SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Monday, 3 February 2014

DYH 9




DYH 9

“ Kau siapa? Kenapa kau culik aku?!” tanya Azalina dengan teriakan. Rasa takut, risau mula menyelumbungi dirinya. Kenapa perkara buruk sering kali menimpa dirinya? Makhluk itu sekadar ketawa. Seronok barangkali melihat dirinya terseksa.

‘Leon.. Leon tolong selamatkan aku!’ rintih Azalina di dalam hatinya.

“Silap banyaklah kau sebab muncul dalam dunia ni!” Dhytin yang tak sabar nak membunuh Azalina terkaku.

“DHYTIN, SABAR! AKU NAK TENGOK KAU BUNUH DIA DEPAN MATA AKU!”

Azalina tercari-cari dari mana datangnya suara itu. Dhytin yang sudah bersemangat hendah membunuh Azalina, merengus geram. Bos dia ni memang suka buat dia macam ni. Sengal tullah bos ni!!! Opss~! Terlebih sudah.. ngeee..

“Saya menurut perintah Tuanku!” kata Dhytin yang kini sudah melutut.

“Bagus! Sekarang kau boleh pergi Dhytin.” Ujar makhluk yang berkelubung itu. Tangan sejuknya mengusap-ngusap pipi Azalina.

Azalina cuba mengelak sentuhan makhluk itu. Namun, pergerakannya seakan terkunci apabila berhadapan dengan makhluk yang tidak dapat dikenal pasti itu.

“Kau.. kau siapa?” tanya Azalina dengan suara yang terketar-ketar.

“Aku? Aku ialah Vxirius, ketua kegelapan, raja kegelapan dan bakal pemerintah yang unggul di dunia Herbs ini..” ujarnya dengan suara dingin yang menaikkan bulu roma Azalina.

“Kenapa, kenapa kau culik aku?” tanya Azalina yang ketakutan teramat sangat.

“Sebab.. mereka kata manusia suatu makhluk yang unik dan mempunyai banyak kelebihan..” dia terdiam seketika. “ ... dan.. aku nak bunuh kau! Tapi.. kau.. kau sangat cantik.. kau membuat aku serba-salah, satu perasaan yang tidak pernah muncul dalam diri aku!” ujarnya lagi. Azalina semakim kecut perut apabila Vxirius semakin mendekat.

“Kenapa, kenapa kau pakai kelubung tu? Kenapa kau sorokkan wajah kau?” Azalina cuba mengalihkan perhatian makhluk yang menakutkannya itu. Lebih menakutkan dari Leon!!

“Kau nak tengok wajah aku? Nak tengok?” tanya Vxirius dengan nada teruja. Ish.. seriau pulak Azalina dengan nada suara Vxirius ni..

“Aku..” dan tanpa disangka kelubung hitam itu dibuka. Azalina tergamam untuk sepuluh saat. Dan sepuluh saat kemudian yang kedengaran hanyalah...

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!”


*^*^*^*^*


Leon semakin resah. Sudah berjam-jam dia cuba menjejaki ke mana hilangnya Azalina. Tangan digumpal. Geram dengan makhluk Dxzin, makhluk yang berbadan manusia berkepala helang itu. Dia pasti Azalina berada dalam keadaan yang menakutkan.

Dia dapat merasakan. Sejak Azalina tiba di dunia Herbs ini, dia mempunyai ikatan yang tak dapat diterangkan dengan Azalina. Apa sahaja yang dirasai Azalina, dia dapat merasainya sama. Sebab itu dia boleh berjumpa dengan Azalina dihutan itu.

“Azalina..” desis Leon perlahan. Hutan yang memutih diselutupi empingan ais itu direnung kosong.

Dimanakah manusia itu berada? Dia dapat rasakan yang Azalina tidak jauh daripadanya, namun di mana dia mahu mencari di hutan yang luas ini?

“Vxirius...” dia yakin makhluk Dxzin itu ialah orang suruhan Vxirius.. ketua kegelapan atau lebih dikenali sebagai anak kepada pemerintah dunia Herbs.

“Argh!!!” Jerit Leon melepaskan rasa kusutnya. Dia pasti Azalina pasti dalam bahaya. Vxirius itu gila! Gila kuasa dan pastinya dia akan membuat rahsia dunia Azalina terbongkar. Selepas itu pasti Azalina akan dibunuh dengan kejam.

Apa yang harus dia lakukan untuk mencari Azalina???

‘Zrucx!’ nama itu terus menjelma difikirannya. Hanya Zrucx mampu memberitahunya di mana keberadaan Azalina.

Dengan pantas Leon bangkit dan berlari meredah kepekatan malam.


#*#*#*#*#


“Ergh..” kepala yang sedikit pening dipegang. Azalina yang baru tersedar dari pengsannya, merasa aneh.

Tadi dia berada di sebuah gua yang kelam dan basah, tapi kini dia berada di dalam sebuah bilik yang dihias indah. Dimanakah dia? Matanya melilau mencari kelibat Leon. Sekejap.. lelaki.. ya lelaki yang berwajah hodoh itu telah hilang! Makhluk yang berkelubung hitam itu merupakan seorang lelaki yang mempunyai wajah yang sangat hodoh. Hodoh hingga Azalina menjerit dan pengsan selepas melihatnya.


Lelaki itu... ya lelaki itu.. sangat menakutkan. Dia.. dia bukan manusia.. Mak.. ayah.. tolong Azalina.. Leon..

1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)