Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Sunday, 1 November 2015

dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Al FATIHAH

Assalamualaikum semua.

Innalillawainnalillahirojiun.

Mohon jasa baik pembaca blog Asyu ni, yang masuk dengan sengaja atau tidak sengaja sedekahkan Al-Fatihah dekat arwah Abah Asyu. 


Arwah abah merupakan bapa tiri Asyu. 31/11 tarikh abah pergi. Nasib adik sempat jumpa. Semoga arwah tenang di sana.

entry kali ini hanyalah luahan perasaan Asyu sahaja.


Normalkah aku?

Tanah itu masih merah.
Aku masih setia di sini.
Setia mendengar pesanan buat manusia di dunia fana.
Setia mendengar nasihat buat akhirat.

Aku masih di sini.
Setia menanti.
Disebelah tanah merah ini.

Air mata tidak gugur.
Perasaan ku tidak terusik.
Aku pelik.

Tanah merah itu aku pandang.
Dia punya kenangan dengan aku.
Dia pernah menjaga aku.
Tapi... kenapa aku tidak sedih?

Dia ibarat bapa kandungku.
Tempat aku bermanja.
Suatu ketika dahulu.
Tempat aku mengadu.

Kenapa aku tidak menangis?
Normalkah aku?
Kejamkah aku?

Tanah merah itu aku pandang.
Sebak kadang kala menyerpa.
Tetapi tidak mampu membuat aku sedih.
Untuk menitiskan setitik air mata.

Normalkah aku?
Dahulu dia sering membawa ku berjalan
Melayan kerenahku
Memujuk tangisku

Tapi... aku tidak sedih...
Hanya sebak menyerpa hati

Normalkah aku?
Normalkah aku?

Aku ini juga manusia yang bisa menangis bila kesedihan melanda.
Tetapi kenapa aku tak bisa menangis?
Adakah aku redha dengan kepergiannya?

Wajahnya kali terakhir aku pandang.
Kurus.
Masih sama.
Wajah yang sama.

Tetapi kenapa tiada air mata mengalir dipipi ini?
Adakah aku normal?

Kadang kala...
Aku terasa...
Aku ini manusia yang kejam.
Tidak boleh bersedih atas kepergian orang yang berjasa kepada ku.

Adakah aku normal?
Normalkah aku?
Normalkah aku?

Ya Allah semoga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman, dan sentiasa dibawah rahmat-Mu.
Sungguh aku amat menyayanginya, dia ibarat bapa kandung.
Malah darjatnya sama dengan bapa kandungku.
Mengapa aku tidak sedih dengan kepergiannya?
Adakah kerana dia telah lama kesakitan?
Membuat aku tidak sedih apabila dia pergi?
Aku tidak tahu...

Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosanya, sesungguhnya, dia berjasa kepadaku Ya Allah.
Kenangan kami tidak akan aku lupakan.
Namun aku kesal....
Kenapa aku tidak mampu menangis?

Aku melihat orang2 sekeliling di tanah merah itu.
Menitik air mata mereka.
Namun mata aku kering.
Normalkah aku?

3 comments:

  1. Bersabar ya kak...Al-fatihah

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. AL-FATIHAH..

    ANDA TELAH DI TAG

    -http://misskitty12.blogspot.my/2016/01/year-end-new-year-giveaway-by-aynal-m.html

    -http://misskitty12.blogspot.my/2016/01/australias-souvenirs-giveaway-by.html

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)