Hari ni Asyu nak cerita pasal macam mana Asyu terjoin blog bagai ni....
Klu semua nak tahu Asyu ni dulu kiranya buta IT. Serius! bukan rabun-rabun manja dah, memang buta terus! Nasib baik sekarang ni dah celik sikit... Hahahaha.. Kiranya masam.. eh masam plak, masa Asyu form 3 memang baru nak kenal la dengan facebook. Walaupun Asyu ni nama je budak ICT, tapi nak buat fb, twitter bagai ni x reti.... So Asyu mintak la jasa baik kawan Asyu si **** ni tolong buat fb. (Bru fb blum blog lagi...)hehehehe Masih jauh perjalanan Asyu ni...
Macam yang diketahui semua Asyu ni gilakan NOVEL!!!! Huhuhuhu.. I LOVE NOVELS <3 Okey terfeeling lebih pulak ASyu ni hehehehe. Tapi memang Asyu sukakan novel. So, one day Asyu pinjam novel kawan Asyu, yelah Asyu ni bukan orang kaya nak beli apa yang Asyu suka... :'( hehehehe EMO TIME
Ish, back tu the story... Asyu bacalah novel ni menarik sangat!!! Asyu bacalah kata2 penulis tetiba ada benda yg pelik dipandangan mata Asyu.
Ada URL, huhuhuhu memang pelik dipandangan Asyu masa tu. Yelah masa tu Asyu masih suci.... >~< (gedik la Asyu ni....) Asyu yang penuh rasa ingin tahu pergilah melayari benda alah tu... (internet) Asyu pergi cybercafe kwn abg Asyu so boleh la Asyu jerit2 panggil abg2 tu tolong Asyu klu Asyu tersesat dialam yang tidak sepatutnya [18sx] hahahaha (mmg pentingkan diri) O_o hehehehe .
Masa tu Asyu macam WOW!! Syok gile wa kata lu... Kalah FB, TWITTER segala.. (overeact -_-) hoho tapi itulah kenyataannye.. memeng bendo ni best!!! Dari situlah Asyu terpaut hati dengan BLOGGING <3 ... Asyu sebenarnya ada lagi satu blog tapi dah lama x update maybe dah bersawang... hehehehe(mcm rumah aku hahahaha) Blog tu memang Asyu jarang bukak just untuk Luahan Hati (YANG MELAMPAU!) hehehe so jangan lah korang selidik pulak blog apa tu... SEBAB BLOG ASYU YANG TU MEMANG TAK BEST>...< hehehehehe
Tapi Kat blog Asyu yang tu ada banyak link blog penulis2 hebat!!! i love you blog!!!( talam dua muka betul la Asyu ni :P =_=') hehehehe jgan jeles.... Blog Asyu yang ni pun ada banyak blog list yang penulisnya pun best2!!! i love you too blog Ceritera Dari Otak Biasa!! hehehehe. Minat menulis ni pulak memang dah lama ada, sejak Asyu reti membaca lagi.. huhuhu ASyu gilakan novel sejak kecik.@_@ [Berlagak... padahal ABC pun kenal lambat .>....<.. huhuhuhu] So dekat blog ni la Asyu curahkan idea yang muncul dari membaca novel. HEhehehe kalau nak tahu novel genre apa yang Asyu suka baca... Apa yang Asyu tu tulis tu semuannya berkaitan dengan Novel yg Asyu suka!!! [Adoiiiii Asyu dah merapu]
Nick name blog ni je Novelis.. tapi Asyu bukan novelis pun.. Cita2 je lebih tu hehehehe.... Dekat blog Ceritera dari otak biasa ni lah Asyu mencurahkan idea yang entah apa-apa {merapu je ASyu ni... BUkan tadi Asyu dah cakap bende ni ke???? lantaklah huhuhu}... dah la nanti x tertulis lak novel n cerpan Asyu huhuhuhu... SEE YOU NEXT TIME!!! [mabye esok...kehkehkeh] okey!!! Akhir kata, TERINGIN NAK TULIS NOVEL SEDIH YANG BOLEH KASI KORANG NANGIS!!! Asyu nak jadi macam SITI ROSMIZAH!!! i like her storyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy <3 <3 <3 baca sikit dah leleh!!! TERBAEK!!! okey bye2 bye2 bye2 [lempang Asyu sekali bru tahu! hahahaha] SAYONARA!!! ADIOS!!!
Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda
Followers
Thursday, 31 January 2013
Wednesday, 30 January 2013
jika itu takdir kita 1
JIKA ITU TAKDIR KITA
“Abang... antikan ite dah besarkan, ite nak awin acam citre artun tu...”ujar anak kecil berusia 4 tahun itu bersungguh-sungguh walaupun pelat.
“Hm... mesti nanti awak lawakan...”kata budak lelaki yang baru berusia 7 tahun itu. Dia ikut teruja membayangkan anak kecil itu berpakaian pengantin ala-ala princess.
“Hm..ite emang antik. Antikan, abang jadi ite punye pengantin lelaki tau.. abang encem...”kata anak kecil itu, lalu dihulur jari kelingkingnya. Tanpa ragu-ragu jari budak lelaki itu berpaut rapat dengan jadi anak kecil itu. Senyuman diukir.
“Janji!!!”
Janji sudah dimenterai. Mungkin satu hari takdir akan menyatukan meraka, tanpa disedari....
**************
Nur Humaira termenung dipangkin rumahnya. Sudah hampir tiga jam dia menanti bapanya pulang dari memancing. Dari duduk memeluk lutut, dia sudah berbaring. Mahu mengajak abang dan kakaknya main memang tidaklah. Abang dan kakaknya kalau sudah asyik dengan kerja sekolah, KFC depan mata pun mereka tak heren. Kerja sekolahnya sudah lama siap, sebab itu dia seorang sahaja yang termangu-mangu dipangkin rumah mereka. Kalau Humaira ikut ayahnya pasti tidak sebosan ini. Tapi tadi ayahnya membawa basikal tua, sebab itulah dia tidak ikut ayahnya. Kalau orang lain tunggang basikal, mungkin dia kena sorong basikal tua ayahnya. Huh, tak sanggup! Gadis sunti yang baru berusia tiga belas tahun itu berguling-guling dipangkin. Memang nampak kebosanan yang sedang melanda gadis itu.
“Assalamualaikum!”kedengaran suara lelaki dipagar rumah mereka. Humaira masih bermalas-malas dipangkin itu. Malas mahu menjawab salam. Biarlah ibunya yang sedang memasak menyahut salam itu.
“Assalamualaikum!!!”semakin lantang suara yang memberi salam itu. Macam marah sahaja bunyinya. Dengan malas Humaira menyahut salam lelaki itu.
“Waalaikumsalam! Masuk jelah sendiri, pintu tu tak kunci!”jerit Humaira yang masih berbaring. Uish! Beraninya Humaira ni, kalau dibuatnya penculik ke, perompak ke? Tak ke bahaya! Kedengaran kuakkan pagar rumahnya. Kuat pulak tu, entah berapa tahun usia pagar tu? Yang jelas pagar tu dah tua, dah penuh dengan karat. Eh, cerita pasal pagar pulak...
“Oit,hantu makan budak!”sergah lelaki itu.
“MAK!!!”jerit Humaira. Dari berbaring terus berdiri dia. Gaya Humaira macam nak maraton je. Dah bersedia nak lari. Tapi apabila dia mendengar suara orang ketawa terus dia berpaling melihat siapa gerangan orang yang terlebih berani kacau dia. Oh, patutlah, mamat tak cukup akai!
“Kau nak apa tiga suku?”tanya Humaira kasar. Lelaki yang bernama Uzair itu tersengih-sengih.
“Abang kau ada tak?”tanya Uzair serius. 'Ish, mamat ni buat aku gabra je. Sekejap macam tak betul sekejap macam betul. Gerun aku.'Humaira menjauhi Uzair. Takut juga dia dengan mamat tiga suku itu.
“Hm.. Ada tunggu kejap.”Humaira berlari masuk ke dalam rumah. Kasut memang dia tidak pakai dari tadi. Lupa la katakan. Terpaksa la dia berlari kaki ayam ke rumahnya, lagipun bukannya jauh sangat. Uzair memandang Umaira sehingga hilang kelibat budak itu. Kepala digeleng-gelengkan, macam-macam la Humaira ni.
“Angah! Kawan kau datang!”ujar Humaira selamba. Dia menghempaskan dirinya ke sofa yang empuk. Ah, nikmatnya!
“Kawan? Kawan, angah yang mana?”tanya Hafiz acuh tak acuh. Mata masih tidak lepas dari soalan ekonomi. Sejak dia memasuki tingkatan empat memang dia tidak selapang dulu. Banyak benar latihan yang diberikan gurunya.
“Siapa lagi, kalau bukan si tiga suku tu!”ujar Umaira dengan mata tertutup. Mengantuk la pulak.
“Hish, adik ni! Kenapa panggil kawan angah macam tu? Kan nama dia Uzair..”ujar Hafiz sedikit geram. Buku latihan ekonomi ditutup. 'Petang nantilah sambung..' Hafiz sudah bangun menuju ke pintu rumahnya. Uzair baharu sahaja pindah ke kawasan itu setahun yang lepas, namun mereka terus rapat sebaik sahaja berkenalan.
“Lantaklah nama dia apa pun. Adik tak suka dia! Mental, mereng semua ada dekat dia!”ujar Humaira dengan suara yang perlahan namun masih boleh didengari oleh Hafiz dan kakak mereka yang baru muncul dari dapur.
“Adik jangan tak suka sangat, nanti mana tahu kalau-kalau dia jadi suami adik.”nasihat Azawati, dalam nasihat terselit usikan. Hafiz dan Azawati berpandangan pelik apabila adik mereka tidak melenting. Azawati mengintai wajah adik mereka yang menerap diatas sofa.
“Dia dah tidur..hehehe”Azawati tergelak kecil melihat air liur basi yang mengalir dicelah bibir Humaira. Hafiz mengeleng kepalanya. Dia melangkah ke bawah. Lama pulak si Uzair tunggu dia. Lama sangat melayan adik kesayangannya.
“Oit, menungkan sapa tu?”Hafiz menepuk bahu Uzair perlahan. Terkejut Uzair yang asyik mengelamun itu.
“Adik kau, eh!”latah Uzair. Tersipu-sipu dia didepan Hafiz. Hafiz sudah gelak mengekek. Sejak dulu lagi dia tahu kawannya itu meminati adiknya yang brutal.
“Tak habis-habis rupanya perasaan kau dekat dia..”ujar Hafiz yang mulai tenang.
“Mana nak habis. Dah adik kau tu comel sangat!”ujar Uzair miang. Hafiz menumbuk bahu kawannya perlahan.
“Jangan nak gatal ye, bro. Tu adik aku. Faham?”ujar Hafiz serius. Uzair terangguk-angguk faham.
“Haih, Uzair aku rasa kau putus asa jelah dengan adik aku tu...”ujar Hafiz. Kasihan pulak dia tengok kawannya seorang ini. Dah macam gila bayang!
“Tak boleh! Selagi adik kamu tak jadi milik orang lain selagi itu aku akan cintakan dia..”ujar Uzair bersemangat. Hafiz tersenyum.
“Aku faham...”ujar Hafiz. Mereka kembali bersembang sambil bergurau. Sesekali kedengaran ketawa kuat dari mereka.
“HOI, DIAMLAH! ADIK NAK TIDUR!!!”jerit Humaira dari rumah mereka. Hafiz dan Uzair berpandangan. Mulut ditekup takut ketawa kedengaran. Humaira tu bukan boleh buat main. Karang habis mereka kena rembat satu kampung. Kan susah tu!
*_____*
“Assalamualaikum!”ujar Uzair didepan kelas tingkatan 1 Amanah. Kedengaran salamnya disahut 25 orang pelajar kelas itu.
“Kenapa abang?”tanya Azrul selaku ketua kelas.
“Hm.. abang tolong cikgu jaga kelas korang. Dah-dah buat kerja masing-masing.”Ujar Uzair sambil tersenyum manis. Beberapa orang murid perempuan mula meroyan melihat kemanisan senyuman hotstuff sekolah mereka. Tapi ada juga yang kurang senang dengan kehadiran pengawas handsome itu, termasuklah si Humaira. Dari tadi Humaira asyik menjeling tajam ke arah lelaki perasan handsome tu, menyampah tau... Tangan Humaira pantas melakar gambar-gambar kartun yang melucukan. Dia bayangkan Uzair si mamat tiga suku kena marah dengan dia depan kawan-kawannya. Huhuhu...Bestnya kalau jadi macam tu.
“Hah, pendek apa yang kau gelakkan tu?”tanya Faiz kawan baik Humaira. Kawan si Humaira ni memang lembut sikit, sepadan la dengan Humaira yang terlebih brutal ni.
