ni la buku akaun depe... hahaha sama ngan buku akaun asyu dulu >_<
Mizi... sebb dia nerd type
ni Khai suka main hahahaha
Cinta. sopannnnnn je rupanyee
Sayang, Awak Cikgu Cinta!
Buku
pelajarannya dipandang
kosong. Satu apa pun tak mahu masuk ke dalam otak. Buku prinsip akaun itu
dikuis-kuis dengan ibu jari dan jari telunjuk. Buku latihan yang tersedia
cantik di tepi buku prinsip akaun yang tebalnya lebih dari 200 muka surat itu
ditenung bagai nak tembus.
“Woi,
Sood! Kau tenung nak tembus pun benda tu tak akan siap! Esok mesti Cik D’zaleha
bising! Tak dapat den nak nolongnya...” marah Mizi yang sedang
menyiapkan tugasan Perdagangan. Dia nak tolong memang taklah, dia kelas
5KeA(kemanusian) yang si Sood ni kelas 5SI (Sains + sastera). Memang sangatlah
lain matapelajarannya.
“Ewah,
ewah, ewah! Nama aku bukan main sedap lagi, Muhammad Khairul Shafiq. Kau
panggil aku Sood! Kejam betul kau ni!” kepala Mizi menjadi mangsa lukuan Khai.
Mizi menolak tangan Khai kuat. Bibir diketap kuat.
“Kau
ni! Kepala janganlah buat main, ilmu ni!”marah Mizi. Nilah yang Mizi malas,
mesti bila Mizi belajar sama inilah yang akan terjadi. Khai suka main kepala
dia. Macamlah bapak dia tak bayar zakat fitrah saja.
“Huh,
aku tak faham la akaun dengan ekonomi ni... tak masuk lagi ICT dengan addmath.
Aku blur la.” Rungut Khai yang kini berbaring di katilnya. Kali ini giliran
mereka belajar bersama di rumah Khai. Semalam di rumah Mizi.
“Itulah...
dari dulu aku pesan, aku nasihat... tingkatan 4 bukan untuk kau berbulan madu,
honeymoon. Tapi kau degil. Seronok sana, sini, buku memang kau tak buka. Dah
tingkatan 5 ni barulah nak ajak aku belajar sama. Tapi... minta maaflah aku
bukan boleh tolong kau pun. Dah aliran dengan subjek kita lain...” ujar Mizi
yang masih ralit menyiapkan tugasannya. Lagi 10% sahaja nak siap.
“Eiii..
kau ni boleh tak jangan membebel! Kalau boleh beri aku cara nak belajar tak
apalah... ni asyik mengungkit pasal tingkatan 4. Itu zaman zahilliah akulah!”
kata Khai yang kini mencapai alat kawalan jauh untuk televisyennya. Mizi
menggeleng kepala. Ni satu lagi benda yang si Khai ni tak ubah-ubah. Hantu tv!
“Hah,
mulalah tu!” Mizi yang sudah selesai menyelesaikan tugasannya mengeliat
kelegaan. Satu jam duduk tegak secara statik memanglah menduga iman.
“Ala...
relaks la...”kata Khai yang mula menguyap kerepek kentang. Mizi turut mencapai
sekeping. Krup.. krap.. krup.. krap bunyi mereka mengunyap. Petang-petang macam
ni memang seronok boleh bersantai begini.
“Hah!
Aku ada idea untuk tolong kau!”jerit Mizi tiba-tiba membuat Khai yang sedap
menguyap tersedak.
“Uhuk!
Uhuk! Apa lagi kau ni! sakit tekak aku...” rungut Khai yang lega setelah minum
segelas air.
“Ni...
apa kata kau ambik cikgu tuisyen? Aku ada kenal seorang budak yang boleh tolong
kau dapat paling tidak 80 markah untuk setiap subjek...” kata Mizi yang sudah
mengeluarkan telefon mencari nombor telefon seseorang.
“Ye
ke? Betul ke ni?”tanya Khai yang turut teruja.
“Betul
la.. ni ha budak ni. namanya Nur Cinta Balqis. Hah, apa tunggu lagi! Salinlah
nombor dia. 0111-11909978.” Laju tangan Khai menyalin nombor telefon. Ni
peluang baik ni! Penyelamat dia dah muncul. Cikgu Cinta! Ya cikgu Cinta!
