“Ash vs
ash”
PART 1 *_^
Kaki laju melangkah,
seolah-olah ada yang mengejar dari belakang. Degup jantung bertambah rancak. Sesekali dikerling jam yang sudah menunjukkan
pukul 8.15 malam. ‘Habislah aku lepas
ni.. Konfem ayah tak kasi keluar dah...’ Ash atau Asy Quratun sudah membebel sendiri. Semua ni gara-gara kawannya Yad dan Din. Kalau tak kerana mereka mengajak dia menonton
wayang pasti tak lewat.
“Assalamualaikum!!” ujar Ash termengah-mengah.
Penat tau tak berjalan dari bus–stop tu
ke rumah. Bukan jalan biasa.. jalan laju
tuh... kalau dia masuk pertandingan konfem menang.
“Waalaikumsalam...Hah, baru nak balik
ke? Kenapa tak tidur luar je malam ni?” perlian ayah Ash mula berkumandang lagaknya
seperti memberi kutbah Jumaat. Ash
menayang sengih.
“Ala.. rileks la ayah. Bas sangkut dalam jammed. Bukan achik nak
balik lambat...” ujar Ash selamba. Bahu
ayahnya ditepuk selamba.
“Banyaklah kamu relaks... siapa nak
masak sekarang ni?” tanya En. Sufian sahaja mahu menguji. Ash tarik muka kelat.
“Ala... ayah ni macam tak tau.. Tangan
Ash ni sensitif.. Tak boleh pegang cabai.. Along, angah, dengan Alif mana?
Suruh la depe.. cian kat Ash.” ujar Ash yang menayang muka sedih. Memang dia takut nak masak kerana keluarganya
hantu cili atau cabai. Malas pun satu
hal. En. Sufian tayang muka serius.
“Tak ada- tak ada. Hari ni kamu masak. Denda balik lambat!” ujar En. Sufian
tegas. Ash sudah hentak-hentak kaki
tanda tidak puas hati. Mata dah berair,
tapi dia tahankan sahaja. Tak nak
jatuhkan maruahnya sebagai ‘lelaki’ macho lagi comel.
Ash melangkah ke dapur. Sempat lagi dia hentak-hentakan kaki sebelum
sampai ke dapur. En. Sufian
mengeleng-geleng. Sahaja dia nak menguji..
hehehe kita lihat sampai bila Ash mampu bertahan.. Muahahaha(gelak jahat) J
Ash memulakan tugasnya. Walaupun gayanya sangat boylish tetapi dia
amat pandai memasak. Habis semuanya dia siang. Tetapi bila tiba giliran CILI
Ash sudah menahan tangis. Arul, along si Ash yang kebetulan datang ke dapur
untuk minum segelas air mula merancang idea yang entah apa-apa.
“Kesian Ash tu kena masak ye.. Nanti
bubuh banyak-banyak cili tau..”ujar Arul sengaja mahu menyakat. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya
tumpah. Teresak-esak Ash menangis. Arul sekadar memerhati seronok juga tengok orang
berhati batu ni menangis.
“Laiilahaillah... Ash kenapa duk
menangis macam bayi tak kenal dunia ni?”tanya En. Sufian buat-buat lupalah
tu. Padahal anaknya menangis gara-gara
kena buli dengannya.
“Ayah... Orang tak mau pegang cili
ni... Orang BENCI!!! Ayah hukumlah orang
cara lain. Tak kasi keluar ke apa
ke? Asalkan tak lebih sebulan.. erm...”
Sempat lagi Ash demand tu.. Tak patut- tak patut.
“Okey.. ayah boleh lepaskan Ash kali
ni.. Tapi.. Ash kena tolong ayah satu
hal.. Sebagai ganti denda..” ujar En. Sufian
sambil tersenyum nakal. Nakal je
bukan jahat tau.
