ASSALAMUALAIKUM
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
He he he ramai yang mintak sambung so kita kasi up ke bab 23. Tapiiiii.... hanya bab prolog, 1, 2, 20, 21, 22, dan bab ni akan dipamerkan di blog ni.
Yang lain Asyu dah delete. harap maklum.
Ni pun atas nasihat beberapa kenalan Asyu.
Asyu pun buat jelah.
Btw maaf sebab lama tak up bab baru dlm blog ni.
Terima kasih sudi baca dan mengikuti kisah DKAKUS ini!!!!
Bab
23
Sejak
dua menjak ini Ahmad sering sahaja muncul di kedai kek Tasha. Afifah dapat
merasakan ada sesuatu yang disembunyikan
lelaki itu.
“Ahmad... sebenarnya... awak ni
kerja apa ya?”tanya Afifah tiba-tiba. Ahmad yang sedang asyik menyuap kek
tersedak. Soalan itu yang paling dia ingin elakkan. Dia takut Afifah akan
semakin menjauh pabila mengetahui apa yang sebenarnya motif dia.
“Erm... kerja biasa-biasa je. Makan
gaji... kenapa?”tanya Ahmad cuba mengalih arah.
“Saja tanya. Yelah awak ni asyik
datang duduk sini... tak marah ke bos awak tu?”tanya Afifah pelik.
“Tak...dia okay je. Lagi pun saya
memang banyak buat kerja luar pun. So bos tak ada hal...” Ahmad menghirup air
coco panasnya. Dahi Afifah berkerut pelik. Betul ke ni? Kenapa macam tak boleh
percaya je...
“Oh tak pelah. Saya minta diri dulu.
Ada customer.” Afifah berlalu meninggalkan Ahmad sementalah ada dua, tiga orang
pelanggan yang menunggu giliran untuk membayar.
Ahmad menarik nafas lega. Kalaulah
Afifah tahu... kenapalah dia perlu menyimpan rahsia yang sebegini besar?
-
Ai Lin tersenyum suka. Bahagia
sahaja yang dia rasakan kini. Ya... bahagia yang bakal dia kecapi bila-bila
masa sahaja. Harris Lee pasti jatuh ke dalam genggamannya.
“You ni kenapa Ai Lin?”tanya Janice
sedikit gerun. Sudah seperti orang gila sahaja lagak Ai Lin ketika ini.
“Hm? Who, me? Tak ada apa.” Balas Ai
Lin sambil tergelak kecil.
“Okay...” balas Janice agak
ragu-ragu. Kuku dibelek. Malas nak layan Ai Lin yang macam orang tak betul itu.
“But... Janice.... You think... me
and Harris is perfect right?”tanya Ai Lin teruja tiba-tiba. Janice mengerut
dahi. Apa kes? Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar.
“Hm... yes. You two suit each
other.” Balas Janice sambil lewa. Ai Lin ketawa mengekek. Seronok benar dia
rasa.
“But... bukan hari tu You kasi tahu
I, You dah tak nak dengan mamat tu?”tanya Janice pelik. Baru beberapa hari
lalu, Ai Lin telefon dia sambil menangis-nangis yang dia tak nak dengan Harris,
sebab tak ada peluang untuk Ai Lin menyelah dalam hubungan rumah tangga Harris.
“Yup. Tapi I dah jumpa penyelesaian
untuk masalah I tu.” Balas Ai Lin dengan ketawa riang. Janice mendekatkan
dirinya dengan Ai Lin.
“Apa caranya?”tanya Janice berbisik.
Ai Lin ketawa lucu, gelagat Janice bagaikan ada manusia lain di situ melainkan
mereka.
“Well... a secret will not be a
secret if I tell you, my dear friend.” Kata Ai Lin tenang. Janice mencebik
bibir.
“Eleh... dah tau jangan mention.
Buat orang tertanya-tanya sahaja.” Rungut Janice.
“But... sebab you are a great
friend. I bagi tahu. Money.”
“Money?”tanya Janice. Masih tidak
faham.
“Yes, money. I ada duit... so...
benda yang menghalang itu bukan halangan lagi. Bila ada duit. Petik jari pun
setel la beb.” Kata Ai Lin angkuh. Menyampah pula Janice dengan Ai Lin
mentang-mentang kaya. Tapi sebab kaya jugalah, Janice jadi rapat dengan Ai Lin
ni. Kalau tak ada duit, jangan ingat ada orang sanggup nak kawan dengan Ai Lin.
