Cerpen 15ms
Tema kekeluargaan, cinta dan psiko
Dedicated to Nurul Syafiqah Syaf
Tajuk : CEMBURU
Dia
menderam perlahan. Matanya melilau memandang bilik putih itu. Badan yang
terikat dengan baju putih berlengan panjang itu cuba digerakkan. Membawa dia ke
sudut bilik putih itu. Kakinya asyik menendang-nendang angin. Bagaikan ingin
menghalau sesuatu dari situ.
Doktor Fadz menggeleng memandang
pesakit barunya itu. Pesakit yang sepatutnya dihukum penjara seumur hidup itu
ditenungnya dari balik dinding kaca itu. Disebabkan keadaan mental lelaki itu
dia terlepas ke hospital ini. Hospital sakit jiwa.
Perlahan doktor Fadz melangkah masuk
ke bilik itu. Dia perlu melakukan kaunseling untuk mengetahui kenapa, kenapa
lelaki itu membunuh orang yang dikatakan dia sayangi dan cintai.
“Assalamualaikum Hadif.” Perlahan
suara doktor Fadz bergema di bilik putih itu. Lelaki itu tersentak. Mata yang
kusam itu merenung tepat ke anak mata doktor Fadz.
Hadif hanya diam. Diam dan
memerhati. Apabila doktor itu duduk di kerusi, matanya turut mengikuti doktor
itu.
“Saya nak bantu awak. Boleh awak
ceritakan apa yang berlaku?” tanya doktor Fadz tenang. Hadif mula teresak-esak.
Dia sedar. Dia sedar apa yang dia lakukan. Dia tak gila. Dia sedar!
-
Sebulan
sebelum kejadian.
“Abang! Kenapa lambat janji nak
ambik Siti hari ni? Mesti lupa lagi tu!” ujar Siti, isterinya Hadif. Perut yang
memboyot diusap lembut. Hadif tersenyum bersalah.
“Sorry sayang. Meeting urgent pulak
tiba-tiba. Abang cuba juga beri alasan tapi, bos baru abang tu tak terima.
Sorry ya sayang.” Kata Hadif sambil membantu isterinya masuk ke dalam kereta.
Mulut Siti memuncung tanda tidak puas hati.
“Jam pun dah pukul 1.30 petang ni.
Kita singgah ambik Danial ye.” Hadif terus masuk ke taman perumahan apabila
Siti menyatakan waktu ketika itu.
“Ya Allah nasib baik sayang
ingatkan.” Kata Hadif sambil tersengih-sengih. Siti menggeleng perlahan. Apalah
suaminya ini, anak di taska pun boleh lupa.
“Abang, abang. Anak baru nak masuk dua, abang dah jadi pelupa macam ni.”
Ujar Siti sambil tergelak kecil.
“Sorry sangat-sangat. Abang stress
dua minggu ni. Bos baru ni payah sangat.” Terang Hadif sambil menggaru kepala
yang tidak gatal. Kereta diberhentikan di sebuah rumah teres setingkat yang
agak luas. Telefon Hadif berbunyi. Pantas dia menjawab. Dia memberi isyarat
supaya Siti pergi mengambil Danial. Siti mengeluh perlahan.
Dengan kepayahan Siti melangkah
keluar dari kereta. Dia pantas menyapa guru dan ibu bapa yang ada disitu.
“Mama!” jerit suara kecil, Siti
tersenyum. Kakinya dipeluk erat.
“Abang dah siap?” tanya Siti sambil
mengusap kepala anak sulungnya.
“Dah mama. Mama tu, tu pak cik
Laila. Kawan abang tu...” tunjuk Danial ke arah seorang lelaki dan kanak-kanak
perempuan. Mulut Siti ternganga.
“Ikmal?! Ikmal Hisyam?! Awak ke tu?”
tanya Siti sambil berkerut-kerut kening cuba mengenal pasti siapa lelaki itu.
“Ye saya. Ya Allah Siti! Lama tak
jumpa!” kata Ikmal sambil tersenyum mesra.
“Tulah. Lama betul tak jumpa anak
aku dah nak masuk dua dah ni.” Siti menunjukkan perutnya sambil ketawa. Ikmal
turut ketawa.
“Ye aku nampak. Kau pun makin cantik
sekarang ni.” Balas Ikmal.
Hadif pantas turun dari kereta
apabila bayang isterinya dan anak tidak muncul-muncul sedari tadi. Hatinya jadi
panas melihat Siti ketawa dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Siapa
lelaki itu? Apa hubungan dia dan isterinya?
“Ehem!” Hadif berdehem kuat.
Mematikan perbualan diantara Siti dan Ikmal. Danial yang melihat kemunculan
ayahnya pantas meluru ke dalam pangkuan Hadif.
