Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Friday, 18 September 2015

DARAH bab 1 : MIMPI


ASSALAMUALAIKUM

hehehe bab baru! yeay!!! hadiah tuk penyambut cuti seminggu. Hahaha seronoknya cutiiii!!! leh rehat, baca novel, menulis, baca novel, tengok wayang, menulis, baca novel... hahaha banyak baca novel je kannn

apapun happy holidays guys!!!


Bab 1
Mimpi

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berlarian di tepi istana yang amat cantik. Berbaju gaun ala-ala tuan puteri dan bercekakkan mahkota kecil, membuat dirinya cukup comel.

            “Tuan puteri! Bonda Tuan Puteri ingin berjumpa dengan Puteri.” Kata dayang yang berusia dalam belasan tahun itu.

            “Bonda?” tanya si cilik sambil jari telunjuknya di dagu kecilnya. Nakal.

            “Ya bonda, Tuanku Permaisuri Rosella, bondanya Tuan Puteri Isabella.” Terang si dayang penuh sabar. Tuan Puteri Isabell tersenyum manja.

            -

            “Anakanda Isabella.” Seru satu suara yang amat merdu. Si cilik, Tuan Puteri Isabella mendongak memandang ke arah suara yang menyerunya.

            Cantik, bukan... tetapi Jelita. Berkulit putih pucat, bermata bundar berwarna biru, berbibir penuh dan merah seperti delima, pendek kata sempurna. Teramat sempurna sehingga wanita itu hanya boleh wujud di dalam mimpi sahaja.

            “Bonda!” Tuan Puteri Isabella segera memeluk kaki bondanya. Tuanku Permaisuri Rosella mengusap lembut kepala anaknya. Kucupan mesra diberikan.

            “Sayang, maafkan bonda. Sayang harus pergi. Ini semua untuk keselamatan dan kebaikan anakanda Isabella. Dengar perintah bonda, anakanda jangan sesekali lepaskan tangan Dayang Lina. Walau apa pun yang terjadi jangan lepaskan pegangan tangan dia! Faham?!” Tuanku Permaisuri menekan suaranya. Membuat Tuan Puteri Isabella hampir mengalirkan air mata.

            “Tapi... bo... bonda?” tanya Tuan Puteri Isabella dengan linangan air mata. Sesekali terlepas esakkan kecil dari bibir comel itu.

            “Nanti bonda menyusul. Sekarang pergi!” kata Tuanku Permaisuri Rosella sambil menolak kasar badan Tuan Puteri Isabella. Dayang Lina segera mendukung tubuh kecil Tuan Puteri Isabella sebelum berlari masuk ke dalam hutan di belakang istana.

            “Semoga selamat anakandaku!” kata Tuanku Permaisuri Rosella buat sekian kalinya.

-
            Isabell terjaga dari mimpi itu dengan linangan air mata. Siapa tuan puteri yang mempunyai nama yang hampir sama dengannya? Malah siapa tuanku Permaisuri Rosella itu? Mengapa dia menangis?

            “Isabell, aku nak pergi kedai kau nak kirim apa-apa?” laung Lily dari luar biliknya. Isabell masih kaku. Masih ligat memikirkan siapakah orang-orang yang muncul dalam mimpinya.

            “Isabell..?” Lily terpaku melihat Isabell menangis. Dia segera duduk menghadap Isabell di atas katil temannya itu.

            Isabell masih hanyut dalam dunianya sendiri. Jauh ke dasar realiti dan mimpi. Lily jadi risau. Apa kena dengan kawannya itu? Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi Isabell. Isabell tersentak dari dunianya.

            “Kau okay?” tanya Lily penuh prihatin.

            “A.. aku okay. Sorry buat kau risau.” Kata Isabell dengan senyuman.

            “Kenapa kau menangis?” tanya Lily dengan muka tidak percayanya.

            “Aku... mimpi. Mimpi yang menyedihkan.” Terang Isabell. “Bodohkan aku, mimpi sedih pun menangis macam betul je terjadi.” Kata Isabell sambil tergelak kecil.

            Lily memandang tepat ke anak mata Isabell. Selepas berpuas hati, dia yakin yang Isabell tidak menipunya, barulah dia tersenyum. Namun senyumannya hambar. Dia tahu ada sesuatu yang disembunyikan Isabell.

            “Okay. Aku nak keluar, kau nak kirim barang atau kau nak ikut aku keluar?” tanya Lily sambil memaut bahu Isabell. Isabell mengerut hidungnya, memikir.

            “Hm... aku nak ikut boleh?” tanya Isabell sambil membuat muka comelnya

            “Mestilah.... BOLEH! Hehehe jom.” Lily pantas menarik tangan Isabell keluar dari bilik itu.

-

            Bilik yang cantik berhias dengan warna hitam dan merah itu dipandang bosan. Dinding kaca yang memaparkan pemandangan malam kota raya Dales itu disentuh. Keluhan dilepaskan.

