Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 3 July 2014

sebuah cerpen... Cahaya Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM


Apa khabar semua? he he he cerpen baru dari asyu... tak tau la kena ke tak dengan tajuk ni.

apapun layan je la... mungkin boleh jadi pedoman untuk korang..

Cahaya Ramadhan.


            Lampu-lampu berwarna-warni menyesakkan kepala Salmi. Bauan masam minuman akohol dan pahit rokok mula membuat Salmi rasa mahu termuntah. Namun bauan ini yang dia sukai sejak zaman kolejnya. Muzik lantang semakin membingit. Dengan mata yang mula kuyu Salmi meneguk air haram itu. Pahit.

            Kepala digoyang-goyang mengikut rentak muzik yang kedengaran. Bahunya ditepuk lembut. Salmi menoleh ke belakang. Senyuman manis terukir. Menggoda.

            “Hye, darl...”kata sang jejaka dengan suara machonya.

            “Hye, b... Miss you.” Pelukan diberikan. Ciuman turut hinggap tanpa rasa segan dan malu.

            “Miss you too. Darling want to go to my house? Having a blast night?”tanya Malque dengan suara menggoda, seorang anak pan-asian, campuran Jepun dan Indonesia. Salmi yang sememangnya separuh sedar menggangguk setuju. Argh... bukannya dia tak biasa dengan semua ni. lelaki... semuanya sama... dan Malque merupakan seorang lelaki yang agak digemarinya.

            “That my girl... come..” tangan mula melilit pinggang ramping Salmi. Ciuman penuh nafsu melekap dipipi gebu Salmi. Salmi membalas ciuman Malque. Erat.

            “Hm... darling... tak inform your daddy ke? Karang bingit telinga I dengan bunyi telefon you... tak enjoy..” kata Malque sambil membukakan pintu untuk kekasih yang di datangi ikut sukanya itu.

            “Ala... let him... Just ignore... I pun bosan dengan orang tua tak sedar diri tu. Huh... I just wanna have fun with you my B...” Salmi melirik manja. Malque menelan liur. Berjumpa Salmi seratus kali pun rasa getaran untuk gadis itu tak hilang malah tarikan gadis ini sangat kuat.

            “Okay... as your wish my dear.” Kereta mula meluncur laju. Membelah kepekatan malam.  Salmi tersenyum melihat wajah miang Malque. Sepatutnya dibulan mulia ini mereka beribadat... namun... walaupun tiada syaitan durjana di  bulan penuh keberkatan ini... mereka tetap hanyut dengan nafsu mereka.
_


            “Ya Allah... Salmi, mabuk lagi kamu ni!” Mak Leha terkejut melihat kelibat Salmi yang muncul pada pukul 4 pagi itu. Salmi terhuyung hayang dengan senyumannya. Melihat kemunculan Mak Leha, orang gaji rumahnya, Salmi terus meluru memeluk wanita yang sudah melebihi 50-an itu.

            “Busuknya kamu ni Salmi. Dah la jom masuk bilik. Karang daddy kamu tahu, dengan mak Leha sekali kena...” kata Mak Leha sambil memapah anak majikannya itu ke bilik. Sayang seribu kali sayang, wajahnya cantik rupawan... namun hatinya buruk, hodoh... hanya kerana satu peristiwa.

            “Urgh... mak Leha... please... jangan bising. Sakit kepala ni...” adu Salmi manja. Mak Leha menggeleng kepala. Salmi bukan sehari dua dia kenali, sudah hampir 24 tahun dia bersama gadis itu. Sedari bayi. Entah di mana silapnya, anak gadis yang polos dan suci hatinya sudah berubah kepada orang yang sangat-sangat bertentangan. Anak gadis itu sangat disayanginya. Bagaikan anak sendiri.

            “Hurm...” Mak Leha membaringkan Salmi ke atas katil. Pakaiannya sedikit terselak menyerlahkan pangkal dadanya yang putih. Mata Mak Leha terlekap di tanda merah di tengkuk Salmi.

            “Astagfirullahalazim... Salmi... makin hanyut kamu nak... Puan D’zalina... sabarlah... insya-Allah anak yang dulunya Puan D’zalina besarkan dengan penuh kasih akan kembali kepada yang asal. Dan mampu mendoakan puan di alam sana.” Kata Mak Leha sendiri. Mata sudah memerah menahan sebak yang melanda hati. Kasihan arwah majikannya. Anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sudah mencalit arang. Itu yang baru mak Leha nampak... yang sebelum-sebelum ni hanya Allah S.W.T. yang tahu.