“Apa ayah?!” tanya Ash yang mula
hilang sebaknya. Arul masih setia disitu
memasang telinga. Mesti best idea
ayahnya. Ayahnya memang kaki membuli
dalam senyap. Dia menurun perangai suka membuli adik dan kawan-kawan ni pun
dari si ayah.
“Ash kena tolong Uncle Majid. Kena tolong jagakan cucu saudara dia.”ujar
En. Sufian bersemangat, terangkat-angkat keningnya. Ash ternganga. Dia dengan budak kecik mana boleh GENG?! Ni memang permintaan luar alam.
“Tapi.. Ash mana boleh dekat dengan
budak kecik. Ash mesti nak buli depe..
ni semua ayah punye genetik la..”ujar Ash mencebik bibir.
“Asy Quratun binti Ahmad Sufian!!! Kalau kamu tak mahu tolong ayah.. Kamu akan
didenda iaitu kamu kena memasak untuk kami yaitu yang sememangnya hantu CILI
ni.. selama setahun!” Lagi ternganga Ash
dibuatnya. Ni bukan setakat mendera
tangannya tetapi mentalnya juga! Ash memandang
Arul si along meminta backup tapi hampeh.. lagi digelakkan adalah.
“Yelah-yelah... Ash setuju. Berapa umur budak tu?”tanya Ash sebal. En. Sufian tersenyum menang. Ash menjeling abangnya asyik mengetawakan
dirinya.
“Dalam.. 4 tahun. Ingat esok kamu kena
pergi rumah dia. Cuti-cuti semester ni bawak-bawaklah bekerja.. Jangan asyik
nak keluar dengan kawan je. Dah la awak
tu perempuan! Lepas tu pakai baju macam
lelaki.. Haih, ayah tak tau la macam mana nak kata lagi.” En. Sufian mula mengeluarkan siaran khubath
Jumaatnya. Ash sudah memekakkan
telinga. Alongnya pula melambakkan
ketawa yang mungkin sudah sebulan di simpan.
Ketawa tak ingat dunia, agak-agaknya dah beratus anak setan dalam tekak
dia.
Ash melangkah ke biliknya. Lauk-pauk yang disiang ditinggalkan begitu
sahaja. Merajuklah tu.. Hancur identitinya sebagai ‘lelaki’ macho lagi comel.
Ayahnya dan Arul masih ketawakan dirinya di tingkat bawah. Pintu bilik yang berwarna putih itu dihempas
sekuat hati. Melepaskan geram. Kehangatan hatinya beransur pergi apabila
azan Isyak sudah berkumandang. Kaki laju
membawa diri ke bilik air, mahu menyuci diri menghadap Tuhan yang Maha
Esa. Biarlah apa orang nak kata, hanya
Allah sahaja yang tahu kenapa dia jadi
begini.
=________=.
“Assalamualaikum...
Ada orang ke tak ni...” Ash yang sudah hampir 15 minit berdiri disitu mula
mengaru-garu kepala yang tidak gatal.
‘Biar betul ayah ni.. Betul ke ni alamat Uncle Majid ni? Dah lenguh kaki
aku berdiri dekat sini..’Ash mula mengeluh. Dahi yang mula basah dek peluh
dilap dengan bajunya yang berlengan panjang.
“Assalamualaikum!! Haih kalau macam ni. Baik aku keluar dengan Yad dan Din, tak
adalah bosan macam ni.. Uncle Majid ni pun dah janji tu tepatilah..”bebel Ash
mula menghampiri motosikalnya yang kebetulan baru keluar dari bengkel akibat
demam yang terlampau kronik. Ash menepuk-nepuk motorsikal kesayanganya itu. Sedang
dia nak memanjat motor dengan gaya ala-ala mamat motor tak pernah naik motor..
dia dikejutkan dengan bunyi hon kereta. Hampir-hampir sahaja dia jatuh dari
motor yang boleh tahan tinggi, yelah diakan pendek.. chibi bak kata orang
Jepun.
