Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Saturday 2 February 2013

SUPRISE!!! (special entry.. pengubat hatiku ^_^)


SUPRISES!!!!

Special entry... Dia pengubat hatiku.




Dua selepas kenduri, di rumah mak ayah Aina.

“Sayang ni, kita baru alami alam kahwin dua hari, sayang dah berkepit balik dengan novel-novel sayang.”ujar Raisul sedikit sesal. Menyesal la, kalau dia tak belikan novel-novel tu mesti Aina duduk bawah ketiak dia je...

“Hm...”jawab Aina nak tak nak. Raisul muncung. Geram dengan telatah Aina yang terlalu asyik dengan novel-novel itu.

“Sayang.........”panggil Raisul manja.

“Hm...”

“Apa ni?”jerit Aina apabila novelnya dirampas. Marah sungguh Aina, merah mukanya menahan marah. Nak marah tak boleh nanti kena cop isteri derhaka.

“Hukuman sebab sayang tak layan abang..”ujar Raisul selamba. Semakin bengkak hati Aina melihat senyuman kemenangan suaminya. Aina malas nak lama-lama disitu, nanti ada yang merah kena ketip dengan senjata terulungnya. Aina melangkah laju. Namun, Raisul sempat menarik tangannya jatuh terduduk Aina diatas paha Raisul. Makin lebar senyuman Raisul. Aina menolak tubuh Raisul kuat apabila Raisul mahu memeluk tubuhnya. Sampai terjatuh Raisul dari birai katil mereka.

“Apa ni sayang?” Ujar Raisul masam.

“Hukuman sebab rampas novel Aina.”ujar Aina, tersenyum sinis. Dia pantas berlari anak ke bawah. Raisul merengus kasar.

“Haih, novel.. Kau memang jeles dengan akukan?”novel milik Aina dilempar ke dinding. Melepaskan rasa geramnya. Haih, sebab novel pun merajuk bagai... padanlah dua-dua tu..


O______O


“Assalamualaikum..”ujar Aina, muram. Dua pasang mata yang berada didapur mula memerhatikan dia. Dua-dua menjungkit kening. Kemudiam mengangkat bahu.

“Tak payah nak propar sangatlah abang Ilya, abang Ilman.”kata Aina tanpa memandang ke arah kedua abangnya itu. Tangan ligat membancuh teh.

“Kenapa kamu masam je dikNa?”tanya Ilya. Memang dia ni jenis kepoh sikit.

“Hm.. tak de apa-apalah..”ujar Aina sedikit sayu. Ilya dan Ilman mula mengelabah mendengar nada suara adik mereka. Takkan Raisul buli adik mereka? oh.. mentang-mentang Along dengan angah mereka tak ada, Raisul terus buli adik kesayangan mereka ni..

“Kenapa dia buli Aina ke? Bagi tahu, nanti abang Ilya belasah dia!”ujar Ilya bersungguh-sungguh.

“Betul tu!”sokong Ilman.

“Hm... dia, dia rampas novel Aina..”cerita Aina. Memang sedih sungguh nada suaranya. Ilya ketawa mendengar kata adiknya itu. Kemudian dah 5 minit baru Ilman gelak sama. Biasa dia memang blur sepanjang masa.

“Huhuhu adeh, DikNa ni pasal novel pun nak sentap. Bila masa pulak DikNa layan novel ni?”tanya Ilya yang seronok gelakan Aina. Pelik juga dengan statement adiknya itu, novel? Setahunya Aina ni bukan minah novel..

“Sejak Asyraf hadiahkan..”sampuk Raisul yang baru turun. Ilya dan Ilman tersengih-sengih melihat wajah Aina yang kelat itu.

“Hurm.. tau pun abang yang hadiahkan.. Tapi kenapa rampas lepas bagi dekat Aina? Buruk siku!”ujar Aina masih terasa. Raisul tergelak kecil. Comel la pulak muka merajuk Aina ni. Rasa nak bawak honeymoon je... huhuhu gatal la pulak Raisul ni. Ilya dan Ilman dah naik bilik, malas nak dengar pasangan suami isteri ni berpujuk bagai. Yelah mereka masih solo, jeles la tu..

“Memang la abang rampas.. Yelah sampai sayang tak layan abang. Ni semua novel tu punya pasal.”ujar Raisul sedikit cemburu.

“Hm.. tak kiralah apa pun! Aina tak mau kawan dengan abang!”ujar Aina hentak-hentak kaki.

“Oh, tak nak kawan.. rugilah tiket honeymoon yang along hadiahkan tu..”ujar Raisul memancing perhatian Aina. Bulat mata Aina mendengar perkataan 'hadiah'.

