Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Tuesday 10 June 2014

FATE sebuah cerpen

FATE
Jodoh itu sudah ditakdirkan


Natasha V

Jo

Adammmmm yang comeyyyyy



Assalamualaikum

bismillahirahmanirahim

hye... jumpe lagi. dah sekali lagi cerpennnn
hak hak hak jangan marahhh ni jadi sebab ada org kasi story line


Watak utama kali ini juga merupakan salah seorang daripada watak bodyguard. Iaituuuuuuuuuuu...... jeng jeng jeng JO! Huhuhu JO yang ganazzzz! Seperti ayat di atas... JODOH... maksudnya JO bertemu JODOH!!! Wah! JO yang ganazzz + dinginnn ni akan berjumpa jodoh??? Dengan siapa??? Bagaimana??? He he he nantikannnnnn....

----

Tamat dah penantian hahahaha

       “Jo, kali ini awak bertanggungjawab untuk menjaga seorang budak kecil.”terang X, CEO syarikat BODYGUARD.

          “Budak? Jadi... saya seorang?”tanya Jo dengan berkarismanya.

       “Ya, budak, seorang budak berumur dalam likungan 4 tahun. Anak kepada Datuk Dr. Syamier.”X sudah mengeluarkan sehelai kertas bersaiz A4. Jo segera menyambut kertas itu.

       “Natasha V?”dahi Jo berkerut.

       “Ya...itulah partner awak. Jadi tugasan awak bermula esok pagi. Seawal pukul 5.50 pagi awak dihendaki berada di rumah Datuk Dr. Syamier.” Kata X lagi. Jo mengangguk faham. Maklumat yang diberikan X dibawa keluar.

          “Hoi Jo pe cer?”tanya D’. Jo tayang sengih. Dengan D’ semua sifat dia tak boleh sorok. Kawan baiklah katakan...

       “Hm... aku dapat job baru. Jaga budak kecik...”kata Jo sambil mencapai sebiji buah pear yang sememangnya tersedia dipantri.

       “Budak kecik? Traumalah dia dengan kau...”usik D’.

       “Kau mulut... tak da maknanya trauma... si Far tu elok je...” Jo mengerling Far yang tertidur dengan mulut ternganga di sofa.

       “Haah jugak.. si Far tu lebih kurang kanak-kanak riang juga... lupa pulak kau sorang je ke misi kali ni?”tanya D’ yang kini membancuh air. Ringan tulang si D’ ni... untung siapa dapat...

       “Hump... tu satu hal. Aku dapat patners perempuan.”Jo menyerabutkan rambutnya. D’ menahan gelak. Ya... ini memang kelemahan Jo. Perempuan.

       “Kau tak cakap dengan X pasal kelemahan kau tu? Mmmm.... Mmmmm..”

       “Shu’ssss! Kau ni nak kasi semua orang tahu kelemahan aku ke?”mulut D’ ditekup rapat. D’ mengkerdip-kerdipkan matanya, konon-konon comel la tu.

       “Sorry he he he... Jo... kau punya sakit ni kronik betul.”D’ mula nak mentarbiah rakannya itu.

       “Nak buat macam mana. Kalau aku jumpa dia orang(perempuan) aku rasa nak pengsan je..” Jo mengusap dagunya yang berserabut dengan janggut yang baru menjenguk dunia.

       “Hm... susah ni. Nanti kau nak kahwin macam mana?”tanya D’ lagi.

       “Itu aku serahkan bulat-bulat dekat mak aku.” Jo sudah bangun mengangkat gelas milo kosong yang tadinya dibancuh D’ untuknya.

       “Oh... hm... kau tak pernah nak jatuh cinta?”

       “Hm... aku.. aku..”

       “Oi korang jum makan Sam belanja hari ni!” kemunculan Xin dan Sam mematikan bicara Jo. D’ hanya memandang muka budak berdua itu dengan rasa tak puas hati. Penat-penat dia korek rahsia, lagi sipi je nak dengar jawapan Jo...

          “Wah, ayam goreng!!!”jerit Far yang sudah melompat macam anak kera baru kena lepas dengan maknya.

