Assalamualaikum. Ye... Akhirnya blog diupdate.
hahaha maafkan saya.
Dan... cerita kali ni tak memuaskan. Tapi cubalah baca hehehe
Apa2 pun terima kasih sudi baca.
Tajuk : Balik.
2005
Qhalif melangkah masuk ke dalam rumah dengan keluhan.
Tali leher dilonggarkan. Badan terus dihempas ke sofa. Siapa kata usia 20
tahun, sudah matang sudah boleh berjaya. Dia ni umur sudah mahu masuk ke 23
tahun tetapi perniagaannya masih belum kukuh. 3 tahun di dalam perniagaan dia
masih terkial-kial mencari duit untuk meneruskan hidup. Qhalif bukanlah seorang
yang mudah putus asa. Buktinya, pada usia 20 tahun dia berjaya memiliki
segulung ijazah berkat gen genius bapanya juga.
“Qhalif, kenapa ni?” tanya Mikael, teman lelakinya. Ya,
Qhalif terpesong, akibat sesuatu yang berlaku di masa silam, Qhalif lebih
senang dengan lelaki. Mikael seorang yang baik, lembut dan penyabar.
Mikael memeluk bahu Qhalif dari belakang sofa. Qhalif
memejamkan matanya. Mikael memicit bahu Qhalif, melihat Qhalif semakin selesa,
Mikael melambuhkan dirinya disebelah Qhalif. Qhalif berbaring di atas paha
Mikael. Rambut ikal Qhalif dimain-main.
“Sayang, what happen? Are you okay?” tanya Mikael sambil
menukar rancangan televisyen.
“Nothing babe. Just... work.” Qhalif memandang wajah
Mikael.
“Really. Jadi... untuk happykan you, I dah masak makanan
kegemaran you. Steak with aparagus. With mushroom sos. You like it?” tanya
Mikael sambil membantu Qhalif duduk menyandar di sofa.
“Of course babe. Thank you. Hanya you untuk I.” Kata
Qhalif sambil mengucup mesra bibir Mikael. Tangan mula merayap. Mikael
tersenyum suka. Lama kelamaan mereka semakin asyik.
-
2006
“Mikayla!” jerit Mikael.
Kedengaran suara gelak ketawa seorang gadis cilik. Mikael mengeluh. Dia geram
dengan anak kecil itu. Siapa sangka, hubungannya dengan bekas isteri
menghasilkan Mikayla. Dia tidak tahu kewujudan Mikayla sehinggalah anak itu
berusia 4 tahun. Kini Mikayla sudah berusia 8 tahun.
Mikael masih bersama Qhalif.
Tetapi Qhalif tidak mengetahui perihal anaknya ini. Kalaulah Qhalif tahu, dia
pasti Qhalif akan memutuskan hubungan mereka. Mikael cintakan Qhalif. Qhalif
ialah cinta keduanya selepas Wahid. Laila bekas isterinya adalah jodoh aturan
keluarga. Hubungan mereka tidak lama, Laila tidak mampu menunggu Mikael berubah
jadi dia menuntut fasakh. Mereka terlanjur akibat Mikael kecewa dengan Wahid,
dalam keadaan mabuk mereka melayari hubungan yang halal.
“Papa!” suara kecil itu
menjerit. Memberi hint di mana dia
berada. Mikael ketawa kecil.
“Mana Mikayla ni... papa dah
penat. Rasa macam nak pengsan.” Habis berkata, terus Mikael membaringkan
dirinya. Mikayla menjengukkan kepalanya. Matanya terbuka luas, terus tubuh
kecil tu berlari mendapatkan papanya.
“Papa jangan pengsan. Kayla
sayang papa!” jerit Mikayla sambil mencium kedua-dua belah pipi papanya.
Mengintai dari celahan matanya, Mikael tersenyum melihat Mikayla yang hampir
menangis.
Tubuh kecil Mikayla dirangkul.
Terus pipi gebu anaknya dicium geram. Walaupun Mikayla anak yang tak
disengajakan, Mikael sangat sayang dengan Mikayla.
“Papa! Sampai hati papa. Mikayla
ingat papa pengsan betul-betul.” Becok mulut Mikayla berceloteh tak puas hati.
Mikael tergelak kecil.
“Sayang jugak ek, Mikayla dengan
papa. Ingat tak sayang...” ujar Mikael sambil mendukung Mikayla ke dapur.