Cinta
mengelap rambutnya yang
basah. Seharian berada disekolah memang membuatkan dia lelah. Tapi apa nak buat
dah orang mintak tolong tak akan nak menolak pula... kering sahaja rambutnya
dia mencapai sikat.
“Mesej!
Mesej!” suara watak animasi yang terkenal kedengaran. Telefon Samsung Galaxy
Note dicapai.
‘As’salam. Sy Khai, sy prlukan bantuan awk.
Blh kita jumpa esok di tmn prmainan dpn msjd tu?’
Berkerut-kerut
muka Cinta. Siapa pulak ni? Nak minta tolong segala...
‘Wa’salam. Sy x kenal awk.. knp sy
kena tolong awk?’
‘Sy mntk tlg sgt2... ini soal hidup
mati ni!’
Cinta
jadi serba-salah.
‘Yelh2... sok kita jumpa.’ Mintak-mintak
la budak nama Khai ni orang baik.
Keesokkan petangnya.
“Assalamualaikum.
Awak Cintakan?”tanya Khai kepada seorang gadis ayu bertudung merah lembut.
“Waalaikumusalam.
Ya saya Cinta. Awak ni Khai ke?”tanya Cinta pula. sudah rasa berjumpa kawan online sahaja.
“Ya.
Cinta saya nak minta tolong sangat-sangat dengan awak...”kata Khai
bersungguh-sungguh. Kalau boleh melutut memang dia dah melutut. Bukan apa tak
nak buat Cinta malu sahaja.
“Hm...
cuba cerita dulu apa masalah awak.”kata Cinta lembut.
“Saya...
saya malulah...” kata Khai yang sudah mula melakukan kawat kaki. Sekejap ke
kanan sekejap ke kiri.
“La...
nak malu apa? Cepat cerita kalau tak saya nak balik ni...”ugut Cinta. Geram.
“Hm...
saya nak minta tolong awak ajarkan saya, akaun, ekonomi, ICT dan addmath...”kata
Khai perlahan. Malu. Tebal mukanya 4 inci.
“La...
tu saja ka? Awat la hang tak kata awai-awai. Hm... boleh aja eih... tak da hai la...”kata Cinta yang mula teruja. Bila
teruja keluarlah bahasa utara dia tu.
“Betul
ke? Bayarannya macam mana?”tanya Khai dengan mata bersinar.
“Ya..
betul. Bayarannya... hm.. nanti-nanti la fikir. Sekarang fikir pasal kelas
dulu. Esok kita mula. Nak buat dekat mana ya?” Cinta sudah berkerut dahi. Ibu
jari dan terlunjuk di dagu. Betul-betul serupa dengan animasi-animasi detektif
di televisyen.
“Hah,
itu jangan risau. Dekat rumah saya boleh buat...”kata Khai yang sudah seronok.
Siapa tak seronok, masalah bakal selesai dan.... dapat pulak cikgu cantik
begini...
“Rumah
awak? Tak apa ke? Dekat mana?”tanya Cinta takut-takut. Macam penjenayah sahaja
rupanya. Dengan berbisik-bisiknya.
“Tak
apa. Mama saya bagi bawa kawan ke rumah untuk belajar. Rumah saya yang warna
biru hujung jalan tu”kata Khai sambil menunjukkan jalan ke rumahnya. Sempat lagi
dia menaip mesej kepada Mizi untuk memberitahu hal gembira ini.
“Okay.
Jumpa awak esok.” Cinta sudah bangun. Khai turut bangun. Mereka saling melambai
sebelum berpisah kerana hala rumah masing-masing berlainan.
Khai memicit dahi yang terasa memberat.
Cinta merenungnya tajam. Ditangan Cinta terdapat sebatang pembaris panjang. ‘Hai... garangnya cikgu aku ni. muka sikit
punya lawa. Hari tu bukan main lagi ayunya, hari ni mengalahkan singa!’
monolog Khai.
‘Pap!’
terhenjut bahu Khai, terkejut ya amat. Khai melihat wajah Cinta yang memerah.
“Salah!
Kan cikgu dah bagi formula. Buat ikut formula tu! Step by step!” marah Cinta. Pembaris panjang dipegang erat, cuba
menahan amarah. Nanti tak pasal-pasal si Khai ni kena pukul dengan pembaris ni.
