MANJA + Sengal =
CINTA ♡♡♡?!
“Get Outttttttttttttttttttttttt!!!”
Jerit Amanina. Suara manjanya hampir
hilang. Hampir seluruh pekerja cuba mengintai apa sebenarnya yang sedang
berlaku sehingga Cik Amanina yang baik dan lembut itu boleh menjerit sebegitu.
“Amanina!
Please behave youself!” kini giliran Shafiq pula menjerit.
“Siapa yang
tak behave? Awakkan? So.. Get out! NOW!!” jerit Amanina sehingga merah mukanya.
Shafiq menghela nafas kasar. Geram sungguh dia dengan anak Tan Sri Ahmad Said
ini, hanya kerana dia terlupa janji temu mereka si gadis ini menjerit sebegitu.
“Memang
dasar anak manja! Kalau macam ni perangai awak.. Kita putus!” Ujar Shafiq yang
sudah tidak tahan dengan perangai Amanina yang sungguh manja apabila berada
diluar pejabat. Asyik nakkan perhatian. Macam la si Shafiq ni tak ada kerja,
kehidupan sendiri.
Terkedu
Amanina mendengar ucapan keramat itu dari mulut kekasih yang amat dicintainya.
Mahu menangis tapi keegoannya lebih mengusai dirinya.
“Okey if
that you want. It will be my pleasure.. So now please get out..” Ujar Amanina
dengan suara yang cuba dikawal. Shafiq mendengus kasar. Dia ingatkan Amanina
akan berjanji untuk berubah. Shafiq melangkah keluar dengan wajah angkuh. Kalau
orang dah tak sudi buat apa dia terhegeh-hegeh? Lebih baik dia blah sahaja.
Amanina
terduduk dibangkunya. Tidak sangka hubungan cintanya akan tamat sebegitu cepat.
Sekali lagi rekod putus cintanya mencatat rekod baru. Kali ini cintanya hanya
bertahan selama 1 bulan sahaja. Jika cinta-cintanya yang dahulu hampir 3 bulan
juga dia nikmati. Memang dia manja... tapi salahkah dia manja sebegini?
“Hi pretty
girl.. seorang aja.. nak bro yang handsome lagi macho ni temankan?” ujar
Hazama. Fuh...~! Nama bukan main lagi, tapi perangai playboy 100%. Hampeh! Amanina
terus melabuhkan diri disofa yang empuk.
“Kau ni kalau sehari tak kacau aku
boleh tak?” ujar Amanina tegas tapi kedengaran begitu manja. Tergelak Hazama
mendengarnya, suara macam tu ada hati nak marah dia. Makin marahlah si Amanina.
Dahlah sakit hati dengan Shafiq a.k.a ex-boyfriend dia tak habis lagi dah ada
seorang lagi tambah kesengalan dihatinya.
“Kau ni... saja je! Malas nak
layan.”kata Amanina geram tapi manja dan comel membuat Hazama nak gigit sahaja.
Nasib baik anak angkat mumnya kalau tak.. dah lama kena ngap.. hehehe ^_<
“Haih... Amani janganlah buat suara dan
muka macam tu.. nanti bro ni gigit tak lepas karang baru tahu.” Ujar Hazama
sambil mengenyitkan mata. Amanina sudah mengeliat kegelian melihat perilaku
lelaki itu. Macam manalah mum yang lembut dan baik hati itu boleh melahirkan
anak lelaki yang sesengal ini.
“Amani... Amani... cuba panggil Amanina
ke.. Nina ke.. Ama ke.. NI asyik nak Amani je.. rimas la orang tak
suka.”Amanina menarik muncung. Ingat comel ke kak? Memang comel pun tu yang
Hazama tak keruan ni.
“Alah biarlah.. ikut suka hati brolah!