“Amboi! Sesedap rasa kau panggil aku pendek? Tak sedar diri betul la sotong ni!”Balas Humayra kasar. Faiz buat muka selamba dah terbiasa dengan cara Humaira yang kasar tak bertempat.
“Ala sotong pun sedap apa?”Faiz sudah menyambar kertas yang diconteng Humaira sebentar tadi. Terus ketawa Faiz melihat lukisan itu. Humaira yang tadinya muncung turut ketawa melihat kesungguhan Faiz ketawa. Ketawa Faiz ni memang virus. Sesiapa yang tengok dia gelak mesti nak gelak sama.
Uzair yang tadinya menolong Azrul menyelesaikan masalah matematik terhenti kerjanya. Mata terpaku di Humaira yang asyik ketawa. Indah sungguh panorama itu. Tapi hilang indahnya apabila Uzair melihat seorang budak lelaki turut ketawa bersama Humaira. Uzair melangkah menghampiri pasangan itu.
“Wah, bestnya ketawa! Ada apa-apa yang menarik ke?”Tanya Uzair dengan suara yang sengaja diceriakan. Humaira sudah berhenti ketawa. Tangannya sibuk cuba mengapai kertas yang berada ditangan Faiz. Faiz makin galak mengusik Humaira yang sebijik macam kera. Tangan tergawang-gawang hahaha memang macam kera.
Uzair pantas menarik kertas itu dari tangan Faiz yang masih seronok mengenakan pujaan hatinya, cemburulah tu, tengok diaorang macam tu. Kertas yang sudah terkerunyuk itu dilihat. Hampir terkeluar biji matanya melihat lukisan itu. Cantik memang cantik tapi.... Humaira memang tak suka dengan dia ke? Uzair buat muka sedih. Matanya dah macam Pussy In The Boot. Bulat dan berair. Faiz yang melihat gelagat seniornya makin seronok ketawa.
“Sampainya hati...”lirih saja suara si Uzair ni. Umaira dah serba-salah. 'Aik, emo la pulak mamat tiga suku ni, selalunya okey jer.. Ala jangan la leleh pulak..'ujar Humaira dalam hati apabila mata Uzair sudah bergenang.
“Haah, tak tahu Humaira buat abang hensem!”jerit Faiz diikuti satu kelas. 'Hampeh, betullah budak kelas aku ni!'muka Humaira merah menahan geram.'Yang si Uzair ni pun sama, mengada betullah!' Humaira menarik nafas dalam. Humaira pantas bangun dan menarik hujung baju Uzair yang masih tersendu-sendu. Humaira menarik Uzair hingga ke bilik seni.
“Tiga suku kot ye pun akai hang tak cukup jangan la pedajai aku. Hang ni memang loqlaq la..”leter Humaira dalam bahasa utaranya. Entah betul ke tidak, Humaira ni orang Perak so dia hentam sajalah.
“Huhuhu sampai hati Nur buat abang macam ni..”ujar Uzair masih bersedih. Humaira menepuk dahi.
“Ya Allah, Tiga suku, jangan la menangis! Kau ni dah besar panjang mengalahkan galah. Cuba mature sikit. Ala tolong la berhenti menangis!!!”Humaira sudah panik. Makin lama makin kuat pulak tangisan si mereng ni. Tak tahu malu betul la lelaki ni, umur aja 16 tahun tapi perangai mengalahkan budak umur 6 tahun.
“Tolong la diam! Kau nak apa cakap saja asalkan kau diam!”ujar Humaira sedikit kuat. Tersentak Uzair. Dia merenung wajah Humaira mencari kebenaran kata-kata gadis itu.
“Isk..isk.. Aku nak kau panggil aku abang!”ujar Uzair seakan menguman kepada dirinya.
“Abang?”tanya Humaira tidak percaya.
“Kenapa kau tak nak panggil ke? Huawa...”Uzair mahu menangis lagi. Melihat anggukkan Umaira terus Uzair berhenti menangis.
“Panggillah..”suruh Uzair tidak sabar.
“Hm.. A..abang”ujar Humaira kekok. Peliklah mana pernah dia panggil lelaki abang. Abangnya sendiri dia panggil angah.
Uzair tersenyum manis. Gembira rasanya, tak sia-sia dia keluarkan air mata. Lantaklah lepas ni orang nak label dia lelaki cengeng yang penting Humaira kesayangannya memangil dia abang Ikutkan tadi dia nak suruh Humaira kahwin dengan dia tapi takut pulak kena hempuk dengan kasut jenama Starq saiz 6. karang tak pasal-pasal mukanya ada cop terhormat.
“Okeylah, abang kena pergi dulu ye, Adik Nur yang manis.”ujar Uzair sambil berlari anak.
“Abanglah sangat!!”jerit Humaira perlahan. Dia berlalu sambil menghentak-hentak kaki tanda dia tidak puas hati dengan Uzair. Kesian lantai tu, nasib baik la simen berkualiti tinggi kalau yang cikai punya memang berlubanglah jawabnya.
*_____*
“Hei, Uzair sudah-sudah la tu termenungnya. Cikgu Ismail dah keluar kau boleh lagi mengelamun. Ni mesti satu hapa yang cikgu tu ajar tak masuk otakkan?”Latif sudah mengeleng kepala melihat telatah kawannya itu. Hafiz awal-awal lagi sudah surender. Katanya lebih baik aku risaukan buku dari risaukan mamat yang tak makan nasihat ni!! kejam betul statement abang si Humaira ni.
“Hehehehe makin lama makin aku makin jatuh hati dengan budak brutal tu..”ujar Uzair tanpa sedar. Mata Latif sudah terbuntang, 'Biar betik kawan aku ni?' Ketawa Latif kuat berkumandang. Uzair terjaga dari lamunan yang tidak ke mana. Terus tangan dibawa ke belakang Latif. Ditepuk-tepuk perlahan.
“Wei, apahal ko ni..”Latif menepis tangan Uzair yang galak menepuk dan mengusap belakangnya. Dah macam gay.. Aish, nauzubillah!!! Latif ni straight okey! Uzair yang mereng sikit hari ni.
“Dah kau macam tersampuk hantu, aku pun bacalah apa yang patut.”Ujar Uzair lurus. Ish..ish.. suci je muka dia ni.. Tak jadi Latif nak marah lagi nak gelak adalah.
“Korang dah-dah la tu, kacaulah.. Aku nak belajar pun tak senang...”ujar Hafiz merungut. Tapi dia pun ikut ketawa. Tak serius langsung, okey! Uzair yang masih mamai-mamai tak cukup bumi nak pijak ni pun ketawa sama walaupun tak tahu apa yang dia gelakkan.
*_____*
Sedar tak sedar sudah dua tahun berlalu, Humaira masih dengan sikap endah tak endah. Kelakuan Humaira membuatkan dia resah. Sejak dia meluahkan perasaan sebulan lalu, terus hubungan yang mulai rapat itu menjadi rengang serengangnya. Meyesal pun ada, tapi dia tetap lega dapat meluahkan perasaannya kepada Humaira. Dia pun akan berangkat ke Johor untuk melanjutkan pelajaran. Jauh juga jarak mereka terpisah. Perak dengan Johorkan jauh tu. Tanpa sedar Uzair mengeluh.
“Haih, kau ni asal datang rumah aku je mesti mengeluh. Kenapa Uzair?”tanya Hafiz prihatin. Dia dan Uzair sama-sama dapat melanjutkan pelajaran ke UITM Johor. Kawan-kawan lain masing-masing membawa haluan sendiri. Cuma mereka berdua sahaja yang masih kekal, yang lain dah bertabur entah ke mana.
“Tak ada apalah..”ujar Uzair sedikit sungul.
“Ni mesti pasal Humairakan?”tekaan Hafiz itu menyusup ke dalam hati Uzair yang sedang diamuk rindu walaupun berdekatan.
“Betul la ni...”ketawa Hafiz mula menyelubungi kawasan rumahnya. Lucu melihat raut wajah macho Uzair bertukar warna merah.
“Hm.. Aku..aku takut kalau dia jatuh cinta dengan orang lain..”ujar Uzair masih berduka. Makin galak Hafiz mengetawakan diri Uzair itu.
“Itulah aku dah cakap dulu, jangan menaruh harapan sangat dekat adik aku yang brutal tu..”Kata Hafiz, geram juga dengan sahabatnya yang tak makan saman itu.
“Aku.. aku resah la macam ni..”kata Uzair itu mengundang keluhan dari mulut Hafiz.
“Macam ni la, kau dah cakap dekat dia kau cintakan diakan?”tanya Hafiz serius. Susahnya kalau berkawan dengan orang mabuk cinta ni. Uzair mengangguk.
“Kita nak pergi belajar dah. So, kau ingat macam ni ajalah. Kalau dah jodoh tak ke mana..”ujar Hafiz serius. Uzair memikirkan kata-kata kawan baikya itu. Benar kalau memang Humaira itu jodohnya lari ke mana pun pasti mereka akan bersama akhirnya. Uzair mengangguk tanpa sedar.
“Okey kalau macam tu jom shopping!!!”Semangat betul Hafiz kalau bab-bab shopping ni. Kalah perempuan. Uzair ketawa kecil melihat keletah kawannya itu. Hafiz memang suka shopping kadangkadang sampai terlupa dekat kawan-kawan kalau dapat bershopping.
Humaira yang asyik mengintai mencebik. Menyampah dia dengan Uzair. Tak ada maknanya dia akan suka dengan mamat mereng itu. Dahlah suka menyakitkan hati orang! Tapi dia dah nak pergi....
*_____*
“Huhuhuhu... Isk..isk..”hanya tangisan sahaja kedengaran dari Nur Humaira. Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Humaira. Faiz yang dari tadi setia menunggu hanya mampu mengeleng.
“Nyah! Dah-dah la nangisnye... Penat telinga aku dengar budak brutal ni menangis..”ujar Faiz cuba menceriakan suasana yang suram. Terkejut juga dia dengan perubahan mood Humaira. Pagi tadi elok sahaja gadis itu bergurau, bergelak ketawa bagai. Tup-tup dah petang ni, muncul depan pagar rumah dia menangis-nangis. Nasib baiklah mak ayah dia keluar ke rumah kakak sulungnya. Kalau tak dia yang mampus kena soal siasat kenapa anak orang ni menangis macam orang mati suami.
“Di..Dia dah pergi...huhuhuhu”Makin kuat pulak tangisan Humaira. Faiz dah gelabah.
“Siapa dah pergi? Innalilla...”
“Wei, dia pergi merantau aje... belum mati lagi la!!!”ujar Humaira marah. Faiz dah tersengih-sengih, manalah dia tahu orang tu masih hidup.
“Oh...Hidup lagi.. Kenapa kau menangis bagai nak rak ni?”tanya Faiz lagi. Keliru pulak dengan Humaira ni menangis macam perempuan mati suami.
“Aku.. banyak sakitkan hati dia...”Ujar Humaira masih menangis. Faiz tarik sengih dah tahu sangat dah siapa yang Humaira maksudkan.
“Tu la... Masa dia gilakan kau, kau jual mahal sekarang kau rasakanlah!”Ejek Faiz seakan cemburu. Humaira sudah berhenti menangis. Ditenung tajam wajah Faiz.'Haih, bikin panas saja orang ni!' Humaira cuba menyabarkan hatinya.
“Ada aku kata aku suka dia ke?”tanya Humaira serius. Gerun pula Faiz melihat riak wajah Humaira ketika ini. Faiz hanya mampu mengeleng. 'Humaira ni tengah bulan mengambang ke?' fikiran Faiz mula melalut.
“Hah, tahu pun tak adekan.. Aku just sedih sebab layan dia dengan buruk bukannya apa.”Ujar Humaira yang sudah mula bermain dengan Kiki, kucing gebu milik Faiz.
“Huh...”tanpa sedar si sotong melepaskan keluhan lega.
“Kau ada cakap apa-apa ke?”Tanya Humaira yang asyik bermain dengan Kiki. Ralit sungguh gadis 15 tahun itu dengan kucingnya. Faiz sudah gelabah.
“Eh, mana ada kau salah dengar kot..”kata Faiz cuba menutup gugupnya. 'Matilah aku kalau si brutal ni tahu yang aku suka dia...'Faiz mengeluh lagi. Kan bagus kalau hati Humaira terbuka untuknya... 'Aku akan terus menunggu kau Nur Humaira... Sehingga hujung nyawaku..'Faiz hanya mampu tersenyum pahit apabila Humaira memandangnya.
#bersambung... hehehehe ni bukan e-novel tau.. tapi e-cerpan dalam dua atau tiga entri je... hahahaha okey Anjel paling lewat sabtu asyu masukkan JANJI!!! apa pun korang enjoy la entri ni!!!! sila la komen2 hahaha k la bye2 sayang semua! muah!
Monday, 28 January 2013
Assalamualaikum!!!!
