Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Monday, 9 June 2014

UNDERCOVER sebuah Cerpen

UNDERCOVER


bismillahirahmanirahim

assalamualaikum

hyeeee huhuhu cerpennnnn lagiiiiiiiiiiiii hahahaha asyu tgh gila cerpen...
hrap maaf sapa yg nantikan DKAKUS tu...
enjoyyyyy



Turutan dari kisah BODYGUARD. Mengisahkan Far(salah satu watak utama BODYGUARD).

‘Tit! Tit! Tit!’ mata Far yang kuyu mula terbuka. Ditenyeh-tenyeh mata yang terasa masih melekat kuat. Telefon dicapai. Dengan mata yang terbuka kecil, dia mengintai telefonnya.

‘Alarm! 4.40 am!’ itu yang tertera di skrin telefonnya. Ibu jari menekan button cancel.

“Argh... malasnya!” rambut yang sememangnya kusut itu dikusutkan lagi dengan kedua-dua belah tangannya. Dalam keterpaksaan, Far duduk bersila di atas katil. ‘Wargh!!! Rasa nak nanges je... hukhukhuk rindu dengan D’, Xin, Sam and Jo.’ Tangan menyepah-nyepahkan cadar katil. Kaki menendang-nendang udara. Sebijik budak umur 2 tahun mengamuk sebab tak dapat ais-krim.

Lagu ‘Mission Imposible’ mula kedengaran. Ala lagu citer kartun Kim Possible tu.. dengan muka monyok Far mengangkat call (memang kanak-kanak riang). Nama caller itu dilihat, oh... mamat ni. Sebelum butang warna hijau ditekan, dia siap-siap menjarakkan telefon itu dari telinganya.

“WOI! BANGUN CEPAT!” jerit satu suara dihujung talian. Terpejam-pejam mata Far menahan ke’vokal’an kawannya itu. Baru aja sebut-sebut dah muncul salah seorang rakannya ni. memang panjang umur.

“Yelah Xin oit!” balas Far dengan suara yang segar. Kalau tak segar mahu Xin menjerit macam tarzan hilang bini lagi.

“Hah, siap cepat! Tugas undercover kau yang first start hari ni!” Xin mengingatkan. Hilang terus rasa malas Far. Baru dia ingat hari ini dia start tugas yang penting. So... conclusionnya, dia tak bersama geng bodyguard dia dah... No more a brother like D’, berlagak macho Sam, busybody Xin (tapi sekali sekala mamat busybody ni ada jugak sebab dah nama pun busybody) dan Mr. Cold Lion like Jo.

Such a boring life that I will through.

“Hah, jangan nak berangan pergi mandi cepat!”jerit Xin lagi sekali. Far tersentak. Telefon dicampak ke atas katil, tuala dicapai dan Far berdesup ke bilik air.

“Thanks Bro!”jerit Far dari bilik air. Xin dihujung talian ketawa mengekek. Far... Far... title naught kau punya, title lembab pun kau nak bolot ker....


+++

“Encik Zul ni PA encik yang baharu, namanya Far.” Terang Xintia, sentiausaha encik Zul Helmi orang yang bakal dilindungi Far.

“Saya sedia berkhidmat, Encik Zul.” Tangan dihulurkan salam. Zul memandang tangan Far hendak tak hendak. Tapi disambut juga salaman Far, tak mahu menjatuhkan air muka bapanya, Tan Sri Zul Suhaimi yang turut berada di situ.

Berlalu sahaja Tan Sri Zul Suhaimi dari bilik itu, perwatakkan Zul turut berubah. Dari baik bertukar bongkak.

“Dengar sini, aku tak suka PA aku dekat dengan aku, berborak dengan aku, dan yang paling penting tak boleh bising serta tak boleh handsome lebih dari aku!” pesannya sombong. Far dalam dilema nak gelak ke nak serius. Ceh... cheq ingat hampa elok la perangainya.. tapi hampeh! Far mengutuk dalam hati.