“Honeymoon? Pergi mana?”tanya Aina dengan mata bersinar.

“Kenapa tanya? Kata tak nak kawan. Terpaksa la abang pulangkan tiket pergi Pulau Redang ni dekat along..”ujar Raisul sambil tersenyum. Dia tahu taktiknya pasti menjadi.

“Redang! hm.. sapa cakap tak nak kawan. Kawanlah lepas honeymoon baru tak kawan..”ujar Aina dengan suara yang ceria. Dalam kepalanya dah tersedia aktiviti yang mahu dilakukan. Raisul tergelak besar mendengar kata-kata Aina itu.



^------^



“Sayang!!!”jerit Raisul yang sudah penat mengejar Aina. Aina buat perangai lagi! Esok mereka dah kena balik, Aina tak nak balik pulak. Macam-macamlah Si Aina ni.

“Tak mau! Tak mau!”jerit Aina tidak puas hati. Dia masih tak puas snorkeling bagai. Dia nak bercuti lagi!!!!

“Sayang! Dah la tu, esok kita kena balik jugak! Abang dah janji..”Raisul hampir terlepas cakap. Nasib baik hampir belum cakap lagi.

“Janji apa?”tanya Aina dengan mata yang cerlung. Senjata sudah disiap sediakan.

“Janji.. erk, janji nak.. nak belikan sayang novel baru. Hah, novel baru!”Raisul mengaru-garu kepala yang tidak gatal. 'apasallah mulut ni gatal nak cakap pasal novel... Hurm cemburu lagilah aku lepas ni..'ujar Raisul dalam hati apabila Aina sudah melonjak gembira.


^__________^



Aina termenung menunggu suaminya. Sejak kebelakangan ni, Raisul selalu balik lambat. Walaupun mereka sepejabat jarang Aina dapat melihat wajah suaminya. Asyik meeting dekat luar sahaja.

“Hah, Aina kenapa tak tidur lagi ni?”tanya Azwan. Hujung minggu begini memang dia selalu duduk dirumah mak ayahnya.

“Tunggu hubby Ainalah. Sibuk je along ni!”ujar Aina yang sedang bad mood itu. Sejak akhir-akhir ini moodnya tidak menentu sekejap happy sekejap sedih. Azwan tersenyum mendengar kata-kata Aina itu. Macam marah je.

“Kenapa moody je dikNa along ni? Raisul buli ye..”tanya Azwan prihatin.

“Hm.. Aina tak taulah. Raisul tu sejak kebelakangan ni susah sangat nak jumpa dia. Asyik keluar. Dia sekarang macam ada rahsia je..”luah Aina. Azwan tersenyum.

“Aina, dia kerja. Jangan fikir bukan-bukan. Along tak nak adik kesayangan along ni jatuh sakit. Kalau Raisul sakitkan hati Aina bagitau along. Nanti along dengan angah belasah dia.”ujar Azwan menyakinkan Aina. Aina mengangguk gembira. Seronoklah ada orang pujuk.

“Dah pergi tidur dulu.”ujar Azwan lagi. Aina mengangguk, kaki dibawa melangkah ke biliknya.



*_______*



Aina terhendap-hendap mengekori Raisul. Hari ni, dia nak tahu jugak apa sebenarnya yang Raisul rahsiakan dari dia. Runsing Aina dengan perubahan mood Raisul lagi teruk dari dia. Nak kata Raisul marah dia baca novel. Mana ada dia baca novel masa Raisul ada. Nak kata dia gaduh dengan Raisul pun tak ada. Raisul ada perempuan lain??? Ish, tak mungkin. Raisul tu gentlement.

Raisul masuk ke sebuah restoran. Aina semakin pelik. Nak kata Raisul ada temujanji hari ni mana ada. Pantas Aina mengekori suaminya yang makin lama makin pelik. Aina duduk dibelakang Raisul. Tak la Raisul nampak dia.

“Hah!”terjerit kecil Aina apabila melihat seorang wanita duduk dimeja suaminya. Rasa nak belasah orang je sekarang ni. Tapi Aina lagi rasa sedih. Sampai hati Raisul tipu dia. Baru tiga bulan mereka kahwin Raisul dah pandai rahsiakan benda ni.

Aina pantas menaip pesanan ringkas kepada suaminya.

'Abang ada dekat mana?'

'Ada dekat luar.' Aina geram. Kata sahaja di restoran apa susah.

'oh, ingat nak ajak makan.'

'Abang makan dengan kawan.' Aina mula berangin. Sebelum angin dia terkeluar baik dia blah dari sini.