Hah, jawab la salam dulu. Dah jawab ke belum? Kalau dah jawab allhamdulillah. Okey la, Asyu tak usah merapu sangat eh.... Heheheh kalau korang nak tahukan, sambil Asyu menulis entri ni, mata Asyu sat2 pergi intai blog orang lain hahaha... Gigih tak?
Asyu nak kongsi dengan korang pasal satu tempat yang namanya MG hahaha Bukan syarikat gergasi mana2 okey.. Ni tempat yang terkenal dekat Ipoh. MG atau Merdeka Garden memang terkenal dengan makanannya. Kalau korang datang melawat tempat ni pagi2 memang korang takkan kata tempat ni adalah syurga makanan. sebabnya dia bukak malam je! hahahaha.. rasa nak tumbuk jekan muka Asyu ni.
Asyu masa kecik2 dulu suka ikut kakak2 Asyu makan dekat sini. Dulu la masa zaman jahiliah lagi. Kalau korang nak tahu apa yang special sangat kat MG ni.. yang specialnya ada satu kedai mee kari yang terumphhhhh... sekali.. Tapi jangan terkejut yang menjualnya adalah Cina! Serius masa Asyu kecik2 Asyu pakai makan je tak soal selidik segala. Lepas tu Asyu cerita la kat mak Asyu. Terus dia buat muka tak redha.
"Kenapa pergi makan mee dongoii tu?"kata mak Asyu. Asyu pun blurr dengar perkataan 'dongoii'. Asyu tanya la.
"Dongoii tu apa mak?"Asyu tanya la ni.
"Hidung BABI!!!!"rasa nak muntah Asyu dengar apa yang mak Asyu cakap. Tapi tak boleh muntah pun, dah selamat dihadam.
Sejak hari tu, Asyu tak pernah makan lagi mee tu. yelah kan ustaz dan ustazah cakap kalau kita ragu2 seelok2nya jangan makan dah. Sebab hukumnya HARAM! huhuhuhu... Tapi Asyu still ikut kakak Asyu lepak sana(kadang2 la). tapi Asyu tak makan tau. Asyu order burger kat abang ensem seberang jalan. hahahaha(gataiii Asyu ni).
Kakak Asyu and kawan-kawan dia tanya Asyu,
"Kenapa tak makan? tak order?"depe tanya Asyu.
"Sebab dongoii. Mak kata hidung babi.."dengan lurus lagi suci Asyu jawab.(tak abis2 nak puji diri sendiri Asyu ni)
"La.. takkan mak kamu cakap macam tu kamu tak makan dah. Tak open minded la kamu ni."depe cakap lagi. Asyu diam je(Asyukan budak baik)
"Kalau mak kamu cakap dia letak **** kamu percaya la ye.."ujar kawan kakak Asyu gelak2. Asyu buat muka suci.
"Asyu dah besar, sebab Asyu nampak orang cina (bukan islam) yang masak Asyu jadi ragu2. Kalau mak tak cakap pun Asyu tetap takkan makan."macam tu la Asyu cakap dekat depe.
"Oh..."tu je yang keluar dari mulut depe. Hah, kan dah kalaH! hahahaha Asyu mana ada kalah menang. Hish, otak Asyu dah bagi sintom2 yang membolehkan korang call ambulans. hehehehe...
Pendek kata lakan, jangan pakai serbu je bila orang kata tempat ni sedap segala. Selidik dulu tukang masaknya islam ke tak(klu korang islam la) Takut nanti dah terlambat. Asyu musykil gak. HAbih tu mee kari yang dah selamat Asyu hadam ni jadi apa? still haramkan? Macam mana ni????
Tak pe lah tu nanti ASyu selidik. Kalau korang tahu kongsi lah dengan Asyu. Asyu ni tak cukup lagi Ilmu agama still kena topup.Hah, jangan telefon je kena topup. ilmu pun kena Topup. Okeylah sampai sini je Entri Asyu. Asyu tengah tulis cerpen. Hahahaha asyik tulis yang pendek je ASyu ni. Yang panjang2 lain kali je... Thanks sebab sudi baca entri Asyu ni.. PEACE NO WAR!!! LOVE U ALL>_< <3 <3
Asyu nak kongsi dengan korang pasal satu tempat yang namanya MG hahaha Bukan syarikat gergasi mana2 okey.. Ni tempat yang terkenal dekat Ipoh. MG atau Merdeka Garden memang terkenal dengan makanannya. Kalau korang datang melawat tempat ni pagi2 memang korang takkan kata tempat ni adalah syurga makanan. sebabnya dia bukak malam je! hahahaha.. rasa nak tumbuk jekan muka Asyu ni.
Asyu masa kecik2 dulu suka ikut kakak2 Asyu makan dekat sini. Dulu la masa zaman jahiliah lagi. Kalau korang nak tahu apa yang special sangat kat MG ni.. yang specialnya ada satu kedai mee kari yang terumphhhhh... sekali.. Tapi jangan terkejut yang menjualnya adalah Cina! Serius masa Asyu kecik2 Asyu pakai makan je tak soal selidik segala. Lepas tu Asyu cerita la kat mak Asyu. Terus dia buat muka tak redha.
"Kenapa pergi makan mee dongoii tu?"kata mak Asyu. Asyu pun blurr dengar perkataan 'dongoii'. Asyu tanya la.
"Dongoii tu apa mak?"Asyu tanya la ni.
"Hidung BABI!!!!"rasa nak muntah Asyu dengar apa yang mak Asyu cakap. Tapi tak boleh muntah pun, dah selamat dihadam.
Sejak hari tu, Asyu tak pernah makan lagi mee tu. yelah kan ustaz dan ustazah cakap kalau kita ragu2 seelok2nya jangan makan dah. Sebab hukumnya HARAM! huhuhuhu... Tapi Asyu still ikut kakak Asyu lepak sana(kadang2 la). tapi Asyu tak makan tau. Asyu order burger kat abang ensem seberang jalan. hahahaha(gataiii Asyu ni).
Kakak Asyu and kawan-kawan dia tanya Asyu,
"Kenapa tak makan? tak order?"depe tanya Asyu.
"Sebab dongoii. Mak kata hidung babi.."dengan lurus lagi suci Asyu jawab.(tak abis2 nak puji diri sendiri Asyu ni)
"La.. takkan mak kamu cakap macam tu kamu tak makan dah. Tak open minded la kamu ni."depe cakap lagi. Asyu diam je(Asyukan budak baik)
"Kalau mak kamu cakap dia letak **** kamu percaya la ye.."ujar kawan kakak Asyu gelak2. Asyu buat muka suci.
"Asyu dah besar, sebab Asyu nampak orang cina (bukan islam) yang masak Asyu jadi ragu2. Kalau mak tak cakap pun Asyu tetap takkan makan."macam tu la Asyu cakap dekat depe.
"Oh..."tu je yang keluar dari mulut depe. Hah, kan dah kalaH! hahahaha Asyu mana ada kalah menang. Hish, otak Asyu dah bagi sintom2 yang membolehkan korang call ambulans. hehehehe...
Pendek kata lakan, jangan pakai serbu je bila orang kata tempat ni sedap segala. Selidik dulu tukang masaknya islam ke tak(klu korang islam la) Takut nanti dah terlambat. Asyu musykil gak. HAbih tu mee kari yang dah selamat Asyu hadam ni jadi apa? still haramkan? Macam mana ni????
Tak pe lah tu nanti ASyu selidik. Kalau korang tahu kongsi lah dengan Asyu. Asyu ni tak cukup lagi Ilmu agama still kena topup.Hah, jangan telefon je kena topup. ilmu pun kena Topup. Okeylah sampai sini je Entri Asyu. Asyu tengah tulis cerpen. Hahahaha asyik tulis yang pendek je ASyu ni. Yang panjang2 lain kali je... Thanks sebab sudi baca entri Asyu ni.. PEACE NO WAR!!! LOVE U ALL>_< <3 <3
Sunday, 27 January 2013
kerana kau anjelku 7
Bab 7
Nada memandang wajah Danial. Danial memandang wajah kakaknya. Linda dari tadi ke hulur ke hilir di depan mereka. Berkawad seperti askar pencen,Nada melihat mata Linda dipenuhi api kemarahan. Ditangan Linda terdapat sebatang rotan yang panjang dan halus. Nada sudah mengukur panjang kukunya, tak sanggup mahu mengangkat muka. Sudah lama ibunya tidak semarah ini. Sudah hampir 2 tahun. Dia sendiri sudah berada ditingkatan satu. Linda sudah semakin panas. Sudah banyak kali disoal namun tak ada yang mengaku.
“Tak ada siapa nak mengaku ke?”tanya Linda cuba menahan marah. Mereka berdua masih mendiamkan diri.
“Ibu tanya ni tak ada siapa ke nak mengaku ambik duit ibu?!”Jerkah Linda. Hatinya memang sakit, entah siapalah yang mencuri duitnya sebanyak 100 ringgit itu. Yang dia tahu mesti diantara Nada dan Danial. Hanya mereka berdua sahaja dirumah. Amir sudah tidak nampak bayangnya dirumah itu. Linda pada mulanya menaruh syak wasangka kepada anak lelaki sulungnya itu, namun dia yakin anak sulungnya seorang yang bertanggungjawab.
“Ibu, Nada dan Danial tak ambik duit tu!”Nada cuba menyakinkan ibunya. Linda memandang Nada dengan dengan pandangan mata yang maut. Kalaulah pandangan mata Linda tu pedang dah meninggal Nada sekarang ni.
“Berani kamu tak mengaku Nada? Kalau Danial memang aku percaya dia tak ambil. Tapi kamu? Memang dasar anak perampas!”Linda mula menghayunkan rotan ditubuh Nada. Danial hanya mampu memerhati. Wajarkah dia menolong kakaknya yang merupakan perampas kasih sayang ayahnya? Danial teragak-agak, akhirnya dia hanya mampu berdiri kaku disitu.
“Ibu, ampun bu, ampun! Nada tak ambil duit ibu!”terjerit-jerit Nada meminta simpati dari ibunya. Namun Linda semakin galak memukul Nada. Air mata mula membasahi pipi Nada. 'Kenapa? Kenapa ibu sanggup melayan aku seteruk ini?'hati mula berperang dengan mindanya. Nada sudah tidak tahan!
“Tolong!!!”jerit Danial tiba-tiba. Danial mula takut apabila melihat darah pekat mengalir dari kesan rotan itu. Nada semakin lemah. Danial cuba menghalang ibunya dari terus menerus memukul Nada .
“Ibu ingat tuhan, ingat Allah. Ibu!!!”Danial menarik ibunya menjauhi Nada. Linda memandang tubuh layu Nada tanpa perasaan.
“Tolong! Tolong! Mak Embun!”Jeritan Danial bergema didalam rumah. Tidak lama kemudian,Mak Embun muncul sambil termegah-megah. Terperanjat orang tua itu melihat Nada yang sudah tidak sedarkan diri.
“Ya Allah,Nada!!!”Mak Embun terus meriba kepala Nada. Diusap-usap kepala anak itu penuh kasih.
“Mak Embun apa yang kita nak buat ni?”tanya Danial. Ibunya sudah menghilangkan diri.
“Danial pergi telefon ambulan!”ujar Mak Embun. Walaupun nanti majikannya akan disoal mengenai kesan rotan itu,dia tidak peduli! Yang penting Nada perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. Danial sudah berlari anak mehu menelefon ambulan. Tidak sempat dia mengakat gengangan telefon kedengaran kuakan pintu utama. Pantas dia melihat siapa dipintu. Ayah!
“Ayah, tol..tolong Na...Nada yah!”kata Danial tergagap-gagap. Gementar melihat wajah ayahnya. Kalaulah ayahnya tahu dia turut bersubahat dengan kejadian ini. Mampuslah dia kena belasah dengan ayahnya sendiri.
“Kenapa kakak kamu?”tanya Huzairil yang keletihan.
“Ayah, jom la cepat!”Danial pantas menarik tangan ayahnya. Airil yang kebetulan disitu turut mengikut langkah dua beranak itu.
“Ya Allah!”hanya itu yang terpacul dimulut Huzairil dan Airil.
“Apa dah jadi ni? Hah, mak Embun!”tanya Huzairil. Air mata mula bertakung ditubir matanya. Tidak sangka anaknya akan terima nasib sebegini rupa. Kalaulah dia hantar Nada dirumah ank-anak yatim dahulu pasti anak itu bahagia.
“Tuan, sabar. Kita hantar dulu Nada ke hospital. “ujar Airil sambil menepuk-nepuk bahu majikannya yang sedang bersedih. Airil turut merasai apa yang Huzairil rasa. Nada itu bagaikan anaknya sendiri.
