SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Tuesday, 10 June 2014

WEAPON sebuah Cerpen

Assalamualaikum.

Bismillahirahmanirahim

Hye... hehehe kali ni Xin plak... dan macam mana eda nak... asyu banyak selitkan gelagat Far. >_< enjoy!!!

Weapon
Dia... senjata merbahaya.
Dia... weapon yang diinginkan...
Dia... XIN.


“Xin! Kau pergi mana? X dah bising nak jumpa kau!” Sam termengah-mengah. Berlari pecut memanglah mengah. Xin pelik. Kenapa nak jumpa aku pulak?

“Hummm malasnyaaa...” Xin mengeliat malas. Kerusi selamat tinggal... sampai sini je date kita... isk sedih pulak rasanya. Kerusi di tepi tasik diusap-usap dah macam kekasih hati pula.

Sam tayang muka meluat. Xin kalau sehari tak propa memang tak sah. Tangan Xin ditarik. Kalau dibiarkan sampai esok dia duduk di situ.

“Malasnya... Sam belanja...” muka kesian ditayang. Sam menggeleng kepala.

“Huh... ni memang nak kikis harta aku je kerja kau! Hm.. kau nak makan apa? Gaji aku baru masuk. Boleh belanja group kita tu...” kata Sam sambil melihat jumlah wang yang ada dalam dompetnya. Karang dibantainya Xin nak Seoul Garden mampus! Mamat berdarah korea sipi-sipi ni bukan betul sangat.

“Yeay!!! Pizza!” jerit Xin dengan mata bersinar. Dia sudah jauh ke depan, berlari nak makan. Macam setahun tak makan. Sam sudah menggeleng kepala.


--

“Wahhhh!! Pizza la! D’, Jo kita dapat makan free!!!” jerit Far yang sudah melompat bintang. Xin sengih. Bangga. Macam dia pula yang keluarkan duit padahal Sam yang belanja.

“Rajinnya korang keluar duit...” kata D’ yang sudah mencapai sepotong pizza.

“Mahunya tak rajin. Si Xin ni tak nak balik selagi aku tak belanja dia.”kata Sam mengundang satu lukuan dikepalanya. Sam memandang Xin tak puas hati. Sakit tau tak!

“Korang kenapa tak beli hawaii punya... tak sedap la..” rungut Far yang sudah mencapai kepingan yang ketiga. Xin dan Sam membeliakkan mata.

“Tak sedap ya... tak payah makan.” Xin menarik pizza yang berada di tangan Far.

“Eh.. eh... sedap! Sedap!” Far sudah terlompat-lompat maklumlah dia pendek sikit dari ahli yang lain. Xin meninggikan lagi pizza ditangan.

“Ala... nak pizza!!!” Far sudah menghentak kaki. Baju D’ ditarik-tarik. Mengadu.

“Kasi jelah dia. Kau ni Xin!” marah Sam. Xin menayang muka ‘bolayan’. Seronok dapat buli Far. Selalunya Far buli dia.

“Kiss pipi aku dulu.” Duga Xin. Dia tahu Far memang elergik cium-cium ni.

Tergamam semuanya. Far betul-betul kiss pipi Xin. Pizza punya pasal... Semua dah gelak melainkan Far dan Xin. Xin meraba-raba pipinya. Pizza di tangan Xin dirampas kembali.

“Kau Far!!!” Far dikejar. Pizza tetap tak dilepaskan. Janji dapat makan. Far... Far...

--

“Xin masuk bilik saya!” arah X dari pintu biliknya. Xin mengangguk faham. Depan bos kenalah formal.


“Aku masuk dulu.” Kata Xin pada yang lain.

“Habislah kau... itu lah aku suruh masuk dulu kau nak makan padan muka.”kata Sam memprovok Xin. Far turut tumpang sekaki. Lidah dijulurkan.

--

“Xin...”seram pula dengar suara X yang serius.

“Ya..”

“Awak ialah weapon.”kata X. Xin blur.

“Weapon? Senjata?”tanya Xin yang semakin keliru.

“Ya... hanya awak yang ada ilmu mengenai senjata-senjata merbahaya di dunia serta cara mematikan bom. Ini menjadikan awak sebagai target. Malah kelebihan awak dalam mengakses ke dalam data sulit negara juga membuat awak dalam bahaya. ”kata X lagi.

