedar dengan keadaan jalan, kakinya tersandung lubang. Mujur Lex sempat menyambut dirinya. Kalau tak... tanggung malulah dia...

          “Are you okay?”

          “Erk... yup. Yes.. I am okay!” balas Antasia sambil bangun tergesa-gesa. Terus dia menyambung jalannya. Tangan melekap ke dua-dua pipi. Panas. Mesti mukanya merah.

          Papa... tolong Qaisara!

          Lex tergelak kecil melihat aksi Antasia... jantung yang berdegup laju membuat dia ingin melompat tinggi. Umi... boleh tak Im bawak balik bakal menantu untuk umi?

          -

          “Qaisara macam mana? Dapat ke D’ tu?”tanya Datuk Zaqri Hamidi.

          “D’? pleaselah... not my taste..” balas Antasia sambil melihat kukunya.

          “Pulak...”Datuk Zaqri Hamidi menggaru kepala.

          “Hm... papa... boleh tak... nak mintak tolong?”tanya Antasia malu-malu.

          “Apanya?”

          “Pinangkan Lex...” kata Antasia malu-malunya. Datuk Zaqri Hamidi tersedak. Pinang?

          “Hah? Pinang anak teruna orang?”tanya Datuk Zaqri Hamidi kurang percaya.

          “Ya... Qaisara dah jatuh cinta dengan Imran Alexander la papa... Please..” rayu Antasia dengan wajah comelnya.

          Datuk Zaqri Hamidi sudah menggeleng kepala. Sudah...

          -

          “Weih.. D’ kenapa sejak sebulan dua ni... budak baru ni dah tersenyum-senyum macam kerang busuk? Pelik la.. masa first day... dia datang.. mana ada dia nak senyum bagai... kau tak pelik ke?”tanya Far. D’ menggaru kepala yang tak gatal. Betul jugak tu...

          “Hm.. aku pun perasan.” Kata Xin dan Sam.

          “Dia dah jatuh cinta dengan princess-wanna-be kot...” balas D’ dengan bijaksananya.

          “Biar betik?”tanya Xin, Sam dan Far serentak.

          “Betik la.. lagipun perempuan tu dah tak kacau aku dah..”kata D’ dengan senyuman senangnya.

          “Owh... makan nasi minyak la kita lepas ni...” kata Far sambil menggosok perut.

          “Haha.. tulah... kenyang kita.. kenyang aku... selamat...” kata D’ sambil menaikkan ibu jari. Seronok sangat la ni.

          “Ehem-ehem. Ni untuk korang.”Lex menghulurkan sepucuk sampul kepada mereka. Sam menyambut.

          “What?!” jerit mereka berempat. Jo yang sedang sibuk hanya menjeling tajam. Terdiam sekejap mereka. Jo lepas kahwin ni... pantang bising sikit. Jeling je kerjanya.

          “Kau nak kahwin dengan princess-wanna-be tu?”tanya Xin.

          “Yes... and please don’t call her princess-wanna-be. She my princess.” Kata Lex tegas. Telan liur mereka berempat.

          “Sayang...” panggil Antasia meleret. Baru sahaja sebut dah muncul, panjang umur minah ni.

          “Yes... my princess...” sahut Lex dengan senyuman machonya. Wow... hebat penangan Antasia ni.

          “Dah jemput dia orang?”tanya Antasia lembut.

          “Dah sayang.”

          “Wow... hebatlah kau Lex... Miss Antasia jadi gadis melayu terakhirlah..” kata Far dengan riak teruja. D’ dah mengetuk kepala Far. Mulut budak ni...

          “Haha.. dahlah guys..” ujar Antasia dengan senyuman manis.

          “Untunglah Miss lepas ni.. tak payah nak upah bodyguard dah..”kata Sam dengan nada selorohnnya.

          “He he... yes.. he is now... my personal bodyguard. Satu-satunya bodyguard saya... hm.. thanks ya D’ sebab awak.. saya jumpa jodoh saya.” Kata Antasia ikhlas. Lex tersenyum manis. Ya... dia berterima kasih kepada D’.


          “You’re welcome...” kata D’ ikhlas. Lega. Lepas ni dah tak ada perempuan loqlaq kacau dia lepas ni...

5 comments:

  1. hahaha memang lawak giler. best gilerlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thanksss aik.. lain plak namanye >_<
      dah ingat password ke siti?

      Delete
  2. Akhirnya terubat juga rindu kat dorg ni heeee >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... bagus la dah terubat.. hehe leh cuti tulis citer pasal mamat 5 orang ni :)

      Delete
  3. best kelakar lah ..... hahahaha

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)