Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday 18 July 2014

Kerana Kau Anjelku ~17~


ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

SORRY LAMA X SAMBUNG KKA...

MEMANG CERITA NI DAH NAK ABIS SANGAT DAH... TRIMAS SUDI BACA

Bab 17

“Kau biar betik Irfan?!” tanya Aiman yang sudah tegak duduknya. Hilang terus rasa kantuknya mengulangkaji di jam 4 pagi ini.

“Ye, betullah apa yang aku cakap ni... Nada nak fly ke USA!” kata Irfan yang mula malas nak melayan ragam si Aiman ni. Aiman yang di Batu Gajah sudah nak naik gajah. Kenapa Nada buat keputusan sebesar ni tanpa berbincangan dengan dia? Kata, dia Anjelnya Nada!

“Man... o... Aiman. Kau ok ke tak tu?” tanya Irfan yang kerisauan.

Aiman meraup mukanya kasar. Gambar Nada dan rakan-rakan di tenung tajam. Sesal dengan tindakan Nada.

“Aku okey. Aku nak letak telefon ni. Ada hal urgent. Nanti kita sembang lagi ya, Irfan. Assalamualaikum.” kata Aiman yang sudah meninggalkan ruangan ulangkaji yang disediakan khas oleh pihak sekolah untuk para pelajar yang rajin mengulangkaji di awal pagi.

“Waalaikumusalam.” Aiman mengusap wajahnya kasar. Aduhai... Nada.. sengaja nak buat dia huru-hara di sini.

Aiman melangkah ke perpustakaan. Nasib baik dia kenal rapat dengan abang yang menjaga perpustakaan. Bagus betul sekolah ni. Semua kemudahan untuk pelajar disediakan 24 jam. Aiman pergi ke arah bahagian komputer. Selepas mendapatkan akses sekolah, Aiman segera online.

Aiman X+Nada!!!!+ Aiman segera berprivate massage dengan Nada. Tahu pada waktu itu Nada tidak tidur lagi.

Nada Lovely+Yes... my anjel...+ Aiman merengus geram melihat balasan Nada. Sengaja betul budak ni!

Aiman X+Aku balik sekarang jugak! Esok kita jumpa!+ Aiman yang baru nak offline tidak meneruskan niatnya pabila Nada membalas mesejnya.

Nada Lovely+La... kaukan sekolah...+

Aiman X+Yes... tapi aku nak tahu pasal USA dari mulut kau... Jumpa esok! Titik!+

Aiman segera berjalan menuju ke arah dormnya. Mahu mengemas beg dan berjumpa dengan guru yang incharge. Nasib baik lesen motosikalnya sentiasa bersamanya. Balik ni merempitlah jawabnya. Tapi... nak ke cikgu dia lepaskan... diakan dah form 5... tahun akhir.. Argh... pulun jelah Aiman!


-


Nada menggaru kepala... Habislah dia.. siapa pula yang pecah tembelang pasal USA dekat Aiman ni? Haih... mesti anjelnya mengamuk sakan.

Nada merenung baju yang sedang dilipatnya. Ya dia dah nekad. Dia akan ke USA. Untuk daddynya. Hanya itu yang boleh dia lakukan buat masa sekarang ini.

Walaupun waktu semakin ke pukul 5 pagi... Nada masih tidak mengantuk. Rasa yang bercampur baur ini membuat dia makin tidak mahu lena.

Sedih pula dia rasa... sanggup ke dia tinggalkan keluarga dia ni? Dia dah sayang sangat dengan keluarga ni... ayah...mama... kedua orang tua ini sudah seperti orang tua kandungnya memang sejak kecil dia beranggap mereka mempunyai pertalian darah... walaupun tiada pertalian darah.. mereka merupakan ibu bapa susuannya. Sedih... air mata Nada mula mengalir lesu.

Argh... mula balik drama air matanya. Dalam linangan air mata Nada tertidur kepenatan. Kepenatan emosi.


-

“Assalamualaikum... Nada... o... Nada..” Aiman terus menyerbu rumah Nada sebaik sahaja sampai. Mengantuk juga ni tapi digagahkan diri untuk berjumpa teman baiknya itu.