By the way mum mana?” tanya Hazama apabila mula perasan yang mumnya tidak
berkepit dengan anak angkat kesayangan. Dulu terkejut juga dia, balik-balik
dari overseas terus dapat adik! Ingatkan adik kandung.. rupa-rupanya adik yang
diangkat oleh mum kesayangannya. Punyalah cantik... kesian dia kena tanggung
perasaan sendiri. And moreover, mumnya dibolot Amanina, makinlah dia makan
hati.
“Mum?! Mum macam biasalah menghadap
telenovela terbaik dia tu. Tak habis-habis tengok dvd yang sama. Kalau tak
handsome mamat yang berlakon tu tak ada maknanya dia nak tengok telenovela tu
walaupun terbaik giler.” Ujar Amanina tercebik-cebik nampak sangat makan hati
dengan telenovela mumnya. Hazama tergelak.
“Kata mum ya.. padahal dia pun sama
jugak. Kalau dapat drama k-pop, j-pop dia tu mana nak pandang kita ni. Kalau
sebut shopping baru nak pandang..” perli mum yang baru muncul. Mum atau Puan
Salina mengerling anak angkatnya yang sudah 5 tahun disampingnya. Sejak dia
berjumpa Amanina di syarikat seni reka dalaman itu terus dia jatuh hati dan
dijadikan Amanina anak angkatnya. Ketika itu Hazama berada jauh di perantauan.
“Hehehe.. mum ni telinga lintah
betullah..”Ujar Amanina sambil memeluk lengan Puan Salina. Puan Salina menarik
senyuman manis khas untuk anak angkat kesayangannya. Hazama mula terasa
disisih.
“Amani ni tak reti nak balik ke? Kesian
Papa Amani tu seorang-seorang.” Ujar Hazama dengan suara dingin. Nampak sangat
menghalau tu!
“Uish.. Hazama kenapa cakap macam tu?”
marah Puan Salina mendengar bahasa anaknya. Ditepuk perlahan paha anaknya.
Hazama menarik sengih.
“Ala cemburulah tu... ni mum kita..”
ujar Amanina menjelir lidahnya. Hazama menarik sengih nakal.. hehehe dah ada
bahan nak buli budak manja ni...
“Cemburu buat apa? Puan Salina ni
memang mum kandung abang... Amani bukan sesiapa dengan mum..” ujar Hazama
pedas. Terus berubah muka Amanina mendengar kata-kata itu. Dia sedar diri dia
hanya menumpang kasih.
“Melainkan.... Amani kahwin dengan
abang. Hehehe... tak rugi apa dapat bro yang handsome lagi macho ni.. amacam
setuju?” ujar Hazama tersengih-sengih gatal. Puan Salina yang baru nak memarahi
anaknya itu terus tak jadi mendengar ayat anaknya yang tadi. Dia pun suka
Amanina jadi menantunya.
“Hah, Amanina setuju jelah...” ujar
Puan Salina memprovok.
“Setuju apanya..?” tanya Amanina
buat-buat tidak faham padahal muka dah merah macam udang kena bakar.
“Okey.. tak faham tak apa. Amanina yang
cantik dan manja, mahukah dikau menjadi suri dihatiku? Tak jelas lagi? Will you
marry me? Tak jelas lagi? Sudi ta..”
“Op... STOP! Dah-dah.. naik bulu roma
Amani..”ujar Amanina sambil menutup telinga. Tanpa sedar dia turut mengelarkan
dirinya Amani.
“A M A N I? Hurm... i like the sound..”
ujar Hazama masih giat mengusik si gadis.
“Alamak! Salahlah.. Amanina! Hish
sengal la Zama ni! Nak balik la!” ujar Amanina sambil menyambar beg sandang dan
beg laptopnya. Mukanya sudah memerah tahap melampau. Terus sahaja kakinya
melangkah ke pintu.
“Amanina merajuk ke?” tanya Puan Salina
sedikit risau. Amanina menayang senyuman tak berapa nak jadi. Macam tak pernah
senyum sahaja.