“Siapa ni?” tanya Hadif sedikit
kasar. Siti melepaskan nafas kasar, dia tahu Hadif sudah mula cemburu. Salah
satu masalah yang sering mereka hadapi.
“Abang, ini Ikmal Hasyim kawan
sekampung, Siti.” Terang Siti. Hadif memang tidak mengenali Ikmal. Maklumlah
ibu bapa Siti telah lama meninggal dunia, jadi dia tidak pernah pulang ke
kampung Siti.
“Oh...” tangannya berjabat dengan
Ikmal. Ikmal tersenyum pahit apabila tangannya digenggam kuat.
“Jom balik.” Kata Hadif tanpa
senyuman.
Siti mengeluh lagi. Dia tahu pasti
hal ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Hadif. Silap-silap mereka berperang
besar kerana Ikmal.
“Aku minta diri dulu ya.” Siti mula
beredar dari situ.
“Kejaplah. Minta nombor telefon.
Misha rindu gila dengan kau.” Pinta Ikmal. Adiknya Misha teman baiknya Siti
ketika dikampung dahulu. Siti pantas menulis nombor telefon rumahnya di tangan
Ikmal. Kedengaran Hadif membunyikan hon berkali-kali.
-
Dah seminggu hal itu berlalu. Siti
jadi takut-takut dengan Hadif. Pada petang kejadian itu, tangan Hadif buat kali
pertamanya melekap dipipinya. Nasib baik Danial sudah tidur waktu itu. Dia tahu
Hadif bukan sengaja. Dia Cuma cemburu. Yang dia tak faham kenapa harus cemburu?
Sedangkan dia isterinya Hadif, seorang ibu malahan sedang hamil 8 bulan?!
Deringan telefon rumah bergema kuat.
Keadaan dia yang sedang sarat
menyukarkan pergerakannya. Lantas dibiarkan berdering begitu sahaja.
Siti terlupa, suaminya Hadif tidak bekerja hari ini kerana tidak sihat. Hadif yang
terjaga dari lena kerana deringan itu pantas menjawab panggilan tersebut.
“Hello?”
“Hello, assalamualaikum. Boleh
bercakap dengan Siti?” sapa suara lelaki di hujung talian. Hadif mengetap
bibir. Siapa? Kenapa lelaki itu mencari isterinya?
“Waalaikumusalam. Siapa ni?” tanya Hadif
kasar.
“Ikmal. Hari itu kita ada berjumpa.”
Terang Ikmal dengan nada tenang. Tidak terusik dengan suara kasar Hadif.
“Siti! Siti! Siti! Ada orang nak
cakap dengan awak!” jerit Hadif. Dia tidak suka dengan panggilan Ikmal. Tetapi
dia tidak mahu Ikmal berkata dia cemburu.
“Ya abang!” Siti pantas bergerak ke
arah suaminya. Dia pelik melihat tenungan kasar dari suaminya.
“Hello, assalamualaikum. Siapa ya?”
tanya Siti lembut. Lembut, membuat Hadif semakin panas.
“Waalaikumusalam, aku ni Ikmal. Siti,
Misha nak datang KL hari ni, dia nak jumpa kau.” Kata Ikmal dengan suara ceria.
“Ye ke? Ok ok. Bila? Dekat mana?”
tanya Siti teruja.
“Esok dekat OldTown. Pukul 3 petang.
Okaylah aku minta diri dulu assalamualaikum.”kata Ikmal lantas mematikan talian.
Siti tersenyum riang. Sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan Misha. Rindu
pula bila teringatkan dia.
“Amboi, amboi senyum tu bukan main
lagi ya! Suka sangat jantan lain call awak? Dia tu siapa? Kenapa awak tersengih
je bila bercakap dengan dia?” tanya Hadif kasar.
“Bu... bukan. Di....a dia kawan
sekampung je abang...” kata Siti sedikit takut. Hadif menanggalkan tali
pinggangnya.
“Kawan apanya kalau duk tersengih
macam tu, hah?” tengking Hadif. Tanpa sempat berfikir tali pinggang itu selamat
hinggap dibelakang Siti. Siti pantas melindungi perutnya.
“Sa... sakit abang! Ampun!” ujar
Siti dengan tangisan.
“Tahu sakit! Ampun? Kenapa minta
ampun? Betullah kau ada hubungan diakan?” tengking Hadif. Tangan hinggap pula
ke muka Siti.
Setelah hampir lembik Siti
dibuatnya, baru Hadif sedar akan tindakan dia. Perlahan dia beristighfar.
“Sa...sayang maafkan abang. Abang
tak sengaja.” Tangan pantas ingin menyentuh Siti yang kini terbaring dilantai.
Siti mengesot menjauhi suaminya. Dia takut. Selama ini memang Hadif kuat
cemburu tetapi kali ini cemburu Hadif sudah melampaui batas.