       “Relaks la Far... banyak ni. Nah!”seketul peha hot’n’spicy di sumbat Sam ke mulut Far. Mengelupur sekejap budak bawah umur tu(konon-kononnya). D’ tergelak kuat melihat gelagat mereka. Jo sekadar mengukir senyuman nipis. Tak boleh nak senyum mengenangkan esok dia akan bekerjasama dengan wanita.

          ---

          Tepat pukul 5.50 a.m. Jo sudah terpacak di depan pagar rumah Datuk Dr. Syamier.

       “Assalamualaikum.”salam diberi, jangan tak tahu, Jo ni Islam. Yang lain-lain tu baru tak Islam, nama betul Jo, ialah Johan Ashaare. Lebih kurang saja bunyinya dengan pelakon Juvana tu.

          “Waalaikumusalam. Masuk.” Pintu pagar terbuka secara automatik. Baru sahaja Jo nak melangkah masuk, seorang wanita cantik, berwajah seperti Taylor Swiff masuk tergesa-gesa. Jo sudah panas hati. Pagi-pagi lagi dia sudah di duga.

       “Maaf Datuk saya lambat!”kata si wanita. Jo merengus kasar.

       “Datuk, saya Jo yang ditugaskan mengawal anak Datuk selama dua bulan.”Jo memperkenalkan dirinya.

       “Saya Natasha V. Panggil saya V sahaja.” V menghulurkan tangan kepada Jo. Jo buat bodoh. Nak dia pengsan di sini? Memang tak salam la jawabnya. Lagipun bukan mahram kan...

          “Sombong..”kata V perlahan namun didengari Jo.  Jo menjeling dari ekor mata.

       “Okay, ini ialah Adam Zaqrel. Anak saya yang akan awak awasi. Dia sekarang sedang belajar di tadika XanCer. Adam salam.”arah Datuk Dr. Syamier.

          Adam mendekati mereka berdua dengan takut-takut. Masih tidak biasa dengan mereka berdua. V terus mencangkung, menyamakan paras mereka, maklumlah V ni ada darah british sikit tu yang tinggi lonjong tu.
                            
       “Hai... nice to meet you!” V menghulurkan salam.

       “Hai... assalamualaikum.” Ujar Adam yang petah berkata-kata. V tersipu-sipu malu. Jo tersengih. ‘Padan muka kau!’

          “Waalaikumusalam. Adam, saya Jo.” Kata Jo yang kekok dengan budak kecil. Dilayannya Adam seperti orang dewasa.

       “Terima kasih sudi jaga saya.” Ucap Adam bijak. Jo tersenyum melihat gelagat Adam. Senang. Tak rumit nak jaga.

          V mencebikkan bibir. Tak puas hati dengan Adam dan juga Jo. Datuk Dr. Syamier tersenyum.

       “Baiklah saya tinggalkan anak saya dalam jagaan awak berdua. Saya terpaksa out station selama dua bulan ini dan isteri saya tiada kerana berpantang di Pahang. Adam ada sesi persekolahan jadi dia terpaksa ditinggalkan.”Jelas Datuk Dr. Syamier. Jo terangguk-angguk.

          Sayang sangat Datuk Dr. Syamier dengan anaknya. ‘Untungnya ada anak..’ Jo memasang angan-angan nak anak secomel dan sepandai Adam.

_-

          Baju V ditarik-tarik. V membongkokkan badan.

       “Ada apa Adam?”tanya V. Geram tengok muka Adam yang comel ni.

          “Nak shishii..”kata Adam berbisik.

          “Apa?”tanya V yang blur.

          “Nak kencing la...” marah Jo kepada V. Kesian budak kecil ni tahan kencing. V memasamkan muka.

          “Oh... tak apa kau... ada ubi ada batas ada hari aku balas...” V membebel seorang diri.
         