Setiap hari Isnin hingga Rabu Mikayla tinggal dirumahnya.
“Sayanglah! Mikayla sayang papa,
mama dengan ayah Zack.” Ujar Mikayla menggira orang kesayangannya menggunakan
jari montoknya.
“Ayah Zack?” tanya Mikael. Tak
pernah dia dengar nama tu. Tak tahu pula Laila bersama dengan orang lain. Dia
mula rasa cemburu. Cemburu kerana kasih anaknya bakal berbelah bahagi untuk
dirinya.
“Ye... Ayah Zack. Dia selalu
datang rumah tengok Kayla dengan Mama. Mama kan tak sihat. Ayah Zack tu doktor.
Kayla suka tengok Ayah Zack. Dia selalu beli hadiah untuk Kayla.” Cerita Kayla
dengan semangatnya. Mikael mendudukkan Mikayla dikerusi. Spegetti yang semakin
suam diletakkan dihadapan Mikayla.
“Oh... Mama sakit ke? Papa tak
tahu pun.” Ujar Mikael sambil menyuap anaknya makan. Mikayla walaupun berumur 8
tahun sangat manja dengan Mikael. Jika Mikael ada masa, makan Mikayla sentiasa
bersuap.
“Haah mama sakit. Kayla sedih
tengok mama.” Ujar Mikayla dengan wajah berubah mendung.
“Jangan sedih, nanti papa datang
jenguk mama ye...” pujuk Mikael. Mikayla mengangguk suka.
-
2008
“Maafkan I Mika, I tak kuat.
Kalau boleh I tak nak susahkan You. Tapi... Family I semua tak terima Kayla dan
Mikayla hanya ada you..” ujar Laila yang terbaring dikatil hospital. Wayar
berselirat di badannya.
“Laila... I sayang Mikayla...
Tapi...” Mikael memegang kepalanya.
“Ye... I tahu you berat nak
terima dia sebab hubungan you. Please Mika, tanpa I dia hanya ada you. Kalau
you tak nak, ibarat you hantar Kayla ke rumah anak yatim. Hakikatnya you tetap
bapa kandung dia Mika.” Ujar Laila diselangi batuk yang kuat. Mikael memandang
wajah bekas isterinya. Laila menghidap leukimia. Tubuh yang dulu montok kini
kurus menampakkan tulang. Setahun, setahun Laila menderita. Ahli keluarganya
sudah membuang Laila, jadi rawatan pemindahan sumsum tidak dapat dijalankan
kerana tiada penderma yang sesuai.
“I tahu I bapa kandung dia...”
kata Mikael dipotong Laila.
“Jadi kenapa? Ini permintaan I
yang terakhir. Tolonglah Mika. Dia baru 10 tahun. Apa salah dia...” tangis
Laila. Mikael mengeluh.
“Ya, I akan jaga dia. I akan
jaga Mikayla, dia anak I.” Kata Mikael sambil tersenyum. Laila tersenyum lemah
dalam tangisan. Dia lega, anaknya ada orang yang menjaga.
-
“Mama! Mikayla nak mama! Mama...
Kayla nak mama!” raung Mikayla di tanah perkuburan itu. Tubuh montel Mikayla
dipeluk kejap oleh Mikael.
“Sayang... mama dah tak ada.
Tapi papa ada sayang. Papa ada...” pujuk Mikael dengan mata berair. Terasa
hatinya bagai direntap melihat anak kesayanganya meraung begitu.
“Mama! Mama! Bawak Kayla sekali,
Kayla nak ikut! Mama janji nak bawak Mikayla! Mama!” raungan Mikayla tiba-tiba
terhenti. Tubuh Kayla lembik di dalam pelukan Mikael.
“Ya Allah! Anak aku! Anak aku!”
pertama kali nama Tuhan disebutnya. Mikael panik melihat anaknya lembik seakan
tak bernyawa. Terus tubuh Mikayla didukung dan diletakkan di dalam kereta.
Bacaan talkin masih tidak selesai, namun Mikael tak mampu menunggu. Mikayla.
Mikayla anaknya lebih perlukan dia. Kubur Laila dipandang saat dia membawa
kereta beredar disitu.
“I akan tunaikan janji I. I akan
jaga Mikayla sebaik mungkin.” Ujar Mikael perlahan.