Airil dan Huzairil bersama-sama mengangkat Nada. Diletakkan Nada penuh berhati-hati di seat belakang. Huzairil duduk dibelakang. Diriba kepala anaknya penuh kasih. Diusap-usap perlahan muka yang lesu itu. Airil memandu laju menuju ke hospital terdekat. 'Bertahanlah anakku!'kata-kata itu terpancar dari riak wajah Airil.
*______*
“Doktor, macam mana anak saya?”Huzairil terus menerpa ke arah doktor yang baru keluar dari bilik anaknya. Doktor Zamri tersenyum melihat kegelisahan lelaki itu.
“Alhamdullilah. Anak encik tak apa-apa. Tapi..”riak wajah doktor itu mula bertukar serius.
“Tapi apa doktor..”sampuk Airil tidak sabar.
“ Saya dapati anak encik ni, mangsa dera.”ujar Doktor Zamri sambil memandang tajam kedua lelaki itu.
“Apa? Saya tak pernah cubit dia pun. Saya sayang Nada, dia merupakan satu-satunya nak perempuan saya.”kata Huzairil sambil mengerah otaknya siapa yang sanggup melakukan Nada sebegitu. Doktor Zamri sekadar mengangguk faham. Bukan apa, sekarang ni banyak kes dera.
“Siapa yang sanggup buat Nada macam tu?”tanya Huzairil perlahan. Airil memandang Huzairil serba-salah. Nak cerita ke tak? Nak cerita ke tak? Cerita jelah. Kesian pulak Huzairil ni.
“Tuan... sa... saya tahu siapa yang buat Nada sampai macam tu.”ujar Airil teragak-agak. Huzairil memandang tajam wajah Airil.
“Kau tahu siapa? Dah lama kau tahu?”tanya Huzairil. Airil mengangguk serba salah.
“Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Kenapa bila dah jadi macam ni baru kau nak bagitahu?”tanya Huzairil agak lantang.
“Se..sebab Na.. Nada yang mi..minta saya rahsiakan.. benda ni..”ujar Airil tergagap-gagap. Mata Huzairil membuntang.
“Sebab tu kau biarkan saja dia terseksa? Siapa orang yang Nada lindungi tu? Siapa?”sergah Huzairil. Airil terkebil-kebil.
“Puan Linda.”hanya itu keluar dari mulut Airil.
“Linda?!”Huzairil hanya mampu meraup mukanya.
*____*
Sudah beberapa hari Nada tidak ke sekolah. Aiman dan Irfan sudah mengelisah. Sudah cuba dihubungi tetapi tiada jawapan. Amira dan Hanif sekadar mengangkat bahu apabila mereka ditanya. Mana la mereka tahu, Aiman dan Irfan yang lebih rapat dengan Nada pun tak tahu apatah lagi mereka.
“Korang aku rasa tak sedap hatilah..”ujar Aiman kepada kawan-kawannya.
“Aku pun sama. Nada mana pernah tak datang lama macam ni..”ujar Irfan pula. Kedua-duanya termenung. Amira berpandangan dengan Hanif.
“Dah macam laki mati bini!”bisik Amira ke telinga Hanif. Hanif menyiakan.
“Kalau korang risau sangat kenapa tak pergi cari je Nada tu dekat rumah dia?”tanya Hanif.
“Haah la, good idea!”ujar Aiman dan Irfan serentak. Amira tertawa kecil melihat gelagat mereka.
“Kenapa kau gelak?”tanya Aiman seakan-akan marah.
“Tak ada apa-apa...”ujar Amira laju.
“Baik kau cakap, kalau tak... aku bagitahu Hanif..”ugut Aiman. Irfan yang tahu rahsia itu ketawa melihat gelagat Amira yang seperti nyawanya ditangan Aiman. Hanif pula terpinga-pinga melihat kelakuan kawan-kawannya.
“Erm... Betul ke kau nak aku cakap?”Aiman, Irfan dan Hanif mengangguk.
“Kamu berdua ni dah macam madu yang redha menunggu suami balik medan perang je.. “ujar Amira sambil berlari dari Aiman dan Irfan. Hanif yang menangkap maksud Amira sudah ketawa mengekek. Aiman memandang Irfan, Irfan memandang Aiman. Masing-masing mengangkat bahu,
“Adoi, pending la korang berdua ni. Dia kata korang ni pesaing tapi baik semacam je... Lepas tu dari tadi risau dekat Nada macam la dia tengah berperang. Kiranya korang ni bermadu la mengharapkan kasih si Nada yang entah sudi ke tak..”dengan baik hatinya Hanif menerangkan perkara itu kepada Aiman dan Irfan. Aiman dan Irfan mengepal penumbuk. Mereka merapati Hanif , Hanif mula cuak.
“Apa korang ni? Aku just tolong je.... Mak!!!”jerit Hanif sambil berlari menjauhi kawannya yang mula tunjuk taring.
Aiman dan Irfan sudah ketawa mengekek. Kelakar pulak gelagat kawan-kawannya yang macam kena kejar hantu itu. Mereka bersama melangkah ke kelas. Waktu rehat sudah hampir tamat. Kalau Nada ada mesti mereka seronok menikmati makanan yang disediakan oleh ibu mereka. Kalau esok pun Nada tak datang Aiman dan Hanif mahu pergi ke rumah Nada.
*sorry klu x best... otak asyu jam sikit dua tiga hari ni... insyallah next entry Asyu buat lagi baik
Saturday, 26 January 2013
OPPA GANGNAM STAIL!!!
Oppa Gangnam Stail... Benda ni tak ada pun kaitan dengan Asyu.Asyu just nak discuss bende ni dengan korang. Pada Asyu la kan, tarian ni dah bosan asyu tengok. SERIUS! Asyu macam meluat pun ada. Ada part2 yang agak lucah. Betul! Bila Asyu cakap videoklip tu cam si** kan tak ada yang nak percaya..
Tak tau la pulak kalau Asyu ni terlalu suci (ceh, puji diri sendiri lak!) Hahahaha Asyu menyampah tau... (tersentap sebenarnya)... Cewah... Nak tau apa yang Asyu menyampah sangat? Sebabnya Gangnam Dance ni dah jadi virus ke satu dunia. Cuba sebut negara yang tak terlibat.. ASyu nak tahu juga!
Korang tak meyampah ke? dari la budak umur 2 tahun sampai la org tua yg setua-tuanya, semua tahu tarian ni. Kalau tanya rukun iman ke rukun Islam semua bantai gagap, haih, tak patut-tak patut! Asyu tak suka dgn benda ni sgt!!! Kalau korang hidangkan cerita Korea ke, lagu Korea ke, manga Korea ke tu Asyu still leh layan.. Klu lagu Oppa Gangnam ni Asyu jawab lagu ni..... Harap MAaf, Nombor Yang Anda Dail Tiada Dalam Perkhidmatan(tetiba je Asyu ni =__="")Hahaha.. Stop this Nonsence Asyu! Babat karang!
Mana la tahu kalau ada dancer sesat dekat sinikan,{ckp thanks dulu sudi terjah blog ni} Asyu cabar korang cipta satu dance yang mampu influenze satu dunia!! Ceh, klu tak tahu nak wat dance camne.. bantai je tarian tradisional kita cmpurkan dgn tarian sekarg mesti mcm debomkan2??? Hahaha okey Asyu dah mula merapu.. [Lempang kang!] hahaha cepat2 telefon ambulans Asyu dah hilang kewarasan bile cakap pasal Gangnam Stail!!!
Okey la makin lama makin melalut Asyu ni. Novel n Cerpen lain hari ye.. Awsyu tak de idea.. [>_<] buat muka comel takut kena lempang hahahaha K bye2 Love you all. klu korg suka dgn tarian ni Asyu no hal.. hak individu. Do what your like, Like what your Like... Peace no War!!!
Tak tau la pulak kalau Asyu ni terlalu suci (ceh, puji diri sendiri lak!) Hahahaha Asyu menyampah tau... (tersentap sebenarnya)... Cewah... Nak tau apa yang Asyu menyampah sangat? Sebabnya Gangnam Dance ni dah jadi virus ke satu dunia. Cuba sebut negara yang tak terlibat.. ASyu nak tahu juga!
Korang tak meyampah ke? dari la budak umur 2 tahun sampai la org tua yg setua-tuanya, semua tahu tarian ni. Kalau tanya rukun iman ke rukun Islam semua bantai gagap, haih, tak patut-tak patut! Asyu tak suka dgn benda ni sgt!!! Kalau korang hidangkan cerita Korea ke, lagu Korea ke, manga Korea ke tu Asyu still leh layan.. Klu lagu Oppa Gangnam ni Asyu jawab lagu ni..... Harap MAaf, Nombor Yang Anda Dail Tiada Dalam Perkhidmatan(tetiba je Asyu ni =__="")Hahaha.. Stop this Nonsence Asyu! Babat karang!
Mana la tahu kalau ada dancer sesat dekat sinikan,{ckp thanks dulu sudi terjah blog ni} Asyu cabar korang cipta satu dance yang mampu influenze satu dunia!! Ceh, klu tak tahu nak wat dance camne.. bantai je tarian tradisional kita cmpurkan dgn tarian sekarg mesti mcm debomkan2??? Hahaha okey Asyu dah mula merapu.. [Lempang kang!] hahaha cepat2 telefon ambulans Asyu dah hilang kewarasan bile cakap pasal Gangnam Stail!!!
Okey la makin lama makin melalut Asyu ni. Novel n Cerpen lain hari ye.. Awsyu tak de idea.. [>_<] buat muka comel takut kena lempang hahahaha K bye2 Love you all. klu korg suka dgn tarian ni Asyu no hal.. hak individu. Do what your like, Like what your Like... Peace no War!!!
Friday, 25 January 2013
bas... pengalaman asyu dgn bas...
Baca tajuk pun dah tau apa yg asyu nak share hari ni.. hehehe. Asyu ni bukannya kaki jalan sangat. So, peluang nak naik bas tu jarang-jarang Asyu dapat. Kiranya, one in milion la... Setakat ni asyu dah try 5 jenis bas.
Bas yang pertama : Bas biasa masuk kampung. Bas buruk tu...
Hahaha, korang semua mesti pernah naik bas nikan, kan? Masa Asyu kecik-kecik, Asyu selalu ikut ayah Asyu ambik duit pencen. Biasalah pencen askar. So, time tulah nak merasa naik kenderaan awam. (Ayah Asyu tak reti bawak kenderaan bermotor. Dia reti bawak basikal tua je...) Dulu Asyu ni nakal setiap kali naik bas Asyu suka duduk tepi tingkap. Lepas tu keluarkan kepala. Ayah Asyu selalu marah. Asyu tak buat dah tapi Asyu hulurkan tangan pulak hehehe. Lepas Asyu duduk dengan mak Asyu tak naik bas dah. Naik kereta je...
Bas yang kedua : Bas lompat. Bas yang berhenti setiap stesen tu.
Ah... kisah Asyu first time naik bas ni memang kelakar. Hari tu dalam raya kedua, tiga (raya haji) mak cik Asyu call. cakap dia sunyi. Mak Asyu pun kelam kabut cari tiket nak pergi Taiping. Kami dekat Ipoh. cari punya cari. semua tiket bas Ekspress habis. Mak Asyu still nak pergi jugak. So, kitaorg naik la bas lompat. Naik bas yang first, Asyu dapat tmpt duduk(Fuh lega~) Oh no! lelaki dekat sebelah. Macam nak mati rasanya. Masa tu Asyu tak pernah duduk sebelah lelaki yg bukan muhrim(baik x?) hahaha. Okey pastu kitaorg pun turun. Naik bas kedua.. Mak oi.... Penuh wa kata lu... Masa tu dah magrib. korang bayangkan... Asyu kena la berdiri. Dah la jalan yang dia lalu tu berlopak2 den kato. So Asyu dah terumbang ambing dalam bas tu.. Tak semena2 Asyu terjatuh atas brother ni... Nasib baik masa tu Asyu kurus.. (Kuang kuang kuang) Mak Asyu boleh bantai gelak. Kesian Asyu yg masih murni lagi tulus ni. terkebil2 kat situ. Asyu pun buat muka kenal mintak maaf. Pastu ada sorg brother ni baik hati, dia bgn and offer tmpat dia.. Hahahaha gentlementkan? So, tak lama pastu Asyu , mak dan adik pun tiba di Taiping....
Bas yang ketiga : Bas Sekolah. Bas warna kuning!!!
Hah! Siapa pernah naik bas kuning???? Asyu pernah. tapi tak lama setahun cam tu. Masa tu Asyu duk Batu Gajah. Akhir tahun 2007 dengan awal tahun 2008. Lepas tu Asyu pindah Ipoh balik. Masa first time tu takut tau. Asyu sorang je murid Tiwa sekolah lama Asyu... Dah la bas tu penuh cam tin sardin. Asyu duduk betul2 dekat pintu bas tu... sekali Pak cik tu bukak pintu, mesti Asyu jatuh berguling..{x jatuh pun} penat je mak Asyu bayar duit bas. Last2 Asyu lagi suka jalan kaki. sebabnya boleh singgah kedai komik.. [my feveret] pak cik tu tak kata apa2 dah.. penat kot berleter kat Asyu....