“Mana ada mum, orang risau papa kat
rumah seorang diri. Ni yang nak balik ni..” ujar Amanina manja sambil menyalami
dan mencium tangan mum angkatnya.
“Ehem.. ehem..” Hazama mengunjukkan
tangannya. Amanina mengangkat kening.
“Salam la..” ujar Hazama sambil memberi
senyuman yang tercomel sekali.
“SENGAL!” jerit Puan Salina dan Amanina
serentak. Membuat Hazama ketawa menekan perut. Amanina terus masuk ke keretanya
tidak toleh-toleh lagi. Sekiranya dia toleh pasti jadi bahan ketawa sahaja.
Mana taknya, sudah berair matanya menahan geram. Nampak sangat yang dia ni
manja.
“Assalamualaikum papa...” ujar Amanina
sambil memeluk leher papanya. Lagaknya tidak ubah seperti kanak-kanak berumur
5, 6 tahun. Tan Sri Ahmad Said tersenyum senang dengan kehadiran anaknya.
“Waalaikumussalam, lambatnya sayang
papa ni balik. Tahu tak papa dah mula risau..” ujar Tan Sri Ahmad Said lembut.
Memang patut anaknya manja, dah papanya melayan.
“Sorry papa. Tadi singgah rumah mum
sekejap. Si Zama tu ada.. tu yang jadi lambat tu..” ujar Amanina dengan mata
berair.
“Lah.. ni kenapa pulak menangis ni?
Nina ada masalah? Shafiq tu ada sakitkan hati anak papa ke?” tanya Tan Sri
Ahmad Said bertalu-talu. Risau benar dengan perubahan anak tunggalnya itu.
“Di... dia.. Ka.. kami.. isk.. isk..
pu... pu.. putuss.... warghhh...” susah benar Amanina nak menyatakan ayatnya
dalam keadaan yang menangis teresak-esak.
“Ya Allah.. sabarlah sayang. Macam mana
boleh macam ni? Setahu papa kamu dengan dia baik sahaja?” tanya Tan Sri Ahmad
Said sedikit keliru. Dia yakin Shafiq benar-benar serius mahu memperisterikan
Amanina. Baru Selasa lepas dia berjumpa dengan anak muda itu, jelas anak muda
itu baik orangnya.
“Nina.. ga.. gaduh dengan dia.. Isk
Isk.. pasal janji temu kitaorang hari tu.. isk” ujar Amanina teresak.
“Hurm.. pasal tu je.. Tak apalah. Nina
tak payah sedih sangat. Mungkin jodoh diantara Nina dan dia tak ada.” Pujuk Tan
Sri Ahmad Said. Dipeluk Amanina yang
teresak-esak. Rasa kasihan pun ada.. rasa nak gelak pun ada. Macam-macam la
budak-budak sekarang ni.. pasal lupa janji temu pun nak putus bagai.. hehehe
lawak.. lawak..
“Dah, dah.. Pergi mandi, lepas solat. Barulah
hati anak papa ni terubat. Ingat kalau papa dah tak ada, Nina hanya ada Allah
s.w.t sahaja untuk mengadu. Masa tu Nina kena tabah, barulah papa tenang..” Tan
Sri Ahmad Said mengusap lembut kepala anaknya.
“Papa ni... saja je nak kasi Nina lagi
sedih.. Huawaaa... isk.. isk..” makin kuat tangisan Amanina apabila mendengar papanya
berkata begitu. Tergelak Tan Sri Ahmad Said dengan perangai anaknya. Mudah tersentuh.
Ini yang membuat Tan Sri Ahmad Said gusar, anaknya itu terlalu naif. Mudah percaya,
mudah jatuh cinta, mudah suka, mudah tersentuh, mudah sakit hati... memang
keadaan anaknya membuat dia risau. Bagaimana jika suatu hari nanti dia tiada? Bolehkah
Amanina, puteri kesayangannya melalui hidup yang penuh dugaan ni?