“Waalaikumusalam, eh Aiman... Bila sampai?”tanya Linda kepada sahabat anaknya itu. Aima menayang sengih.

“Baru je sampai auntie... he he ni terus jumpa Nada. Ada hal nak bincang sikit...” cerita Aiman. Linda kelihatan terkejut mendengar cerita Aiman. Budak-budak sekarang ikut kepala dia orang saja.

“Ya Allah... tak balik lagi la ni? Bagus betul kamu ni. Kejap auntie panggilkan Nada. Aiman duduk dulu ya.” Linda terus ke atas. Mahu memanggil anak daranya itu.

“Nada... Nada.. Aiman dah sampai tu...” Linda mengetuk pintu. Tidak bersahut. Terus dia membuka pintu.

“Anak dara bertuah... tidur lagi...” Linda menggeleng. Bahu Nada digerak lembut. Nada mengeliat kecil.

“Mama... kenapa ni?”tanya Nada yang mamai.

“Aiman dah sampai tu... dia tunggu kamu kat bawah. Kesian budak tu mesti mengantuk, tak tidur-tidur lagi.” kata Linda sambil membantu Nada yang mamai bangun. Dengan mata yang separuh tertutup Nada bergerak ke bilik air. Linda menggeleng. Macam-macam anaknya itu.

Mata Linda terpaku melihat beg dan baju-baju Nada. 'Dah berkemas...' Linda cuba mengusir rasa sedih yang tiba-tiba muncul dalam hatinya. Dia tersenyum kelat. Terus dia turun ke bawah. Kasihan Aiman pasti belum bersarapan lagi tu.

-

Nada melangkah turun selepas siap. Terus dia ke ruang tamu. Pasti Aiman ada di situ. Tersengih Nada melihat kawannya itu terlentok. Haha.. itulah degil.. macam diktaktor pun ada... semua keputusan buat sendiri lepas tu tak boleh bangkang. Nasib baik tak eksiden ke apa.. Nada melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Aiman.

Wajah Aiman ditilik. Kawan baiknya sedari kecil. Teman waktu senang dan waktu susah... mampu ke dia tinggalkan kawannya itu? Air mata mula menitis. Air matanya seakan murah ketika ini. Selalu benar turun. Kalau ikutkan boleh banjir rumah dia ni!

Aiman mengeliat kecil. Cahaya pagi yang bersinar riang di wajahnya mengejutkan dia dari lena. Terkejut dia melihat air mata Nada sebaik sahaja membuka mata. Terus duduknya tegak.

“Kau okay?” tanya Aiman yang sudah kalut. Nada tergelak kecil.

“Kau ni.. aku okay je. Mata ni buat hal pula.” balas Nada secara seloroh.

“Yelah tu.. kenapa dengan kau ni cuba cerita dekat aku...” kata Aiman dengan prihatinnya. Nada tersenyum. Aiman ni memang anjelnya.

“Tak ada apa. Kau ni... bahaya tau balik sini pagi-pagi buta. Nasib baik tak eksiden. Dah la bawak motosikal...” kata Nada mula membebel. Aiman tersengih-sengih. Tahu dia memang suka buat tindakan bodoh.

“Mana aku tak balik... ada orang cerita kawan baik aku nak pergi USA... tinggalkan aku yang dia anggap macam anjel dia tu...” kata Aiman berjauh hati. Nada serba-salah.

“Bukan aku tak nak kasi tahu... cuma aku takut... aku sedih...”balas Nada perlahan.

“Nada.. kau kata aku anjel kau.. kita dah kongsi banyak cerita. Tak akan perkara sebesar ni kau sanggup rahsiakan dari aku? Dah la cerita dekat orang lain... aku ni... kau buat macam tunggul je.” kata Aiman dalam nada rajuk. Nada sudah rasa serba tidak kena. Ikutkan hati nak saja dia tarik tangan Aiman. Dia nak beritahu... dia tak sanggup nak cerita.. dia tahu Aiman mampu mengoyahkan keputusannya itu. Namun mereka terpisah dengan pertalian. Aiman lelaki ajnabi buat dia...