Bas yang keempat : Bas Sekolah {Bas persiaran}
Hehehehe Asyu paling suka bas ni... The best in the world la kata Asyu. Sebabnya, Asyu tak perlu risau terlepas stesen.. huhuhu Bas ni selesa. Asyu tak rasa takut [semua yg naik budak skola Asyu]. And the best part is, semua kongsi makanan. huhuhu. Asyu pun boleh tidur dgn lenanye....
Bas yang kelima : Bas Ekpress.
Macam yang Asyu cakap, Asyu dah lama tak naik bas!!!! So, satu hari ni kakak Asyu{didie} ambik Asyu n adik Asyu g rumah dia. ikutkan perancgannya dia natr kita org balik. Tapi suami dia kerja plak. So, Asyu n adik terpaksa naik bas, for the first time tanpa ada org yg betul2 dewasa temnkan. [Asyu x dewasa sgt huhuhu] Asyu pun tak berani tidur sbbnya takut terlepas stesen. Tapikan mmg la Nasib baik asyu x tidur, bas tu laju bukan main wa kata lu.. Sampaikan, ada satu bau menular didalam bas tu. Masyaallah! Driver tu bwk tanpa henti, sampai ada yg tercirota{tercirit}. first2 tu Asyu je yang bau tau.. Asyu tanya adik Asyu tapi dia kata x de, makin lama makin kuat bau tu, sampai ASyu rasa nak pengsan!!! Asyu toleh tepi, Asyu tgk mamat yg duduk sebelah kitaorg tu boleh menyedao dgr earphone! tgk depan, hah! Ada yg bau!!! Tetiba bas berhenti dekat perhentian tol tu, berlari2 semua yg nak terkucil dan terbenyak, tak lupa juga yg dah terkeluaq... Asyu dah bantai gelak2.. Bila hamba Allah tu lalu semua pakat tutup hidung. Asyu tak tutup hidung kesian kat dia... x patut betul la bas ekspress ni... tu la first time Asyu naik bas selepas sekian lama...
Tapi jangan ingat Asyu dah serik naik bas pulak... tak de maknanya... Asyu ni kalau nak keluar ada je caranya. termasuklah bersekang mata menahan mengatuk naik bas.... hahaha tu je yg Asyu nak kongsi.. :) Peace.... jgn takut lak naik bas...
Bas yang pertama : Bas biasa masuk kampung. Bas buruk tu...
Hahaha, korang semua mesti pernah naik bas nikan, kan? Masa Asyu kecik-kecik, Asyu selalu ikut ayah Asyu ambik duit pencen. Biasalah pencen askar. So, time tulah nak merasa naik kenderaan awam. (Ayah Asyu tak reti bawak kenderaan bermotor. Dia reti bawak basikal tua je...) Dulu Asyu ni nakal setiap kali naik bas Asyu suka duduk tepi tingkap. Lepas tu keluarkan kepala. Ayah Asyu selalu marah. Asyu tak buat dah tapi Asyu hulurkan tangan pulak hehehe. Lepas Asyu duduk dengan mak Asyu tak naik bas dah. Naik kereta je...
Bas yang kedua : Bas lompat. Bas yang berhenti setiap stesen tu.
Ah... kisah Asyu first time naik bas ni memang kelakar. Hari tu dalam raya kedua, tiga (raya haji) mak cik Asyu call. cakap dia sunyi. Mak Asyu pun kelam kabut cari tiket nak pergi Taiping. Kami dekat Ipoh. cari punya cari. semua tiket bas Ekspress habis. Mak Asyu still nak pergi jugak. So, kitaorg naik la bas lompat. Naik bas yang first, Asyu dapat tmpt duduk(Fuh lega~) Oh no! lelaki dekat sebelah. Macam nak mati rasanya. Masa tu Asyu tak pernah duduk sebelah lelaki yg bukan muhrim(baik x?) hahaha. Okey pastu kitaorg pun turun. Naik bas kedua.. Mak oi.... Penuh wa kata lu... Masa tu dah magrib. korang bayangkan... Asyu kena la berdiri. Dah la jalan yang dia lalu tu berlopak2 den kato. So Asyu dah terumbang ambing dalam bas tu.. Tak semena2 Asyu terjatuh atas brother ni... Nasib baik masa tu Asyu kurus.. (Kuang kuang kuang) Mak Asyu boleh bantai gelak. Kesian Asyu yg masih murni lagi tulus ni. terkebil2 kat situ. Asyu pun buat muka kenal mintak maaf. Pastu ada sorg brother ni baik hati, dia bgn and offer tmpat dia.. Hahahaha gentlementkan? So, tak lama pastu Asyu , mak dan adik pun tiba di Taiping....
Bas yang ketiga : Bas Sekolah. Bas warna kuning!!!
Hah! Siapa pernah naik bas kuning???? Asyu pernah. tapi tak lama setahun cam tu. Masa tu Asyu duk Batu Gajah. Akhir tahun 2007 dengan awal tahun 2008. Lepas tu Asyu pindah Ipoh balik. Masa first time tu takut tau. Asyu sorang je murid Tiwa sekolah lama Asyu... Dah la bas tu penuh cam tin sardin. Asyu duduk betul2 dekat pintu bas tu... sekali Pak cik tu bukak pintu, mesti Asyu jatuh berguling..{x jatuh pun} penat je mak Asyu bayar duit bas. Last2 Asyu lagi suka jalan kaki. sebabnya boleh singgah kedai komik.. [my feveret] pak cik tu tak kata apa2 dah.. penat kot berleter kat Asyu....
Bas yang keempat : Bas Sekolah {Bas persiaran}
Hehehehe Asyu paling suka bas ni... The best in the world la kata Asyu. Sebabnya, Asyu tak perlu risau terlepas stesen.. huhuhu Bas ni selesa. Asyu tak rasa takut [semua yg naik budak skola Asyu]. And the best part is, semua kongsi makanan. huhuhu. Asyu pun boleh tidur dgn lenanye....
Bas yang kelima : Bas Ekpress.
Macam yang Asyu cakap, Asyu dah lama tak naik bas!!!! So, satu hari ni kakak Asyu{didie} ambik Asyu n adik Asyu g rumah dia. ikutkan perancgannya dia natr kita org balik. Tapi suami dia kerja plak. So, Asyu n adik terpaksa naik bas, for the first time tanpa ada org yg betul2 dewasa temnkan. [Asyu x dewasa sgt huhuhu] Asyu pun tak berani tidur sbbnya takut terlepas stesen. Tapikan mmg la Nasib baik asyu x tidur, bas tu laju bukan main wa kata lu.. Sampaikan, ada satu bau menular didalam bas tu. Masyaallah! Driver tu bwk tanpa henti, sampai ada yg tercirota{tercirit}. first2 tu Asyu je yang bau tau.. Asyu tanya adik Asyu tapi dia kata x de, makin lama makin kuat bau tu, sampai ASyu rasa nak pengsan!!! Asyu toleh tepi, Asyu tgk mamat yg duduk sebelah kitaorg tu boleh menyedao dgr earphone! tgk depan, hah! Ada yg bau!!! Tetiba bas berhenti dekat perhentian tol tu, berlari2 semua yg nak terkucil dan terbenyak, tak lupa juga yg dah terkeluaq... Asyu dah bantai gelak2.. Bila hamba Allah tu lalu semua pakat tutup hidung. Asyu tak tutup hidung kesian kat dia... x patut betul la bas ekspress ni... tu la first time Asyu naik bas selepas sekian lama...
Tapi jangan ingat Asyu dah serik naik bas pulak... tak de maknanya... Asyu ni kalau nak keluar ada je caranya. termasuklah bersekang mata menahan mengatuk naik bas.... hahaha tu je yg Asyu nak kongsi.. :) Peace.... jgn takut lak naik bas...
Wednesday, 23 January 2013
Ibu. cerpen pendek
IBU
Terbukti tiada kasih sayang yang dapat menandingi kasih seorang ibu. Seburuk-buruk mana pun seorang ibu pasti akan ada sekulit rasa cinta kepada anak-anaknya.
Besar sungguh darjat seorang ibu, sehinggakan syurga itu berada ditapak kaki insan yang berhati mulia ini....
ibu engkaulah.. lampu yang menerangi gelapku, engkaulah lilin yang membakar dirimu untuk ku..
terima kasih wahai insan yang bergelar ibu...
Ariana mengeluh lagi. Sudah kali kelima dia keguguran sejak berkahwin. Entah dimana silapnya. Suaminya sudah tidak betah dengan dirinya yang tidak mampu memberikan zuriat. Bukannya Suhaimi tidak mencintai Ariana cuma desakan keluarga membuatkan Suhaimi bosan. Bosan dengan isu anak.
“Abang... Ria minta maaf..”ujar Ariana sedikit sayu. Sudahlah diri keguguran sikap suami yang endah tak endah menambahkan luka yang ada.
“Hm..”ujar Suhaimi lalu membawa diri ke bilik kerjanya. Tidak sanggup dia memandang lama wajah isterinya. Dalam marah wujud rasa kasihan. Bukan dia dan keluarganya sahaja yang sedih, Ariana pastinya lebih sedih. Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandungnya walaupun sekejap sudah tiada. Suhaimi meraup mukanya kasar. Lama dia berdiam diri, mahu munasabah dirinya. Akhirnya Suhaimi bangun dan menuju ke bilik tidurnya. Pintu dikuak perlahan. Kelibat Ariana di atas sejadah itu sangat menyedihkan hatinya. Ariana langsung tidak menunjukkan dia sedih di atas kehilangan itu sepanjang mereka kehilangan, tetapi apa yang Suhaimi dapat lihat sekarang, Ariana sangat menderita. Ariana seorang yang tabah dan kuat imannya. Semua kesusahan hanya dihamburkan kepada yang maha Esa.
“Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku hanyalah insan yang hina yang lemah.. kau ampunkanlah semua dosa-dosaku dan suamiku.. ya Allah, berilah aku kesempatan untuk mendukung darah dagingku sendiri. Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan kejadian ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku pinjam sebentar milik-Mu. Sesungguhnya aku bahagia. Ya Allah, jika ditakdirkan selepas ini akan ada benih yang bercambah dirahimku benarkanlah benih itu membesar dan berbakti untuk umat-Mu. Aku hanya ingin melihat kebahagian suamiku, keluargaku ya Allah. Namun apakan dayaku, aku hanya insan-Mu yang biasa. Ya Allah, engkau peliharalah anak-anakku di alam sana. Allah..., rindu sungguh ibu dengan anak-anak ibu... Maafkan ibu sebab tidak dapat menjaga kalian sebaik-baiknya...”Ariana sudah menangis teresak-esak. Dia tersangat rindukan zuriatnya yang berada dialam sana, yang setia menantinya. Hati Suhaimi amat tersentuh dengan tangisan Ariana. Pantas dia beristigfar. Di dalam hal ini, pastinya Ariana yang paling terseksa. Terus Ariana didakapnya. Tidak sanggup dia terus-menerus mendengar tangisan isterinya yang banyak terseksa selama ini.
“Maafkan abang.. maafkan abang..”ujar Suhaimi turut menangis. Ariana hanya mampu menangis.
*_____*
“Suhaimi, isteri kamu tu tak ada tanda-tanda lagi ke?”tanya puan Alia kasar. Ariana yang asyik mengupas bawang terkesima. Tidak sangka mentua yang amat penyayang akan berubah sebegitu. Suhaimi mengeluh kecil.
“Umi.. Tak ada rezeki lagi. Lagipun biarlah Ariana berehat dulu umi..”ujar Suhaimi dengan berat. Nak tak nak sahaja kata-kata itu meluncur dari bibirnya. Bibirnya tetap mempamerkan senyuman untuk ibu tersayang.
“Berehat apanya? Sudah lapan bulan sejak dia keguguran. Kamu dah tak nak zuriat ke Suhaimi?”pertanyaan Puan Alia itu, merubah riak wajah Suhaimi. Tiada terus senyuman diwajah lelaki itu.
“Bukan tak nak umi. Cuma tak ada rezeki lagi..”ujar Suhaimi. Sesekali dikerling isterinya yang sudah berhenti melakukan kerja itu. Rasa kesihan mula bertapak dihati Suhaimi. Dia bagaikan ternampak-nampak juraian air mutiara itu jatuh dari mata Ariana.
“Alasan! Itu sahajalah alasan kamu berdua! Kalau macam ni baik kamu kahwin lain Suhaimi. Umi carikan untuk kamu.”Ujar Puan Alia. Tersentak Suhaimi danAriana. Mereka berpandangan.