Siapa tak marah kalau dah ajar 10 kali, satu benda pun tak boleh buat lagi?
Khai mengeluh perlahan.
Sekali
lagi dia mencuba. Kali ini mengikut langkah dalam contoh di buku Cinta. Setelah
10 minit bertungkus lumus.
“Yeay!
Siap!” jerit Khai yang kelegaan. Cinta mengambil buku latihan Khai. Diteliti
jalan kerja untuk subjek Akaun itu. Bukan apa pun, buat lejar biasa saja.
Dengan kira-kira basic. Belum kunci
kira-kira lagi. Kalau buat kunci kira-kira mahu setengah jam pun tak siap.
Cinta
terangguk-angguk puas. Akhirya berjaya juga ‘anak murid’ dia ni buat lejar.
Mizi yang sedari tadi menjadi pemerhati menepuk tangan. Khai yang terharu terus
memeluk Mizi sudah gaya menang ingat emas di Olimpik sahaja.
“Jangan
nak seronok sangat! Buat lagi 2 soalan!” kata Cinta dengan nada garang. Khai
terus melepaskan pelukannya dengan Mizi. Tabik hormat diberi kepada Cinta.
“Baik
cikgu Cinta!”
Hari ini kelas terakhir Khai dan Cinta. Esok
mereka bakal menduduki peperiksaan penting. Apa lagi kalau bukan SPM. Kali ini
Cinta akan membuat ulang kaji sahaja. Tiada latihan. Kalau ada pun sekadar soal
jawab.
Khai
sesekali mengerling wajah Cinta. Berdebar sungguh hatinya. Macam mana dia nak
meluahkan rasa ini? Haih... esok sudah periksa memang kena tahan dululah rasa
ini. Rasa yang tak pernah dia rasai sebelum ini.
Rasa
cinta. Ya, dia sudah jatuh cinta dengan Nur Cinta Balqis sejak hari pertama
Cinta mengajarnya. Dia jatuh cinta kali pertamanya dengan Cinta. Cinta yang
lembut, garang, tak mudah putus asa. Saat Khai hampir kecundang dengan perasaan
putus asa, Cinta datang menghulurkan tangan mengatakan ‘tidak mengapa, kita
boleh cuba lagi.’. Ya... Cinta pendorongnya, kekuatannya. Khai cintakan cikgu
Cinta!
“Hah!
Tengok apa? Tu buku tu ternganga tak dibaca, nak suruh ilmu tu lari ke?” kata
Cinta yang masih mengadap bukunya. Sebenarnya dia malu ditenung begitu. Rasa
macam tak pakai baju pula. Asyik ditenung, sampai merah mukanya.
“Eh,
er.. er... Cikgu Cinta. Hari ni kan hari terakhir kelas kita. Boleh tak kita...
kita...”
“Kita
apa?!”sergah Cinta yang penat menunggu Khai menghabiskan ayatnya.
“Kita
jalan-jalan, tengok wayang, main boling tapi lepas kelas la!” kata Khai sekali
nafas. Cinta sudah tersenyum sembunyi. Khai... Khai.. kalau Mizi ada sekarang
ni memanglah kamu kena gelak sahaja.
“Hm...
ok. Boleh saja. Sekarang baca buku tu!” Kata Cinta tanpa perasaan. Khai asyik
tersenyum. Seronoknya bagai mendapat coklat segunung. Ha ha ha... Cinta turut
merasa hal yang sama. Tapi... malulah nak tunjuk.
“Baik,
cikgu Cinta!” tabik hormat diberi. Memang dah jadi trademark Khai. Habis sahaja kelas mereka terus pergi ke AEON
untuk menonton wayang.
Sampai
di panggung wayang Khai mengeluarkan duit untuk membayar duit tiket wayang
mereka. Cinta menolak. Khai buat pekak, ada dia kisah? Dah dia lelaki mestilah
dia bayar, tak akan nak biar perempuan bayar... perempuan yang dia sayang pula
tu.
Cinta
menarik muncung. Tak suka dengan perbuatan Khai. Segan nak guna duit Khai.
Bukannya mereka pasangan kekasih atau suami isteri. Malulah.
“Comelnya
mulut... rasa nak cubit-cubit je...”kata Khai perlahan namun dapat didengar
Cinta. Membahang muka Cinta. Dada terasa bagai nak meletup. Rasa apa ni?