@_____@



Aina membawa diri ke Langkawi. Seronok juga dia seorang diri disitu. Tenang sahaja. Hari-hari boleh makan coklat. Namun semenjak dua tiga hari ni, Aina selalu rasa pening. Mungkin banyak sangat makan coklat. Aina melangkah perlahan diatas pasir yang suam itu. Seronok dapat main pasir. Punggung dilabuhkan dibawah pokok yang rendang. Novel yang sejak dua minggu lalu, dia usung dikeluarkan. Aiseh.. feeling pulak baca novel ni dekat sini. Teresak-esak Aina menangis membaca part sedih novel itu.

“Huhuhu.. sapa pulak yang menganggu kontrentasi aku ni..”Aina membuka pesanan ringkas di telefonnya dengan perasaan malas.

'Aina balik sekarang! Raisul sakit!' Aina buat derk. Tak percaya dia dengan pesanan ringkas yang dihantar oleh angahnya.

Tak lama kemudian masuk pesanan kedua.

'Raisul sakit! Dia muntah-muntah.'pesanan kedua itu daripada abang sulungnya. Aina mula gelisah tetapi dia sabarkan hatinya takut prank je. Nanti kalau tipu lagi dia sakit hati.

'Aina dekat mana? Raisul sakit'pesanan ketiga masuk. Daripada abang ketiganya.

'Aina tolong jawab. Raisul sakit ni!'pesanan keempat daripada abang keempatnya. Aina sudah tidak tentu arah.

'Aina sayang, baliklah suami Aina sakit ni.'pesanan daripada emaknya. Aina sudah berlari ke chaletnya. Dia mahu bertolak balik hari ini juga. Aina rasa berdosa sangat buat Raisul macam tu.


$--------------$




“Abang!”sedikit menjerit Aina memanggil Raisul yang terbaring lemah. Raisul memandang isteri yang dirinduinya. Raisul cuba untuk tersenyum. Tetapi dia tak larat sangat.

“Suami kamu tu dah lama sakit. Dah dekat seminggu. Tapi dia tak bagi kami bagitahu kamu..”ujar Azwan mewakili semua. Aina memandang suaminya sayu.

“Along dah bawak abang pergi hospital?”tanya Aina. Risau pula dia lihat suaminya terbaring lemah.

“Belum. Dia tak nak. Penat along pujuk.”pantas Azwan memberi alasan. Takut Aina meng'attack' dia.

“Aina tengok abang sakit sangat ni. Jom hantar pergi hospital.”ujar Aina. Azwan pantas mengangguk setuju.

“Hah, jom-jom!”Azwan menolong memapah Raisul. Aina mengekori dari belakang.



Hospital besar XXXX

“Aina tunggu sini ke masuk sekali dengan Raisul?”tanya Azwan. Aina yang pening-pening lalat itu mengangguk.

“Aina masuk sekali la. Kesian abang.”ujar Aina memapah Raisul masuk ke bilik doktor. Azwan tunggu diluar. Malas nak tumpang sekaki. Alasan semata-mata.

“Abang buat la pemeriksaan. Aina duduk dekat sini je ek...”kata Aina yang sudah tidak tahan lagi. Pening pulak kepalanya. Bau ubat-ubatan ni memang bagi sakit kepala sahaja. Raisul mengangguk.

“Abang..”panggil Aina yang mulai lemah.

“Apa?”tanya Raisul lemah. Terbuntang mata Raisul melihat isteinya jatuh terjelepok. Dia yang sememangnya lemah cuba menghampiri isterinya. Akhirnya pandangannya turut gelap sebaik sahaja dia disebelah isteri kesayangannya.



+______+


“Abang?”panggil Aina yang masih mamai. Pening masih ada. Bau ubat kuat menyusuk hidungnya.

“Ye sayang..”jawab Raisul yang duduk ditepi katil Aina. Sejak dari tadi dia menunggu isterinya sedar. Raisul tersenyum manis walaupun wajahnya sedikit pucat.

“Aina dekat mana ni? Aik, kenapa abang duduk situ? Kenapa Aina baring ni?”tanya Aina yang mulai keliru.

“Aina, sayang kita dekat hospital..”jawab Raisul dengan senyuman lebar. Aina pelik dekat hospital pun boleh senyum lagi?

“Abang ni okey ke?”tanya Aina. Tangannya antas menjamah dahi suaminya. Raisul mengangguk.

“Abang okey. Terima kasih sayang.”tangan Aina dikucup kasih.

“Kenapa terima kasih pulak ni?”tanya Aina yang blurr.

“Abang ingat nak buat sayang suprise alih-alih abang yang suprise..”ujar Raisul teruja.

“Suprise? Kejutan apa ni?”tanya Aina yang mulai geram itu. Pantas dicubit Raisul sekuat hati. Pelik tapi benar Raisul masih mampu tersenyum lebar.