“Betullah... Okey-okey papa tak cakap
pasal mati. Sekarang Nina pergi mandi sebelum papa mula balik cakap pasal
mati..” terasa sesak dada Tan Sri Ahmad Said apabila Amanina memukul-mukul
dadanya. Nampak sahaja manja, lembik tapi kuat betul penangan si Amanina ni.
Amanina yang sudah terhenti tangisannya, mencebik sebelum mencium pipi papanya.
Lalu dia melangkah ke biliknya. Tan Sri Ahmad Said tergeleng-geleng kepalanya
melihat perlakuan anaknya yang masih tidak matang itu.
“Masuk!” Amanina yang sedang sibuk
melukis untuk pelanggan terbarunya mengeliat sedikit. Kelihatan Arith masuk
dengan bunga ditanganya. Amanina mengeluh. Sudah berkali-kali dikatakan dia
tidak mempunyai perasaan untuk lelaki itu. Namun tetap juga Arith memikatnya,
macamlah tiada perempuan yang lebih cantik untuknya di Kuala Lumpur ini.
“Hurm.. awak rupanya. Ada apa? Saya ada
banyak kerja ni!” Amanina mula menghadap balik drawingnya. Padahal sudah hampir
95% drawing itu siap, dia hanya mahu lelaki itu cepat-cepat keluar dari
biliknya.
“Nina, betul ke Sahfiq dah berpisah
dengan you?” tanya Arith dengan riak wajah yang serius. Bunga diletakkan di
atas meja kopi yang terletak di tengah bilik Amanina. Arith terus melabuh
punggungnya dikusyen empuk. Macam harta mak bapak dia je! Amanina mendengus
perlahan. Memanglah Arith ni manusia yang tak reti bahasa.
“Kalau ye pun kenapa awak nak sibuk?”
tanya Amanina dengan wajah yang masih menghadap lukisannya.
“Kalau betul... I nak masuk meminang
you!” ujar Arith sambil merenung Amanina tajam.
“Awak jangan main-main! Sayakan dah
kata, saya tak suka awak!”kata Amanina yang mula meninggikan suara.
“Ala, sayang cinta boleh dipupuk..
Lagipun you tak ada sesiapa dihatikan?”tanya Arith yang sedari tadi merenung
wajah Amanina. Amanina mula rasa terperangkap. Memanglah dia tiada kekasih
tetapi dia tak mahukan Arith kaki playboy terkemuka di KL ini sebagai suaminya!
Dalam suasana yang tegang itu, kedengaran
pintu biliknya dibuka kasar. Terpacul wajah Hazama yang nampak bengang. ‘Dia
dengar ke apa yang si Arith ni cakap?’ Persoalan mula timbul dibenak hati
Amanina. Tapi kenapa, Hazama macam marah je dengan Arith?
“Dia dah ada boyfriend la.. kan Amani?”
tanya Hazama dengan senyuman nakal.
“Amani?” Arith kelihatan pelik. Bingung
memikirkan siapa Amani.
“La.. Amani aka Amanina panggiilan
manja dia dan saya. Dia ni girlfriend saya kalau awak nak tahu. 2 minggu lagi
saya dan dia akan bertunang. Nanti jemputlah datang rumah.” Ujar Hazama dengan
nada sarkastik. Terus terbuntang mata Arith mendengar kata-kata Hazama itu.
“Betul ke Nina?” tanya Arith dengan
nada tidak percaya.
“Be.. betullah..” ujar Amanina
tergagap. Terkjut satu hal, namun selamatkan diri lebih penting!
“Hm.. baiklah. Saya mintak maaf
menganggu kamu semua.” Arith segera keluar dari bilik itu. Terasa mukanya tebal
5 inci. Amanina ketawa senang. Termakan juga Arith dengan penipuannya.
“Seronoknya ketawa...” ujar Hazama yang
tadinya tertawan dengan gelagat Amanina yang kelihatan comel itu.