-
Mikael duduk disofa rumah
Qhalif. Menunggu Qhalif pulang. Matanya yang membengkak dibiarkan. Pintu rumah
dibuka kedengaran bunyi langkah Qhalif masuk ke dalam.
“Eh, sayang! Lama I tak jumpa
you. Rindu.” Kata Qhalif mendekati Mikael. Terus dipeluk erat. Muka Mikael
ditiliknya.
“Kenapa ni? Kenapa mata bengkak
macam ni? Menangis?” tanya Qhalif prihatin.
“Maafkan saya.” Ujar Mikael.
“You okay tak ni?” tanya Qhalif
sekali lagi. Tangan merayap ke paha Mikael. Mikael tepi tangan Qhalif ke tepi.
“Maaf. Kita tak boleh teruskan
hubungan ni lagi.” Ujar Mikael tegas. Qhalif ternganga.
“Apa ni? Sayang? Please
terangkan.” Qhalif semakin panik.
“Saya sedar. Hubungan ini tak
boleh dibawa kemana. Jadi...” Mikael memandang wajah Qhalif.
“You, kalau you nak kahwin
dengan I, I sanggup pindah US. Kita kahwin dengan sana.” Pujuk Qhalif. Mikael
menggeleng.
“Tak. Saya ada tanggungjawab.
Saya tak nak musnahkan dia. Saya akan jadi normal untuk dia.” Kata Mikael
sambil bangun menuju ke pintu.
“Apa ni? You ada perempuan ke?”
tanya Qhalif sambil menarik tangan Mikael. Mikael menumbuk kuat muka Qhalif.
Menyebabkan Qhalif jatuh. Mikael hampir menolong Qhalif tetapi dia sedar
Mikayla lebih memerlukan dia.
“Kau! Kau berani tinggalkan
aku?” tengking Qhalif. Mikael terus melangkah meninggalkan Qhalif.
“Aku akan pastikan kau merana
nanti Mikael! Kau tengok!” jerit Qhalif saat Mikael hilang dari pandangan
matanya.
-
2010
Qhalif memandang sebuah keluarga
yang kelihatan bahagia. Sangat bahagia. Tangan menumbuk stereng keretanya.
Kenapa dia yang harus merana? Kenapa bukan Mikael?
Matanya tetap memerhati gerak
geri Mikael dengan keluarga bahagianya. Kelihatan Mikael memeluk pinggang
seorang wanita hamil, dan ditangan kanannya memegang tangan seorang gadis
cilik. Kepala gadis itu dicium penuh kasih sayang oleh Mikael.
“Kau tunggu Mikael, hidup kau
akan tunggang terbalik. Kau tunggu.”
-
“Papa! Esok Kakak UPSR. “ ujar
Kayla menyendeng Mikael yang sedang membaca akhbar. Puteri, isteri yang sudah
setahun lebih dikahwini atas sebab Kayla perlukan kasih sayang seorang ibu,
sedang asyik mengulum buah pelam muda. Puteri sedang hamil 5 bulan.
Mikael sayangkan isterinya itu
tetapi perasaannya terhadap Qhalif belum terhapus sepenuhnya.
“Ye, papa tahu. Kalau kakak
dapat 5A papa belikan kakak laptop.” Ujar Mikael sambil mengusap kepala
anaknya. Mikayla beralih ke Puteri.
“Ibu, esok jampi kakak
sungguh-sungguh tau. Bagi kakak dapat A.” Pinta Mikayla. Puteri tergelak kecil.
Tetapi dilayan juga anak tirinya yang sudah dianggap sebagai anak kandung itu.
“Eh, mana aci main jampi-jampi!
Kalau nak pergi study sekarang.” Perli Mikael. Sengaja. Mikayla sudah muncung.
“Okay! Tengoklah, esok Kayla
dapat 5A. Kayla pilih laptop paling mahal! Padan muka papa!” rajuk Mikayla lalu
berlari masuk ke dalam bilik.
“Abang ni, tengok Kayla dah
merajuk.” Lengan Mikael dicubit geram. Perlahan Puteri bangun dengan perut yang
membukit ke arah bilik Mikayla.
