SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Friday, 7 February 2014

KKA 16

Bab 16



Nada tersandar lesu dibangku ruang menunggu itu. Air matanya masih mengalir seakan-akan tidak mahu berhenti. Banyak benar perkara yang bermain dikepalanya. Tentang daddynya yang hendak mengambil dia dari keluarga yang telah sebati dengan hidupnya. Mampukah dia membuat pilihan? Berat sungguh beban yang dirasakan dikala ini. Tapi dia juga tidak sanggup meninggalkan daddynya walaupun mereka baru berjumpa disaat dia telah mulai dewasa. Daddynya lebih memerlukan dia. Saat doktor memberi tahu yang daddynya menghidap sakit jantung tahap kritikal, dunianya terasa gelap. Baru sahaja dia ingin membuka hati menerima daddynya, kini mereka telah diduga oleh-Nya dengan sesuatu yang amat sukar untuk Nada tanggung.

“Nada...”panggil Linda, lembut. Dia tahu anak susuannya ini sudah menanggung perit yang tidak terperi.

Nada mengangkat wajahnya. Memandang wajah seorang ibu yang telah memberinya teduhan. Teduhan kasih buat dirinya yang telah lama terkapai-kapai. Biarpun dulu dia dikasari namun dia tahu disudut hati Linda, ada suatu kasih yang amat besar buatnya. Lalu Nada meluru ke pelukan Linda. Tangisan diluahkan semahu-mahunya.

“Nada... a.. along minta maaf. Along tak tahu yang daddy Nada sakit... Maafkan along...” wajah Amir penuh dengan kekesalan. Nada memandang alongnya dengan linangan air mata.

“Along tak salah. Kita semua tak salah. Ni takdir. Cuma Nada terkilan waktu Nada dengan daddy dah kian nipis, hubungan kami juga tak berapa nak elok. Kalaulah daddy tahu betapa Nada sayangkan dia..” Nada memandang pintu bilik kecemasan yang masih tertutup rapi.

'Daddy.. daddy tabahlah.. nanti Nada akan turuti semua kehendak daddy asalkan daddy sihat. Nada sayangkan daddy. Hidup Nada baru sahaja nak dilengkapi daddy.. daddy sabarlah.. Daddy kena kuat... untuk Nada.. untuk hubungan kita.' rayu Nada dalam hatinya.

Bahu Nada dielus lembut. Nada pantas menoleh. Kelihatan Huzairil, bapa susuannya sedang merenung wajahnya penuh kasih.

“Maafkan ayah..” Nada menggeleng.

“Ayah tak pernah salah. Nada yang salah, terlalu ikut perasaan. Walhal Nada tahu yang Daddy dan ayah buat macam ni sebab nak selamatkan Nada...” Wajah ayahnya ditenung dengan linangan air mata.

“Nada...” Huzairil kehilangan kata-kata. Terus dipeluk anaknya itu. Tidak terucap kata-kata mengambarkan betapa dia gembira anaknya telah melupakan perkara itu. Namun terselit rasa sedih buat Nada. Pasti anaknya itu berasa bersalah terhadap bapa kandungnya, Huzairil.



:::::::::::::



Rambut yang basah segera dilap sehingga kering. Takut sekiranya yang bukan muhrim pakai masuk sahaja wad daddynya itu. Sejak dia memakai tudung, dia begitu menjaga auratnya. Tak mahu, kerana dia Huzairil menanggung seksa di akhirat.

Sejak seminggu lalu, Nada berkampung di bilik daddynya ini. Alhamdulillah daddynya berjaya mengharungi saat-saat kritikal. Malah daddynya sudah sedar walaupun sedikit lemah. Nada terus berubah. Dari anak yang begitu dingin, terus jadi anak yang sangat-sangat manja dengan Huzairil. Sampai Huzairil pelik, betul ke ni anak dia...

“Nada..” panggil Huzairil lembut.

“Ya, daddy..”

“Nada.. ikut ke Amerika ye.. Temankan daddy jalani rawatan susulan..” pujuk Huzairil tidak kenal erti putus asa.

Nada mula serba salah. Nak ditolak takut pula daddynya jatuh sakit kembali.. Nak diterima, tak sampai hati pula nak tinggalkan keluarganya di sini. Keluhan nipis dilepaskan. Huzairil tahu dalam hati anaknya, berlaku peperangan yang amat hebat.