            “Mama...” sebut Salmi dalam lenanya. Mak Leha menyeka air mata. Kasihan pula dia melihat Salmi. Semoga dia berjaya mengharungi dugaan ini dan berubah menjadi Salmi yang dulu.
-


            “Mornin...” kata-kata Salmi mati tatkala melihat wajah daddynya. Wajah segera bertukar rupa. Sedikit senyuman pun tidak terukir di bibir mekar Salmi. Mak Leha hanya mampu menggeleng.

            “Assalamualaikum... awal bangun hari ni..” perli Tan Sri Amri kepada satu-satunya puterinya itu.

            “Waalaikumusalam.” Jawab Salmi tanpa rasa. Tan Sri Amri mengeluh. Apa nak jadi dengan anaknya itu. Memang ini balasannya, mungkin.

            “Mak Leha... as usual, kay...” kata Salmi tanpa memandang wajah daddynya. Mak Leha segera membawa semangkuk sup panas dan air lemon. Kata Salmi untuk menghilangkan sakit kepala selepas ‘minum’.

            “Thanks..” kata Salmi sambil mengukir senyuman nipis. Tan Sri Amri menahan rasa. Dengan mak Leha anaknya mampu mengukir senyum tetapi dengannya pandang pun tidak mahu. Mungkin kesalahannya teramat besar sehingga tidak mampu dimaafkan.

            “Hm... Leha saya pergi dulu. Jangan lupa malam ni kita ada tetamu dari masjid. And Salmi. Please wear something nice, sopan. Daddy tak nak orang kata anak daddy minah salleh sesat di sini...” kata Tan sri Amri sambil menjeling pakaian anaknya. Malu dengan tingkah anaknya kini.

            Salmi sekadar memekakkan telinga. Malas nak melayan daddynya membebel. Huh... orang tua tu bukan ambil kisah pun...

            “Bye daddy...” kata Taufiq yang baru turun. Lengan baju kemeja berwarna merah lembut itu dilipat hingga ke siku. Kepala adiknya diusap lembut. Salmi mengukir senyum manisnya.

            “Mi... makan apa tu?”tanya Taufiq sambil cuba mengagau makanan adiknya. Tangan Salmi menolak manja tangan abangnya itu.

            “Special for the sick one...” kata Salmi sambil menghirup sesudu sup panas. Taufiq menarik muka masam. Faham dengan apa yang dimaksudkan Salmi.

            “Mi... angah dah katakan... please don’t do this... bukan daddy je yang terseksa... along, angah dan alang pun rasa tau... dan yang akan menerima akibat dari semua ni ialah Salmi... Mi janganlah pergi tempat macam tu... please... angah merayu.. Yang sudah tu sudah la.. We love you.” Kata Taufiq sambil mengusap tangan adik bongsunya itu.

            “Angah... if you love me... then just ignore. Jangan sampai Mi tinggalkan rumah ni, korang semua..” kata Salmi tanpa rasa. Sekali lagi perasaannya mati pabila abangnya meminta dia melupakan perkara itu.

            “Okay... okay.. I give up...” kata Taufiq sambil mengangkat kedua tangannya. Salmi cuba mengukir senyum. Perit.

            “Then... let’s eat. Sekejap lagi Angah nak pergi kerja. So eat this...” Salmi menghulurkan sesenduk nasi goreng. Taufiq mendekatkan pinggan. Mi... I really miss my old Mi... desis hati Taufiq.
-

           
            Salmi mempercepatkan langkahnya. Pasti alangnya akan membebel. Tapi ada dia kisah. Rekod kedatangan lewat sepanjang masa dipegangnya. Mujurlah kerja dengan abang sendiri, kalau orang lain memang get lost saja jawabnya.

            Salmi yang asyik melihat jam tangannya tidak sedar dihadapannya ada seseorang. Tanpa disengajakan Salmi terlanggar orang itu.

            “Adoi...” Salmi mengusap sikunya. Kuat betul impak perlanggaran mereka. Tapi orang yang Salmi langgar tu tak ada apa. Maklumlah badan tough, tinggi melangit, kena langgar dengan Salmi ni macam kena langgar angin sepoi-sepoi bahasa je.