Mikael ketawa senang. Dia bahagia
dengan keluarganya, walaupun perasaannya belum 100% hilang terhadap Qhalif
tetapi dia sayangkan keluarganya. Dia cuba berubah. Namun sukar, mujur dia
bertemu Puteri. Puteri sangat memahami. Puteri tahu dia merupakan gay, tetapi
Puteri sabar melayan dia dan Mikayla. Membuat dia jatuh sayang.
-
Qhalif masuk ke dalam pejabat
Mikael. Setiausaha Mikael sudah terbiasa dengan Qhalif yang merupakan teman
baik Mikael. Qhalif duduk dikerusi Mikael. Menanti kehadiran lelaki itu.
“Kenapa kamu ada dalam pejabat
ni? Damia kenapa dia ada dalam bilik saya?” Mikael yang baru melangkah masuk ke
dalam pejabatnya, bertanya kepada Mikael dan Damia. Damia terpinga-pinga.
“Er, bukan ke encik Qhalif masih
ada access ke dalam pejabat Tuan bila-bila masa sahaja?” tanya Damia yang jelas
keliru. Sangkanya Mikael akan gembira dengan kehadiran kawan baiknya itu.
“Baiklah. Awak keluar dulu.” Arah
Mikael. Tangan memicit dahinya. Keluar sahaja Damia dari bilik itu, dia
menghadap Qhalif.
“Apa lagi yang kamu nak?” tanya
Mikael dengan muka yang serius. Matanya tak mampu bertentang dengan Qhalif. Hatinya
masih ada rasa untuk lelaki itu.
Qhalif bangun dan menghampiri
Mikael. Tangannya menyentuh bahu Mikael. Mikael menepis kasar.
“Hahaha, kenapa jijik?” tanya
Qhalif penuh rasa kecewa. Mikael mendiamkan diri.
“Kalau dulu, tangan ni yang kau
cium, bibir ni yang kau kucup. Sekarang kau jijik? Kau tak payah hipokrit lah! Aku
tahu kau tak boleh lupakan aku...” tangan Qhalif mengusap dada Mikael. Nafas Mikael
jadi tak menentu. Dia sesak dengan sentuhan Qhalif, dia semakin dihantui nafsu.
“Sayang... I know, you are
suffering. Babe, I masih boleh bersama you. I tak kisah dengan keluarga you.” Ujar
Qhalif memeluk tubuh Mikael. Pipi Mikael yang dihiasi jambang dikucupnya penuh
perasaan.
“No! No!” tubuh Qhalif ditolak
kasar hingga lelaki itu jatuh ke lantai.
“Aku nak berubah! Aku ada isteri
dan anak-anak aku!” jerkah Mikael. Qhalif bangun dan meluru ke arah Mikael. Muka
Mikael ditumbuk kasar bertalu-talu. Hingga Mikael terbaring dengan muka yang
dipenuhi darah.
“Ya Allah Tuan!” jerit Damia
yang mengintai tatkala bunyi bising di dalam bilik Mikael semakin berlanjutan.
Qhalif berhenti menumbuk Mikael.
“Kau ingat! Kau buang aku macam
sampah! Aku akan balas balik. Aku akan pastikan kau derita!” jerit Qhalif
sambil berlari keluar dari bilik itu. Damia kalut melihat darah dari Mikael. Damia
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon nombor kecemasan.
-
2015
Febuari.
Qhalif memerhatikan
pelajar-pelajar yang keluar dari sekolah menengah itu. Dia cuba mencari wajah
yang seiras dengan wajah yang dia dendami. Wajah yang dia rindui, wajah yang
menjadi igauannya setiap kali tidur.
5 tahun berlalu, dia sangkakan
Mikael akan membuat laporan polis terhadapnya. Namun, mungkin lelaki itu masih
sayangkan dirinya. Tetapi bagi Qhalif rasa cintanya pada Mikael sudah mati saat
Mikael tolak dirinya. Saat dirinya dibuang begitu sahaja. Sepertimana ibu
kandungnya melakukan dia.
Akhirnya matanya berjaya
menangkap susuk tubuh seorang gadis. Wajah gadis itu saling tak tumpah dengan
wajah Mikael. Ya, dia pasti gadis itu ialah anak kepada Mikael. Topi yang
dipakai ditarik menutupi mukanya. Penutup mulut dipakai. Perlahan dia mengikut
langkah si gadis.
Tiba sahaja di lorong yang
sunyi, dia memberhentikan keretanya. Dia berjalan mengikut gadis itu.