“Sayang. Maafkan abang ye. Abang
cintakan sayang.” Kata Hadif sambil menarik Siti ke dalam rangkulannya. Siti
menangis teresak-esak.
-
Siti memandang jam sudah pukul dua.
Hari ini dia berjanji mahu berjumpa Misha. Dia rindukan temannya itu. Tetapi
dia takut dengan cemburu Hadif. Dia risaukan keselamatan anak dalam
kandungannya. Mujur Danial telah dihantar ke rumah ibunya, kerana tarikh kelahirannya
semakin menghampiri.
Hadif akan pulang pada jam 6 petang.
Sempat untuk dia pergi berjumpa dengan Misha. Sekejap pun jadilah. Dia rindu
benar dengan teman baiknya itu. Lantas dia mencapai beg tangannya.
-
“Assalamualaikum, Misha!” tubuh Misha
dipeluk mesra. Misha tertawa melihat sikat Siti yang tidak berubah-rubah itu.
“Waalaikumusalam. Oh mak buyung oit.
Asyik nak memeluk orang saja kerjanya, penyek nanti anak kau tu.” Usik Misha.
Siti ketawa.
“Sorrylah teruja sangat jumpa dengan
kau ni. Apa cerita sekarang ni? Dah kahwin?” tanya Siti dengan senyuman. Misha
mengangkat jari manisnya. Siti terjerit kecil.
“Dengan siapa?” jerit Siti teruja.
“Kawan baik kita, Luqman! Amacam
hebat tak aku dapat pikat jejaka paling handsome dalam kampung kita.” Kata
Misha sambil ketawa besar.
“Amboi, kau! Hehe tahniah.” Siti
tersengih. Tanpa sedar perbualan mereka berlanjutan. Siti tidak sedar dengan
waktu yang berlalu.
“Weih aku nak gerak dulu. Karang
risau pulak abang aku tu.” Kata Misha sambil memeluk tubuh Siti.
“Haha aku pun sama. Mesti risau
suami aku. Tak sedar jam dah pukul 5.50 petang.” Kata Siti dalam nada gusar.
Mesti Hadif marah apabila dia tiada dirumah.
“Tulah sembang tak ingat dunia. Aku
pergi dulu assalamualaikum.” Misha terus hilang dalam lautan manusia. Siti
menjawab salam yang diberi. Nafas ditarik dalam-dalam. Risau mula bermain di
dalam dada. Takut mula menghantui dirinya.
-
Perlahan pintu dibuka. Siti
mengintai ruangan rumahnya. Harap-harap Hadif tak balik lagi.
“Dah pukul berapa ni? Baru ingat nak
balik?” tanya Hadif dalam nada yang tenang. Nada suara itu membuat Siti semakin
takut.
“Ma... maaf. Siti... jumpa Misha.
Siti lupa minta kebenaran abang. Maaf.” Pinta Siti tergagap-gagap.
“Jom ikut aku. Kita ambik Danial.”
Kata Hadif sambil mengheret Siti masuk ke dalam kereta. Siti menangis dalam
diam. Dia jadi takut. Kenapa nak ambil Danial?
“Ke.. kenapa nak ambil Danial?”
tanya Siti dengan linangan air mata.
“Sebab aku nak keluarga aku sentiasa
bersama aku.” Kata Hadif dengan senyuman manisnya. Tetapi Siti tahu itu bukan
Hadif yang dia cintai kerana tiada lagi ‘abang’sayang’.
-
Selepas mengambil Danial, Hadif
membawa mereka ke tepi pantai. Waktu yang kini sudah masuk waktu Isyak, membuat
keadaan pantai itu sunyi. Siti memeluk tubuh Danial kejap. Danial yang masih
kecil itu bertepuk tangan riang apabila menyedari mereka pergi ke pantai.
“Danial suka?” tanya Hadif dengan
senyuman. Danial tersenyum riang.
“Suka sangat! Jomlah mama!” tangan
kecil Danial menarik Siti mendekati pantai yang sunyi sepi itu.
Danial berlari bermain di gigi air.
Kesempatan itu diambil Hadif mendekati isterinya yang masih lagi menggigil
ketakutan. Tangan Siti dicapai lalu digenggam. Dikucup penuh perasan.
“Kau tahukan aku sayangkan kau?
Cintakan kau?” tanya Hadif perlahan. Siti yang teresak-esak itu mengangguk.
“Tahu ke tak?” tinggi suara Hadif
bertanya.
“Tahu!” jawab Siti dengan esakkan.
“Kalau kau tahu kenapa kau buat aku
macam ni? Seksa perasaan aku macam ni? Kenapa kau pergi keluar tanpa izin aku?
