Cerpen : Bila Hati Kata Kamu.
“Weih,
aku ingat nak cari kerja la... sementara nak tunggu result STPM ni aku rasa
baik aku cuba cari duit.” Ujar Miea. Ila yang tekun mendengar lagu korea ‘Gee’
dari SNSD hanya mengangguk kosong. Miea merengus geram. Ear phone yang hanya
disumbat sebelah telinga Ila, direntapnya.
“Oi..
sakitlah.. Kacau daun betul la kamu ni..” Ila menggosok telinganya. Miea
tersenyum puas hati.
“Lain
kali bila aku cakap kamu dengarlah.. Esok teman aku pergi cari kerja dekat Mall
M. Dalam tu kan banyak kiosk mana tau ada rezeki...” ujar Miea bersemangat. Ila
mengangguk faham. Karang tak dengar betul-betul mau telinganya pula kena
rentap. Mata Miea mencerlung tajam apabila melihat Ila kembali menyumbat ear
phone di telinganya.
“Ye,
ye aku faham. Esok kita keluar cari kerja sama-sama. Okey?” Ila mula tayang
muka comelnya. Comel la sangat!
“Baguih
kawan aku ni na..” Miea merampas Ipod milik Ila.
“Apa
ni?” marah Ila.
“Pinjam
la kejap.. Kamu 24/7 dok lekat benda ni kat telinga kamu.. kasilah chance kat
aku nak sumbat kat telinga aku pulak..” Jeliran lidah turut dihadiahkan kepada
Ila. ‘haih.. nasiblah kawan..’ keluh Ila dalam hati.
“Jangan
lupa inform kat pojaan hati kamu tu nanti, Miea oit! Karang tak pasal-pasal FB
aku penuh dengan mesej pojaan hatimu tu...” ujar Ila sambil menayang sengih.
Miea sekadar menyambut dengan anggukkan kecil. Ipod tetap ditelinga. Telefon
dicapai lalu pesanan ringkas dihantar ke pojaan hatinya bak kata Ila.
(0u^)
“Ila..
kat kedai roti tu ada iklan jawatan kosong la..” ujar Miea teruja. Tangan Ila
ditarik menuju ke kedai roti itu. Ila yang tak bersedia hampir terjatuh. Kepala
digeleng perlahan.. kawan.. oh.. kawan...
Mata
mereka berdua asyik mengusyar sekeliling kedai roti itu. Nampak ringkas tapi
padat dengan pelbagai jenis roti. Haruman roti memenuhi segenap ruangan kedai
itu. Bestnya.. kalau dapat bekerja dalam kedai ni..
“Yup..
ada apa yang boleh saya bantu?” tanya seorang staff kedai roti itu. Miea
tersenyum segan. Mesti dia nampak macam jakun je.. terhendap-hendap kedai
orang.
“Kami
nak apply kerja kosong yang tertampal dekat luar tu boleh?” tanya Ila dengan
senyuman manis.
“Oh..
boleh je. Tolong isi borang ni.” Ujar Zulaikha, si pekerja kedai itu. Setelah
selesai mengisi borang mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.
Malam
itu sewaktu Miea sedang berehat dengan keluarganya telefonnya berdering.
“Helo,
assalamualaikum.” Miea memulakan bicara.
“Waalaikumsalam,
ni cik Miea Nasuha ke?” tanya si pemanggil.
“Ye,
saya.. Boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?” tanya Miea yang agak pelik.
Jarang dia dapat panggilan dari orang yang tidak dikenali.
“Saya
Fairuz, manager Best Bakery. Saya nak maklumkan awak diterima bekerja di Best
Bakery sebagai cashier.”
“Ye
ke? Alhamdulillah. Terima kasih. Bila ya saya boleh mula bekerja?” tanya Miea
tidak sabar.
“Kalau
boleh esok.”
“Baiklah
esok saya mula bekerja.” Jawab Miea peuh semangat. Letak sahaja telefon, terus
dia menghantar pesanan ringkas kepada Ila. Syukur, Ila juga berjaya mendapatkan
pekerjaan yang sama.
Setelah
memaklumkan hal itu kepada ibu dan ayahnya, Miea pantas ke bilik tidurnya.
Telefon bimbit ditangan segera ditekan laju. Lalu diletakkan ditelinganya.
“Helo,
assalamualaikum..” lembut tutur kata Miea dikala ini.
“Waalaikumsalam,
how are you my future wife?” tanya Azrael romantis. Ya, Azrael, lelaki itulah
yang dikatakan Ila ‘pojaan hatinya’. Usia perkenalan antara dia dan Azrael
masih muda, tidak sampai dua tahun. Namun, bila cinta mengetuk hatinya, dengan
mudah dia menerima lelaki itu.
Apatah
lagi Azrael jauh di Kuala Lumpur, sedang menyambung pelajaran, bahkan lelaki
itu juga muda setahun darinya. Tetapi semakin jauh dan banyak perbezaan
diantara mereka membuat Miea bertambah sayang dengan lelaki itu.