            “Are you okay?”tanya lelaki itu. Salmi mengangguk. Tangan dihulurkan. Namun huluran itu sekadar dipandang kosong oleh lelaki itu. Salmi menggigit bibir. Menahan malu. Orang ramai mula berbisik-bisik.

            Tanpa bantuan sesiapa Salmi bangun. Wajah lelaki yang dilanggarnya itu direnung tajam.

            “Maaf, bukan saya tak nak tolong Cuma kita bukan mahram...” kata lelaki itu perlahan. Salmi mencebik bibir.

            “Huh... beriman sangat...” bisik Salmi seorang diri. Lelaki itu sudah berkerut kening. Terasa bagai Salmi ada berkata sesuatu tapi seperti tiada pula.

            “Pordan?” kata sang lelaki. Salmi hanya mengangkat bahu. Pintu lif yang terbuka terus diserbu. Diikuti lelaki itu dan orang ramai.

            “Maafkan saya pasal tadi. Nama saya Syed Nasrullah.” Kata Nasrul. Salmi memekakkan telinganya. Tidak mahu ada kaitan dengan orang yang berjaya memalukan dia. Melihat Salmi tidak mempunyai minat untuk berbual membuatkan Nasrul kembali diam.

            Lif yang bergerak laju terasa lambat pada hari ini. Mungkin kerana mata para lelaki terpaku pada kaki dan betisnya yang putih melepak. Huh... dasar lelaki semuanya mata keranjang. Tapi... lelaki yang dilanggarnya tadi sedikit pun tidak memandangnya. Malah memandang ke arah lain. Seakan-akan dirinya kotor. Ini yang membuat Salmi semakin marah.

            Salmi mendekatkan dirinya dengan Nasrul. Cuba menggoda. Orang ramai yang memasuki lif membuatkan dia mempunyai alasan untuk menduga Nasrul.

            Nasrul cuba menjauhkan dirinya dari Salmi. Bauan wangi rambut Salmi memenuhi rongga hidungnya. Tangan tanpa diarah bergerak dengan sendiri. Mahu menyentuh rambut ikal itu. Menyedari tingkah diluar kawalan itu Nasrul segera beristighfar.

            Salmi menyembunyikan senyum. Lelaki... pantang dengan benda yang cantik. Pak ustaz ni pun sama sahaja dengan lelaki-lelaki lain di luar sana. Bukannya Salmi tak sedar pak ustaz ni menghidu bau rambutnya. Malah, cuba menyentuh rambutnya ini.

            ‘Ting!’ lif akhirnya berhenti di tingkat 15, tingkat teratas sekali. Hanya tinggal Salmi dan Nasrul sahaja di dalam lif. Mereka keluar bersama-sama. Salmi pelik. Apa hal pak ustaz itu datang ke pejabat alangnya ini?

            Salmi melajukan langkah. Puncard dicapai lalu di masukkan ke dalam mesin. Hari ini dia lambat 2 jam. Masih tidak memecah rekodnya. Ada hari dia pernah terlewat selama 4 jam. Alasannya... jamned.

            “Assalamualaikum!” kata Syed Nasrullah dengan girang. Tarmizi, alangnya Salmi menyahut salam Nasrul. Bahu Nasrul dipeluk mesra. Seakan-akan rancangan realiti jejak kasih pula...

            “Lama benar aku tak berjumpa dengan kau.” Kata Tarmizi sambil mempelawa Narul masuk ke pejabatnya. Salmi yang sedari tadi memerhati semakin keliru. Menyedari alangnya tidak memberi tumpuan kepadanya, Salmi segera melarikan diri.

            “Cik adik mana kamu nak pergi?”tanya Tarmizi sambil memegang hujung bajunya Salmi. Salmi menelan liur.

            “Er... kerja.”

            “Owh kerja... tau kerja. Kenapa lewat? Dengan baju macam ni!”marah Tarmizi dengan sikap sambil lewa Salmi.

            “Ala... alang ni...” rungut Salmi malu ditegur di depan lelaki itu.

            “Kenapa? Malu?” teka Tarmizi. Pandai dia membaca adiknya itu. Salmi menarik muka. Sakit pula hatinya.

            “Malas nak layan alang.” Salmi pantas beredar dari situ. Nasrul menyimpul senyum kecil.