“Umi! Kalau inilah tujuan umi panggil kami ke sini. Saya mintak maaf. Saya minta diri dulu!”ujar Suhaimi sekali nafas. Puan Alia sudah terpinga-pinga. Tangan Ariana ditarik ke kereta mereka. Ariana serba-salah. Diluah mati mak, telan mati bapa. Itulah keadaannya, satu ibu mentuanya, satu lagi suami yang tercinta.
“Abang, tak baik buat umi macam tu..”ujar Ariana lembut. Selepas beberapa minit kereta mereka meluncur diatas jalan raya.
“Buat apanya Ria? Umi tu dah keterlaluan!”ujar Suhaimi dengan nafas turun naik.
“Abang itukan umi yang melahirkan abang, yang mendidik abang. Abang kenalah hormati dia.. turuti kemahuan dia..”ujar Ariana penuh berhati-hati.
“Jadi, Ria nak abang ikutkan sahaja rancangan gila umi? Macam tu?”tanya Suhaimi kasar. Sakit hatinya apabila isteri kesayangannya hanya mampu tertunduk diam.
“Kalau itu boleh buatkan abang jadi anak yang soleh, Ria redha..”ujar Ariana dengan mata yang bergenang. Dia juga seorang ibu walaupun hanya untuk sekejap, jadi dia faham bagaimana perasaan Ibu mentuanya.
“RIA!!”sedikit menjerit Suhaimi mendengar kata-kata isterinya.
*_____*
“Aku terima nikahnya, Nur Ainur binti Hashim dengan mas kahwin..........” lafaz Suhaimi itu disambut kata sah dari saksi-saksi yang ada. Di bahagian belakang Suhaimi, tersedia seorang perempuan yang cantik berhias. Ariana pantas melarikan dirinya keluar. Disitu dihamburkan tangisan yang ditahan sejak dia menandatangani surat persetujuan untuk suaminya berkahwin satu lagi. Isteri sebaik mana pun pasti tersentuh hatinya, apabila si suami melafazkan ijabqabul dengan perempuan lain selain diri mereka.
“Sabar sahajalah, Riana.”kata Luqman. Kasihan pula melihat isteri kepada temannya itu. Entah kenapa, pandangan Ariana tiba-tiba berpusing. Pantas dia mencapai apa yang berada dihadapan. Luqman yang terkejut dengan keadaan Ariana terus memeluk tubuh wanita itu.
“Astagfirullahazim...”ujar seorang daripada saksi itu. Suhaimi yang pada mulanya asyik bergambar terus menumbuk muka kawannya itu. Dia yang tidak tahu menahu terus mengamuk sepuas hati.
“Berani kau sentuh isteri aku. Binatang!”jerit Suhaimi sudah tidak berfikiran waras. Luqman pantas mendukung isteri kawannya itu ke dalam keretanya lalu dibawa ke hospital. Suhaimi mula ditenangkan oleh orang ramai yang berada disitu.
*____*
“Taniah, puan!”ujar doktor wanita itu. Ariana yang masih pening-pening lalat, tergamam. Taniah? Taniah apa pulak ni?
“Puan mengandung tiga bulan.”terang doktor itu apabila melihat Ariana terpinga-pinga. Ariana tersenyum. Namun senyumnya tidak lama. Suaminya sudah menjadi milik orang lain, bukan miliknya semata-mata. Tetapi, dengan hadirnya bayi didalam rahimnya, bermakna kasih sayang antara mereka akan bertaut kuat kembali. Senyuman mula berputik kembali diwajah pucat Ariana. Berpuluh-puluh kali ucapan terima kasih muncul dimulut Ariana. Doktor itu sekadar tersenyum mesra.
*____*
“Assalamualaikum!”ujar Ariana riang. Walaupun peningnya masih belum hilang, dia tetap bersemangat mahu mengkhabarkan berita baik ini kepada suaminya. Luqman masih setia menunggu Ariana di ruang tamu rumah itu.
“TaK tahu malu, perempuan jenis apa kau ni? Dah buat salah masih mahu menjejakkan kaki dirumah ni?”tengking Ainur sebaik melihat kelibat Ariana. Ariana yang tidak faham masih tersenyum riang. Luqman sudah berdiri. Terkejut mendengar bicara isteri kedua Suhaimi yang juga sepupunya sendiri.
“Abang, abang! Ariana ada berita baik ni!”jerit Ariana tida menghiraukan Ainur. Yang penting perkhabaran itu perlu sampai ke telinga suaminya.
“Kau ni tak faham bahasa ke?”tangan Ainur laju menghayun ke muka Ariana. Nasib baik Luqman berada disitu, tamparan itu sempat ditahan.
“AINUR!”jerkah Luqman yang sudah hilang sabar.
“Lepaskan tangan kau dari isteri aku, Luqman!”jerit Suhaimi yang turun dengan sebuah beg bagasi.
“Abang, bang nak pergi mana?”tanya Ariana pelik. Setahunya honeymoon antara Ainur dan suaminya lagi tiga hari. Beg siapa pula itu?
“Beg kau la.”ujar Suhaimi sambil melemparkan bagasi yang boleh tahan berat itu kepada Ariana. Mujur Luqman sempat menepis bagasi itu. Kalau tidak Ariana pasti ke hospital semula.
“Kenapa? Abang, Ria mengandung abang.”ujar Ariana riang, dilupakan segala yang berlaku. Yang penting suaminya bahagia.
“Mengandung? Taniah la. “ujar Suhaimi tidak berperasaan. Hatinya sudah dikaburi cemburu buta.
“Abang nikan anak abang. Abang tak happy?”tanya Ariana yang mula keliru.
“Anak? Anak kau dengan jantan ni? Tak hadap aku dengan zuriat kau! Berambus kau dari sini!”Suhaimi mula bertindak kasar. Ditolak tubuh lemah Ariana ke luar rumah mereka. Nasib baik Ariana sempat berpaut dipintu rumah mereka.
“A..abang..”ujar Ariana dengan tangisan. Luqman mula menarik Ariana yang masih berdegil berlutut dipintu rumah Suhaimi. Kasihan sungguh dia dengan wanita itu. Tidak sanggup pula dia melihat kekejaman Suhaimi terhadap Ariana. Suhaimi memelingkan mukanya. Sudah benci benar dia dengan wajah itu.
“Abang.. Ria minta ampun mintak maaf kalau Ria ada buat salah dengan abang. Kalau kepergian Ria ini mampu membahagiakan abang, Ria akan pergi. Tetapi ingatlah, bahawa anak yang Ria kandung ini adalah zuriat abang yang sah!”ujar Ariana tegas dalam tangisannya. Disalami tangan suaminya untuk kali terakhir. Luqman memapah tubuh wanita lemah itu ke keretanya.
“Ariana ingat! Aku takkan menceraikan kau! Aku gantung kau tak bertali!”ujar Suhaimi yang panas hati melihat kebaikan yang ditaburi Luqman kepada isterinya. Cemburukah dia? Masih ada cintakah dihatinya? Dia tidak tahu yang pastinya dia benci melihat kemesraan antara Ariana dan Luqman.
Ariana berpaling melihat suaminya. Dia tersenyum sambil mengangguk. Air matanya mengalir lesu dipipi pucatnya itu. Ainur yang dari tadi memerhati merengus kasar. Benci, benci kerana rancangannya gagal.
*____*
“Perlukah aku dengan anak ini?”tanya Ariana perlahan. Dia runsing. Kandungnnya semakin membesar. Zuriatnya mula membesar. Anak suaminya, yang suaminya sendiri tidak mengakui. Perlukah dia terus menerus menyayangi bayi ini? Dia sayang akan bayi ini cuma dia takut dia tidak mampu memikul tanggungjawab ini sendiri. Ariana menguatkan semangatnya. Dia akan cuba. Cuba berusaha membesarkan anak ini sendiri.
Sudah tiga bulan Ariana duduk seorang diri. Duit simpanannya mula susut. Dengan perut yang memboyot Ariana meminta pekerjaan direstoran sekitar rumah pusaka milik arwah ayahnya.
“Alhamdulillah!”ucap Ariana dengan penuh rasa syukur. Dapat juga dia pekerjaan walaupun keadaannya sudah tidak berapa sesuai untuk bekerja. Mungkin ini rezeki anaknya.
Masa berlalu pantas, Ariana bergelut dengan maut didewan bersalin. Sempat juga dia memohon ampun kepada suaminya. Walaupun tiada balasan tetapi Ariana tetap rasa tenang selepas mengucapkan kata-kata itu. Ariana mengalami masalah komplikasi kelahiran yang teruk. Dia akhirnya tidak mampu meneran lagi, dalam keadaan yang tidak mampu untuk berbuat apa-apa, Ariana menelefon suaminya. Dalam keterpaksaan Suhaimi datang menandatangani surat kebenaran untuk isterinya menjalani pembedahan.
Hampir sejam juga, Ariana didewan bedah. Akhirnya seorang bayi lelaki yang sihat dilahirkan. Lalu bayi itu diserahkan kepada Suhaimi untuk diazankan. Namun, Suhaimi menolak mentah-mentah. Tidak mahu dia menyentuh bayi itu. Walaupun naluri kebapaannya sedikit tersentuh melihat wajah bersih bayi itu, Suhaimi tetap beransur dari tempat itu.
Ariana menangis mendengar cerita seorang jururawat mengenai suaminya yang menolak untuk mengazankan bayi mereka. Ariana memandang sayu wajah putih bersih anaknya itu. Saling tidak tumpah dengan wajah suaminya.
“Puan, apa nama yang puan ingin berikan kepada bayi ini?”tanya jururawat itu yang asyik bermain dengan tangan kecil bayi comel itu.
“Muhammad Yusuf.”ujar Ariana dengan linangan air mata. Nama yang suatu ketika dahulu dipilih oleh Suhaimi untuk anak pertamanya dahulu. Namun, nyawa anaknya tidak panjang. Jururawat itu tersenyum manis.
“Wah, nama awak Muhammad Yusuf la.. si comel..”ujar Jururawat itu sambil mencuit pipi Yusuf yang gebu. Terkebil-kebil mata bulat anak itu.
“Ya, Yusuf ibu...”ujar Ariana perlahan antara dengar atau tidak dengar.
*____*
“Yusuf!”jerit Ariana memanggil anaknya yang semakin nakal itu. Umur anaknya sudah menginjak ke 10 tahun. Sudah jenuh dia berleter hinggalah merotan anaknya itu. Namun, anak itu tetap nakal.
“Apa ibu?”tanya Yusuf malas.
“Kenapa Yusuf pecahkan pasu mak cik sebelah?”tanya Ariana masih cuba bersabar.
“Dia kutuk ibu, dia kutuk Yusuf. Yusuf pecahkan pasu dia, sebab Yusuf tak suka apa yang dia katakan tu..”ujar Yusuf membela diri. Ariana mula mencapai rotan.
“Takkan sebab itu sahaja Yusuf nak buat perangai? Ibu tak pernah ajar anak ibu supaya kurang ajar dengan orang yang lebih tua.”ujar Ariana sambil merotan anaknya.
“Dia kata Yusuf anak haram!”jerit Yusuf sambil lari menyorok di biliknya. Nafas Ariana yang berombak mula tenang. Air matanya mengalir lagi. Sedih apabila anaknya dikata orang sebegitu. Yusuf kamu anak yang sah, anak yang halal! Kata-kata itu bergema dibenak fikiran Ariana.
“Yusuf, buka pintu ni, sayang..”ujar Ariana selepas tenang.
“Tak nak! Yusuf tak nak bukak. Ibu tak sayang Yusuf!”ujar Yusuf dengan esakkan.
“Yusuf nak tahu pasal ayah tak?”tanya Ariana memancing anaknya. Bukan memancing sebaliknya dia akan menceritakan segal-galanya mengenai insan bernama Suhaimi. Yusuf membuka perlahan pintu biliknya. Kepalanya terselit diantara pintu.
“Mari sayang.. Ibu ceritakan..”ujar Ariana sambil menggamit tangan anaknya.
*_____*
Kesal mula menghurung hati Ariana. Kalaulah dia tidak menceritakan hal Suhaimi kepada Yusuf pasti anaknya tidak akan memberontak sebegini. Pagi tadi sewaktu dia ingin kejutkan anaknya, Yusuf sudah tiada didalam bilik. Yang ada hanyalah sekeping nota yang tertulis 'ibu, Yusuf nak cari ayah! Yusuf nak dia bertanggungjawab. Ibu jangan risau!' Ariana pantas bergerak ke keretanya. Lalu dipandu menuju ke restoran milik suaminya.
Ariana meletakkan keretanya. Dari jauh dia terlihat kelibat Suhaimi yang sedaya upaya menolak anaknya. Makin laju langkah Ariana ke arah mereka.