-
Mikayla berhenti seketika. Dadanya
berdebar kuat. Dari pintu pagar sekolah dia rasakan ada orang mengekori dia.
Kayla mengeluarkan telefon pintarnya. Dia cuba mencari nombor telefon papanya. Saat
begini dia menyesal tidak mensetkan nombor telefon papanya sebagai speed dial.
Mikayla menoleh ke belakang. Matanya
terbeliak besar saat mulutnya ditekup kasar. Dia cuba menjerit tetapi lelaki
itu lebih laju. Sehelai kain yang berbau pelik ditekup ke mulutnya, Mikayla rebah
tidak sedarkan diri.
-
Qhalif menyelongkar beg gadis
itu. Buku-buku sekolah bertaburan diatas meja. Qhalif mencapai sebuah buku lalu
diselak.
“Nur Mikayla binti Mikael. Huh!”
buku itu dicampak ke lantai. Dia mendekati Mikayla yang masih tak sedarkan
diri.
“Bila la budak sial ni nak
bangun? Menyusahkan. Tapi... aku nak buat si cinabeng tu derita. Biar dia
derita seumur hidup. Hahaha aku akan rosakkan benda yang paling dia sayang. Benda
yang dia jaga.” Monolog Qhalif sendiri. Dia ketawa sekuat hati.
Dia duduk di atas katil
bersebelahan Mikayla. Rambut panjang itu direntap. Mikayla tersentak. Dia semakin
sedar dari pengsannya.
“Bagus! Bangun! Hei, bangunlah!”
tamparan Qhalif hinggap dipipi gebu Mikayla. Mikayla meraung sakit.
“Kau berbunyi sekali lagi, mati
kau aku kerjakan!” jerkah Qhalif sambil mencekik leher Mikayla. Air mata
Mikayla mengalir tanpa bunyi esakkan. Dia takut dengan lelaki itu. Namun matanya
tetap merenung tajam muka si penculiknya itu.
“Kau dengar sini, kau tak berhak
nak buat muka macam ni. Bapak kau tu, si Mikael lahanat tu, dia khianati
kepercayaan aku. Apa sahaja dia nak, aku
bagi. Tapi... tapi...”sekali lagi tangannya menampar Mikayla.
“Siapa pak cik ni? Apa yang papa
buat?” tanya Mikayla dalam esakkan. Pipinya membengkak.
“Aku, huh, aku ni kekasih bapak
kau! Qhalif! Kau tahu tak?” tanya Qhalif sambil mengambil gunting yang berada
diatas almari.
“Kekasih? Apa ni? Papa ada ibu! Pak
cik jangan nak fitnah papa saya!” Mikayla mula meninggikan suara. Qhalif
merenung tajam wajah itu.
“Aku tak tipulah setan!” tangan
menggenggam rambut Mikayla. Rambut panjang itu ditarik. Lalu digunting kasar.
Mikayla terjerit menahan sakit tatkala gunting itu tertarik rambutnya.
Qhalif mengunting rambut Mikayla
sehingga pendek. Terlalu pendek. Muka Mikayla semakin mirip dengan Mikael
membuat Qhalif geram.
“Muka kau ni, muka kau ni sama
dengan dia!” tangan laju menghiris pipi Mikayla menggunakan gunting. Mikayla
menjerit sekuat hati.
“Jeritlah! Jerit! Hahahahaha! Tak
ada siapa dengar jeritan kau! Jerit lagi! JERIT!” jerit Qhalif. Mikayla ditolak
kasar.
“A...apa y...yang pa... cik
n...ak?” tanya Mikayla tergagap-gagap menahan sakit.
“Aku nak dia sakit. Macam mana
aku sakit selama ni.” Qhalif keluar dari bilik itu. Meninggalkan Mikayla yang
semakin lemah.
-
Mikayla tersandar lemah. Sudah dua
hari dia dikurung. Dua hari ini Qhalif hanya membenarkan dia ke tandas. Makanan
sekadar roti dua keping sehari dicampak ke dalam bilik. Mikayla bangun dan
menuju ke pintu. Dia nak balik! Dia nak jumpa papa, ibu dan adik-adiknya!
“Bukak! Bukak pintu ni! Aku
balik! Tolong!” jerit Mikayla diselang seli dengan bunyi ketukan pintu.