---

       “Assalamualaikum, mak. Along tengah kerja ni. ada apa mak?”tanya Jo sopan. Adam yang asyik bergayut dilengannya dihayun-hayun sebelah tangan. V terpana melihat Jo bercakap dengan maknya secara sopan. Malah Adam yang menganggu tidak dimarahi. Memang boleh jadi anak dan bapa mithali.

       “Jo... Adam nak ice-cream.” Kata Adam yang terlihat motosikal yang menjual ais-krim. Jo mengangguk. Dia mencari-cari di mana perginya partner dia. Ada saja disitu termenung bagaikan orang tak betul.

          “Oit cik akak uit.. ni hah, bos kecik nak ais-krim. Layan kejap. Berangan je tahu... aish... kenapalah aku dapat partner yang macam ni.” rungut Jo kuat sengaja.

          V tersentap. Dengan mak, Adam bukan main baik lagi dengan aku macam hampeh! Dalam geram V membawa Adam membeli ais-krim yang diidamkan.

       “Ya mak. Along ada lagi ni.” ujar Jo.

          “Along mak nak pinangkan seorang perempuan ni untuk along. Along setuju tak?”tanya Cik’ Liah perlahan. Takut juga anaknya naik hantu. Anaknya itu panas baran.

       “Hm... along tak kisah. Along setuju je mak.” Balas Jo. Memang anak yang soleh. First class!

          “Alhamdulillah. Nama dia.. Vidia Natasha Senrose.” Kata Cik’ Liah seronok. Siapa tak seronok nak dapat menantu.

       “Hm.. okay mak. Along ada kerja ni assalamualaikum.” Selepas maknya menyambut salam, Jo mematikan talian.

          Mata Jo terpaku melihat kelembutan V melayan Adam. Memang terserlah sifat keibuannya. Dada dipegang. Dug dag dug dag. Kuat rentaknya, laju. Mata Jo seakan tak boleh berkalih dari memandang V.

       “Sudah... Jo jangan buat gila. Kau baru sahaja setuju nak meminang anak dara siapa tu... jangan nak jatuh pula...”kata Jo kepada dirinya sendiri.

       “Hah, apa hal tercegat kat situ? Adam dah mengantuk ni.” ujar V yang memapah Adam yang terhuyung hayang.

       “Letak dia belakang aku.” ujar Jo. Buat pertama kalinya dia dekat sangat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya

       “Hm...” V hanya menurut. Hilang sakit hati, geramnya melihat sifat Jo yang satu ini.

          ---

          “Apa mama?”V terjerit kecil.

       “Yaa... mama dah terima pinangan mak cik Liah kamu.” Kata Cik’ Suli, mak V.

          “Apa ni mama?”tanya V tidak puas hati.

       “Apa? Kamu nikah la.. lagi dua bulan.” Kata cik’ Suli muktamad. V menarik muncung.

          Nak melawan jauh sekali. Dia tak nak title ‘anak derhaka’.

       “Hurm.. yelah.. apa nama dia?”tanya V

       “Johan Ashaare.” Beritahu Cik’ Suli.

       “Oh. Okay.” Balas V. Selepas memberi salam talian dimatikan.

       “Hm... Jo.. kau hanya mimpi siang aku ja..” kata V memujuk hati sendiri.

--

          Tinggal lagi 3jam sahaja lagi, tugas mereka bakal berakhir. Jo mengusap lembut kepala Adam. Sungguh mengenali Adam membuat dia ingin menimang anak sendiri.

       “Jo... nanti kita jadi kawan ya.” Kata Adam menghulur jari, mahu mengikat janji. Jo menghulurkan jari kelingkingnya.

          “Okay.” Jari bertaut. Adam bersorak kegembiraan.  Comel. Comel macam orang di sana. Mata Jo memandang V tidak lepas. Wajah wanita itu kemerahan mungkin baru lepas menangis.

          “Jom Adam kita jemput papa.” Tangan kecil Adam dipimpin. Adam mencapai tangan V. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga kecil yang bahagia.

          Jo memandang wajah V. V memandang wajah Jo.

       ‘Aku suka kau!’ kata mereka serentak di dalam hati.

          Di lapangan terbang.