“Abang! Jangan buat anak kita macam ni abang!”kata Ariana sambil menlong anaknya bangun.
“Anak? Aku tak ada anak!”tungkas Suhaimi kasar ditunjal-tunjal kepala wanita malang itu. Yusuf terkedu. Dia pantas berlari lalu menendang Suhaimi kasar. Suhaimi bergelut dengan anaknya sendiri. Kebetulan pula Luqman lalu disitu, lalu dia turut campur tangan meleraikan pergaduhan itu.
Entah dimana silapnya, Suhaimi dan Yusuf bertolak-tolak ke tengah jalan. Ariana mula berteriak apabila sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah suami dan anaknya. Pantas Ariana menolak tubuh mereka berdua. Tubuh Ariana terlambung tinggi di udara. Menjerit Yusuf dan Suhaimi serentak. Kereta yang melanggar Ariana terbabas diselekoh tidak jauh dari mereka.
Ariana dikejarkan ke hospital. Walaupun dia tidak mengalami kecederaan luaran, otaknya mengalami pendarahan yang teruk.
“Ibu.. maafkan Yusuf!” ujar Yusuf dengan tangisan kepada Ariana yang terbaring lemah. Ariana tersenyum dalam sakit.
“Yusuf tak salah, sayang. Yusuf sayang ibu?”tanya Ariana. Yusuf mengangguk.
“Yusuf maafkan ayah. Yusuf jangan derhaka dekat ayah ya sayang..”ujar Ariana lemah. Suhaimi tiba-tiba muncul. Dia menerpa ke kaki isterinya. Kata-kata meminta ampun mula kedengaran.
“A.. abang Yusuf anak abang! Abang jagalah dia elok-elok..Ria minta maaf”ujar Ariana susah sekali. Suhaimi mengangguk faham. Dia sudah tahu hal sebenarnya. Luqman sudah ceritakan segalanya. Isterinya, Ainur jugalah yang cuba melanggar Ariana. Namun, kejahatan Ainur dibalas tunai. Ainur meninggal akibat terbabas.
“Abang janji sayang! Abang janji.. Segala dosa sayang abang dah ampunkan..”ujar Suhaimi dengan esakannya.
“Yusuf ibu sayang Yusuf... maafkan Ibu sayang!”seusai bicara dada Ariana berombak. Menjerit dalam tangisan dua beranak itu. Ariana pergi dengan senyuman diwajahnya.
*____*
'ibu, ibu..' kedengaran suara-suara halus memanggil Ariana yang sedang nazak. Ariana memandang ke sudut suara itu. Kelihatan kelima-lima anaknya sedang tersenyum indah memandang dirinya. Ariana mencapai tangan anak-anaknya. Dia turut terjangkit dengan senyuman manis anak-anaknya yang bermuka putih bersih. Ariana memandang sayu Yusuf dan Suhaimi yang masih menangis.
'Ibu sayang Yusuf. Ariana sayang abang..'
tamat...
satu lagi cerpen dari asyu... okey lakan????
Tuesday, 22 January 2013
nevotunis. Cerpen pendek
LAIN TAPI CINTA
novelis+kartunis
=
NOVETUNIS
“Alah kau tu otak lembab.. tak boleh berimaginasi. Sebab tu kau jadi kartunis...”perli Airil, seorang novelis. Bengang kerana Putri Laila mendapat anugerah pelukis terbaik di syarikat McDerg.co. Bengang-bengang la jugak burger daging special jangan dilupa.
“Kau tu lagi la, dah la lelaki boleh pulak jiwang-jiwang... Aku ni terlebih imaginasi. Aku boleh bayangkan lukisan tu hidup kau? Apa barang...”Putri Laila mula bengang. Walaupun mereka sudah berjiran sejak 10 tahun yang lalu malah berkawan baik dan jika kamu nak tahu mereka ni kamceng cuma bila masuk bab kerja masing-masing tak nak kalah.
“Kau tunggu je la. Novel kedua aku ni bakal jadi buku terlaris tahun ni..”kata Airil riak. Putri menjelir lidah. Ada dia kisah.
“Ye aku tunggu. Kau tak payah nak tunggu untuk tengok aku. Novel grafik aku semuanya laris...”kata Putri sengaja menyakitkan hati Airil.
“Tak payah la nak bernovel grafik sangat... Geli telinga aku tahu..”Airil mula menggoyang-goyangkan cuping telinganya, konon-kononnya geli. Putri mengetap bibir. Geram mula menggunung. Dari mereka bergaduh lebih teruk baik dia blah. Putri bangun meninggalkan Airil yang masih sedap mengunyap burger dagingnya. Asalnya Putri nak kongsi berita gembira ni.. last-last jadi gaduh pulak.
Airil rasa bersalah. Dia tak berniat untuk menyakiti hati kawan terbaiknya. Semasa mereka masih belajar disekolah menengah mereka pernah berjanji untuk saling menyokong. Namun, kini disebabkan persektif yang berlainan membuat mereka selalu bergaduh. Airil takut kalau dia hilang persahabatan yang indah ini. Terlalu banyak kenangan dia dah Putri.
**********************************************************************
Malam itu....
“Put... Oo.. Put..”panggil Airil dari balkoni biliknya. Sememangnya biliknya menghadap bilik Putri yang turut mempunyai balkoni. Pintu cermin yang jenis slide di tolak perlahan oleh Putri. Putri buat muka monyok. Sengaja, dia mahu mendengar kata-kata pujuk yang romantis dari Airil. Yelah kata novelis mestilah pandai kata-kata yang romantis ni..
“Hai...”kata Airil kekok, selalunya dia suka bercakap tetapi apabila tengok muka Putri yang monyok terus hilang idea yang dikarang dalam otaknya. Putri menahan tawa. Kelakar dengan Airil yang menulis malah sudah menerbitkan sebuah buku novel yang jiwang tapi tak mampu bercakap untuk memujuk perempuan.
“Erm...erm... aku..aku..”kata Airil tergagap-gagap. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Putri geram, tidak sabar dengan Airil yang terlalu lembab berkata-kata itu.
“Erm..erm..apa??!”sergah Putri. Airil yang pantang disergah itu pantas menjawab.
“Aku sorry. Aku cinta padamu..”Airil pantas menutup mulut. Tangannya memukul mulutnya yang gatal menyebut ayat akhir itu. Putri mengangguk-angguk. Macam tak kisah. Airil garu kepala.
“Oh... nak cakap sorry dengan cinta dekat aku pun susah..”Putri terdiam selepas menuturkan kata-kata itu.
“What? Cinta?! Are you lost your mind?”tanya Putri.
“Kau biar betik Airil? Dah la kita ni tak sehaluan.. jangan nak sebut-sebut lagi pasal cinta cintun ni..”kata Putri perlahan tetapi tegas. Airil sudah kaku. Sedih la, cinta pertamanya ditolak mentah-mentah tak tunggu separuh masak pun...Hm..dah nasib... redha je la... Putri masuk ke dalam biliknya. Pintu cermin itu ditolak laju.
Putri sudah dup dap dup dap. Tak sangka kawan baiknya menyimpan perasaan kepadanya. Dia tidak mahu persahabatan ini terputus disini. Dia akui dia turut merasai perasaan itu tetapi dia takut.. takut kehilangan... Biarlah mereka begini sahaja.
*____*
Hari mula berlalu dengan pantas. Sudah hampir dua minggu kejadian itu berlalu. Namun, keadaan 'panas' tetap berlarutan. Putri tidak betah duduk berdua dengan Airil. Ada sahaja yang menjadi bahan pertelingkahan mereka, sampaikan mengenai sambal belacan pun boleh gaduh.
“Wei, yang kau ambik sambal belacan tu kenapa? Mama simpan untuk aku la!”bentak Airil. Mama tersebut merujuk kepada mama Putri. Puan Aini, si mama hanya mampu mengeleng. Putri mencebik.
“Perasan la kau! Ni mama aku konfem dia simpan untuk aku.”kata Putri tak mahu kalah. 'dah la datang rumah orang mintak makan. Tak malu punya olang!'kata-kata itu sekadar bergema dalam fikiran Putri. Mati la dia kalau dia cakap macam itu depan mama dia yang terkenal sebgai seorang singa. Bakat tersembunyi tu, jangan main-main.
“Tak kira! Bagi aku sambal tu sekarang jugak!”Airil sudah mahu mengagau sambal yang berada dalam pingan Putri. Putri menepis tangan Airil. Berlakulah perebutan sambal belacan pujaan hati.
“Stop!!!”jeritan Puan Aini mampu menghentikan dua orang yang dah menunjukkan ciri-ciri kucing dan anjing jadian itu.
“Kamu dua orang ni kenapa? Nak sambal ya, Airil? Tunggu kejap, mama buatkan.”ujar Puan Aini sambil melangkah ke dapur.
“Kau punya pasal la mama kena buatkan!”ujar Airil sedikit berbisik. Mata Putri membulat.
“Apsal aku pulak? Kau la yang salah. Aku tak merengek pun nak sambal bagai..”bidas Putri sambil mencecah tempe goreng ke sambal belacan. Ump.. sodap... den kato!
“Yelah, kalau kau bagi sikit sambal tu tak ada la mama kena buatkan yang baru..”ujar Airil yang sudah terliur melihat keasyikan Putri mencecah tempe dan sambal.
“Argh! Tak de maknanya. Bukannya mati pun kalau tak makan sambal belacan ni..”Putri yang sudah habis makan bangun dan meninggalkan Airil yang terkebil-kebil. Betul jugak cakap si Putri ni. Tapi apa yang penting sambal belacan tersodap didunia sudah sampai!!! kita makan dulu!
*_____*
Putri melangkah ke dalam restoran bersama Encik Khairul, ketua editornya. Tadi mereka terlampau asyik membincangkan karya yang sesuai untuk genre remaja-remaja kini. Terlalu banyak pilihan yang disukai oleh remaja sekarang. Walaupun Putri boleh melukis pelbagai jenis genre, dia lebih suka melukis kisah cinta tau kekeluargaan. Sepatutnya lunch pukul 1, mereka ni lunch pukul 4. Memang antibodi kuat betul la diaorang ni.
“Putri apa pendapat kamu mengenai kartunis tanah air kita?”tanya Encik Khairul seusai mereka duduk bersama makanan ditangan masing-masing. Makan bufet je senang kalau dah lewat-lewat macam ni.
“Saya rasa kartunis tanah air kita tak kurang hebatnya, bos. Bos tengok saja Kaoru, dia tu asal Perak aja bos. Yang penting kreatif. Ben atau Benjimen, dia siap dapat iktiraf kartunis antarabangsa. Saya memang tabik spring dengan mereka.”ujar Putri bersungguh-sungguh. Encik Khairul tersenyum.
“Bagus, bagus semangat macam ni yang kita perlukan dalam industri komik yang sedang membangun ini. Tak sangka saya awak kenal dengan kartunis tanah air. Ingatkan budak-budak sekarang ni tahu layan mangaka daripada Jepun dan Korea sahaja.”tersenyum Putri mendengar kata-kata bosnya itu. Seronok la tu kena puji dengan bos.
“Bos ni, konfem ada yang layan hasil karya kartunis Malaysia. Kalau tak layan tak ada la syarikat bos tu.”ujar Putri selamba. Dia ni memang jenis cakap lepas saja.
“Betul, betul, betul!”ujar Encik Khairul sambil ketawa. Hai, nasib baik la bos jenis kaki layan, kalau tak say sayonara la dekat industri seni ini.
Airil yang kebetulan ada meeting di situ, mula menghendap Putri yang dilihatnya tengah seronok bergelak ketawa dengan seorang lelaki pertengahan umur. Hati Airil mula panas. Dah la Putri tolak cinta dia mentah-mentah, lepas tu boleh pulak cari pakwe yang tak hensem. Ni, yang hangin ni!
“Hai, sayang!”ujar Airil. Putri sudah terkejut dengan kemunculan selamba badak, bukan selamba badak dah, ni dah kira selamba gajah si Airil. Airil menyading saja duduk disebelah Putri.
“Siapa ni, sayang?”tanya Airil kepada Putri. Putri sudah memberi jelingan tajam. 'Blah la kau dari sini!' bidas Putri melalui matanya. Terangkat-angkat kening Airil, bila melihat isyarat Putri itu. 'Amboi, kau seronok makan kat sini! Lepas tu kau nak aku blah macam tu je?'Airil tak mahu kalah.
“Eh, Putri dah kahwin ke tak tahu pulak saya?”soal Encik Khairul teruja. Putri mula serba salah.
“Ma..”tak sempat Putri nak bangkang pertanyaan Encik Khairul, Airil sudah memotong bicaranya.
“Kami baru bertunang aja. Encik ni siapa ya?”pernyatan Airil itu membuat Putri rasa nak terbalikkan meja didepan mata.
