BISMILAHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM
SORRY LAMA TAK MASUKKAN DYH... SIBUK DENGAN DKAKUS AJE... MAAF YE>..<
SORRY LAMA TAK MASUKKAN DYH... SIBUK DENGAN DKAKUS AJE... MAAF YE>..<
BAB
13
“Kau!!”
Leon hampir menjerit apabila melihat kelibat itu.
Dxzin,
makhluk yang berbadan manusia berkepala helang muncul dihadapannya. Dhytin
ketawa sinis.
“Kenapa?
Marah?”provok Dhytin.
“Ya
aku marah! Mana manusia tu? Mana Azalina?”tanya Leon dengan lantang. Aura
negatifnya mula terpancar. Membuat wajahnya hodoh.
“Huh...
apa yang menarik sangat mengenai manusia itu aku pun tak tahulah... Kau nak...
Tuanku nak... Padahal manusia itu hanya akan membawa ke pupusan kepada kita!”
Dhytin tidak puas hati. Kalau ikutkan dia... dah lama manusia itu mati.
“Dia...
istimewa! Kau apa tahu... Bawa aku jumpa dia!” pinta Leon. Dhytin ketawa
mengekek. Seronok dapat mengejek Leon. Bodoh... bodoh.
“Kenapa
kau gelak? Bawa aku jumpa dia... nanti akan aku tunaikan permintaan kau!” Leon
mula menabur janji. Kepala Dhytin mula ke kanan ke kiri.
“Apa
saja?” tanya Dhytin meminta kepastian.
“Ya...
Aku janji. Kecuali perkara yang membawa keburukan kepada Azalina...” kata Leon
penuh diplomasi. Dhytin mengangguk puas hati.
“Baiklah
aku bawa kau... Cuma aku tak akan bawa kau masuk hingga ke dalam. Pandai-pandailah
kau nak masuk ke dalam sana..” kata Dhytin sambil terbang. Leon mula berlari
dan melompat mengejar Dhytin.
-
“Vxirius...
bila aku boleh balik?”tanya Azalina yang tersandar layu di katilnya.
“Balik?
Aku tak tahu...” kata Vxirius yang cuba mengalih topik. Malas nak berbicara
mengenai hal itu. Karang... mulalah manusia itu menangis mahu pulang ke
dunianya.
“Azalina...
kau suka bunga?”tanya Vxirius sambil mengunjukkan sejambak bunga lily berwarna
putih kepada Azalina.
“Suka..
cantik bunga ni. mana kau dapat?”tanya Azalina yang mula mencium dan menghidu
aroma bunga itu. Wangi.
“Aku
tanam.”
“Tanam?
Mesti banyak bunga yang cantik bukan? Bawalah aku... aku bosan..” pujuk
Azalina. Sungguh dia kebosanan di dalam bilik yang serba indah ini.
“Kau
betul-betul nak pergi?”tanya Vxirius dengan senyuman tersembunyi. Sengaja mahu
mengusik manusia itu.
“Nak
la...” balas Azalina sedikit manja.
“Kalau
nak kau kena lari... lari laju-laju. Macam aku ni...” Vxirius mula berlari.
Tapi yang Azalina lihat hanyalah bayang hitam yang ada di sini sana. Ternganga
Azalina.
“Ma...
macam mana aku nak lari macam tu...” sedih sahaja bunyi suara Azalina. Vxirius
tersenyum suka. Tahu jeratnya bakal mengena.
“Ada
cara lain...”
“Ya?
Aku nak.. aku nak ke sana...” Azalina membuat muka comel. Di saat ini tak
terasa Vxirius itu makhluk yang jahat. Rasa macam manusia pula.
“Boleh
saja.. dengan syarat aku dukung kau..” kata Vxirius dengan muka serius.
“Hah?
Dukung kenapa pulak?”Azalina tak puas hati.
“Habis...
kau nak bertarung dengan makhluk-makhluk jahat di luar tu?” tanya Vxirius
garang. Azalina segera menggeleng. Teringat dia dengan makhluk berkepala burung
itu.... makhluk itu sungguh kejam! Entah bagaimana pulalah rupa makhluk yang
ada di sekitar istana ini... mesti lebih menakutkan!
“Hurm...
okaylah... janji aku dapat keluar..” Kata Azalina redha.
Vxirius
segera mencempung tubuh Azalina sebelum membawanya lari. Terjerit melolong
Azalina menahan kelajuan yang mengalahkan kereta lumba itu.
Akhirnya
Vxirius berhenti. Dia ketawa besar melihat wajah Azalina. Rambut sudah
mengerbang macam hantu... wajah pucat...
“Gelak!”
badan Vxirius terus disepak sebaik sahaja Azalina di letakkan di atas tanah. Leganya
tak tahu nak kata...
“Ha
ha ha.. bukan sakit pun..” balas Vxirius tanpa perasaan.
“Setan
kau Vxirius.” Marah Azalina tak puas hati. Vxirius sekadar tarik sengih..
panggillah apa pun.. yang penting hakikatnya aku buat kau jadi macam ni. macam
badut! Serius lawak!
“Huh...
kalau aku setan.. aku tak bawa kau datang tempat ni Azalina..” Vxirius
menunjukkan tempat itu. Cantik.
Azalina
terdiam. Memang cantik sungguh. Kalau taman-taman dirumah orang kaya. Seperti dalam
mimpi sahaja. Perlahan Azalina menampar wajahnya. Sakit.
“Kau
tak mimpi..” ujar Vxirius dengan segaris senyuman.
“Cantik...”
Azalina terus duduk di sebuah kerusi batu. Rama-rama yang berterbangan membuat
dia rasa bebas... bau-bauan yang wangi membelai hatinya.
“Kau
nak makan?”tanya Vxirius setelah menyedari waktu makan Azalina telah berlalu.
Azalina menggeleng. Dia hanya mahu berada disitu... menikmati keindahan taman
kecil itu.
“Okay.
Aku ada hal. Lagi sejam aku datang dengan makanan untuk kau.” Kata Vxirius
sejurus itu dia menghilangkan diri. Azalina masih dalam dunianya sendiri. Bagaikan
terpukau.
-
Leon
terduduk ditepi semak. Lelah dia mengejar Dhytin. Laju betul makhluk itu.
“Aduh!”
Leon segera bangun. Suara yang mengaduh itu seperti dia kenal... Azalina!
Dengan
pantas Leon masuk melalui rimbunan semak itu. Kelihatan Azalina terduduk di
tanah dengan jari yang luka. Leon dengan pantas menghisap jari Azalina.
“Argh...
Leon.. cukup!” Azalina menahan perit. Leon yang hanyut dengan darah Azalina
terhenti menerus menghisap darah Azalina saat wanita itu menangis teresak-esak.
“Maaf.
Maaf aku tak dapat mengawal diri aku..” kata Leon sambil menyeka air mata
Azalina.
“Tak
apa... aku rindukan kau Leon! Aku nak balik...” tangis Azalina. Dia tidak lagi
terpesona dengan taman itu. Dia hanya mahu pulang... mahu bersama-sama
keluarganya,
“Aku
akan bawa kau keluar dari sini. Aku janji!” kata Leon sambil memeluk tubuh
Azalina.
“Siapa
kata kau boleh?!” Vxirius muncul dengan wajah yang amat bengis.
x sambung ke?
ReplyDelete