Assalamualaikum
bismillahirahmanirahim
sambungan citer tadiiiii
Terukir Indah... 2.0
“Abang lambat lagi ke?” soal Suraya
yang asyik mendukung kedua anaknya. Lenguh tangan. Lambat pula suaminya hari
ini.
“Sorry my love. Paperwork kali ni
susah pulak. Hm... Sayang boleh tolong abang ke?”tanya Amri dengan muka comelnya.
Tahulah comel tak payah nak buat-buat comel lagi boleh tak?
“Hm okay. Jom.” Kedua-dua anaknya di
letakkan ke dalam baby cot. Mujur tak banyak ragam si kembar ini. Ikut perangai
ayahnyalah ni. Ikut aja kata emak dia ni.
Sejak Amri sambung belajar ke bidang
perakaunan memang tak menang tangan Suraya rasa. Untung ada ibu, abah, emak dan
abi. Kalau tak... memang kerja si Suraya ni menangis je kerjanya.
“Sayang... you know... masa first
day abang masuk kelas, classmate abang ingat abang ni lec. Hahaha... tua sangat
ke muka abang ni Sayang? Padahal baru 21 tahun.” Cerita Amri sambil mengekek
ketawa. Amboi... sukanya dia.
“What to do? Ingat tak tahun lepas
officemate abang kata, sayang ni lagi muda dari abang? Hah, itulah abang....
banyak benar kerut dahi ni!” usik Suraya sambil menepuk anak mereka, si puteri,
Laila Asyikin. Si puteranya, Amir Azwan, terus lena, pantang letak kepala atas
bantal mulalah tidur aja kerjanya.
“Siapa punya salah? Sayang abang,
Puan Suraya nilah. Sebab sibuk memikirkan macam mana nak kahwin dengan
sayanglah abang banyak berkerut dahi. Tapi berbaloi teramat bila sayang setuju
nak berkahwin dengan abang. Rasa macam mimpi je. Macam khayalan.” Ujar Amri
sambil mencuit pipi isterinya. Suraya tergelak kecil.
“Yelah... untung abang dapat sambung
degreekan? Lepas ni abang pulak pening kepala selesaikan akaun-akaun yang
selalu buat sayang pening.” Suraya mendekati sang suami. Anak yang lena
dibiarkan di dalam baby cot.
“Abang... nanti dekat uni jangan nak
main-main cinta tau! Kalau Su dapat tau... Su lari bawa anak-anak..” ujar
Suraya sekadar bergurau. Tapi kalau betul mau dia bawak lari anak dia. Ingat
tak berani ke? Ini Surayalah!
“Janganlah sayang! Abang janji tak
buat!” terus tangan diangkat gaya berikrar sahaja. Gila! Siapa nak hilang
kekasih yang dicintai sedari kecik?
-
“Hye...” tegur satu suara halus.
Huih... meremang bulu roma. Ada hantu ke dalam library ni? Amri pantas menoleh
ke belakangnya.
Alamak! Ni bukan hantu biasa ni
hantu gatal ulat naik daun ni! Bahaya! Amri mula menyebut nama-nama Allah di
dalam hati. Iman kena kuat nak hadapi hantu yang satu ni!
“Amri? Sombonglah you ni!” rungut
suara halus tersebut. Terasa ada yang meraba bahu Amri. Haih, ada rasa nak
makan kasut saiz 9 ke hantu gedik ni?
“Please! Aku ni husband orang.” Kata
Amri. Suara bergetar. Bukan gatal ye... tapi menahan marah. Karang ada jugak
anak orang yang mati kena ketuk ni.
“Ala... bukan ada yang nampak pun.”
Cewah... pandai betul hantu gedik ni!!! Kali ni Amri tepis tangan hantu gedik.
Perasan lawa! Lawa rupa je buat apa? Hati tu busuk! Dah berulat agaknya hati
tu.
“Allah nampak! Kalau rasa nak buat
dosa jangan kaitkan aku sekali. Karang ada jugak yang makan penampor sulung
dari aku ni.” Hui, marah betul encik Amri ni.
“Okay, okay, i know. Sorry.” Tahu
takut. Kalau tak takut memang kena la hantu ni. Tak masuk hospital, tapi tak
datang unilah lepas ni!
“Hoi Am! Pe citer?” kening Zul
terangkat-angkat menghala ke Luna perempuan yang digelar hantu gedik oleh Amri.
“Hantu gedik, opkoslah menggedik.
Kau ni kenapa? Kening tu terangkat-angkat.” Rungut Amri. Dia dah runsing duduk
uni ni. Rasa nak pengsan. Baik dia duduk rumah layan isteri dan anak-anak
terchenta!