Ada ke tak boleh handsome dari dia? Hahaha manalah Far nak menyangkal kelebihan yang dikurniaan Allah kepadanya...

Tapi... memang... B. O. S. A. N. la diri dia lepas ni. Hurm... satu keluhan terbit dari mulutnya.

+++

Seperti biasaan Far sepanjang seminggu ini, Far menyediakan tempat mesyuarat seperti biasa. Pelik tak kenapa PA kena buat kerja ni? selalunya setiausaha yang kena buat. Ini tak lain tak bukan kerja si Zul yang dengki dengan ke’handsome’an Far.

“Wow... handsome la si Far tu, Tia...” bisik Laili kepada Xintia.

“Tula... rugi betul aku dah kahwin...” rungut Xintia.

“Eh, kau ni... kau tu mak buyung dah tau... jangan nak potong line aku la..” kata Laili sedikit kuat. Far yang sedang menyiapkan meja mesyuarat sudah tarik senyum. Nak buat macam mana... akukan anugerah Allah terindah. Rebut la macam mana pun aku kat sini bukan lama pun...

Tepat pukul 1.00 petang, pekerja yang terlibat dengan mesyuarat ini mula memasukki bilik mesyuarat. Far berdiri tegak dibelakang Zul.

Wajah yang ditayang seperti biasa 100% serius. Macam patung! Tapi patung yang handsome la.

Dengan kaca mata hitamnya, semua pekerja perempuan tidak mampu mengalihkan perhatian dari Far.

            Tapi satu sahaja yang mereka tidak tahu, Far sebenarnya sedang mencari siapakah yang berniat jahat kepada Zul.

            Seminggu sebelum.

            “Far kau ditugaskan untuk satu misi undercover.” Jo mula memberi tugas kepada anak-anak buahnya.

            “Ye ke? Wah... ini kali pertama aku kena buat undercover.” Far rasa macam nak melompat bintang je.

            “Hm... jangan seronok sangat Far. Kali ni kau seorang je..” kata D’ pula.

            “La... awat pulak lagu tuh! Tak syok la kami!” mulalah bahasa utara dia keluaq dah!

            “Nak buat macam mana. Tak kan nak undercover ramai-ramai kot. Tu bukan undercover. Tapi jangan risau... lepas kau kesan je lelaki itu, Xin bertanggungjawab tolong kau dari jauh. Tugas dia ialah menelefon pihak berkuasa.”terang Sam pula.

            Muka Far masih masam. D’ menepuk mesra bahu rakannya itu.

            “Hah, dah dah. Ni... Far, kau kena tau, yang orang kau kena lindungi dalam samaran ni sebenarnya jadi target bunuh.” Far menelan liur mendengar maklumat dari Jo.

            “La... nak wat lagu mana nih? Cheq mana la tau nak wat lagu mana...”rungut Far.

            “Hm... jangan risau. Nih... tok guru Jo dengan D’ ada... wat pa hang nak kalut?!”balas D’ dalam loghat utara juga. Far tarik sengih. Kelakar betul bunyi D’ cakap utara.

            Mata Far menangkap kelakuan pelik 2 orang pekerja Zul. Kedua-duanya orang penting dalam syarikat itu. Dia perlu menginform rakan-rakannya. Nanti kalau jadi apa-apa ada la back-up. Far membawa diri ke sebuah bilik stor terbiar di dalam syarikat itu. Telefon dikeluarkan. Nombor D’ didail laju.

            “D’ aku kesan ada 2 orang yang pelik la D’. Dua orang ni asyik mengekor Prince-Ice-Cold yang tak handsome tu.” D’ yang mulanya mendengar dengan serius mula ketawa di hujung talian.

            “Prince-Ice-Cold yang tak handsome?”tanya D’ yang masih seronok ketawa.