          Adam duduk di riba V. Jo pergi membelikan air untuk mereka. Rambut Jo yang agak ikal dimain.

       “Adam nanti akak V nikah Adam datang tau.” Ujar V.

          “Bila?”tanya Adam. Dia mendongak memandang wajah V.

       “Esok.”

       “Okay!”

       “Nah air.” Tiba-tiba sesuatu yang sejuk menyentuh muka V. Terkejut dia.

          “Jangan nangis. Nanti kau tak lawa.” Kata Jo yang membuka tin minuman untuk Adam. V sudah merah mukanya menahan bahang.

       “Papa!!!” jerit Adam seraya mendapatkan papanya. V dan Jo yang tertinggal dibelakang terasa kekok.

       “Erm... sampai sini jelah kita jumpa.” Ujar Jo sedikit sedih. V mengangguk. Wajah ditundukkan. Tak mahu melihat wajah Jo dan Adam nanti ada yang meleleh.

       “Aku pergi dulu.” Kata V. Lantas dia meminta diri dari Datuk Dr. Syamier.

          “Datuk, esok jemput ke rumah saya. Ada kenduri.” Ujar Jo.

          “Owh. Kenduri apa?”tanya Datuk Dr. Syamier.

          “Saya nikah esok.” Kata Jo mengundang rasa terkejut Datuk Dr. Syamier.

          “Ye ke?” Jo mengangguk. Adam melihat wajah papanya dan Jo silih berganti. Tadi bukan V kata nak nikah juga ke? Hurm... biar jelah. Polos betul Adam ni.

          “Baiklah Datuk, saya minta diri dulu.” Jo melambai tangannya. Adam membalas. Sedih juga Jo rasa. Tapi sedih lagi bila V pergi tadi.

--

       “Saya terima nikahnya Vidia Natasha Senrose dengan mas kahwin 3000 ringgit tunai.” Sekali sahaja lafaz Jo sudah sah menjadi suami orang. Perlahan Jo bangun ke bahagian wanita di masjid itu. Mahu melakukan upacara membatalkan air sembahyang.

          “Kau!”jerit mereka serentak. Jo terkejut melihat V di tempat pengantinnya. V juga sama. Adam yang sedari tadi mengekori Jo tersengih.

          “Mak tak cakap pun V ni yang mak pinang!” bisik Jo. Cik’ Liah tersengeh.

       “Dah kata dah. Vidia Natasha Senrose.” Kata Cik’ Liah sedikit tidak puas hati.

          “Mama ni tak cakap pun Jo yang jadi pengantin!” giliran V membisik ke telinga mamanya.

          “Mama dah cakap dah. Johan Ashaare.” Kata Cik’Sali tak mahu kalah.

       “Dah la tu sarung cincin cepat.” Kata si cilik Adam. Semua tetamu ketawa.

          Cincin disarung. Tangan dikucup. Dahi dikucup.

          “Terima kasih. Abang tak sangka V jadi pengantin abang. Tak sia-sia rasa di hati abang.” Bisik Jo ditelinga V.

       “Sama-sama. V pun sama abang.” Air mata V mengalir. Tanda terharu dengan takdir indah ini.

          Kalaulah D’ tahu pasal V. Mesti meroyan mamat tu... Jo tersengih. Aku pun nak jatuh cinta. Dan cinta aku manis...



          This is our FATE. Jodoh kita lebih manis dengan janji takdir ini.-Jo&V

7 comments:

  1. Replies
    1. hehehe ye ke?? huhuhu x pe la lain kali klu ada citer JO ngan V lagi kak syu kasi kow lagi!!! >_< thanks baca dan komen

      Delete
  2. Not bad. If pnjg lg story ni, lg best rasanya. Yg bab meminang tu cliche sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks baca cik anon. hehehe idea dah kehabisan... huhu tau... tapi x de idea

      Delete
  3. Yang lain bukan Islam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... D' british+chinese, Far, chinese+korea+india, Xin chinese+korea+arab(but bukan islam), Sam, British hehehe

      Delete
  4. Lar ingatkan far tu Islam..best crita ni...

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)