“Erk... ter... terangkat. Terikut
bontot si hantu gedik tu. Fuh, mantap... macam buah epal aku tengok. Tapi tulah
kesian bakal laki dia... habis dia pergi tayang untuk orang-orang yang macam
aku ni. Hahaha... aku suka je. Bukan aku mintak dia yang buat free show.”
Cewah... melebih nampak si Zul ni. Untung kawan kalau tak mungkin Amri dah
humban dalam tong sampah sebelah pintu library ni.
Laser jugak mulut kawan dia ni.
“Kau... gatal betul! Kahwin jelah
cepat!” rungut Amri. Risau pulak. Kang tak pasal-pasal Zul buat benda tak elok.
“Muda lagilah.” Jawab Zul tersengih.
“Aku pun muda. Kahwin muda bestlah
beb. Rugi kau...” usik Amri. Zul tarik muncung.
“Kalau aku jumpa perempuan macam
isteri kau tu aku nikah sekarang jugak!” amboi... cakap besar pula si Zul ni.
Amri ketawa mengekek. Marah pula kawannya ini. Sentap ke?
“Dahlah. Aku nak balik. Nak peluk
cium isteri dengan anak-anak aku kat rumah tu.” Sakat Amri lagi.
“Untungggg... pergilah. Karang
teroyak pulak kau dekat sini.” Kata Zul membuat muka toya. Cemburu? Ada la
sikit... isteri punyalah cun... kalau dia tak bagitahu umur Suraya tu konfem
ingat belasan tahun je.
-
“Assalamualaikum sayang, anak-anak
ayah!” jerit Amri riang di depan pintu rumah. Amboi... ingat dia je ada family?
Malulah jiran-jiran dengar.
“Waalaikumusalam. Amboi...
gembiranya kenapa?”tanya Suraya sambil mendukung anak kembarnya. Amri
melabuhkan punggung disofa.
“Gembiralah. Rindu kat sayang, bosan
duduk dekat uni tu. Meh sini Laila dekat abang. Meh Laila duduk dengan ayah.” Laila
bertukar tangan. Bukan main becok mulut Laila bercakap bahasa bayinya. Sudah
lapan bulan usia anak mereka. Mula pandai duduk. Mulut pun dah becok walaupun
sepatah kata tak boleh difahami.
“Hm... Laila tu pun bukan main lagi
rindukan abang. Bising sangat hari ni. Rindulah tu.” Kata Suraya sambil bermain
rambut suaminya. Amir elok duduk diribanya.
“Kata anak, dia tu? Bukan main lagi
sayang main rambut abang. Dah kerinting terus dibuatnya.” Usik Amri sambil
mengusap pipi sang isteri. Merah muka Suraya. Suami dia ni kalau tak sweet tak
boleh ke?
“Ala... ada la jugak. Sikit je.”
Balas Suraya malu-malu.
“Sikit? Betul ke sikit ni? Betul ke
ni?”tanya Amri sambil mengerdipkan matanya berkali-kali. Nak luruh jantung
Suraya.
Ei... ada jugak yang kena korek mata
tu! Haih... geram sampai tahap nak korek mata tu.
“Yelah-yelah... banyakkkkkkk
sangatttttttt.” Panjang je banyak sangat Suraya ni. Geram la konon. Tapi memang
rindu banyak pun. Poyo pulak laki bini ni... haih ada jugak yang makan tangan
*erk... sapa marah sapa ni???*
“Hehehe. Kan... dah kata. Sayang...
hari ni buat apa?”tanya Amri kali ini tangan dia pulak jadi tukang kerinting
rambut Suraya.
“Buat apa lagi? Kerja, ambik
anak-anak, masak, kemas rumah... tunggu abang balik. Tu ajalah.” Kata Suraya
tersandar manja dibahu Amri.
“Kesian... mesti penat. Jom... abang
belanja makan luar hari ni.” Kata Amri riang. Suraya suka tegak duduknya.
Sukalah tu... tapi...
“Su dah masaklah abang...” kata
Suraya sedih. Dah lama tak makan luar.
“Ala simpan dalam peti. Nanti esok
Su panaskan. Jom... kita hantar anak-anak dulu.” Kata Amri sambil mendukung
kedua anaknya. Biar Suraya bersiap dulu.
“Nak hantar ke mana?”tanya Suraya
blur. Ala... buat-buat tak faham je tu.
“Rumah Ibu dan abah la... emak
dengan ayah keluar. Kita pun nak berdating jugak sayang oit.” Haih... tak puas
lagi ke nak berdating Amri ni?
“He... okay. Tapi kesian anak-anak.”
Sayu pula suara Suraya. Yelah... ibukan.
“Nanti kita bawalah mereka pula.