            “Hu’uh... dah dia kaya tapi dingin macam ice lepastu boleh plak cemburu dengan kekacakkan diri aku ni...”cerita Far kenapa dia memberi gelaran itu.

            “Far... Far.. hahaha. Okay.. okay... sekarang ni kau kena sentiasa rapat dengan dia. Mata tu buka sambil-sambil tu perhatikan dua orang yang mungkin menjadi suspek tu...” kata D’.

            Far mengangguk beria. Tangan laju melepuk dahi. ‘Adoi... ni telefon nokia 3310... bukan smart phone... manalah D’ nak nampak..’ marah Far pada dirinya sendiri.

            “Okay bro D’ thanks!” balas Far.

            Far meneruskan aktivitinya.

            --

            Seminggu mengintip pergerakan mereka. Membuat Far yakin bukan mereka yang ingin melakukan benda tidak baik terhadap Zul. Cuma mereka menyimpan rasa tidak puas hati terhadap prince-ice-cold-tak-handsome. Hump... jangan kata mereka... si Far yang tulus, mulus bagaikan minyak Johnson & Johnson ni pun rasa tak puas hati.

            Ada kesepanjang dia undercover ni dia dilayan mengalahkan balaci? Kuang ajaq betul prince-ice-cold-tak-handsome tu. Mujur la... dia masih dalam penyamaran dan kalau tak diingatkan lelaki kuang ajaq tu la yang dia kena lindungi memang dah lama kena balun sampai lunyai. Kalau lunyai boleh buat pekasam tak apalah... ni.. buat sakit hati ja.

            “Far... ni Laili ada buat nasi goreng kampung untuk Far...” Laili menghulurkan sebekas plastik kepada Far. Far mengerut dahi. Tak suka dengan tindakan Laili.

            “Hum... susah-susah ja...” kata Far sebenarnya dia nak kata gini “ Wat pa la hang wat nasi goreng kampung. Kot hang nak pikat aku pun... hang wat la benda yang aku suka... haih.. nak tak nak kena telan jugak benda alah ni..”

            La... bukan tak suka Laili kasi makanan, rupa-rupanya tak suka Laili kasi nasi goreng kampung. Biasalah kalau orang Penang... nak kasi pikat perut senang ja... Kari Kepala Ikan Satuuuuuu~!!!!

           
            --

            Far duduk melepak di sofa panjang ruangan pantri itu. Zul masih di pejabatnya, menyiapkan kerja apa entah. Mata Far yang hampir terpejam terbuka luas saat ada tangan menyentuh badannya.

            “Woi! Apa ni?”sergah Far. Rupa-rupanya Tian yang memegang badannya. Tian meletakkan jari dibibir Far. Senyuman penuh menggoda dilemparkan. Mata Far membulat.

            “Gila?”marah Far. Siapa tak marah kalau kena sexual harresment macam tu? Oleh kaum sejenis pulak!

            “Far... jangan la macam ni... I tahu you pun macam I... Sebab tu you handsome sangat...” kata Tian dengan suara menggoda.

            “Hello... aku handsome sebab tuhan jadikan tau! Aku bukan handsome sebab aku gay... aku straight okay!!!” Far mengetap gigi. Mahu sahaja penumbuknya melayang ke muka betina yang ada dalam badan jantan ni.

            “Oh... sorry. I ingat.. I ingat...” Tian sudah melarikan diri. Malu.

            “Gila betul bekerja pejabat ni! Yang bosnya marah aku handsome lebih dari dia. Yang pekerjanya keliru jantina. Susahnya jadi lelaki handsome ni..” rungut Far yang sudah bangun menuju ke bilik Zul. Lama pula si Zul ni buat kerja selalu dia yang terjerkah-jerkah suruh Far cepat.

            “PRANG!” bunyi kaca pecah berderai membuat Far berlari ke arah bilik Zul dengan lebih pantas.