“Abang nak jadi papa!!!”ujar Raisul sedikit menjerit. Teruja tahap melampau ni.

“Hah! Papa? Abang dah ada baby dengan perempuan tu ke?”tanya Aina sayu. Terus terhambur tangisan Aina.

“Ish apa yang sayang merepek ni?”tanya Raisul sedikit kalu melihat perubahan isterinya.

“Abang dapat baby dengan perempuan tu!”tangis Aina. Raisul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Perempuan mana ni? Cuba cakap terang-terang..”pujuk Raisul yang sudah serabut.

“Perempuan yang abang makan sama tu. Yang masa Aina sms abang jawab abang tengah makan dengan kawan.”ujar Aina masih menangis.

“Oh... tu kawan abang la sayang. Dia yang tolong abang siapkan suprise sayang!”ujar Raisul sedikit kuat. Suara tangisan Aina menegelamkan suaranya.

“Hm.. suprise? Bukan bini no 2? baby tu?”tanya Aina yang mulai reda tangisnya.

“Ya suprise.. Baby tu... ada dekat..”tangan Raisul melekap diperut Aina. Aina tersenyum. Air mata keluar lagi. Tetapi kali ini air mata kegembiraan.

“Suprise tu??”tanya Aina yang kini nampak teruja.

“Suprisenya.. ni..”Raisul menayangkan kunci rumah. Aina menjerit riang.

“Abang..”tiba-tiba Aina menutup mulutnya. Dia berlari ke arah bilik air. Tetapi yang peliknya Raisul turut berlari sama. Raisul terus melambakkan muntahnya. Aina dah lega. Tak muntah pun.

“Abang okey?”tanya Aina. Dia asyik mengusap belakang suaminya. Raisul mengangkat tanda dia sudah lega. Aina memimpin suaminya ke katil.

“Kenapa abang yang muntah?”tanya Aina pelik.

“Sebab pembawakan budak..”ujar Raisul lemah. Aina tersenyum.

“Sayang, jangan lari lagi. Kawan abang tu tolong abang reka bentuk rumah kita. Dia arkitek..”terang Raisul dengan mata terpejam. Mungkin penat.

“Okey, sayang janji!”ikrar Aina. Dia tersenyum bahagia. Dipeluk suaminya.

“Ehem, ehem!”kedengaran suara yang amat Aina kenali.

“DikNa oit, awak tu dah nak ada baby... tak payah nak manja sangat la...”usik Angahnya. Aina menarik muka.

“Elok sangat la tu, buat muka macam tu. Nanti anak sedara kitaorang pun suka buat muka macam tu..”Ujar alongnya pula.

“Along! Angah!”jerit Aina. Raisul sudah ketawa melihat gelagat isterinya. Aina turut ikut ketawa. Seronok melihat wajah riang suaminya. Semoga anak ini dapat mengikat kasih sayang mereka selama-lamanya.



Tamat sudah... happy ^__^ senyum selalu... komen2 lah sikit >_<
sayang koranggggggggggggggggg!!!! <3

9 comments:

  1. saya tak baca lagi *sbb blm mood nk baca*.. nnt bila saya ada terasa nak membaca, saya datang baca insya-Allah.

    Tapi saya komen...awak pakai emoticon ^___^... terasa mcm baca fanfic dari korea. Dia orang selalu tulis mcm tu.. haha..saya pernah baca translated korean fanfic so tau la.. haha..

    kat sini tak ada orang buat lagi kot.. so its a very fresh idea.i kinda like it^^
    tp kalu dari sudut penulisan bahasa melayu kita... orang tak buat.. dan kalau untuk nk hntar pubsliher sy x tahu mcm mn penerima mereka.

    Anyway...teruskan menulis..
    ganbatte ne... ^^

    ikhlas,
    Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Q.. hehehe ye ke? saya tak pernah baca pun fanfic.. macam best je.. boleh bagi link teringin nak tengok >V<

      Delete
    2. saya selalu baca fanfic yang dah di translatekan di soompi.com. kalau nak baca kat situ kena register. tp saya ada simpan satu fanfic yg ada guna emoticon ni, awak bagi saya awak punya email address nanti saya hantarkan^^

      Delete
    3. asyuasyuranovelis@gmail.com
      thanks Q

      Delete
  2. suka ...suka...suka..
    heheheeeeeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks... Hehehehe.. tunggu cerpen abdullah tau.. hehehe

      Delete
  3. akx..best sngt...nufin suka..erm..akx..arshad?tu spe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nama arshad ke? kat mana?
      salah taip kot.. hehehe.. sorry.. masa ni malas nak check..
      btw thanks Nufina..

      Delete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)