PART 2 *__^
Pagi-pagi lagi Ash sudah terpacak di
depan rumah Uncle Majid yang boleh tahan indahnya. Sekali lagi dia terpaksa menunggu di
luar. Tapi kali ni 20 minit dia
menunggu. ‘Haih, Uncle Majid ni sengaja
nak menguji kesabaran Ash yang macho lagi comel ni!!’ Ash menendang-nendang batu-batu kecil yang terdapat
disitu. Tanpa disedari dia tersepak batu
kecil itu ke seorang lelaki yang sedang joging di situ. Ash mulalah kelibut. Nampak sangat dia nak lari.
“Adoiiiiiii...” panjangnya adoi lelaki
tu. Ash sudah nak angkat kaki. Melihat Ash nak panjat motor lagi kuat bunyi
mengadoi lelaki itu.
“Adoiiiiiiiiii... Sakitnya! Rasa nak pengsan..” Usai berkata begitu terus lelaki itu
jatuh. Ash makin cuak. ‘Kuat sangat ke aku sepak batu tu tadi??’ Ash
terus berlari ke arah lelaki itu.
“Encik, Encik!” Ash
mengoyang-goyangkan badan lelaki itu.
Tapi tiada sedikit pun reaksi dari lelaki yng boleh tahan handsome
itu. Sempat lagi Ash ni menilik wajah
lelaki itu dalam kekalutan dia.
“Ow... Rasanya saya dah terkena
panahan cintalah..” gumam lelaki itu dalam sedar tidak sedar.
“Encik apa yang encik cakap?” Pelik
Ash sedar-sedar je cakap benda merapu.
“Saya dah jatuh cinta..” cakap lelaki
itu lebih jelas.
“Ye ke? Taniah la encik.. saya minta
maaf sebab sepak batu tu tadi. Mari kita ke klinik..” ujar Ash sedikit lega
apabila lelaki itu sudah sedar.
“Eh.. tak pe.. Awak bayar ganti rugi
jelah..” ujar lelaki itu mengangkat kening.
“Ganti rugi? Berapa ya encik?” tanya
Ash. Lelaki itu mengeluh.
“Nama saya Fakrullah. Panggil saya Rul atau Fakrul je jangan
panggil encik ya. By the way.. saya tak
mahu dalam bentuk duit..” Ujar lelaki itu sedikit nakal.
“Pastu?” tanya Ash yang jelasnya
memang lembab. ‘kenapa pulak nak
kenal-kenal ni.. Ala.. cepatlah karang Uncle Majid balik kang naya aku..’ Mata
Ash sudah meliar memerhati jalan yang selalu digunakan Uncle Majid untuk
pulang.
“Cik.. Cik adik manis.. Saya nak cik
ganti rugi dalam bentuk perasan. Saya
cintakan cik..” ujar Rul lalu terus melutut.
Ash ternganga.
“Encik... Okey ke tak? Parah rasanya encik ni.. Kejap ya encik tahan
tau...” Ujar Ash kelam kabut. ‘Kuat sangat ke aku langgar dia tadi?’ Ash sudah
mengeluarkan telefonnya. Mahu mendail
nombor kecemasan.
“Cik.. saya ikhlas cintakan cik. Terimalah saya cik..” ujar lelaki itu
bersungguh-sungguh.
“Encik biar betul-betul. Saya tak
kenal encik. Lagi satu mana encik tahu saya ni perempuan?” tanya Ash yang kini
sudah memahami apa kehendak lelaki ini.
Makin lebar senyuman lelaki itu.
“Seorang perempuan tidak dapat
menyorok fitrah mereka. Aura cik terlalu
kuat..”ujar Rul yang kini sudah berdiri.
Romantis betul suara yang dilontarkan.
“Arghhhh Bullsh***!!!”jerit Ash
sebelum cuba membuka pintu pagar rumah Uncle Majid. Boleh bukak pulak... makin bengang Ash. Kalau pintu pagar ni
terbukak dari tadi tak adalah dia kena kacau dengan orang gila tu...
“Cik setidak-tidaknya bagitahulah nama
cik...”laung lelaki itu dari luar.
9_____6
Akhirnya Uncle Majid sampai ke
rumah. Hampir 30minit kali ini Ash
menunggu. Ash sudah menayang muka masam
manis yang sememangnya terlebih masam itu kepada Uncle Majid.
“Quratun maafkan Uncle.. Aisy
demam. Tiba-tiba je lepas papa dia pergi
kerja terus badan dia panas. Itu yang
Uncle lambat sikit ni..” ujar Uncle Majid yang jelas rasa bersalah.