Kedengaran pintu dikuak perlahan. Terpacul wajah Irfan. Teman baiknya kini, pengganti anjelnya, Aiman yang jauh di Perak nun.

“Assalamualaikum uncle, Nada..” Irfan kelihatan segak dengan baju t-shirt jenama POLOnye. Mana Nada tahu? Tahulah kalau jenama tu dah terpampang kat t-shirt Irfan.

“Waalaikumusalam, Irfan.. Masuklah.” Huzairil ramah melayan kawan anaknya itu. Irfan menyalami tangan Huzairil dengan hormatnya. Huzairil tersenyum senang melihat kelakuan sopan Irfan.

“Kenapa datang ni Irfan?” tanya Nada agak brutal.

“Nada, kenapa layan kawan macam tu?” tegur Huzairil lembut.

“Erk.. maaf. Irfan, jemputlah duduk..” ujar Nada sambil membuat aksi comelnya.

“Eh, tak apalah uncle.. Nada ni memang brutal sikit. Sejak Aiman tak ada makin brutal jadinya.” usik Irfan menyebabkan Nada mencubit geram lengan kawannya itu. He he he sekali sekala terbabas juga Nada ni.. yelah dah terbiasa bergurau kasar dengan rakan-rakannya.

“Mana ada daddy... Irfan ni sengaja je nak cari gaduh dengan Nada..” Ujar Nada yang sudah memuncung.

“He he he ye ke? Entah-entah memang betul si Irfan kata tu... Nada baik bila si Aiman ada saja...” ujar Huzairil yang ingin bergurau.

“Apa daddy ni.. tak pe.. tak pe.. Nada majuk ni.. tak nak ikut daddy pergi mana-mana..” Nada dah muncul aura nak merajuk. Tiba-tiba Irfan berbisik dengan Huzairil. Huzairil tak semena-mena ketawa riang. Makin cemburut wajah Nada yang makin comel ni..

“Apa bisik-bisik??” marah Nada dengan suara manjanya. Cemburu sebenarnya melihat Huzairil rapat dengan Irfan.

“Adalah budak tukan uncle.. dulu ya Allah paling mature la.. sekarang nikan uncle.. dialah yang paling budak-budaknya.. manjanya masya-Allah.. kalahlah budak umur 5 tahun...” ujar Irfan dengan nada suara yang bersungguh-sungguh kepada Huzairil.

“Eiiiii!!!” decit Nada. Geram tersangat dah ni. Mulut dikembungkan lalu pipinya ditekan kuat sehingga mengeluarkan bunyi 'flup'. Makin gamat bilik itu dengan gelak ketawa lelaki berdua itu.

“Jum keluar dulu Nada. Uncle nampak mengantuk tu..” ujar Irfan yang memerhatikan Huzairil itu. Huzairil yang sudah tersenguk-senguk itu diselimutkan Nada. Risau pula jika daddynya itu kesejukkan.

“Jum pergi minum kopi?” ajak Irfan. Nada mengangguk. Dia sendiri dah rasa mengantuk. Karang bukan dia yang jaga daddynya.. tapi daddynya yang jaga dia..

Selepas membuat pesanan untuk mereka berdua. Irfan mengambil tempat disebelah Nada yang hampir terlelap di meja kafeteria itu.

“Kau mengantuk ke Nada? Kalau mengantuk pergilah tidur dulu..” ujar Irfan yang rasa kasihan melihat Nada yang keletihan.

“Tak adalah.. hurm.. aku nak kasi tau something ni Irfan..”

“Apa dia?” tanya Irfan yang sedang meniup-niup kopinya yang masih berasap.

“Aku rasa nak ikut daddy... ke... Amerika..”

“Uhuk! Uhuk!” Irfan sudah tersedak kopi panas. Dia memandang Nada tidak percaya.

“Cerita dekat aku!” ujar Irfan tegas. Nada terkebil-kebil.



#SAMBUNG..
#HE HE HE DAH NAK ABIS DAH CERITA NI DALAM 2 ATAU 3 BAB JE LAGI >_<
#LAMA GILE TAK JUMPA CERITE KKA NI...
#SAMPAI ASYU SENDIRI DAH LUPE JALAN CERITE DIA HE HE HE

5 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)