“Oh, ye ke! Taniah la saya ucapkan. Saya ni ketua editor Putri. Tapi dia memang suka panggil saya bos.”riak muka Encik Khairul menunjukkan betapa dia teruja mendapat tahu pekerja terbaiknya sudah bertunang. Tak sangka!
“Hehehe Ketua editor rupanya..”ujar Airil tersengih-sengih. Dia sudah bangun, mahu membuka langkah seribu. Namun Putri lebih pantas. Ditarik hujung baju Airil sehingga lelaki itu jatuh terduduk diatas bangku.
“Tak apalah, Putri,awak balik dengan Encik...”terdiam encik Khairul. Baru dia sedar dia tidak mengenali tunangan si Putri ini.
“Airil!”pantas Airil memberitahu.
“Yes, Airil. Putri bali dengan Airil sahaja ya. Saya ada hal lagi selepas ini. Assalamualaikum!”ujar Encik Khairul. Dia sudah berlalu ke kaunter untuk membayar makanan mereka.
“Hehehehe tunang ya, Encik Airil.”terpancar-pancar api dari bijik mata Putri. Airil pantas berlari keluar dari restoran itu.
“Jangan lari!!!”jerit Putri dia sudah tidak mempedulikan mata-mata yang memandang. Yang penting, Airil tu memang nak kena belasah! Maka berlakulah aksi kejar mengejar antara Putri dan Airil yang sememangnya akan arwah kalau Putri dapat menangkapnya.
*____*
“Hish! Mana la mamat poyo ni...”rungut Putri yang sedari tadi menunggu Airil. Mereka sudah berjanji akan lepak bersama hari ini. Awan sudah gelap, tidak lama kemudian, hujan mula merintik. Lama-kelamaan hujan semakin lebat. Putri mengeluh. Dah hampir setengah jam dia menunggu Airil dibus stop itu. Kalau la dia tahu Airil akan selambat ni, baik dia bawak kereta sendiri.
“Eh, tu bukan Airil ke? Dengan siapa pulak tu. Amboi! Seronoknya dia jalan dengan awek mana entah. Sampai lupa dekat aku yang terpacak dekat sini macam tiang elektrik.”dengan perasaan yang sebal Putri menyeberang jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tiba-tiba Putri rasa badannya dirempuh sesuatu. Barulah dia sedar, yang dia dilanggar oleh sebuah kereta. Putri mula merasa sakit dibahagian jari kirinya. Sakit teramat sangat!
“Cik, Cik?”panggil pemandu kereta itu. Putri tidak mampu mnejawab. Kesakitan yang dia alami semakin menyucuk. Akhirnya pandangnya gelap...
*____*
“Hm..”Putri masih lagi mamai. Dia cuba membuka matanya yang terasa berat. Silau la pulak! Tangan yang terasa sengal dibawa ke mata. Mahu digosok.'Aik, tangan sapa pulak ni?' fikiran Putri masih belum waras. Pelik pulak dia lihat tangan yang berbungkus itu.
“Ya Allah! Putri dah tahu tangan tu berbalut, kenapa gerak-gerakkan lagi?”Marah puan Aini. Muka Putri yang blurr mengundang rasa kasihan dihati Dr. Hazif yang sedar tadi terpacak disisi Putri.
“Apa mama cakap ni? Putri tak faham...”ujar Putri yang semakin sedar itu. Puan Aini mengelengkan kepalanya. Hai, susah benar nak sedarkan anak daranya ini.
“Putri sayang, tadi Putri eksiden. Jari kiri Putri patah.”ujar Puan Aini lembut. Putri mula sedar. Dia mula meliarkan pandangan matanya ke seluruh bilik itu.
“Siapa lelaki ni?”tanya Putri lagi. Lelaki itu tersenyum melihat Putri yang mula eka dengan keadaan sekeliling.
“Ni la Dr. Hazif. Dia juga la terlanggar Putri.”ujar Puan Aini penuh sabar melayang karenah anaknya itu.
“Saya minta maaf, tak sangka awak akan keluar tiba-tiba. Saya tak sempat brek..”ujar Hazif penuh kesal.
“Tak apalah. Sekejap! Tangan...? mama kata tangan Putri patah?”tanya Putri kalut.
“Erk, ya.. eh, bukan tangan patah. Jari sahaja!”terang Hazif turut kalut. Putri mula menangis.
“La, kenapa anak mama ni menangis?”tanya Puan Aini agak risau melihat perubahan mood anaknya itu.
“Macam.. macam mana Putri nak melukis? Lagi 3 minggu je lagi deadline....”ujar Putri dalam esakkannya.
“Ish, mama ingatkan apalah tadi. Mama dah call Encik Khairul. Dia kata tak apa. Kerja tu biar dulu.”ujar Puan Aini laju apabila tangisan Putri agak kuat. Putri sudah berhenti menangis.
“Betul ke?”tanya Putri. Puan Aini mengangguk-angguk. Putri tersenyum senang. Dah lama tak holiday. Best jugak kalau pergi jalan ni.. Putri..Putri itu pulak yang diingatnya.
*____*
Sudah dua minggu Putri menghilang. Airil mula tak senang duduk. Ingatkan Putri merajuk dengannya kerana terlupa temu janji mereka. Tetapi, batang hidung Putri langsung tidak kelihatan sepanjang dua minggu ini.
“Putri sayang angkat la call ni...”ujar Airil berbisik. Airil tersentak apabila ahunya ditepuk lembut. Kelihatan Encik Zainal tersenyum manis.
“Papa ni, suka buat Airil terkejut tau..”ujar Airil sedikit manja. Encik Zainal sudah ketawa melihat perangai anak tunggalnya itu.
“Kamu ni kenapa Airil?”tanya Encik Zainal. Airil sudah terkulat-kulat.
“Mana ada apa-apa...”ujar airil perlahan.
“Tak payah nak tipulah Airil. Papa tahu kamu rindukan Putrikan, kan?”tanya Encik Zainal. Terus terhambur ketawa Encik Zainal apabila wajah putih anaknya itu berubah kepada merah.
“Pandai-pandai je papa ni..”ujar Airil sambil berlalu masuk ke biliknya.
“Putri pergi melancong, hari ni dia balik!”jerit Encik Zainal. Airil yang berada didalam bilik tersenyum girang.
*____*
“Terima kasih, Hazif sebab sudi tolong ambik saya di stesen bas.”ucap Putri ikhlas. Hazif tersenyum senang.
“Apa pulak terima kasih, bagai ni? Kan Putri dah macam adik saya sendiri.”ujar Hazif. Kata-kata Hazif mengundang senyuman diwajah Putri dan Puan Aini. Mereka bersembang dilaman rumah Putri. Sesekali terhambur gelak ketawa dari mereka. Airil yang kebetulan baru balik dari mencari ilham untuk novel keduanya terpaku melihat kemesraan Putri dan seorang lelaki. Meluap-luap rasa marah mengantikan rasa rindu yang terbungkam dihatinya. Dengan langkah yang panjang dia pergi ke arah Putri yang asyik ketawa. Apa yang lucu sangat tu tak tahu la..
“Amboi.. dah lama tak jumpa kaukan. Kau balik-balik dah bawak jantan. Taniah la aku ucapkan.”kata Airil sambil menepuk-nepuk tangannya. Habis bicara Airil terus berlalu ke rumahnya. Putri dan Hazif berpandangan. Putri mengangkat bahu.
“Kenapa tu?”tanya Hazif.
“Tak tahu. Datang bulan kot..”ujar Putri dia buat-buat sibuk. Balutan tangannya sudah dibuka. Dah seminggu dibuka. Cuma dia gatal pergi melancong seorang diri.
“Hahaha macam-macam la kamu ni, Putri. Dah la, saya mintak diri dulu.”kata Hazif sambil menyalami Puan Aini. Sebaik sahaja Hazif pergi Puan Aini berbisik ditelinga anaknya.
“Baik, kamu terangkan dekat si Airil tu. Nanti merajuk pulak budak tu..”Puan Aini berlalu masuk ke dalam rumah.
“Mama!”jerit Putri. Dikerling balkoni bilik Airil. Biarlah malas nak pujuk..
*____*
“Hish, sengaja je minah ni. Tak kisah ke dia dengan kata-kata aku tadi?”ujar Airil yang mula runsing dengan kelakuan sepi Putri. Airil yang tidak dapat menahan geram melangkah ke balkoni biliknya.
'Bukak pintu balkoni sekarang jugak!'Airil menghantar sms.
'Tak nak!'balas Putri.
'Kalau tak bukak aku jerit sampai satu taman boleh dengar!'ugut Airil. Tidak lama kemudian pintu balkoni Putri terbuka. Terpacul wajah Putri yang masam.
“Hm.. Nak apa?”tanya Putri nak tak nak. Airil menayang muka masam.
“Ehem,ehem.. tadi tu siapa?”tanya Airil dengan suara machonya.
“Jantan yang aku bawak balik la. Dah la. Bye!”ujar Putri kasar sambil masuk ke dalam biliknya. Didalam bilik Putri ketawa guling-guling diatas katil. Padan muka kau!
“Erk.. aku yang merajuk ke dia ni? Konfius. Konfius..”ujar Airil sendirian sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Airil mula merencana idea untuk memikat hati si kartunis.
*____*
'Hai dear, please forgive me.. :'(
this special for you... '
Putri tersenyum melihat novel grafik itu. Tak sangka Airil akan membazirkan duit membeli sesuatu yang dibencinya. Nak marah ke tak nak marah? Nak marah ke tak nak marah? Nak marah ke...
“Tak nak marah!”sedikit terjerit Putri apabila ditepuk dari belakang. Terkejut yang amat.
“Tak nak marah siapa?”tanya Hazif yang sengaja datang melawat Putri tengah hari itu.
“Ada la..”ujar Putri malu-malu.
“Put.. jom, Hazif nak kenalkan seseorang yang special.”ujar Hazif teruja.
“Siapa? Makwe?”soal Putri yang turut terjangkit teruja si Hazif.
“hm.. ada la..”ujar Hazif malu-malu. Putri bangun mengikuti langkah Hazif yang sudah mendahului dia.
Tanpa disedari, terdapat seorang lelaki yang asyik mengekori mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan si Airil. Airil sudah makan hati. Dia mengekori langkah merpati sejoli itu. Kelihatan mereka berdua masuk ke sebuah restoran yang boleh tahan mewahnya.
Kelihatan lelaki itu menarik bangku untuk Putri. Airil mengepal-ngepal tumbukannya. Tanpa soal selidik Airil terus menumbuk lelaki itu. Terjerit Putri yang baru sahaja melabuhkan diri.
“Awak ni kenapa Airil?”tanya Putri kasar.
“Sebab kau..”terhenti ayat Airil apabila seorang perempuan berlari mendapatkan lelaki yang sedang terduduk sakit.
“Sayang!”jerit perempuan itu. Terkedu Airil dan Putri. Mereka berpandangan...
*____*
“Abang..”panggil Putri lembut. Baru beberapa jam mereka diijabkabulkan. Airil tersenyum manja. Dipeluk pinggang isterinya yang ramping.
“Hm..”
“Abang...”panggil Putri meleret-leret.
“Ya sayang!”jawab Airil gatal.
“Esok buku kita akan berada dipasarankan?”tanya Putri teruja. Buat julung-julung kalinya karya mereka bersama akan berada dipasaran. Novel grafik yang romantis. Airil menulis isi novel manakala Putri melukis illustrasinya. Ini semua adalah jasa Encik Khairul yang mencadangkan idea itu.
“Sayang ni. Tak sampai sehari kita kahwin dah ingat kerja..”ujar Airil sedikit merungut. Putri tertawa kecil.
“Abang ni.. itukan macam anak kita..”kata Putri manja.
“Tu anak tipu.. hehehe”tiba-tiba Airil ketawa nakal. Putri mencubit Airil tahu sangat apa yang berada didalam fikiran suaminya. Otak kuning!
“Gatal la abang ni!”rungut Putri. Rungut-rungut manja saja..
“Gatal dengan sayang saja..”ujar Airil sambil menguncup pipi isterinya. Putri tertawa senang.
“Abang, kalau kartunis campur novelis jadi apa ye?”tanya Putri tiba-tiba.
“Hm.. jadi... Nevotunis la... nevotunis kita..”ujar Airil sambil menarik tangan Puteri ke bawah. Pastinya mama Putri dan papa Airil masih belum makan.
“Jom. Temankan mama dan papa makan..”ujar Airil dan Putri serentak. Mereka tertawa bahagia. Akhirnya kelain itu juga yang menyatukan mereka.. semoga bahagia ini kekal untuk selam-lamanya.
#lama dah cerita ni ada kat folder lappy asyu.. hari demam, dlm demam-demam ni asyu tulis jugak. yelah bosan la duduk umah =__= enjoy la cerita ni..
tak tau best ke tak..
Subscribe to:
Posts (Atom)