Kau jumpa jantan tu ya?” suara Hadif mula memetir di kawasan pantai itu. Siti
tersentak, tindakan refleksnya membuat dia kebelakang tanpa sedar. Hadif
semakin marah apabila Siti menjauhi dirinya.
Tangan dia laju menghinggap ke pipi
Siti. Kuat. Sampai terjatuh Siti di pasir pantai itu. Danial yang asyik bermain
sudah berlari ke arah mereka. Sambil menjerit menyuruh Hadif berhenti.
Hadif semakin menggila. Bisikan
cemburu, paranoid dan stress yang dia hadapi membuatkan dia hilang
pertimbangan. Tangan laju menampar, kaki pantas menendang tanpa henti.
Danial memeluk tubuh ibunya yang
mula kaku itu. Namun Hadif tidak berhenti memukul Siti. Jeritan dan tangisan
Danial bagaikan tiada maknanya kepada Hadif.
“Danial benci ayah!” jerit Danial
nyaring. Kata-kata itu membuat Hadif marah. Tubuh kecil itu jadi tumpuannya.
“Berani kau benci aku! Kau kan anak
aku? Ke kau ni anak jantan tu hah? Sebab tu kau benci aku?” tubuh kecil itu
diangkat tinggi-tinggi lalu dilempar ke kawasan berbatu. Tubuh Danial kaku.
“Danial!” jerit Siti yang lemah.
Tubuhnya cuba dingesotkan ke arah Danial. Akhirnya tubuh kecil itu didakapnya.
“Jangan pegang dia!” jerit Hadif
yang kini menarik-narik rambutnya.
“Aku dah kata jangan pegang dia!”
batu dicapai. Lalu dihempas ke kepala Siti.
“Aku dah kata jangan pegang dia.
Degil.” Kata Hadif perlahan. Batu ditangan terlepas. Dia terduduk di tepi
Siti dan Danial yang kini sudah tidak
bernyawa.
“Degil.”
“Degil.”
“Degil.
“Aku dah kata... DEGIL!” jerit Hadif
kuat.
Tubuh kaku Siti dan Danial diangkat
penuh kasih sayang. Lalu diletakkan berhati-hati ke dalam kereta.
-
Kereta yang dipandu akhirnya
berhenti. Di depan sebuah balai polis. Hadif tersenyum. Dia melangkah keluar
dengan penuh tenang.
Pintu balai dibukanya. Seorang
pegawai polis pantas bertanya apakah dia ingin membuat laporan.
“Saya dah bunuh isteri dan anak
saya.” Kata Hadif tenang. Pegawai polis itu terbeliak biji mata mendengar
pengakuan dia.
“Eh, awak jangan main-main. Ingat
pegawai polis ni tak ada kerja ke?” tengking polis itu, terasa dirinya
dipermainkan.
“Betul. Mereka ada dalam kereta.”
Kata Hadif dengan senyuman. Polis itu pantas mengarahkan rakan sekerjanya ke
kereta dinaiki Hadif.
“Tuan betul apa yang dia cakapkan
tu. Ada seorang wanita yang sedang mengandung dan kanak-kanak dalam linkungan
umur 6 tahun tidak bernyawa di dalam kereta yang dia naiki.” Terang pegawai
polis yang memeriksa kereta Hadif.
-
“Jadi motif awak membunuh mereka,
kerana cemburu?” tanya doktor Fadz. Pennya mengetuk-ngetuk meja.
“Bukan... kerana sayang, kerana
cinta.” kata Hadif sambil tersenyum.
“Baiklah Hadif. Sesi kita akan
diteruskan pada waktu yang lain ya. Assalamualaikum.” Doktor Fadz pantas
meninggalkan bilik putih itu. Dia jadi menyampah memandang wajah lelaki itu.
Hanya kerana mengikut kata hati, dia membunuh isteri dan anaknya.
Hadif kembali murung. Isteri dan
anaknya muncul kembali. Memandang dia dengan senyuman.
Hadif ketawa. Dia ingin meluru dan
memeluk mereka. Dia rindu dengan mereka. Tapi dia tak mampu. Wajah Siti dan
Danial yang memandangnya menjadi sedih.
“Tak apa nanti ayah ikut Danial dan
mama ya.” Pujuk Hadif sambil menangis.
Wajah Siti berubah menjadi
menggerunkan. Membuat Hadif ketakutan. Danial juga berubah. Mereka semakin
mendekatinya. Bagaikan ingin menariknya pergi sekarang juga. Hadif
menendang-nendang tangan Siti yang menarik-narik kakinya.
“Maaf! Maaf! Nanti aku ikut korang!
Maaf!” jerit Hadif.
Doktor Fadz
menggeleng-geleng melihat telatah Hadif dari balik cermin itu.
TAMAT.
No comments:
Post a Comment
Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)