Pintu dibukak kasar membuat
Mikayla mengundur dua tiga langkah. Muncul wajah bengis Qhalif. Wajah itu
merah. Mikayla menuntup hidungnya tatkala bauan pahit arak memenuhi bilik itu.
“Apa yang kau nak hah sial?”
tanya Qhalif yang tidak stabil berdiri. Pintu ditutup kasar. Kakinya melangkah
ke arah Mikayla.
“N...ak balik.” Ujar Mikayla cuba
memberanikan diri.
“Balik, balik ke mana? Kau tu
aku punya. Eh, Mikael! Sayang, i rindu you!” Qhalif menolak badan Mikayla ke
katil. Mikayla cuba melarikan diri, tetapi kudrat Qhalif yang mabuk itu lebih
kuat dari dia.
Muka Mikayla dicium Qhalif
kasar. Mikayla menjerit kesakitan saat pipinya yang bengkak menjadi sasaran
Qhalif. Qhalif menampar Mikayla kuat. Mikayla tidak sedarkan diri. Qhalif semakin
hanyut dan ....
-
Mikayla terjaga dari pengsannya.
Dia mengerang kesakitan. Satu badannya sakit, dia tak mampu bergerak. Air mata
mengalir laju saat dia sedar, dirinya tiada seutas benang.
‘Papa! Papa tolong Kayla! Kayla
nak balik!’ tangis Mikayla sehingga terlena.
-
Mikael mencampakkan gelas itu ke
lantai. Tangan memegang kepalanya. Gambar-gambar yang bertaburan diatas lantai
itu dipandang penuh rasa sesal.
“Kenapa Qhalif? Kenapa mesti
anak aku? Kenapa?” Tangis Mikael yang terduduk dilantai. Puteri mendekati
suaminya. Tubuh itu dirangkul erat. Air matanya turut mengalir.
“Sabar abang. Puteri yakin,
Kayla kuat! Anak kita tu kuat.” Pujuk Puteri.
“Apa salah anak kita Puteri.
Mikayla tak salah! Aku ni! Aku ni yang pendosa, yang salah! Kenapa harus dia
yang tanggung semua ni. Anak kita dalam kesakitan sebab aku!” jerit Mikael.
“Kita doa abang. Kita usaha. Kita
doa supaya Qhalif sedar. Kita minta agar pintu hati dia terbukak nak pulangkan
anak kita.” Ujar Puteri. Mikael memandang isterinya. Dia kena kuat. Ya.
-
“Tolong... saya nak balik...”
rayu Mikayla buat sekian kalinya. Dia terbaring dilantai. Badannya lemah. Roti dua
keping sudah tak boleh ditelan. Tekaknya luka teruk. Minum air pun terasa
darah. Entah sudah berapa lama dia dikurung di sini. Dia tak mampu mengira
lagi. Selepas 4 bulan dia sudah lupa sama ada siang atau malam. Sama ada hari
beralih atau tidak.
“Diam! Diamlah!” jerkah Qhalif
diluar pintu. Qhalif masuk ke dalam bilik itu. Tubuh Mikayla diangkat dan
diletakkan di atas katil.
Gadis itu sudah tiada kudrat. Mata
Qhalif tertumpu dibahagian perut Mikayla. Ya, perut itu membukit. Qhalif
tersengih. Seronok apabila membayangkan dia bakal ada anak. Berwajah sebijik
seperti Mikael.
“Kau kena makan.” Ujar Qhalif. Dia
mahukan gadis itu kuat sehingga bayi itu lahir. Dia perlukan Mikayla. Mikayla
diam sahaja. Dia tak ada tenaga untuk menyuap makanan sekali pun.
Qhalif menyumbat sesudu bubur ke
dalam mulut Mikayla. Mikayla cuba menelan walaupun perit, dia lapar sangat lapar.
“Bagus! Makan banyak-banyak. Biar
dia besar dengan sihat.” Ujar Qhalif sambil mengusap perut Mikayla. Mikayla
tetap telan bubur itu dengan linangan air mata. Dia sedar ada nyawa lain dalam
tubuhnya. Dia tak mahu kandungan itu, tetapi kandungan itu tetap membesar
walaupun dia tak mampu untuk terus makan.
-
2016
Mei.
Bunyi tangisan bayi itu membuat
Mikayla bangun dan menuju ke katil bayi disebelahnya. Dia benci dengan bayi itu
tetapi pada masa yang sama dia sayangkan bayi itu. Walaupun bayi itu dari benih
Qhalif tetapi bayi itu sebahagian darinya.