            “Huh, merajuk la tu. Lantak la budak tu. Nasrul meh masuk bilik aku boleh sembang-sembang. Lama betul kita tak jumpa. Ke mana kau menghilang?”

             “Hump?”Nasrul tersentak dengan tepukan dibahunya. Sebenarnya dari tadi dia ralit memerhatikan wanita itu. Buat pertama kalinya hati dia dicuit oleh satu rasa yang berbeza, yang unik... yang tidak pernah dirasainya.

            “Jom masuk bilik aku...” tangan Nasrul diheret masuk ke biliknya. Heret? Huhuhu kena heret sebab Nasrul jadi patung cendana depan ofis dia ni. Ni mesti kes adik bongsunya...

            “Siapa budak tadi tu?”tanya Nasrul dengan tangan kanan di dada. Menahan debar.

            “Kenapa dah kena panah cinta ke?”tanya Tarmizi selamba.

            Nasrul mengangguk lurus. Tarmizi menghela nafas kasar.

            “Tu adik aku. Aku ingat kau tak payah la ada niat nak rapat dengan dia...” kata Tarmizi dengan mudah.

            “Kenapa? Sebab aku tak kaya ke?”tanya Nasrul sedikit berkecil hati. Memang benar dia bukan orang yang berada namun dia tak susah.

            “Bukan sebab tu... Cuma.. adik aku tu liar. Kau... kau manusia yang baik.” Kata Tarmizi merendah diri. Terasa rendah martabatnya sebagai seorang abang, gagal mendidik adiknya sendiri. Kalau dulu mungkin belum terlambat... namun rebung sudah menjadi buluh, buluh yang kukuh dan liat...

            “Liar? Aku boleh bimbing dia...”balas Nasrul penuh yakin. Tarmizi menelan liur. Wajah serius Nasrul ditatap. Betul ke? Mampu ke Nasrul? Hati kecil Tarmizi berkata-kata. Mungkin ini peluang untuknya melihat Salmi yang dulu. Ya... mungkin.

            “Hm... kalau macam tu aku tak boleh kata apa. Good luck.” Ujar Tarmizi dengan senyuman manis. Kalau benar lelaki sebaik Nasrullah ingin memperisterikan adiknya itu, dia sangat-sangat bersyukur. Kerana dia yakin Nasrul mampu membimbing adiknya kembali ke jalan yang diredhai-Nya.

            “Jadi kau setuju ni?”tanya Nasrul dengan senyuman manis. Alhamdulillah ya Allah.

            “Aku sentiasa setuju kalau lelaki sebaik kau nak memperisterikan adik aku tu. Tapi persoalannya... hati adik aku tu. Dia terluka sangat sampai tidak mempercayai takdir Allah.” Kata Tarmizi dengan wajah yang sedih.

            “Ya Allah sampai macam tu sekali?”tanya Nasrul dengan muka tak percaya.

            “Ya... Semuanya berubah sejak peristiwa 7 tahun lalu. Masa tu Salmi baru berusia 17 tahun baru habis ambil SPM.” Tarmizi menarik nafas panjang. Peristiwa itu cukup pahit buat dia apatah lagi untuk Salmi yang sangat muda ketika itu.

            “Hari yang mengubah hidup keluarga kami. Masa tu, Daddy keluar bersama mama dan juga Salmi, kononnya nak meraikan Salmi yang sudah selesai periksa. Entah apa silapnya, daddy dengan mama bergaduh. Salmi cuba membela mama... namun hal yang lebih besar berlaku, daddy hilang kawalan, kereta mereka melanggar 2 buah kereta dihadapan sebelum merempuh pokok.... dan... bahagian dirempuh itu... tempat mama. Mama tersepit manakala daddy mengalami cedera ringan dan Salmi patah kaki dan cedera dikepala. Namun itu bukan punca Salmi berubah liar. Minyak kereta tumpah, masa tu mama masih bernyawa. Mama suruh daddy bawa Salmi jauh dari situ. Daddy yang dah letakkan Salmi jauh dari kereta kembali ke kereta namun dah  terlambat... kereta tu meletup. Mama... mama... rentung. Daddy tak mampu buat apa-apa. Salmi salahkan diri dia dan... daddy. Yang lebih memeritkan Salmi koma 4 hari, dan arwah terpaksa kami kebumikan ketika dia sedang koma. Itu yang membuat dia semakin marah.” Cerita Tarmizi. Nasrul hanya sekadar mendengar. Kasihan.