Azrael
juga telah berjanji untuk mendirikan rumah tangga sebaik sahaja dia berjaya
setelah tamat pengajian nanti. Setiap kali Azrael mengambil berat tentangnya,
hatinya seakan melayang-layang, dirinya terawang-awang. Indahnya rasa ini.
“Rael..
Miea dah dapat kerja tau!” manjanya Miea di saat ini.
“Ya?
Wah.. nanti gaji pertama, sayang, sayang belanja Rael tau..” usik Azrael
membuahkan senyuman di wajah Miea.
“Mestilah!
Okey, Miea nak tidur dulu. Esok Miea dah mula kerja..” Miea melihat jam, sudah
hampir jam 12 pagi! Alamatnya jadi pandalah dia esok.
“Hehehe..
good girl. Okey.. satu je Rael nak pesan. Jangan naughty-naughty tau.. Rael
tahu Miea ni memang cantik, manis.. so jaga-jaga jangan kasi ada semut yang
hingap.” Ujar Azrael dengan nada yang serius. Miea tertawa kecil.
“Okey,
my future husband. Miea janji! Good bye.. Selamat malam, sweet dream and
Assalamualaikum my dear...” Azrael dihujung talian tersenyum senang. Dulu,
hanya dia yang melebih-lebih, kini Miea sudah semakin mesra biarpun jarak
diantara mereka beratus batu.
[///o 3 o///]
“Selamat
pagi semua! Hari ini ada staff baru yang akan mula kerja disini. Kenalkan ini
Miea Nasuha dan Nur Shahila. Mereka berdua akan bertugas sebagai cashier. Jadi,
Zulaikha awak bertanggungjawab membimbing mereka.” Terang Fairus sekaligus
mengarahkan Zulaikha. Mereka semuanya mengangguk. Setelah briefing Fairuz terus beransur untuk
menyelesaikan tugasannya yang lain.
“Hai,
saya Syakir atau Miea boleh panggil Kecik. Cuba teka umur saya berapa?” tanya
Kecik. Miea kelihatan teranggak-anggak dan segan. Ila pantas menyiku Miea.
“18
kot..” ujar Miea.. Ikutkan hati nak aja dia cakap 15 tahun. Memang padanlah
kena panggil kecik sebab memang nampak kecik.
“Salah!
Umur saya dah 20 tahun lah miss Miea.. Hahaha terkejut ke?” Kecik ketawa sepuas
hatinya melihat respon Miea dan Ila. Ternganga! Sesi perkenalan beralih pula
kepada baker kedua.
“Hehehe,
nama saya Faeiz.. cuba teka umur saya berapa?” tanya Faiez pula. Miea menggaru
kepala. Memang semua pekerja kat kedai ni suka bagi teka teki pasal umur ke
apa?
“25
tahun..” ujar Ila pantas. Miea mengangguk. Memang nampak macam 25 tahun.
“Kalau
cam tu.. betullah tu..” ujarnya sambil menggosok-gosok dagunya yang meliar
dengan janggut nipisnya.
“Okey,
saya pula Johan. Panggil saja Abang Jo. Sebab abang yang paling tua dekat sini.
So kalau ada apa-apa masalah inform je dekat abang.” Baker yang ketiga
bersuara. Miea dan Ila mengangguk faham.
“Dah,
dah la tu korang ni! Karang lambat pulak kita nak bukak kedai!” Zulaikha
menolak hujung bahu baker-baker itu.
“Nama
akak Zulaikha. Panggil je kak Ika. Meh sini, akak ajar macam mana nak packing
roti-roti ni.” Miea dan Ila segera menuju ke meja yang terletak ditengah kedai.
Terdapat pelbagai jenis roti. Kesemuanya kelihatan sangat lazat!!
Bermulalah
pembelajaran mereka. Dari membungkus, melabel malah nama roti diajarkan kepada
mereka. Pening kepala Miea melihat beratus-ratus jenis roti.
(*____*)
Sudah hampir seminggu, Miea bekerja
di sini. 4 hari bersama Ila dan sehari tanpa Ila. Ila membuat keputusan tak nak
bekerja. Kerana kerja sebagai cashier memerlukan mereka berdiri dalam jangka
masa yang agak lama.
Sunyi jugaklah dia. Tapi adanya para
baker dengan akak Ika, tidak terasa sangat sunyi sangat.
“Oit!” cuit abang Jo. Miea menghela
nafas berat.
“Kenapa abang Jo?” tanya Miea yang
sedang laju mem’packing’ roti.
“Malam esok jom tengok wayang.” Abang
Jo mengenyitkan matanya.
“Er.. esok Miea shif petang.. so tak
dapat la..” Sengaja Miea buat muka sedih. Sebenarnya malas dia nak layan abang
Jo ni. Dah kahwin dah, anak pun dah sorang, asyik nak menggatal saja. Kalau dia
buat muka tak suka karang mau heboh dekat para baker lain.