Time ni kita dua je. Please...” rayu Amri dengan mata bulat coklatnya. Haih...
mata dia ni memang ada kuasa ajaib. Semua perempuan cair. Suraya mengangguk
setuju. Terus dia tukar baju. Karang lambat pulak nak dating.
-
“Sayang nak makan apa?”tanya Amri
sambil melihat menu. Suraya tekun memilih menu yang ada.
“Eh, Am.... you makan dekat sini ke
hari ni?”tanya satu suara halus. Siapa lagi kalau bukan hantu gedik tu, Luna.
Amri tarik muka. Tapi tetap juga dia cuba maniskan, malu pula karang si Luna
ni, abang dia ikut tu, eh, abang dia ke? Eh, kenapa pulak dia nak kesah?
Biarlah abang ke laki ke suka hati dialah...
“Erk... abang sapa ni?”tanya Suraya
perlahan.
“Ni...” tak sempat nak kasi tahu si
hantu gedik dah potong.
“Kiut, adik ke ni Am? Adik nama i
Luna, Am ni boyfriend I dekat uni tau...” kata Luna dengan ketawa gedik dia.
Memang dasar hantu gedik Luna ni!
“What?”tanya Suraya dengan nafas
tertahan. Rasa nak menjerit pun ada ni! Kalau rasa nak tengok live gorila ketot
mengamuk ni, ni ha, Suraya gorila ketot memang nak mengamuk!
“Eh, merepek apa ni Luna?”marah
Amri. Takut pula dia tengok muka Suraya dah bertukar warna. Jangan pengsan bini
aku sudahlah...
“Ala you ni depan adik bukan main
lagi malunya, dekat uni, you layan je I...” meleret suara Luna merajuk la
kononnya. Amri rasa nak jirus je muka Luna dengan air suam ni.
“Encik, kalau encik boleh kawal si
Luna ni, baik encik bawak dia blah sebelum saya balun dia ni!” kata Amri kasar.
Berpuluh mata tertunak ke arah mereka. Lantaklah, dia tengah hot ni, pandang la
kalau nak mata tu buta!
“Luna, enough, jom balik.” Ajak
lelaki yang menemani Luna. Takut kot dengan Amri yang tinggi lagi tough ni.
Luna menghentak kaki tak puas hati.
Macam tak cukup akai je nengoknya. Kesian...
“Jom!” ajak Suraya tiba-tiba. Marah
ada, rasa sedih ada, semua rasalah... kecuali yang indah-indah. First time dia
hadapi benda macam ni... apa yang perlu dia buat?
“Sayang... jangan percaya cakap
dia... Please makan. Dari petang tadi Suraya tak makankan?”tanya Amri penuh
kasih. Tangan memegang erat lengan si isteri. Takut lari.
“Please. Akak nak balik.” Eh...
bahasakan diri akak pulak. Marah sungguhlah tu. Amri mengeluh perlahan. Okay...
“Fine. Jom balik.” Mereka
meninggalkan restoran itu tanpa menjamah sebarang makanan pun. Sentap punya
pasal. Siapa tak sentap? *kalau aku le... aku simbah je muka hantu gedik tu*
-
Sehari suntuk Suraya tak bercakap
dengan Amri. Depan anak-anak pun dia bolayan aja si Amri ni. Memang marah tahap
impak maksima ni.
“Sayang...” panggil Amri. Tetapi
Suraya buat pekak.
“Hm... nanti dah sejuk kita
bincang.” Kata Amri sebelum berlalu pergi.
Suraya terduduk di bangku. Rasa
bersalah sangat. Selama ni kalau suami dia nak ke mana-mana mesti dia salam dan
cium tangan suaminya. Tapi... entahlah hari ni keras betul hati dia.
-
“Kamu ni kenapa Su? Emak tengok
sehari dua ni macam ada masalah aja. Selalunya kalau kamu balik kerja pukul 5
tu memang muncul nak ambik anak je. Dua hari ni.... lama pula kamu melepak
rumah emak.” Bising Puan Masnah. Pelik. Apa kena anak perempuannya itu? Gaduh
dengan menantunya ke?
“Ala... kenapa? Tak boleh ke? Tak pelah
macam tu. Su bawak anak-anak balik dulu.” Sentap lagi... Puan Masnah menggeleng
kepala. Awat anaknya ni? Pregnant lagi ka?
“Mak tak kata pun tak boleh. Duduk
la... bukan rumah orang lain pun. Cuma mak risau. Kamu bergaduh dengan Amri
ke?”tanya Puan Masnah tak puas hati. Gaya macam nak cari gaduh je. Tangan tu
laju ye bergerak terayun-ayun.
