SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 2 February 2014

DYH 8







DYH 8

“Kamu berdua ni siapa? Kenapa bermain di tempat kami?” tanya satu suara kecil. Azalina dan Leon terpaku. Leon tersenyum manakala Azalina menelan air liur. Takut rahsianya terbongkar.  

Kepala anak mahkluk Feurk itu diusap lembut oleh Leon. Azalina yang ketakutan hanya mendiamkan diri. Pada masa yang sama dia sedaya upaya menahan dirinya daripada menghamburkan ketawa. Mana taknya, dengan warna hijau dan kepala botak, anak mahkluk Feurk itu kelihatan seperti toyol. Tapi toyol yang comel he he  he.

“Eish, main-main kepala saya pulak.” Anak Feurk itu sedaya upaya cuba menepis tangan Leon. Kawan-kawannya yang lain hanya ketawa kecil. Geli hati melihat gelagat rakan mereka yang pendek itu cuba menepis Leon yang tinggi mengalahkan galah itu.

Terdetik juga rasa kasihan kepada anak Feurk itu, lantas Azalina menahan tangan Leon. Leon yang terkejut terpinga-pinga. Azalina mencekak pinggang.

“Kau ni Leon, janganlah kacau diaorang. Kau ni sengaja je.. Kesian tau depe ni!” Azalina menepuk perlahan lengan Leon. Takut pulak nak tepuk kuat-kuat karang tak pasal-pasal Leon mengamuk tak ke mampuih dia..

“Akak ni baik la.. Tapikan.. kite tak pernah tengok pun kakak ni dekat sini.. akak ni baru pindah ke?” tanya budak yang dipegang kepalanya tadi.

“Erk.. haah, akak baru pindah sini.” Azalina menghantar isyarat mata ke Leon. Tapi Leon buat derk je. Majuk ke mahkluk ni?? Isy.. isy.. nampak je ganas dalam hati ada taman rupanya..

“Owh.. akak.. akak meh la main ngan kita orang. Tak payah main dengan abang jahat ni..” ajak anak Fuerk itu sambil menarik-narik tangan Azalina.

Azalina tersengih. Leon yang sedari tadi mendengar, menjadi geram. Bulat matanya melihat anak Fuerk itu.

“Akak rasa baik kamu larik dulu. Abang tu dah naik hantu tu..” Azalina menunjuk wajah Leon yang terserlah kemarahannya.

“Erk.. okey... apa lagi geng cabuttttt~!!” jerit anak Fuerk itu lalu lari sepantas angin. Kawan-kawannya turut ikut berlari. Ternganga Azalina melihat kepantasan  mereka.


*^*^*^*^*


“Hu hu hu.. Bahagia kau dekat dunia tu.. aku ingat kau akan terseksa.. tapi tak apa-tak apa.. Kau tunggu, masanya akan tiba.. sabar saja..” ujar seseorang yang bertutup litup dengan pakaian berwarna hitam. Matanya tertancap ke dalam kolam kecil itu. Asyik benar dia memerhatikan kegiatan makhluk dunia Herbs dan manusia itu.

“Dhytin! Dhytin! Ke mari kau!” panggilnya dengan suara lantang.

“Ampun tuanku! Apa yang boleh patik bantu, tuanku?” tanya Dyhtin, makhluk yang separuh manusia dan burung helang. Berbadan manusia tetapi berkepala helang.

“Aku nak kau hapuskan dia, Dhytin! Kehadiran dia tidak diperlukan. Dia hanya akan menyusahkan dunia ini!” Katanya dengan kuat.

“Patik menjunjung perintah, tuanku!” ujar Dhytin, patuh. Lalu dia bangun dan terbang meninggalkan gua yang menjadi markas mereka.


*#*#*#*#*#*


“Weih... jom balik. Dah nak malam ni.. nanti mak-mak kite marah pulak..” ajak Smoen, anak Fuerk yang diusik Leon tadi.

“Ala... awal lagi la..” bantah rakannya.

“Betul kata si Zheon tu Smoen.” Tambah Leon. Dia tak puas lagi bermain dengan anak-anak Fuerk ni. Best pulak. Azalina yang sedari tadi jadi penonton tersenyum.

“Balik la. Nanti kesian mak dengan ayah korang. Ingat korang hilang.”pujuk Azalina apabila mereka bermain kembali.

“Hurm.. dengar akak Aza kata apa? Jomlah kita balik.. Dah gelap dah ni..” Ujar Smoen yang semakin gusar melihat keadaan langit. Azalina tersenyum. Tadi nasib baik dia tak terlepas kata yang namanya Azalina, kalau tak mesti bebudak ni banyak soal.

“Okeylah kite orang balik dulu ek, abang Leon, akak Aza.” Anak-anak Fuerk itu melambai-lambai mesra sebelum hilang dari pandangan sepenuhnya.

“Hurm.. sunyi pulak tak ada bebudak tukan...” ujar Azalina yang bosan. Tangannya mengulit kulit kayu kering. Leon tersenyum. Terpana Azalina melihatnya. Alahai, makin lama dia dekat dunia Herbs ni makin handsome Leon jadiknya..

“He he he, tadi bukan main takut. Sekarang ni dah pandai beramah mesra pulak kau ni ye..” sindir Leon. Azalina mula masam. Dijelirkan lidah, tanda menyampah dengan Leon. Hish, makin hari makin pandai Leon mengusik Azalina!

“Malas nak layan! Jom balik. Aku dah bosan dengan menyampah ni!”

“Menyampah?”

“Menyampah dengan perangi ngok ngek kau!”

“Ngok ngek tu apa?” Leon yang tidak faham tergaru-garu kepalanya.

“Hehehe biarlah rahsia!!!” Ujar Azalina sambil berlari anak meninggalkan Leon yang masih terpinga-pinga.

Leon hanya tersenyum. Sejak dia kenal manusia ini, dia asyik tersenyum sahaja. Satu tabiat yang jarang diamalkan. 

ZUPZ!!

Leon terasa ada benda yang sedang memerhatikan mereka. Dia pantas mengejar langkah Azalina. Tapi tak sempat dia sampai ke sisi Azalina. Makhluk burung berbadan manusia telah pun menyambar Azalina yang ketika itu sedang asyik memegang salji.


“LEON!!!” hanya jeritan yang memenuhi kawasan itu. Leon hanya kaku. Mungkin terkejut melihat Azalina yang tiba-tiba hilang dari pandangan matanya.

1 comment:

  1. Okey.... kelakar bila si leon tu tak tahu ngok ngek. Lawak giler kut kak aysu. Erk ke mana perginya azalina? huishhh

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)