“Aku tahu aku ni tak pentingkan...” sungul sahaja wajah Aiman. Terasa tidak berbaloi dia merempuh dingin pagi untuk melihat reaksi kaku Nada ini. Aiman mula bangun.

“Aiman. Kau tahukan... aku sayangkan kau.. kau anjel aku... satu-satunya penyelamat aku...” kata Nada dengan linangan air mata.

Aiman kembali duduk. Terasa hilang rasa jauh hatinya melihat Nada mengalir air mata. Tangannya terasa panjang mahu menyeka mutiara yang jatuh dari tubir mata si gadis itu.

“Kalau macam tu... stay di sini. Tak payah pergi USA.” kata Aiman tanpa perasaan. Nada tersentak.

“Mana boleh! Macam mana dengan dengan daddy? Rawatan dia?”Nada sudah bangkit dari duduknya. Kenapa Aiman tak nak faham?

“Itu bukan alasan kau... dia tetap boleh pergi ke USA tanpa kau..” ujar Aiman lagi.

“Aiman... sampai hati kau kata macam tu. Dia daddy aku. Walaupun dia pernah buat silap... dia tetap daddy aku.. aku sebagai anak kena berada disamping dia..”ujar Nada yang mual serak suaranya.

“Habis tu.. mama.. ayah kau? Kau tak fikir?”Aiman mula mempersoalkan kata Nada. Nada melihat wajah Aiman... Aiman... aku nak Aiman yang dulu... yang selalu backing aku...

“Ya.. aku sayang mereka. Sayang sangat-sangat. Tapi daddy aku tak ada sesiapa. Dia hanya ada aku.. hanya aku... mama dan ayah ada abang-abang aku... adik aku. Aku fikir benda tu Aiman.. Bukan tak fikir. Kau ingat aku sanggup nak tinggalkan dia orang? Kau? Kawan-kawan kita?” kali ini Nada sudah tertunduk. Tahu wajahnya sudah lencun. Lencun dengan air mata.

Linda hanya memasang telinga dari dapur. Air matanya turut turun. Mama faham sayang...

“Kalau macam tu... janganlah tinggalkan kami... aku... Aku pasti rindukan kau Nada..” kata Aiman dengan rasa sebak. ya... dia sayangkan Nada.. malah lebih dari seorang rakan baik.

“Aku juga akan rindukan kau... Tapi daddy lebih perlukan aku.” Nada berpaling. Tidak mahu melihat wajah Aiman. Pasti wajah itu berjaya mengoyahkan pendiriannya.

“Kalau macam tu.. aku tak boleh kata apa. Aku hanya boleh doakan kau dari jauh. Nampaknya aku pulang ni tak bawa perubahan... baiklah Nada. Aku pergi dulu... Maafkan aku, halalkan makan minum yang kau kasi dekat aku... aku pun dah maafkan kau... dan halalkan makan minum kau... aku harap kau bahagia..” kata Aiman sambil melangkah keluar. Nada tersentak...

“Aiman.. kau tak nak jumpa aku lagi ke?”tanya Nada.

“Buat apa aku jumpa orang yang nak tinggalkan aku?”balas Aiman dengan soalan juga.

“Aiman... janganlah macam ni... aku sayangkan kau..” kata Nada yang semakin mendekat dengan Aiman.

“Aku pun sayangkan kau...” Aiman mula melangkah kembali. 'aku... cintakan kau sebab itu aku tak mampu jumpa kau lagi...' balas Aiman dalam hati.

“Aiman... Aiman..” Nada sudah terduduk melutut. Sedih menyelumbungi hatinya. Anjelnya telah pergi... pergi tanpa alasan yang kukuh.

“Nada...” Linda memegang bahu anaknya itu. Nada melihat wajah mamanya.

“Mama... Aiman...” Nada tak mampu menutur kata. Linda mengangguk faham. Dipeluk anaknya itu. Dikucup dahi anak gadis itu.


'Sabarlah sayang...'

3 comments:

  1. *lap hingus* Dahlah Del sakit, akak sanggup buat cerita sedih? Hacumm, hacumm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai kesian del... hehe sorry le sayang uit...

      Delete
  2. ceria ni x ada sambungan ke?

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)