“Ya
Allah, lama ke sampainya Quratun?” tanya Uncle Majid ramah. Ash pun apalagi orang dah berbahasa dia pun
berbahasa jugalah.
“Tak
adalah Uncle As.. er.. Quratun baru nak turun motor.”ujar Ash sedikit kekok,
sudah lama tiada yang menggelarnya sebagai Quratun. Ash membuntuti kereta Uncle
Majid yang selamba rock lambat itu. Dah
tahu nak keluar tak payahlah berjanji hari ni..
“Quratun
mari masuk.” Ajak Uncle Majid ramah. Tangannya penuh dengan sarapan pagi. Tetap
juga dia mendukung seorang budak kecil yang mungkin akan dijaga oleh Ash itu.
Ash dengan baik hatinya menghulurkan tangan mahu mendukung budak itu. Tetapi budak itu jual mahal pulak, makin
beranginlah Ash. ‘Tak pe kau budak, jual mahal ye... Kau belum kenal lagi Ash
ni siapa..’Ash segera memaniskan wajahnya apabila Uncle Majid kelihatan
serba-salah.
“Maaflah
Quratun, Aisy ni memang macam ni.. Tak apa Quratun tolong Uncle angkat makanan
ni ya..”ujar Uncle Majid serba-salah.
Ash pantas mengambil plastik yang berada ditangan lelaki itu. Sempat lagi dia menjulurkan lidah kepada
budak kecil itu. Ash.. Ash memang tak
matang betul!
Ash
pantas menolong Uncle Majid menghidangkan makanan-makanan itu. Tanpa disedari
anak kecil itu merapati Ash yang asyik menyusun kuih-muih itu. Lalu ditarik
hujung baju yang dipakai Ash. Ash
sedikit tersentak dengan tindakan budak kecil itu.
“Nak
apa?”tanya Ash lembut. Takkan nak sergah pulak, nanti menangis pula cucu
kesayangan Uncle Majid itu. Budak kecil
itu hanya berdiam. Tangan tergawang-gawang, seolah-olah menunjukkan sesuatu.
Ash berkerut dahi memikirkan apa yang si kecil mahu.
“Quratun,
Aisy tu nak air. Dia tak reti nak bercakap. Dulu dia boleh bercakap becok
semacam je, lepas ayahnya berkawan dengan seorang perempuan tu terus dia jadi
macam tu. Tapi ayahnya dah putuskan hubungan dengan perempuan tu, tapi
entahlah, sekali pun Aisy tak mahu mengeluarkan suara. Kata doktor Aisy trauma.
Itu yang Uncle bawak Aisy duduk dengan Uncle. Takut pula nak bagi dia duduk
dengan pengasuh..”ujar Uncle Majid panjang lebar.
“Mak
dia mana uncle?” tanya Ash. Uncle Majid
terkesima.
“ Mak dia dah
meninggal masa umur dia 2 tahun lebih..”ujar Uncle Majid sedikit sedih. Ash
segera meminta maaf. Uncle Majid sekadar mengangguk. Pantas sahaja lelaki itu pergi ke tempat
kerjanya yang sememangnya dia sudah lewat. Ala syarikat sendiri apa kira..
Ash terangguk-angguk.
‘Kesian la pulak dengan budak kecik niii... Tapi sebab budak kecik ni tak
hiraukan aku tadi.. muahahaha dia mestilah dibuli sebelum aku berbaik dengan
dia..’ Ash memandang Aisy yang asyik menjamu selera itu.
^______^
Ash
merapati Aisy yang asyik mewarna. ‘Hehehe inilah masanya aku nak membuli wahai
budak...’
“Hm..
Cantik betul Aisy warna. Ni apa?”tanya Ash sengaja mahu memancing perhatian si
kecil. Aisy mula menulis. ‘Wah, pandai betul budak ni.. baru umur 4 tahun dah
pandai menulis..’ Tertera perkataan ‘Lembu’. Ash menahan ketawa. Mana taknya
lembu itu diwarnakan dengan warna biru, lembu dari planet mana ni?