“Seronoklah.. lepas ni playboy tu mesti
tak ganggu Nina dah.. Terima kasih sebab tolong Nina.” riang sahaja Amanina
bersuara. Terlupa sebelah dia ni mamat sengal yang membuat dia marah tahap
sedang-sedang semalam.
“Sama-sama. By the way, Amani, awak kena
bayar pertolongan saya tu..” sekali lagi sengihan nakal Hazama terpamer.
“Hah, kena bayar! Hurm.. nak apa?”
tanya Amanina dengan mulut yang dicebik. ‘Ingatkan ikhlas rupanya kena bayar..
menyampahnya dengan mamat sengal ni...’ Baru dia teringat tu mamat sengalnya.
“Kahwin dengan Zama!” ucap Hazama
senafas dengan wajah yang serius. Terlopong mulut Amanina. Terlepas mulut
harimau masuk pula mulut buaya. Apalah nasib....
“Tak nak!” ujar Amanina tegas. Melihat ketegasan
Amanina membuat Hazama geli hati. Pantas ketawa yang ditahan diluahkan, namun
dalam hatinya terasa sedikit... sakit dengan penolakan Amanina. Makin cemburut
wajah Amanina.
“Hahaha.. Zama main-main je. Siapalah..
nak kahwin dengan perempuan mulut itik ni?!” ujar Hazama menutup kesakitan yang
dirasai dalam diam.
“Sengallah Hazama ni!!! Kenapa datang
ni?” tanya Amanina yang baru sedar dia tidak tahu tujuan Hazama ke pejabatnya.
“Lunch, and bussines talk..” ujar
Hazama bersahaja. Amanina mengangguk. Dia melihat jam tangan jenama terkemuka
hadiah dari papanya buat hari lahirnya yang ke-23. Jam menunjukan pukul 1.30
petang. Amanina pantas mencapai tas tangannya. Mereka melangkah keluar
bersama-sama. Buat seketika Hazama merasa bahagia Amanina sudi menemaninya
makan tengahari walaupun dengan alasan kerja.
Sebulan
kemudian...
“Apa?!” nafas Amanina mula turun naik
dengan deras. Telefonnya dibiarkan terjatuh begitu sahaja. Air mata mula
mengalir. Hazama yang baru sahaja masuk ke rumah mumnya terpinga-pinga. Pantas dirapati
Amanina yang sedang kelam kabut mencari sesuatu didalam begnya.
“Hei.. kenapa ni?” tanya Hazama
prihatin. Sejak peristiwa sebulan lalu, hubungan mereka menjadi rapat. Matanya melilau
mencari kelibat mumnya.
“Papa.. isk.. papa saya.. isk.. Zama..
tolong...” rayu Amanina dengan tangisannya. Hazama semakin bingung.
“Kenapa dengan Tan Sri?” tergaru-garu
kepala Hazama melihat Amanina yang menangis bagaikan kehilangan sesuatu yang
berharga.
“Tolong bawa saya pergi hospital..” ujar
Amanina setelah mula tenang.
“Oh, okey.” Pantas sahaja Hazama
bersetuju.
Sampai sahaja di hospital Amanina
pantas keluar mencari papanya. Hazama pergi meletakkan keretanya. Selepas itu
kakinya laju ke kaunter pertanyaan. Bertanyakan Tan Sri Ahmad Said. Selepas mendapatkan
info, Hazama melangkah ke wad kecemasan.
Kelihatan Amanina terduduk lesu
diruangan menunggu. Hazama menghampiri gadis itu. Rasa simpati mula melimpah
ruah dihatinya.
“Are you okey?” tanya Hazama sambil
duduk ditepi Amanina. Amanina memandang kosong wajah Hazama.
“Papa... papa saya..” Ujar Amanina, air
mata mula kembali bertakung. Sedih dengan keadaan yang berlaku.
“Sabar... kita tunggu dulu ya..” ujar
Hazama sambil mengusap kepala gadis itu.