            “Kita kena sedarkan dia...” kata Nasrul sambil menepuk bahu Tarmizi yang sedang bersedih. Siapa yang tak sedih kalau ibu sendiri meninggalkan dunia yang fana ini?

            “Aku dah buntu... along, angah aku semua dah habis akal nak sedarkan Salmi... mungkin... mungkin... kau boleh tolong...” kata Tarmizi sambil pandang penuh berharap.

            Nasrul memandang rakannya itu serba-salah. Tapi... dia juga yakin... dia mampu membantu Salmi. Insya-Allah. Perlahan, Nasrul mengangguk setuju. Dengan izin Allah semuanya boleh.

-

            “Jemput masuk, iman, bilal...” Tan Sri Amri menjemput para tetamunya masuk.

            “Leha... panggil budak-budak tu. Kita nak mula dah ni...” kata Tan Sri Amri kepada Mak Leha. Mak Leha segera memanggil anak-anak Tan Sri Amri.

            “Tahir, Taufiq, Tarmizi, Salmi, majlis dah nak mula...” kata Mak Leha kepada anak-anak Tan Sri Amri yang sedang berkumpul diruangan santai di tingkat dua.

            “Okay mak Leha.” Sahut Tahir, si Along. Mak Leha yang berpuas hati dengan sahutan Tahir pantas ke dapur menyiapkan juadah yang masih perlu disiapkan.

            “Jom...” ajak Tahir. Taufiq pantas bangun diikuti Tarmizi. Cuma Salmi yang masih membelek majalah di atas sofa.

            “Mi...” suara Tahir sudah mengendur, menahan amarah yang mula bertandang.

            “What? Just go... Nanti Mi turun la...” balas Salmi sambil lewa. Tarmizi sudah menggeleng kesal. Taufiq mengusap belakang badan Tahir, cuba meredakan amarah abangnya itu.

            “What? You ask what? Nur Salmi Najwa binti Amri, come down with us now!”Suara Tarmizi bergema kuat.

            “Why? Mi tak nak la! Bising!” kata Salmi menutup majalah kasar.

            “Astagfirullahalazim... Nur Salmi Najwa... kamu kata orang baca Yassin, tahlil bising?!”giliran Taufiq. Makin melampau-lampau perangai adiknya itu.

            “Yes, B. I. S. I. N. G.!” Kata Salmi sambil mengejakan ‘bising’ kepada tiga orang abangnya itu.

            “Assalamualaikum.” Ujar satu suara mematikan pertelingkahan mereka.

            “Waalaikumusalam, Nasrul!” kata Tarmizi sedikit terkejut dengan kehadiran Nasrullah.

            “Kenapa ni?”tanya Nasrul yang pelik dengan suasana mereka. Seperti sedang bergaduh.

            “Ni... bidadari ni... tak nak turun. Katanya bising!” kata Tahir dengan perasaan tak terkata, marah, sedih semuanya bercampur baur.

            “Hm... tak apa, kamu semua turun dulu, biar aku cakap dengan dia.”kata Nasrul. Tahir sedikit ragu-ragu mahu meninggalkan adik perempuannya dengan lelaki itu. Tarmizi menyakinkan kedua abangnya. Perlahan mereka meninggalkan Salmi dan Nasrul.

            “Ehem... assalamualaikum.” Kata Nasrul cuba menegur Salmi.

            “Wa.. waalaikumusalam.” Balas Salmi teragak-agak.

            “Salmi... Hm... kenapa Salmi kata bising?”tanya Nasrul cuba memahami isi hati seorang Salmi.

            “Hm... just bising.” Kata Salmi tanpa rasa. Tangan mula memeluk lutut.

            “Salmi sayang arwah mama Salmi?”tanya Nasrul lagi.

            “Sayang...”

            “Kalau sayang... Salmi doakanlah kesejahteraan mama Salmi tu...” kata Nasrul lagi. “... iaitu dengan baca yassin, al-Quran, doa selepas solat... Salmi tahukan?” sambung Nasrul lagi.

            “Ta.. tahu...”jawab Salmi sedikit gagap. Tahu khilaf dirinya.

            “Kalau betul Salmi sayangkan arwah mama, jom turun kita baca yassin dan tahlil beramai-ramai.” Kata Nasrul penuh kelembutan.