“Aisy..
mana ada lembu warna biru.. Aisy ni sedih betullah hahaha..” Ash sesedap rasa,
ditambah dengan ketawa mengekek Ash itu membuatkan wajah Aisy bertukar warna.
Memerah menahan geram.
“Alololo..
tomey-tomey. Meh Kak Quratun kasi botol susu ek..”sengaja Ash memerli Aisy.
Aisy yang kegeraman pantas menulis sesuatu.
‘Aisy
dah tak minum susu dalam botol la..’ makin gamat ruang tamu itu dengan ketawa
si Ash. Aisy mencebik. Seolah-olah mahu menangis.
“Eleh..
baru usik sikit dah nak nangis tak syok la..”ujar Ash menutup gugup melihat
mata bundar itu bergenang. Aisy pantas menyeka air mata yang belum luruh ke
pipinya.
‘Mana
ada nangis la mak cik Quratun..’ tulis Aisy sebelum melarikan diri. Sempat lagi
si kecil itu menjulurkan lidah. Ash menahan geram. Mak cik?! Hello Ash baru nak
masuk 20 tahun tau! ‘Eik.. macam mana pulak Aisy tu boleh tau aku ni
perempuan?’ Ash mengaru-garu kepalanya.
Pelik betul dengan budak cerdik tu.
Jam
sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Ash sekadar menjaga ala kadar budak kecik
itu. Yelah budak tu memang boleh diharap. Makan sendiri, mandi sendiri, solat
pun pandai, pendek kata Ash ni kerjanya duk tercongak depan televisyen aja.
“Assalamualaikum..”
Ujar Uncle Majid yang baru pulang. Ash segera menjawab dalam hati. Ash
memerhatikan kawan ayahnya itu. Kelihatan segak walaupun baru pulang dari
kerja. Hehehe tapi jangan ingat si Ash ni suka lelaki tua pulak.. maaflah..
“Uncle
Quratun nak balik dululah.. Karang ayah bising dekat rumah.”ujar Ash yang sudah
mencapai helmetnya.
“La..
baru nak kenalkan dengan bapa si Aisy ni, Ashril.” Muka Uncle Majid sedikit
kecewa.
“Tak
pelah uncle esok masih ada..”canda Ash.
Tiba-tiba Aisy menarik tangan Ash nak tak nak Ash tunduk le dekat si
Aisy tu, atuk dia depan mata la.. Aisy pantas mencium pipi si Ash. Ash
terkesima menerima ciuman dari budak kecik itu. ‘Ops.. ciuman pertama aku..’Itu
yang dia dok fikirkan, oit Ash oit, dia tu budak kecik je la...
“Erk..
Thanks?! Aisy.. Uncle orang balik dululah nak Magrib ni..”ujar Ash segera
keluar dari rumah itu. Pelik pulak bila kena cium dengan budak tu rasa macam
muncul satu perasaan yang asing. Hm.. macam rasa rindu, ya rindu kepada ibunya
yang sudah lama pulang ke rahmatullah.
Asyik
benar Ash melayan perasaan. Tanpa disedari dia terlanggar belakang kereta Honda
Civic. Ash sudah terpelanting dari
motornya. Nasib baiklah dia tidak terseret kalau tak memang sedaplah jawabnya.
“Hoi! Sesuka hati je
langgar kereta aku kan?!” sergah lelaki itu. Ash sudahlah sakit kena sergah
pulak, memang sengaja mengundang padah lelaki ni.
“
Oit, encik yang tak ada perasaan empati. Encik tak nampak ke saya ni? Lagi
teruk dari bontot kereta encik tu.. ni ha luka ni!!” Ash pantas menyuakan
lenganya yang berdarah itu.