“Tak apa.. Teruk ke demam Aisy ni?”
tanya Ash apabila melihat Aisy menangis teresak-esak. Aisy mehulurkan tangan kepada Ash meminta
didukung. Ash kelihatan ragu-ragu mahu
menyambut huluran tangan kecil itu.
Melihat air mata si kecil mengalir deras membuatkan Ash terus mengambil
si kecil lalu didukung penuh kasih. Ash
sendiri pelik dengan dirinya sebelum ini belum pernah dia berasa sebegini.
Rasa... sayang. Ya, sayang kepada anak kecil ini.
“Quratun masuk bilik Aisy dululah Uncle.. Kesian dia nak tidur..” Ujar Ash begitu
lembut. Memang ada ciri-ciri wanita terakhirlah. Eh, silap gadis melayu
terakhir.. hehehe >.<
“Ye lah..” ‘Baik betul si Quratun tu..
Aisy pun nampak serasi dengan Quratun. Sejuk hati aku..’Uncle Majid tersenyum
senang melihat Ash dan Aisy berdua.
“Okey.. Aisy tidur dulu tau.. Kak
Quratun nak masak bubur..” Aisy mencapai tangan Ash seolah-olah takut
ditinggalkan. Nak tak nak Ash kena tunggu jugak anak kecil sehingga anak kecil
itu tidur.
Selepas memberi Aisy makan bubur dan
ubat. Sekali lagi anak kecil itu tidak membenarkan Ash pergi dari sisinya.
Akhirnya Ash terpaksa menemani anak kecil itu. Kali ini dia lena bersama Aisy.
Seronok pulak dia peluk si Aisy ni. Aisy dah jadi bantal busyuk Ash hehehehe.
Ash terjaga apabila terasa ada tangan
memeluknya. Mula-mula dia biarkan sahaja dia ingat tangan si Aisy. Ash memegang tangan ‘Aisy’. ‘Aik, bila masa pulak tangan si Aisy ni besar?’
Terus mata Ash terbuka luas. Memikirkan kenapa tiba-tiba tangan Aisy boleh
membesar macam kena sengat tebuan itu. Buka-buka mata terpacul wajah Aisy yang
sedng tersenyum berdiri disebelahnya.
‘Sudah tangan siapa pulak ni?’ terus
Ash terduduk tegak. Tergamam sebentar melihat siapakah yang memeluknya sedari
tadi. Tangan itu mencari ke mana perginya Ash.
“ARGHHHH!!!!!” jerit Ash yang baru
sedar dari mimpi petang yang panjang. Dia seolah-olah baru sedar disebelahnya ada
LELAKI yang dia sendiri tak tahu siapa.
“Aisy?! Kenapa? Kenapa?” tanya lelaki
itu yang baru sedar terus menerpa ke arah Aisy.
“Arghhh, kau siapa macam mana boleh
masuk bilik Aisy ni?!” Jerit Ash. Ash
sudah menarik Aisy ke tepi. Entah
siapalah lelaki ni, dahlah peluk dia lepas tu nak peluk budak kecik ni pulak.
Uncle Majid yang baru pulang terus menerpa ke bilik si Aisy.
“Hah! Apa yang kecoh-kecoh niii...?!”tanya
Uncle Majid kelam kabut. Ash menuding ke arah lelaki itu.
“Dia peluk Quratun lepas tu dia nak
peluk Aisy!!”kata Ash yang tak lepas-lepas memegang Aisy. Terbeliak mata Uncle
Majid dengan lelaki itu.
“Dah, dah kita turun dulu. Ashril siap
cepat, turun ayah nak tanya something.”kata Uncle Majid tegas. Giliran Ash pula
terbeliak. ‘Ayah?!!’
Ashril sekadar mengangguk. ‘ Macam
pernah aku tengok je pengkid ni.. tapi dimana ya, Arghh lantaklah..!’ Ashril
pantas sahaja masuk ke bilik air.
^______<
Uncle Majid sibuk memasak. Untunglah
siapa yang dapat khawin dengan Uncle Majid ni..
tak payah nak masak.. Ash sudah berangan. Dia rasa macam pernah jumpa
lelaki itu. Tengah dia asyik mengelamun Ashril turun. Mata masing-masing
terbeliak. Mereka dah ingat!!!
“KAU!”
“KAU!”
“Apa?!”tanya Uncle Majid yang terperanjat. Sudip masih ditangan.
“Dia la perempuan pengkid yang Ash
kata tu..!”
“Dialah Mr. Carzy!!”
“Hm..?!” uncle Majid sudah mengaru
kepala dengan sudipnya.