            Salmi mendongak memandang wajah Nasrul. Bercahaya... ya wajah Nasrul kelihatan bercahaya dimatanya.

            “Okay...” Salmi bangun dari duduknya. Entah kenapa hatinya jadi lembut mendengar bicara Nasrul.

            “Sebelum tu... Salmi sarung tudung ya... Bila kita nak beribadat... aurat kita kena jaga... insya-Allah ibadah kita akan diterimanya.”

            Salmi mengangguk. Senang benar Salmi mengikut kata Nasrul. Bagaikan anak kecil.

-


            Salmi turun dengan perlahan diikuti Nasrul dibelakangnya. Ternganga Tahir, Taufiq dan Tarmizi melihat adik mereka bertudung litup. Walaupun sekadar mengenakan tudung Syria... Salmi kelihatan manis sekali.

            Tarmizi menghantar isyarat ‘terima kasih’ kepada Nasrul. Nasrul mengangguk faham.

            Salmi duduk bersimpuh disebelah mak Leha. Surah Yassin dicapainya. Pelik benar rasa yang melanda jiwanya. Buku kecil yang sudah lama tidak dipegangnya itu dilekap ke dada. Air mata mengalir tanpa dipinta.

            Dengan bacaan yang merangkak- rangkak Salmi memulakan pembacaannya. Biarlah apa orang nak kata yang penting... arwah mamanya.

            Selesai sahaja bacaan Yassin dan tahlil, Salmi segera ke atas. Tak sanggup rasanya dia berdepan dengan daddynya. Terasa mahu pecah dadanya.

            Dalam sekelip mata Salmi menukar bajunya. Dia ingin melapangkan fikirannya. Melepaskan perasaannya. Gambaran mamanya di dalam kereta membuat dadanya sesak. Sungguh dia rasa bersalah, kenapa bukan dia atau daddy yang mati? Kenapa harus mama?

            Sambil mencapai begnya Salmi meluru keluar. Para tetamu memandang hairan dengan perubahan dan tindakan tiba-tiba dari anak tuan rumah.

            Hanya satu tempat sahaja yang ingin ditujunya... kelab... dan tempat meluahkan perasaan. Malque... mungkin lelaki itu mahu mendengar luahannya..

-

            Salmi melabuhkan punggung di kerusi. Minuman keras menjadi pilihannya. Pada Salmi itulah ubatnya...

            Dengan gelas ditangan Salmi bangkit menuju ke ruangan menari. Dari jauh dia melihat Malque sedang menari dengan seorang gadis cantik. Melihat betapa mesranya mereka membuat Salmi marah tanpa sedar dia melangkah menuju ke arah mereka. Walhal dia lupa... status dirinya.

            Pipi gadis itu menjadi sasaran lima jarinya. Puas hati Salmi melihat bekas merah di pipi gadis itu. Malque pantas mengheret Salmi keluar kelab itu. Tidak mahu mencetuskan pergaduhan di dalam sana.

            “What are you doing?”tanya Malque sambil meraup mukanya.

            “Nothing. I just want my thing back... Babe... let’s go have some fun.”pujuk Salmi sambil menayang aksi menggoda.

            “Things? Oh god... Salmi do you know... ‘You’re’ my things. But now... I have a better things.. So chow...” kata Malque. Lelaki itu dengan selambanya meninggalkan Salmi di luar kelab seorang diri.

            “Just go to hell with your things! Don’t ever come and beg me to be with you!” jerit Salmi melepaskan rasa amarahnya.

            Kesal. Salmi jatuh melurut ditepi jalan. Sedih. Air mata mengalir bagai tiada henti. Rasa sebak sentiasa menghimpit dadanya. Mama, daddy, Malque semuanya bergabung membuat Salmi ingin pergi jauh. Jauh dari realiti.

            “Salmi...” panggil satu suara. Salmi mendongak. Argh... lelaki itu. Lelaki yang memujuknya untuk turun ke bawah.

            “Salmi... saya sedia mendengar.” Kata itu membuat Salmi meraung sekuat hati.
-

7 tahun yang lalu.

            “Mama... Mi nak makan pizza ya ma!” pinta Salmi manja. Puan D’zalina mengangguk. Kepala Salmi diusap manja. Encik Amri(masih belum mendapat gelaran Tan Sri) hanya tersenyum melihat telatah anaknya.