Lelaki
itu sedikit kebelakang mungkin geli dengan darah. Lelaki itu membuat sesuatu
tindakan diluar jangkaan si Ash. Boleh pulak dia main tojol-tonjol kepala Ash.
‘Haih.. ingat kepala aku tak bayar zakat ke?’ Ash cuba menyabarkan hati.
“Sayang..
kenapa lambat sangat ni?” kedengaran satu suara asing. Hantu ke? Erk, gulp! Ash
sudah menelan air liur.
“So
sorry, pengkid ni ha.. Habis kereta I dia langgar. Kejap ya sayang..”ujar
Lelaki itu begitu lembut. Hampir tergoda
Ash mendengarnya. ‘Aip.. kejap! Dia kata aku pengkid?? Macam mana dia boleh tau
pulak ni??!’ Ash mula tak sedap hati.
“Pengkid
ke sayang? Nampak macam lelaki tulen, haih rugi betullah..”ujar perempuan itu
sedikit gedik. Lelaki yang sedang merenung Ash macam nak makan itu pantas
membeliakkan mata mendengar kata-kata itu dari mulut sang kekasih.
“You..”Aww...
loya tekak Ash mendengarnya, manja bebenor... Kembang hidung Ash mendengar
kata-kata si perempuan. Hehehe maknanya dia lagi kacak la dari si lelaki yang
macho, tough lagi bergaya ni.. Sempat lagi Ash memuji lelaki itu.
“Okey-okey,
kau pengkid, kasi no fon dengan nama penuh. Kalau tak aku report!” ujar lelaki
itu mengugut.
Ash
pantas memberi maklumat dirinya.
“....
Asy Quratun binti Ahmad Sufian.”kata-kata Ash mendapat gelak ketawa yang maha
merdu dari lelaki itu. Si perempuan sudah berkerut-kerut dahi melihat wajah
kekasihnya memerah menahan ketawa.
“You
kenapa gelak? Kena rasuk ke? Dah la nak magrib ni..”ujar perempuan itu sedikit
risau. Seriau dibuatnya, Ash segera menjarakkan diri.
“Taklah..
Nama sikit punya feminin tapi.. perangai macam.. hahaha”kali ini gelak ketawa
itu bersatu dengan si perempuan.
“Okey
then, mr. Crazy.. I’m going now..”ujar Ash sedikit geram. Kan sesedap rasa dah
dapat gelaran dari Ash ni.
“Oit
pengkid, sesuka hati kau panggil aku Mr. Crazy.. Siap kalau aku jumpa kau!”ujar
Lelaki itu menengking. Terhenjut bahu si kekasih. Ash sudah jauh berlalu. Lengan
yang luka perlu diubati sebelum pulang. Nanti bertambah sakit hati dia bila
ayahnya pula membebel.
‘I
will remember you Mr. Crazy...’
#Dah lama x update blog... heheheh yg lama x abis lagi asyu dah tambah baru.... jangan risau ni just cerpen je.. hehehe
#enjoy tau...
#cerita ni ada dalam 2 atau 3 part lagi.. terpulang kepada inchik oTak hehehe
#Btw tgh sbuk2 ni la.. Idea pasal benda ni muncul.. so diharapkan korang KOMEN supaya asyu x rasa rugi buang masa tulis benda ni ye....
hahahaha.... mmg kelakar... first2 mas ingat kan ash qurqtun tu lelaki sekali hemmm... ok lah nie
ReplyDeletecpt sambung tau. mas dah x sabar... kahkahkah.... :)
hehehe... thanks mas...
ReplyDeleteinsyaAllah akan disegerakan..
Bila nak sambung lg. Best je cita nie....
ReplyDeletehehehe bakal disambung..
Deletetapi tak janji la dalam waktu terdekat ni..
klu asyu lapang asyu update ye..
btw Thanks @Abdul Rashid
haha kelakar (Y)
ReplyDeletethanks cahaya :)
Delete