Bab
2
Hanan sampai tepat jam 7.20 pagi.
Loceng pertama baru sahaja berbunyi. Dengan pantas Hanan meletakkan basikalnya
ke tempat yang disediakan pihak sekolah. Beberapa orang pelajar
menjeling-jeling basikalnya itu. Hanan buat endah tak endah, bukan berdosa
pun ada basikal yang tidak cantik.