            “Okay... Salmi baring dulu. Nanti dah sampai mama kejut ya, sayang.” Kata Puan D’zalina lembut. Salmi mengangguk, faham. Memang dia mengantuk pun. Dalam sekelip mata Salmi terlelap.


            Salmi terjaga saat dia mendengar bunyi bising dari kerusi hadapan. Buka-buka mata sahaja dia melihat mamanya sedang menangis.

            “Ma... kenapa ni? daddy why mama is crying?”tanya Salmi yang turut merasa sebak.

            “Its nothing. Just sit down properly.” Kata encik Amri memberi arahan.

            “No. Bagitahu Salmi apa yang daddy buat dekat mama?”bentak Salmi.

            “Its nothing!” tengking encik Amri.

            “Don’t you dare yelling to my daughter! Its your fault after all. Macam mana awak sanggup ada hubungan dengan dia... how could you...” air mata semakin murah buat Puan D’zalina. Salmi turut menangis melihat mamanya teresak-esak.

            “Daddy jahat! Jahat!”tangan Salmi memukul-mukul bahu encik Amri. Encik Amri hilang kawalan ke atas stereng. Kereta berpusing 2 kali sebelum berlanggar dengan dua kereta dihadapan sebelum merempuh pokok.

            Salmi yang berpinar-pinar pandangan matanya melihat mama dan daddynya mengereng kesakitan.

            “Mama... i scare....” kata Salmi lemah.

            “Don’t worry, daddy will save us.” Kata Puan D’zalina lembut, menahan sakit.

            “Yes... daddy will save you Salmi. Tunggu kejap ya sayang.”encik Amri cuba  mengeluarkan Puan D’zalina. Terjerit kecil puan D’zalina menahan kesakitan.

            “Abang... selamatkan Salmi dulu... I will be fine..” kata Puan D’zalina lembut. Encik Amri segera bertindak. Salmi didukungnya.

            Setelah berada dalam jarak yang selamat encik Amri meletakkan Salmi. Baru sahaja dia berpaling badannya, satu bunyi letupan kuat kedengaran. Mata Salmi terbeliak.

            “MAMA!!!” jerit Salmi sekuat hati sebelum tidak sedarkan diri. Encik Amri sudah tidak tentu arah. Akhirnya dia hanya mampu melihat sahaja.
-

            Dengan sedu-seda Salmi menceritakan hal itu. Nasrul hanya diam mendengar penuh setia.

            “Salmi... biar saya tolong awak... Insya-Allah, dalam bulan mulia ini, Ramadhan... awak akan jumpa cahaya yang awak cari, ketenangan yang awak cari.”kata Nasrul penuh simpati. Berat sungguh apa yang disimpan Salmi ini.

            “Betul? Saya tak akan sakit lagi?”tanya Salmi polos. Nasrul mengangguk.

-

2 bulan selepas itu.

            “Wah... bakal adik ipar aku jugak kau ni ya, Nasrul!” usik Tarmizi. Nasrul tersengih. Baru tadi ibunya menyarungkan cincin ke jari manis Salmi.

            “Terima kasih, bro. Sebab bantu Salmi menjadi Salmi yang dulu malah yang lebih baik.” Kata Tahir pula. Nasrul hanya mengangguk.

            Mata Nasrul tidak lekang dari wajah Salmi yang kini manis bertudung. Alhamdulillah, Salmi benar-benar menemui ketenangan yang dicari. Ketekadan Salmi dan usahanya membuat Nasrul semakin jatuh hati, lantas dia mengikat janji.

            Syukur, Salmi setuju, dan hari ini hari pertunangan mereka, dan insya-Allah lagi sebulan pernikahan mereka bakal berlangsung.

            “Itu semua hanya usaha... Salmi yang kuat. Mungkin cahaya Ramadhan dihalakan Allah s.w.t. ke hati Salmi agar dibuka untuk menerima takdir Allah yang tertulis indah.”kata Nasrul penuh bermakna.

            “Alhamdulillah.” Kata Tahir dan Tarmizi serentak. Taufiq sedari tadi tidak sudah-sudah menangkap aksi pandang memandang dari bakal pengantin.

            “Insya-Allah cahaya itu akan aku pelihara hingga ke syurga.” Janji Nasrul kepada bakal abang iparnya dan juga dirinya.


                                                                        TAMAT

9 comments:

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)