Sudah hampir setahun dia di sini mungkin juga lebih. Bayi dalam pelukannya
sudah pandai merangkak. Dia tak pasti berapa umur anaknya.
Kenyang sahaja anaknya itu,
terus Mikayla letakkan kembali di dalam katil bayi. Dia menuju ke bilik air.
Qhalif mengubah biliknya ke bilik yang lebih besar dan bersambung dengan bilik
air. Walaupun hanya ada katil, beberapa buah buku dan permainan untuk anaknya
itu, dia lebih suka bilik ini dari bilik dia yang dulu.
Qhalif sangat sayangkan anaknya.
Kelahiran anaknya disambut oleh Qhalif. Mujur dia sihat dan kuat. Tanpa sebarang
rawatan dia pulih sendiri. Dia sedar tiada siapa yang akan menolongnya. Anaknya
diberikan nama Mikail oleh Qhalif. Dia tahu Qhalif berharap Mikail akan
menggantikan, Mikael, kekasih lama Qhalif. Dia takut apabila Mikail besar,
anaknya itu akan jadi mangsa seks Qhalif.
Pintu biliknya kedengaran
dibuka. Mikayla segera keluar dari bilik air. Dia takut dia dipukul kerana
meninggalkan Mikail sendirian.
Kelihatan Qhalif bermain-main
dengan tangan kecil Mikail. Mikayla berdiri dihujung bilik. Qhalif memandang
wajah Mikayla penuh rasa benci.
“Aku tak ada seminggu ni. Pasal
makanan Mikail, aku akan letakkan peti ais kecil dan dapur tungku satu dalam
bilik ni. Makanan kau aku dah sediakan. Nanti aku letak dalam bilik ni. Kalau kau
berani nak lari, kau tahukan apa akan jadi?” tanya Qhalif dengan suara
membunuh. Mikayla mengangguk laju.
“Bagus.” Qhalif terus keluar
dari bilik itu meninggalkan Mikayla dan Mikail.
-
“Abang! Polis kata, dia orang
dapat kesan Qhalif!” beritahu Puteri yang berlari ke arah suaminya. Mikael
terus sujud syukur.
“Anak kita? Mikayla?” tanya Mikael.
Puteri mengangguk dengan linangan air mata gembira.
“Dia sihat! Kita pergi balai
bang. Kayla ada dekat sana.”
“Ye. Ye. Kita hantar Umar dan
Suhaila ke rumah mak awak dulu.” Ujar Mikael membuat Puteri mengejar menyiapkan
anak-anaknya.
-
Mikayla memeluk tubuh Mikail
erat dengannya. Matanya meliar, walaupun dia tahu dirinya sudah bebas dari
Qhalif, dia masih was-was. Sesekali Mikail merengek, lemas dipeluk sebegitu
namun Mikayla tetap memegang anaknya erat.
Dia tak sangka dia akan bebas
dari Qhalif. Tak sampai setengah jam Qhalif keluar dari rumah, pintunya dipecah
dari luar. Dia diselamatkan oleh pihak polis.
“Ya Allah anak aku!” Puteri
menerkam tubuh Mikayla. Mikail di dalam pelukan Mikayla merengek dihimpit oleh
Puteri. Puteri tersentak.
“Anak siapa ni?” tanya Puteri
lembut. Mikayla menangis. Menceritakan segala yang berlaku. Mikael yang
mendengar cerita anaknya itu menumbuk dinding kuat. Mikayla tersentak. Dia masih
trauma.
“Jangan pisahkan Kayla dengan
Kail ya ibu.” Pinta Mikayla sambil melutut di depan ibunya. Dia takut Mikail
akan diambil darinya. Puteri mengangguk laju.
“Ya ibu tak akan pisahkan Kayla
dengan anak Kayla. Ibu sayang Kayla.” Peluk Puteri sekali lagi. Mikael
mendekati anaknya.
“Maafkan papa Mikayla. Maafkan
papa!” pinta Mikael. Mikayla mengangguk. Dia hanya nak balik ke pangkuan
keluarganya. Dia nak balik. Balik. Ya akhirnya dia akan balik. Mikayla
tersenyum dalam tangis. Dia bebas. Dia akan balik. Balik.
TAMAT