SELAMAT MEMBACA... RAJIN-RAJIN LA TINGGAL KOMEN...

kawan2 sporting..

Google+ Followers

Sunday, 27 April 2014

DYH 12




ASSALAMUALAIKUM. 

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM.


Bab 12

“Aku... aku lapar...” ujar Azalina yang sudah tidak tahan menanggung kelaparannya.

“Hurm?” Vxirius yang asyik membaca skroll kuno milik keluarganya melihat wajah Azalina. Kenapa wajah Azalina semakin pucat?

“Kau ni kenapa?” tanya Vxirius yang semakin panik melihat wajah pucat Azalina.

“La.. lapar..” ujar Azalina dengan payah. Mukanya sedikit kemerahan. Dia sudah muak dengan buah-buahan yang diberikan kepadanya. Dalam diam  dia malu dengan dirinya. Yalah, sudah cukup baik dia mempunyai rezeki untuk meneruskan hidup. Nak buat macam mana, sebagai manusia biasa, dia juga mempunyai keinginan untuk sesuatu yang lain, yang disukainya.

“Lapar? Bukan ke aku dah kasi buah-buahan yang segar untuk kau?” tanya Vxirius sedikit pelik.

“Ya... tapi.. tapi aku rasa nak makan i.. ikan...” ujar Azalina yang sedikit malu-malu.

“Ikan?” Vxirius bangun dari duduknya. Azalina tersentak melihat Vxirius yang tiba-tiba menghilang. ‘Ke mana pula si makhluk jahat tu nak pergi?’

Dalam sekelip mata, Vxirius muncul di depan matanya. Dengan seekor ikan yang masih hidup. Rupa ikan itu seperti ikan salmon. Azalina hanya memerhatikan gerak geri Vxirius yang kelihatan seperti sudah biasa memasak ikan.

Perut ikan yang serupa dengan ikan salmon itu di buang dan dibersihkan dengan teliti. Ikan di kerat dua menggunakan tangannya sahaja. Tajam! Kuali yang seakan-akan batu besar diletakkan di atas api. Panas sahaja kuali itu, Vxirius meletakkan ikan itu. Bunyi ‘Sreittt...’ kedengaran, bauan ikan panggang yang menyelerakan mula memenuhi kawasan itu.

“Pandainya kau masak!” ujar Azalina sedikit kagum.

“Heh, memasak ni merupakan benda paling senang dalam hidup aku. Cakap je nak makan apa... semuanya aku boleh masakkan.” Ujar Vxirius yang semakin bangga.

“Ye??” tanya Azalina yang semakin tertarik dengan kehebatan Vxirius itu.

“Hmm..” Vxirius semakin ralit dengan masakannya.

“Aku nak... fish pocket..” kata Azalina sambil menelan air liurnya.

“Fish pocket? Apa bendanya tu?” tanya Vxirius yang pelik dengan bunyi ‘fish pocket’ yang disebutkan Azalina.

“Ala... ikan la.. fish tu ikan, pocket tu macam saku la..” ujar Azalina yang sedikit pusing nak menerangkan apakah makanan yang diingininya.

“Owh... ikan yang ada saku?” kata Vxirius yang sudah mengurut-ngurut dagunya.

“Haah... ikan yang ada saku. Kau reti masak?” tanya Azalina.

“Reti... kau tunggu sekejap.”

“TADA~!!” Vxirius yang mengunjukkan ikan yang sama Cuma mempunyai belahan ditepinya.

“Ni... ikan tadi...” ujar Azalina seakan kecewa.

“Tapi kau kata ikan ada saku. Ni... ikan ni aku dah buatkan dia ada saku..” ujar Vxirius dengan reaksi yang polos. Melihatkan kepolosan yang dipamerkan oleh Vxirius membuat Azalina ketawa terbahak-bahak. Kelakar sungguh melihat bakal ketua kegelapan yang berlagak pandai itu membuat kesalahan yang dia sendiri tidak tahu.