            “Entah bila aku boleh keluar dari tempat ini...” Xavier memeluk tubuhnya; bosan.

            “Tuan.” Muncul Zen tiba-tiba membuat Xavier sedikit berang.

            “Ada apa?!” tengking Xavier memandang pengikutnya yang pertama itu. Sekarang pengikutnya hampir mencecah 50 orang. Setiap 4 tahun dimana, tahun lompat berlaku, Xavier diberi kebebasan selama 2 hari. Selama 2 hari itulah dia mengrekrut manusia yang mempunyai sisi kegelapan yang melampau untuk menjadi vampire.

            Hanya manusia yang mempunyai sisi kegelapan melampau yang mampu menerima racun vampire, dan berubah menjadi vampire sebenar-benarnya.

            “Maaf. Liam berjaya mengesan sebuah bandar kecil yang mempunyai populasi yang kecil. Hanya terdapat 5 orang gadis berusia 18 tahun di situ.”

            “Jadi?” tanya Xavier bosan.

            “Saya syak, ‘dia’ ada di situ, berikutan kes-kes pelik yang berlaku di bandar itu.” Terang Zen perlahan. Masih ada rasa takut kepada Xavier. Walaupun sudah hampir 196 tahun dia berada disisi Xavier.

            “Betul?” tanya Xavier dengan senyuman yang tidak dapat disorok.

            “Ya. Kemungkinannya tinggi. Saya akan menyuruh Denn menyelinap ke kampung itu.” Zen memberitahu tentang perancangannya.

            “Bagus... Denn? Budak paling baru itu? Boleh diharap kah dia?” tanya Xavier sambil mencapai gelas berisi air kemerahan hitam itu. Diteguk penuh dinikmat, matanya berubah kehitaman lalu kembali ke warna asal.

            “Saya memilih dia, kerana dia yang paling hampir dengan keadaan sosial zaman ini. lagipun, dia perlu belajar menahan rasa ‘lapar’.” Kata Zen dengan sedikit yakin.

            “Hm... okay. Tapi aku perlukan keputusan yang sahih menjelang hujung tahun ini! kalau benar, ‘dia’ yang aku cari, memang bagus! Tahun hadapan aku boleh melaksanakan rancangan aku. Sudah lama aku mencari... mungkin ini kunci aku akhirnya.” Xavier tergelak besar. Dia sudah terbayang hidupnya bakal bebas dari kurungan yang menyeksakan ini.

            “Baik, Tuan!” jawab Zen.  Dia pantas berlalu pergi dari situ.

-

            “Liam, Tuan Xavier dah setuju dengan rancangan kita.” Beritahu Zen kepada Liam.

            “Bagus! Nanti aku akan aturkan Denn untuk masuk ke bandar itu.” Liam menepuk-nepuk bahu Zen.

            “Kau pastikan budak tu tak timbulkan masalah. Kalau tidak nahas kita.” Zen memperingatkan Liam buat sekian kalinya

            “Ya aku tahu.” Liam pantas berlalu ke ruangan bawah. Tingkat dimana pengikut-pengikut baru tinggal.

-

Denn P.O.V (Point of view)

            Aku yang sedang bermalas-malasan di kerusi segera bangkit apabila bau salah seorang ketua kecil semakin menghampiri tingkat kediaman kami(pengikut baru lingkungan 20 tahun paling baru Xavier memburu, bermaksud 5 orang tinggal disini.).        

            Rakan serumah aku semuanya sibuk dengan tugas masing-masing. Bekerja. Hanya aku yang tinggal di sini. Masih tidak mampu bekerja di luar kerana apabila aku berdekatan dengan manusia, rasa ‘lapar’ aku berleluasa.

            “Denn.” Panggil ketua kecil Liam. Setahu aku Liam menjadi ketua kecil kerana dia adalah manusia kedua yang ditukar Ketua Xavier kepada spesies kami; vampire.

            “Ya KT Liam.” Balas aku. KT merupakan singkatan kepada gelaran ketua kecil.

            “Ketua Xavier memberi tugas pertama kepada kau.” Kata KT Liam membuat aku teruja. Ini kali pertama ketua Xavier memberi kepercayaan kepada aku.

            “Kau akan ditugaskan ke bandar kecil di selatan. Tugasan kali ini jika kau berjaya, ganjaran yang amat besar akan diberikan kepada kau.” KT Liam menepuk-nepuk bahu aku.

            “Bandar kecil? Untuk berburu?” tanya aku tidak sabar.

            “Bukan. Untuk risikan. Risikkan untuk ‘kunci’ kebebasan Tuan Xavier. Malah tugasan ini untuk menguji ketahan kau untuk berada ditempat ‘awam’.” Terang KT Liam. Aku ternganga. Tempat ‘awam’? Maksudnya... tempat yang dipenuhi manusia? Makanan?! Darah?!


            Ini memang bukan sesuatu yang baik...

4 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)