Lama mereka menunggu hingga tertidur. Mereka
terjaga seleas doktor yang merawat Tan Sri Ahmad Said keluar. Melihat gelengan doktor membuat lutut Amanina
lemah. Dia terduduk disitu.
“Baik awak berdua berada disamping pada
saat akhir beliau..” ujar doktor itu lalu beredar. Hazama memimpin Amanina
masuk ke wad ICU. Kedengaran bunyi mesin menunjukkan denyutan jantung ayahnya. Begitu
lemah sekali Tan Sri Ahmad Said tika ini.
“Papa.. Nina mintak ampun dari hujung
rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan dan minum Nina, papa..”pinta Nina
dalam tangisan. Tan Sri Ahmad Said mengangguk, tangan yang lemah dibawa ke
kepala Amanina lalu diusap penuh kasih.
“Zama... Papa nak mintak tolong dengan
awak.. tolong nikahi anak saya.. bahagiakan dia.. lindungi dia..” pinta Tan Sri
Ahmad Said yang semakin nazak. Hazama yang tidak sampai hati. Lalu mengangguk.
“Nina.. terima Zama. Sayangi dia,
hormati dia.. selepas ni.. syurga Nina dibawah telapak kaki dia..” Kali ini
selepas berkata-kata dada Tan Sri Ahmad Said mula turun naik dengan kencang. Meleleh
air mata Tan Sri Ahmad Said tatkala sakaratulmaut mahu mencabut nyawanya.
Hazama membisik kalimah syahada ditepi telinga papa Amanina.
“Nina.. janji.. papa.. Nina janji..”
Tangisan Amanina sudah surut apabila melihat dada papanya tidak bergerak lagi. Senyuman
diwajah papanya, membuat Amanina turut terjangkit. Dia tahu papanya tenang
menghadap Allah.
Amanina menanti penuh debar. Baru petang
tadi dia diijabqabul. Akhirnya janjinya pada papa terungkai. Terasa tenang
hatinya melihat cincin dijarinya. Bilik yang berhias cantik diperhati. Cantik juga
hasil sentuhan ibu mertuanya.
“Assalamualaikum.. “ kedengaran suara
garau disebalik pintu. Amanina semakin berdebar. Dia melirik suaminya yang baru
masuk.
“Waalaikumsalam..” manja sahaja suara yang
keluar dari mulut Amanina.
“Hai, isteri manjaku..” ujar Hazama
dengan senyuman menggoda.
“Hai, suami sengalku..” jawab Amanina
penuh malu.
“Mari sini duduk sebelah abang..”
panggil Hazama. Amanina hanya menurut. Wajahnya hanya menunduk sedari tadi.
“Abang nak tanya ni.. hurm.. sayang
cintakan abang..” ujar Hazama penuh romantis.
“Hurm...” Amanina mengangguk.
“Abang tak dengarla...”
“Cinta la..” ujar Amanina malu-malu.
“Sayang, hehehe tau tak kita ni ibarat
apa?”tanya Hazama sambil gelak.
“Hurm.. tak tau..” ujar Amanina polos.
Hazama merangkul isterinya. Memang isterinya naif, nasib baiklah arwah papa
mentuanya menyuruh Amanina berkahwin dengannya. Kalau tak tahulah apa yang akan
terjadi dengan gadis ini.
“Cinta kita.. ibarat.. cinta si manja
dengan si sengal.. bila bergabung mungkin tak serasi.. namun kelama-lama cinta
itu berbuah dengan lebat..” ujar Hazama penuh bermakna. Amanina ketawa. Memang cinta
mereka ibarat manja campur sengal jadilah cinta. Insya-Allah, hidupnya hanya
untuk suaminya. Semoga perkahwinan ini berkekalan ke Jannah. Insya-Allah!
# hehehe.. nampak sangat nak cepat habis.. Apa-II pun komen tauuuuu hehehe trimas sudi baca sampai abisssssss >_< Love u all♡♡♡