“Hm... tak ada apalah.” Perlahan
saja suara Suraya macam nak nanges.
“Cuba cerita. Mana tahu mak boleh
tolong.” Kata Puan Masnah memujuk.
“Mak.... macam mana dengan nasib Su
dengan anak-anak, kalau lepas ni abang ceraikan Su?”tanya Suraya teresak-esak.
Anak-anaknya yang leka bermain terus menangis sama. Sedih tengok sang ibu
menangis.
“Lah... kenapa ni? Cuba cerita dari
awal...” pinta Puan Masnah bahu anak diusap lembut. Suraya pun ceritalah apa
yang terjadi.
-
“Hm... Su yakin ke Amri suka
perempuan tu? Melalui apa yang mak dengar Amri macam tak suka je dengan
perempuan tu...” kata Puan Masnah musykil. Suraya mencebik.
“Memang lah marah dah terbongkar rahsia
dia!” marah Suraya. Rasa nak hempuk-hempuk je Amri dengan Luna tu!
“Isy... mak tak percaya. Cuba
bincang balik dengan Amri. Mungkin ni salah faham je...” kata Puan Masnah
menyakinkan si anak. Suraya mengangguk kosong. Karang kalau tak setuju akibatnya
kepalanya benjol.
-
“Sayang... Luna dengan abang tak ada
apa-apa!” terang Amri buat 10 kalinya.
“Eleh... tipu. Taulah Su ni tak
secantik dia... tak semuda dia...” sayu betul suara si Suraya ni. Nasib baik
anak-anak tak ada, untunglah emak suruh tinggalkan. Nak kasi chancelah tu nak
berbaik kononnya. Kalau anak-anaknya ada tak ke meraunglah mereka bertiga
bersama-sama.
“Sayang abang ni dah sempurna.
Suraya yang abang nikahi sudah cukup untuk melengkapi hidup abang, hidup
seorang Muhammad Amri!” kata Amri bersungguh-sungguh.
“Tipu! Tipu! Tipu!” jerit Suraya
macam histeria. Aci tak kalau Amri rasa nak hempuk bini dia? Buat perangai
macam budak kecik, hentak-hentak kaki, jerit-jerit.
“Please sayang jangan macam ni!”
pujuk Amri.
“Tak nak! Pergi je dekat perempuan
tu!” marah Suraya. Mulut membebel marah.
Ada jugak yang kena cium ni kang!
Kata Amri dalam hati.
“Tak percaya kan.... ni dengar ni!”
telefon di dail.
“Assalamualaikum, Zul aku nak tanya
ni. Kau jawab jujur tau!” kata Amri tegas. Telefon yang dipasang Loudspeaker
itu didengari Suraya dengan linangan air mata. Tahu pun diam.
“Waalaikumusalam., boleh je bro.
Apa?”tanya Zul.
“Luna si hantu gedik tu suka
akukan?”tanya Amri.
“Haah, dia tukan miang. Mamat single
macam aku tak nak pulak. Nak dekat laki orang jugak...” balas Zul seakan
merungut.
“Aku layan dia tak?”tanya Amri.
Berdebar pula dada menunggu jawapan Zul ni.
“Tak la... gila apa? Banyak kali
rasanya kau nak sumbat kasut kau dalam mulut miang dia tu hahaha!” ketawa Zul
sekuat hati.
“Okay. Thanks. Assalamualaikum.”
Kata Amri seraya mematikan panggilan. Suraya terpaku.
“Sekarang dah percaya?”tanya Amri
sambil mendekati isterinya.
“Hm...”balas Suraya malu. Dah tua
bangka buat perangai tak semegah.
“Sorry...” kata Suraya perlahan.
Amri tersenyum. Tangan isteri dicapai, lalu dikucup kasih.
“Sayang tahu... sayanglah
satu-satunya. Kau terukir indah buat ku dari-Nya.” Kata Amri romantis.
“Ye... maaf. Su janji tak cemburu.
Apa-apa pun Su percayakan abang.” Kata Suraya dengan muka merahnya.
-
Rumah tangga mana tak dilanda badai?
Lagi-lagi buat Amri yang muda 10 tahun dari Su. Godaan banyak, bukan setakat di
universiti di luar, di mana-mana jelah ada je yang menggatal.
Cuma dengan kesefahaman dan kepercayaan
barulah rumah tangga dapat bertahan. Walaupun hal ni terjadi, tapikan takdir
mereka terukir indah... Alhamdulillah, kasih dan kepercayaan Suraya makin kuat.
Semoga mereka semakin kuat meneruskan hidup mereka. Ehem... rasanya fenomena
Amri dengan Suraya ni dah normal ke belum??? >_<
-Kalau habis macam ni puas hati x???-