            “Hoi!”Far menengking lelaki yang cuba mencederakan Zul. Mujur sahaja Zul memang berdiri dekat dengan pintu. Pantas Far menarik Zul yang masih terkejut ke belakangnya.

            “Lu ni bro! Nak buat jahat agak-agak la.. pe hal main pisau pulak ni. Hang tau tak cheq tengah hangat ni?! Memanglah hang silap banyak... Meh sini sebelum cheq lipat hang! Sekali cheq tampaq melekat dekat dinding tau!” amuk Far.

            Si penjenayah terkebil-kebil. Tidak memahami apa yang dituturkan Far. Lelaki itu cuba melepaskan diri. Tendangan diberi. Lelaki itu mengacah-ngacahkan pisaunya. Far mematahkan serangan lelaki itu. Pisau terpelanting jauh ke bawah meja Zul.

            Namun Far tak gentar. Tendangan ditangkis, siku pantas disua. Menyebabkan lelaki itu terbatuk menahan perit. Melihat lelaki itu tertunduk, Far melompat dan menghentak tulang belakang lelaki itu. Membuat lelaki itu longlai jatuh terduduk.

            “So.. sorry bro!” rayu lelaki itu. Kepalanya Far tunjal.

            “Sorry, sorry.. sorry naik lori la hang. Pi naik lori ayam tu! Memang padan la dengan perangai hang yang macam hantu ni... eii.. ikutkan hati mau cheq kasi lutut! Biar koma terus!” Far makin galak bercakap. Tapi tangan jalan juga, tali dicapai lalu kaki dan tangan si penjenayah diikat kuat.

            “Te..terima kasih!”ucap Zul yang masih trauma.

            “Tak payah la hang  nak terima kasih bagai. Hang tau dak yang perangai hang yang loqlaq ni la yang kasi hang jadi lagu ni! Sombong, bongkak, riak! Tu semua hang la tu... and then hang kaya pulak.. memang sedap la musuh-musuh perniagaan hang kasi pedajal. Suh aja budak mentah lagu dia ni bunuh hang. Kasi duit kasi kepuasan... memang la depe nak wat.” Celoteh Far tak henti-henti.

            “Lagi satu nih! Hang nak ambik pekerja tu biaq la elok sikit.. Ni yang tak kenal pasti jantina sendiri kau nak ambik... hish! Cheq hampir-hampir jadi mangsa tau!”

            Zul terangguk-angguk bagai orang bodoh. Far melepaskan nafas lega. Telefon dikeluarkan.

            “D’! hang p telefon polis skang gak. Ni malaun ni dah cheq balun. Tinggai nak sumbat lokap aja.”

            “Ye ke? Okay bro.” D’ menamatkan panggilan.

            “Kamu ni siapa?”tanya Zul yang mula hilang traumanya.

            “Cheq? Cheq bodyguard. Tapi kali ni special case... cheq undercover.” Balas Far selamba. Zul ternganga. Nasib baik selama dia buli Far, Far tak balas balik. Kalau tak mati dia...

            Laili yang sedari tadi menjadi penonton, Far tenung. Mana tak tenung dah macam patung cendana.  ‘Ni awat pompuan ni lagu ni?’

            “Hang pasai pa?”tanya Far.

            “Cheq nak kahwin ngan hang, Far!” kata si Laili tiba-tiba. Dalam bahasa utara pulak tu. Dah berkenan sungguh ni!


            “La hai... mai lagi satu bala....” Far menepuk dahi. Laili hanya tersengih. Habislah Far... Laili ni memang jenis tak putus asa. 



            “D’, Jo, Xin, Sam tolong cheq!”jerit Far. Tapi dalam hati jelah... jatuh la air muka kalau jerit depan perempuan. Muka Laili dipandang. Nak buat macam mana... dah handsome kena la redhaaaa.....




my first doodle... hehehe comottt
ni adalah tunjuk ajar adik Aina Nabila
Boleh ke blog dia klu nak wat doodle guna paint je




1 comment:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)