“Ala.. tak pelah nak buat macam
mana..” pergi saja abang Jo datang pulak bala lain. Kecik pula mendekat.
“Yeee... kecik.. kenapa?” tanya Miea
tanpa memandang.
“Huh.. bila aku datang terus.. buat
muka macam tu.. sampai hati kamu..” Kecik buat muka sedih. Miea mengeluh. Malas
betul nak layan perangai baker-baker ni. Dah berkali-kali dia beritahu yang dia
dah ada boyfriend! Sengal betul depe ni!
“Okey.. sorry! Ada apa kecik?” tanya
Miea dengan muka yang konon-kononnya teruja nak tahu.
“Rehat nanti.. joinlah aku dekat tingkat
dua.. tangan ni dah gatal nak pukul drum..” ujar Kecik dengan tangan yang
bergerak-gerak bagai memukul drum.
“Okey..” dengar saja jawapan Miea,
Kecik terus pergi. Puas hati agaknya.
Sesekali Miea kerling jam. Dah dekat
pukul 12 tengahari. Hari ini ada perkahwinan abang kepada kawan baiknya. Semalam
dia sudah mintak cuti.. namun kerana tidak cukup staff dia tak dapat pergi. Sedih
juga hatinya. Bertambah-tambah sedih dengan dugaan-dugaan dekat kedai ni.
Miea bagaikan robot hari ini. Hatinya
sudah hilang. Kerja saja. Nak layan baker-baker tu memang tak la.
Lemah kakinya turun dari skuter
kesayangannya. Penat, tekanan semua ada. Masuk sahaja rumah terus dia terperuk
dalam biliknya. Nasib baik ibu tak ada, mungkin balik kampung. Ayah pun tak
ada, ni mesti berborak dengan jiran belakang rumah.
Miea terbaring di atas katil. Siling
biliknya dipandang kosong. Sedang dia asyik melayan lamunannya. Dia terdengar
bunyi pesanan ringkas masuk. Skrin telefon ditatapnya.
‘Helo, my future wife! How a’r you? I
miss you so much! I love you! Take care.-Future Husband.’
Baca sahaja kata-kata yang tertera
di telefon, air mata Miea mengalir deras. Tak tahulah apa yang dirasanya kini. Yang
dia tahu dia nak menangis sepuas-puasnya.
Malam itu dia tidur dengan linangan air mata.
{= u =}
Hari ini hari terakhir Miea bekerja.
Sedih jugalah nak tinggal tempat dia mencari rezeki. Tempat dia mengumpul
pengalaman. Miea bersalaman dengan kak Ika dan Siti. Walaupun singkat
perkenalan mereka namun rasa sayang tetap bertapak dihatinya.
Abang Jo, Faez, Kecik, Syafiq, dan
Fairuz berdiri membuat barisan. Dah rasa macam pekerja terhormat pulak. Hihihi..
“Hm.. Miea.. aku nak cakap something
ni.” Kata Kecik selepas menarik Miea ke tepi.
“Apa?” tanya Miea prihatin. Kesian pulak
dia tengok kecik ni. Macam nak nangis je..
“Aku suka kamu..” kata Kecik dengan
keyakinan yang penuh. Miea dah terlopong.
“Apa?” tanya Miea tak percaya.
“Aku suka kau! Aku cinta Miea
Nasuha! Aku nak kahwin dengan kau, Miea!” ujar Kecik beria-ria. Macam nak
pegang tangan Miea je lagaknya.
“Aku.. aku.. aku dah ada boyfriend
la..” ujar Miea agak gagap.
“Aku tahu.. tapi.. Jodoh siapa yang
tahu?”ujar Kecik penuh berharap.
“Aku.. aku tak tahulah.. Maafkan aku
Kecik..” Miea pantas meminta diri. Luahan hati Kecik membuatnya keliru. Dia sudah
punya Azrael dihatinya. Kenapa Kecik perlu membuat hatinya ragu-ragu? Siapa pula
akan jadi suaminya nanti? Miea sudah pusing. Yang pasti dia perlu jauh dari ini
semua.
| : m : |
5 tahun sudah berlalu. Miea kini
bergelar usahawan yang berjaya. Ini semua berkat kepimpinan suaminya.
Suaminya, Muhammad Azrael, yang
sedang ralit melayan puteri sulung mereka dipandang penuh kasih. Hanya lelaki
itu yang berjaya meletakkan nama di hatinya.
‘Biarpun seribu lelaki mengejar aku.
Hati aku tetap kata kamu, Azrael.’ Miea mula menghampiri suaminya dan anaknya. Semoga
pilihannya ini adalah yang terbaik, dan bahagia sentiasa menyelubungi mereka
biarpun beribu dugaan melanda kasih ini.