“So? Selama ni okay sahaja. Malah saya ada ilmu Judo, Akido, dan juga muay-thai.” Kata Xin yang mula bosan. Dulu pernah sekali X memanggilnya begini. Hanya sekadar dia menjadi target sebuah syarikat gergasi yang mempunyai perniagaan gelap.

“Masalahnya, kali ni pihak ‘under’ nakkan awak.”

“Under?”

“Negara luar. Mereka nak kepandaian awak tu!” kata X. X mula berkawad. Runsing juga dia ada pekerja yang terlampau bagus ni. Keselamatan pekerjanya tanggungjawabnya.

“Hump... X tak payah risau. Saya tahulah nak jaga diri.” Xin menghempas pintu bilik X. Geram. Dia dilayan bagaikan budak kecil.

“Ingat aku bodoh sangat ke nak serah diri dekat mereka. Ini Xin, myself is a weapon tau.. bukan sebab ilmu aku tapi sebab aku XIN”bebel Xin seorang diri. Sam, D’, Jo, dan Far hanya memerhati. Nak kacau memang taklah.. angin Xin ni lain macam sikit.

“Kau okay ke bro?”tanya Far.

“Aku okay jee... ni mesti kau punya badikan.. kiss aku lagI! Nak kena budak ni!” tak pasal-pasal Far jadi mangsa. Kepala Far diluku sepuas hati.

“Sorry Xin! Aku minta ampun!”rayu Far bersungguh-sungguh. Xin yang marah terus hilang rasa marahnya berganti geli hati.

“Kau ni lawak la Far!” kata Xin yang sudah terbongkok-bongkok gelak. Far menggaru kepala yang tak gatal, lawak ke aku?

--

Seperti biasa Xin keluar dari rumahnya pada jam 8.50 pagi. Jarak pejabat dan rumahnya yang dekat membuat dia hanya berjalan kaki ke sana. Dengan t-shirt polo dan seluar slack hitam membuat para gadis rasa nak pengsan melihatnya. Kacaknya!

‘SKREETTT!!!’ sebuah van berhenti secara mengejut di depan Xin yang hendak melintas jalan. Xin yang terkejut terjatuh ke belakang.

“Woi! Kurang ajar betul. Kau ni kenapa?”marah Xin yang membersihkan tanah yang melekat di seluarnya.

“Apa ni? lepaslah woi!” Xin sudah mengelupur. Tiga orang lelaki yang berbadan besar serta berpakaian hitam memegang Xin. Keadaan yang tiba-tiba ini membuat Xin kaku. Blur.

“Sam! Far!” jerit Xin yang melihat mereka berdua di hujung jalan. Sam dan Far segera lari mendapatkan Xin yang kesusahan.

Namun, si penculik lebih pantas. Xin disumbat ke dalam van. Van meluncur laju meninggalkan tempat kejadian.

“Xin!” jerit Sam. Far sudah tertunduk melepaskan kelelahan.

--

“Mmmm... Mmmm...”Xin membuat bising walaupun mulutnya bertutup rapat.

“Bisinglah!”marah lelaki botak yang duduk disebelahnya. Xin semakin bising, menunjukkan protes.

‘Buk!’ sebijiik penumbuk melayang tepat ke perut Xin. Senak. Xin merenung tajam lelaki botak itu.

“Huh, tahu pun diam!” kata lelaki botak itu seakan-akan berbangga dapat mendiamkan Xin. ‘Kau tahulah nasib kau kalau aku terlepas dari ikatan ni!’ kata Xin dalam hati. Buat masa sekarang biarlah dia diamkan diri.

--

Sementara itu, dipejabat.

“D’, Jo, Xin kena culik!”kata Far yang sudah tidak tentu arah. Badan D’ digoncang-goncang. Dah macam kena histeria. Sam mengangguk tanda mengakui kata-kata Far.

“Apa? Dekat mana?”tanya Jo.

“Dekat simpang depan tu...” kata Sam.

“Kau nampak detail kenderaan orang yang culik Xin?”tanya D’.

“Van jenis Benz nombor plat XZQ 20. Warna hitam.”Berkerut-kerut Far cuba mengingati butiran kenderaan itu.

“Okay. Aku akan usahakan detect kereta tu.”kata D’.

“Hm... kau, Sam pergi bagitahu X. Far kau pergi report polis.” Jo bertindak sebagai ketua. Sam pantas masuk ke dalam bilik X.

“X. Xin dah kena culik!” kata Sam.

