ASSALAMUALAIKUM.
APA KABOR???
E-novel baru???
He he he... nak wat cam na... idea datang tak dijemput.
apape pun.. jemput baca dulu naaaa
DARAH
DITULIS OLEH ASYU ASYURA
PROLOG
Gelas kaki yang berisi cecair berwarna
merah kehitaman itu diteguk penuh nikmat. Bauan hanyir itu dihidunya sepenuh
perasaan. Lidah pantas menjilat cecair merah yang terlepas ke bibirnya. Lazat.
Matanya mula kehitaman tatkala deria rasa memproses cecair merah itu.
Cecair
merah itu jatuh setitik ke atas lengannya. Pantas dia menjilat, untuk kehilangan
walaupun setitik cecair merah ini memang tidak. Apatah lagi untuk mendapatkan
cecair merah ini bukanlah senang.
Xavier
tersenyum puas apabila cecair merah itu berjaya dihabiskannya tanpa dibazirkan.
Matanya yang kehitaman mula bertukar ke warna asal; coklat kekuningan.
Pandangannya dihala ke cermin yang menggantikan dinding. Pemandangan malam kota
raya, Dales amat cantik. Terutama apabila dilihat dari tingkat 25. Ketukan
kedengaran, tidak berapa lama diketuk, pintu dibuka secara perlahan. Xavier berdesis
perlahan. Tidak suka dengan ganguan yang diterimanya ketika ini.
“Ada
apa?!” lantang suaranya diutarakan.
“Tuan,
kami sudah berjaya mendapatkan apa yang Tuan minta.” Kata seorang lelaki yang
bermata biru. Xavier tersenyum. Gembira mendengar khabar yang dibawa lelaki
itu.
“Bagus!
Berapa yang kau dapat bawakan, Zen?” tanya Xavier sambil menjilat bibirnya. Dia
jadi lapar.
“5.
Semuanya masih segar. Tidak ada yang mati.”kata Zen dengan suara perlahan.
Jangan berani memandang tepat ke anak mata Xavier, ketuanya itu paling pantang
ditentang matanya.
“Bagus,
bagus. Bawakan seorang kepada aku. Yang paling muda.” Kata Xavier dengan senyuman
yang menakutkan. Matanya mula menjadi hitam.
Zen
pantas keluar dari bilik ketuanya ke ruangan bawah. Terdapat 5 orang gadis yang
terikat dan bertutup mata duduk berlonggok di bahagian hujung ruangan itu.
Semuanya seperti ketakutan. Zen tersenyum. Bodoh! Manusia-manusia itu bodoh!
Mereka tak tahu, ketakutan mereka sebenarnya membuat golongannya semakin teruja.
Membuat dia semakin rasa... LAPAR.
Zen kembali dengan seorang gadis yang berusia
15 tahun dan yang paling muda. Pintu bilik Xavier diketuk. Selepas Xavier
membenarkan dia masuk. Terus Zen menolak gadis itu ke dalam bilik Xavier dan
berlalu pergi dari situ. Waktu makan Tuannya jangan berani diganggu.
-
“Maafkan
saya! Tolong maafkan saya!” pinta gadis berusia 15 tahun itu. Xavier ketawa
sepuas hatinya. Perasaan takut gadis itu membuat dia tidak sabar untuk ‘makan’.
“Apa
salah saya?” tanya si gadis tatkala Xavier semakin mendekatinya.
“Kau
hanya salah tempat, salah waktu, dan... salah diri kau sendiri sebab jadi
mangsa aku.” Kata Xavier sambil mendekatkan gigi siungnya ke leher jinjang
gadis itu.
Si
gadis menjerit ketakutan. Semakin dalam gigi Xavier menusuk ke isinya semakin
nyaring dan kuat jeritan yang dilontarkannya. Semakin lama, jeritannya beransur
hilang. Sebelum nyawanya terpisah dari badan, sempat dia katakan kepada Xavier.
“Kau
makhluk yang disumpah tak akan bahagia buat selamanya.”
Xavier
terpana. Gigitannya terlepas. Ya. Dia makhluk yang tak akan bahagia.
Namun
dia telah jumpa kunci kebahagiannya. Hanya dengan ‘kunci’ itu dia akan bebas. Bebas
dan bahagia.
“Aku
akan dapatkan ‘kunci’ aku! Aku pun mampu bahagia!” bergema suara Xavier di
biliknya. Gadis yang sudah tidak bernyawa itu dicampak ke dinding. Perasaan marahnya
tidak dapat dibendung.
“ZEN!”
jeritan Xavier membuat Zen muncul di pintu bilik dalam masa sesaat.
“Aku
mahu kau cari ‘kunci’ kebahagian aku! Aku dapat rasakan dia ada berdekatan
kita!” arah Xavier. Zen mengangguk faham. Arahan ketuanya jangan dibantah. Kalau
dibantah akibatnya jantung mereka akan dimakan Xavier. Selepas itu, mereka
dibakar agar tidak mampu hidup semula.
“SEKARANG!”
suara lantang Xavier membuat Zen kecut perut. Dia dapat rasakan Xavier sudah
tidak mampu membendung kuasa vampirenya.
-
“Isabell!
Isabell!” Lily mengejutkan Isabell yang bermimpi ngeri. Kawannya itu berpeluh
dan menjerit ‘jangan,jangan’ di dalam tidur.
“Apa?”
tanya Isabell yang baru sedar. Dia masih ternampak-nampak keadaan gadis di
dalam mimpinya itu. Sejuk, urat biru kelihatan di seluruh badan, dan badan
gadis itu kurus kering kerana darahnya telah habis dihisap oleh makhluk jahat
itu.
“Kau
tak apa-apa?” tanya Lily yang masih kerisauan.
“Tak.
Aku tak apa-apa. Terima kasih kejutkan aku.” Kata Isabell sambil bangun menuju
ke bilik air. Wajah yang dipenuhi peluh dibasuhnya kasar. Apa makna mimpinya
itu?
Kenapa
dia harus mengalami mimpi ngeri itu? Dan kenapa hanya makhluk jahat itu yang
muncul setiap kali dia bermimpi ngeri? Apa makna semua ini? itu hanya mimpi
atau?
Bestttt... nak lagi :)
ReplyDeleteTema kasihh ct sudi bc n komen :')
DeleteGilaa bestt naaaaaaaaaaaa leh diterbitkn ni gerenti beli. Uwaa excited nyaaaa tag lagi yaaaaaaaaa ^_^ sejuta bintang tuk akak heheh
ReplyDeleteHaha terima kasih wany sudi baca n komen. InsyaAllah nnt akk tag lagi ye :')
DeleteBest3
ReplyDeleteTema kasihhh :')
DeleteBikin penasaran...
ReplyDeleteHehe sabarrr....
Delete