Khai keluar
dengan wajah yang tenang dari dewan peperiksaan. Baru tadi kertas peperiksaan
ekonomi berakhir bermakna tamat sudah perjuangannya. Mizi yang tamat awal
sehari daripadanya menunggunya diluar dewan.
“Macam
mana bro?”tanya Mizi yang sudah berkerut-kerut.
“Hm...”
“Hm
je? Tak apalah kau dah usaha..” ujar Mizi menenangkan Khai. Khai menjelir
lidah.
“Semua
yang cikgu Cinta ajar keluar! Wei! Keluar!” jerit Khai yang mula
melonjak-lonjak macam beruk. Rakan-rakannya yang melihat sekadar tersenyum.
“Wah!
Alhamdulillah!” Mizi turut melompat bersama-sama Khai.
4
Bulan kemudian.
“Assalamualaikum,
cikgu Cinta.” Khai memulakan bicaranya di telefon.
“Waalaikumusalam.
Kenapa Khai?” suara Cinta kedengaran serak. Seperti baru sahaja menangis.
“Cikgu
kenapa ni? kenapa menangis?”tanya Khai kalut.
“Oh..
he he he tak ada apa. Cuma terharu, keputusan saya cemerlang. Oh ya, macam mana
keputusan awak?”tanya Cinta yang masih belum reda esakkannya. Menangis tak
ingat dunia, bila nak berhenti memang susah.
“Tahniah!
Alhamdulillah, 4A1, 5A, dan 1A-.”beritahu Khai yang sudah duduk bersila.
“Ye
ke?! Wargh!!! Tahniah Khai! Saya yakin awak boleh buat!”jerit Cinta dihujung
talian. Telefon Khai jarakkan. Bingit. Namun dia suka dengan keterujaan Cinta
itu.
“Hehehe...
berkat ajaran cikgu Cinta. Boleh kita jumpa esok? Saya nak belanja atas dasar terima kasih.”kata Khai. Cinta
mengangguk. Ini telefon... lepas tu bukan buat video call.
“Ya.
Ya. Boleh saja. Esok kita jumpa ya, Khai!” talian di matikan. Cinta terus
menuju ke almari bajunya. Kenalah pilih baju yang cantik,kata nak jumpa si
kekasih hati... erk.. kekasih hati?
Khai
menghulurkan ais-krim
Cornetto kepada Cinta. Cinta menyambut. Mata mereka bertentangan buat seketika.
Malu. Terasa aliran elektrik mengalir saat tangan Khai tersentuh Cinta.
“Ehem..”
Khai membetulkan suara. Cinta yang semakin gelisah membetulkan duduknya.
“Er...
er... saya... saya...sa...” sekali lagi penyakit lembab Khai menyerang. Cinta
memandang Khai geram. Rasa nak cubit-cubit saja!
“Apa?!”sergah
Cinta sekali lagi, dan seperti biasa berkesan....
“Sayang,
awak cikgu Cinta!” jerit Khai kuat akibat terkejut. Bulat mata Cinta mendengar
luahan hati Khai itu. Betul ke ni?
“Eh...
eh.. macam mana ni... saya... saya.. tak tak sayang...” Khai yang malu
menafikan luahannya.
“Oh...
awak tak sayang saya la... rupa-rupanya saya bertepuk sebelah tangan.” Balas
Cinta yang sedih. Air mata mula bertakung.
“Tak..
bukan macam tu. Saya... saya sayang awak. Sayang sangat-sangat. Inilah kali
pertama saya rasa perasaan yang macam ni. Saya sayang awak. Sayang awak cikgu
Cinta!” kali ini Khai memberanikan diri. Cinta yang sudah mengalirkan air mata
mendongak mencari mata Khai. Orang kata mata tak boleh menipu.
“Betul?
Saya tak bertepuk sebelah tangan?”tanya Cinta, polos. Khai tersenyum.
“Betul.
Sayang awak cikgu Cinta!” kata Khai sedikit berbisik. Malu mereka menjadi
tarikan di taman permainan, tempat kali pertama mereka bertemu.
hahaha.... ni memang kelakar
ReplyDelete>_<
ko gelak dak techik??? hehehe
Deletebest3 :)
ReplyDeletethankss
Delete