“Apa? Tu la aku dah pesan dah. Dia degil! Sekarang ni dah report belum?”tanya X yang memicit dahi.

“Dah, Far yang pergi report.”

“Bagus. D’ dan Jo tengah buat apa?”

“Mereka tengah detect van yang bawa Xin.”

“Okay. Sekarang siap sedia. Dapat je detect terus pergi!”arah X. Sam mengangguk faham.

--

Di sebuah lokasi yang tidak dikenal pasti.

Lelaki botak itu membuka ikatan dimata dan mulut Xin. Xin meludah melepaskan marah.

“Well... nice to meet you, Xin.” Kata seorang lelaki yang berusia dalam likungan 30-an.

“Huh, kau siapa?”tanya Xin kasar.

“Who me? Aku... orang tengah untuk negara O. Kau boleh panggil aku Q.”kata lelaki yang dikenali Q. Xin merenung Q tajam.

“Kau nak apa?”

“Kami nak kepandaian kau. Aku nak kau masuk ke dalam data negara ni.” kata Q sambil menunjukkan sebuah komputer riba. Xin tarik sengih sinis.

“Macamlah aku nak buat.” Kata Xin berani.

“Tak nak tak apa... Hans.” Q tersenyum sambil mengarahkan lelaki botak itu mendekati Xin.

Tumbukan tepat dilepaskan dimuka Xin. Darah mengalir keluar.

“Kau nak buat tak?”tanya Q sekali lagi. Xin menggeleng.

Kali ini Hans melepaskan tumbukan di perut Xin. Xin tertunduk menahan sakit.

“Nak tak?”tanya Q sambil membetulkan rambutnya.

“Heee” Xin tersenyum lebar. Tali yang mengikat tangannya berjaya dirungkai.

“Nak sangat!” pantas si lelaki botak itu dilipatnya. Tangan lelaki itu dipegang erat sebelum diangkat dan dilambung lelaki itu. Kaki memijak kuat perut lelaki botak itu. Pengsan terus lelaki itu.

Satu tumbang, tinggal 3 lagi.

Segala ajaran Akido Judo dan Muay-Thai di gabungkan.

Dalam masa 10 minit 2 lagi lawannya tumbang.

“Tinggal kau je Q.” Kata Xin sambil melangkah mendekatinya.

“Maa... maafkan aku.Aku.. aku hanya diupah...”kata Q sambil melutut.

“Ish.. ish... mangsa keadaan la ni... hurm. Apa yang aku nak buat dengan kau ya...”Xin berjalan mengelilingi Q.

“Ma.. maaf.”

“Q.”

“Ya.”

“Kau tahu tak aku ni apa?”tanya Xin.

“Kau? Kau manusia paling baik!”kata Q kuat. Moga-moga dia dapat terlepas dari menjadi mangsa Xin.

“Tet! Salah!”kepala Q disepak. Patah dua gigi Q.

“Cuba lagi.”

“Kau.. Kau orang paling hebat!”

“Tet! Salah lagi!”tumbukan dilepaskan ke muka Q.

“Sekali lagi.”

“Kau... manusia paling merbahaya.”

“Tet! Salah!” tangan menghentak kuat tulang belakang Q. Q terus pengsan.

“Aku... adalah... WEAPON!” kata Xin seorang diri.

Rokok dikeluarkan. Xin melabuhkan punggung dikerusi yang tadinya Q duduk. Api dinyalakan. Rokok disedut. Asap berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

“Xin!”jerit Sam.

“Hoi. Lambat! Aku dah setel dah.”kata Xin yang masih sedap menghisap rokok.

“Ceh... penat je aku berlari. Dah setel dah. Ingat boleh la join sekaki.” Kata Sam yang terduduk kelelahan.

“Hm... mestilah setel. Akukan WEAPON!” sengih ditayang. Far , Jo, dan D’ baru tiba dengan anggota polis.

“Korang lambat! Denda Seoul Garden!” kata Xin yang sudah jalan meninggalkan mereka. Sam mengangkat bahu.

“Aku tak campur.”kata Jo.

“Aku tak de duit.” Kata D’.

“Tak akan aku sorang kut! Abes duit cheq!!! Xin!!!!” Far segera berkejar ke arah Xin.

“Hahaha... apa boleh buat!” kata Xin sambil memeluk tubuh Far.

“Ala..... Xin yang handsome... sorry.” Kata Far sambil membuat muka comel. Dah nasib... redha je la Far.Xin buat donno.



4 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)