“Kenapa kau gelak?” tanya Vxirius sedikit marah. Malu pula apabila dirinya diketawakan manusia biasa.

“Ye lah... Benda yang aku kata tu bentuk dia macam ni...” ujarnya sambil melukiskan bentuk fish pocket di atas tanah.

“Owh... kenapa petak?” tanya Vxirius polos sekali lagi.

“Erk... entah.. manalah aku tahu. Yang aku  tahu benda makan je...” kata Azalina sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Huh... ingatkan pandai sangat...” ujar Vxirius yang sudah kembali menyambung membaca skroll lamanya.

“By the way... thanks a lot J” kata Azalina dengan  senyuman manis. Terpana Vxirius melihatnya. Azalina pantas menikmati makanan yang sediakan Vxirius khas untuknya.


>>>/////<<<


“Zruxc bila aku boleh pergi cari dia?” tanya Leon yang merenung ke luar jendela. Waktu malam di dunia Herbs  memang indah. Bintang-bintang terhampar bagaikan permaidani yang indah di langit.

“Hump...  kau tak kuat lagi. Kalau kau tak kuat macam mana kau nak menentang si Vxirius tu?!” serba salah Zruxc dibuatnya.’Sebenarnya... kau dah cukup kuat untuk melawan bakal pemerintah dunia gelap itu. Tapi kalau kau rapat dengan Azalina nyawa kau akan tergugat!’ bisik hati Zruxc. Dia serba salah dengan tindakannya. Bila melihat Leon bagai kehilangan arah dia kasihan tapi mengenangkan rakannya bakal lenyap dari dunianya membuat dia rasa kehilangan. Zruxc bukan makhluk yang senangi di kalangan penduduk dunia Herbs. Cuma Leon satu-satunya yang sanggup berbicara dan berkawan dengannya.

‘Aku kena keluar cari Azalina jugak!’ Leon bangkit dari pembaringan. Di lihat Zruxc sedang tidur dengan lenanya. Harap-harap rakannya itu tidak akan terjaga dan menghalang rancangannya ini.

Leon pantas melompat keluar dari jendela rumah Zruxc yang terbuka luas.  ‘Terima kasih kawan.’ Ujar Leon dalam hati sambl melihat rumah temannya itu.

Di dalam rumah,

Zruxc mengeluh perlahan.  Dia asyik memerhatikan temannya itu. Leon semakin menghilang dari pandangan matanya.

“Semoga kau selamat Leon. Takdir kau dan dia begitu kuat. Walaupun aku tak sanggup kehilangan kau, kawan baikku tapi aku juga tak berdaya menghalang takdir kau. Semoga kau selamat...” kata Zruxc sebelum menutup jendela. Bukannya dia tidak sedar dengan pemergian Leon itu, Cuma semakin dia menghalang semakin Leon ingin pergi. Semakin kuat takdir mereka.


>>>>_<<<<

Selepas seharian,

Leon sampai disuatu kawasan yang agak suram, gelap dan sejuk. Seperti tiada satu pun makhluk bernyawa di situ.

Kakinya hanya melangkah mengikut kata hatinya. Dia dapat rasakan dia semakin dengan dengan Azalina Cuma, dia tidak nampak di manakah wanita itu.

“Kau!!” Leon hampir menjerit apabila melihat kelibat itu.


#maaf termerapu bab ni... x de idea la lalinggg's >_<


9 comments:

  1. Best3!!!tpi pndek sngt..spe kau tu?? Nk tau selanjutnya..cerita ni bestlah.. Wat agi eh..please.. ;)

    ReplyDelete
  2. x sabar lah ti bri yg best3 tau

    ReplyDelete
  3. kak ayu,smbg la cpt..please..best sesangat >_<

    ReplyDelete
  4. akak..., nk lagi..., bab 13...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bab 13
      ni link dia
      http://asyuasyuranovelis.blogspot.com/2014/07/dyh-13.html

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)