Dahlah sombong, mental, garang, ikut cakap dia saja, pentingkan diri. Tak akan
ada orang yang boleh menerima Ai Lin ni.
“Oh. Jadi lepas ni you kahwinlah
ya?” tanya Janice sekadar melayan Ai Lin.
“Of courselah dear. Nanti you jadi my
bridesmaid. Mesti grand gila wedding I tu.” Terpejam-pejam mata Ai Lin
membayangkan majlis kahwinnya.
“Okay.” Janice buat gaya nak
termuntah dibelakang Ai Lin. Tolonglah, tak sedar diri betul perempuan ni!
“Okaylah. Jom ke spa. Nak jadi
isteri jutawan muda kenalah jaga kecantikan yang sedia ada ni...” kata Ai Lin
bongkak.
“Spa? Yes! Lets go princess!” balas
Janice riang. Ini yang dia suka bila bersama Ai Lin. Lengan Ai Lin dipaut erat.
Untung-untung, benci ke tak suka belakang kira yang penting peluang keemasan
ini jangan dilepaskan!!!
-
Riss memandang kosong wajah
‘pelanggan’nya. Masuk kali ini, sudah 5 kali dia berjumpa ‘pelanggan’ terbaik
mereka ini.
Vincent memandang wajah Riss. Bila
nak siap kerja mereka ni? Dah dekat dua jam terlonggok depan mamat yang seorang
ni.
“Riss bila kita boleh blah? Aku ada
date pukul 10 ni.” Rungut Vincent. Kayu besbol ditangan di hentak-hentak
perlahan ke lantai. Kalau macam ni punya lama mesti adalah benda yang Riss nak
‘sekolah’kan pelanggan mereka ni.
“Kau nak blah, blah jelah. Aku nak
bagi sesi pembelajaran dekat mamat tak sedar ni kejap.” Kata Riss dengan nada
sebalnya. Wajah pelanggan, berkulit sawo matang ditenung. Sebangsa, seagama
tetapi, pelanggannya itu seperti sebangsa dan seagama dengan Vincent pula. Tak
sedar diri. Sudah lima kali dia memberi peluang. Namun lelaki melayu didepannya
acapkali membazirkan peluang yang diberikan.
“Okay fine. Muka mamat ni pun aku
nak termuntah dah tengok. Baik aku pergi tengok muka awek aku. Bye!” Vincent
dengan senang hati melangkah meninggalkan Riss. Terbayang-bayang wajah sang
pujaan hati.
Lelaki melayu yang bernama Hasrul
itu merengus tak puas hati. Wajahnya sebal. Sesekali dia mencuri pandang Riss
yang sedang merenungnya tajam. Rasa bersalah kerana mempermainkan peluang yang
diberikan Riss??? Memang tidak! Hanya rasa tidak suka, menyampah, dan benci
yang lelaki yang sering mengutip hutangnya itu. Dah jahat tu, jahat jelah ni
sibuk nak menceramahkan orang lain pula! Rungut Hasrul. Memang dia menyampah
dengan Riss, dia merasakan Riss ni talam dua muka. Depan lain belakang lain.
“Kau tahu tak apa salah kau?”tanya
Riss kasar.
“Tahu.” jawab Hasrul malas.
“Dah tahu benda tu salah kenapa kau
buat? Awek taiko aku jugak la kau nak buat taik! Dah la pinjam duit dengan
taiko aku! Pastu kau boleh pulak buat dajal dengan dia!” tengking Riss memang
dia marah. Sudah lima kali dia menangkap Hasrul dengan awek taiko a.k.a Leong.
Girlfriend baru Leong yang bernama Sally itu pun tak kurang gatal juga. Pelanggan tetap Leong
pun jadi dilayannya.
Bukannya dia sibuk menjaga tepi kain
Hasrul. Cuma dia kasihankan lelaki itu. Lelaki teruk itu punya keluarga, isteri
dan anak-anak. Kalau Leong tahu Hasrul membuat onar kepadanya mahu Hasrul
dibunuh. Bagaimana pula dengan keluarga Hasrul? Sudahlah menanggung hutang kini
sengaja mencari padah!
“Aku suka dekat dia.” Balas Hasrul.
“Suka? Bodohnya kau ni! Nak rasa
kepala tertanggal dari badan? Hah, teruskan sesi suka menyuka kau tu! Nanti
bini dengan anak-anak kau dapat kepala kau je. Badan? Dah buang ke laut bagi
jerung makan!” kalau Hasrul tak gentar juga, memang tak dapatlah Riss menolong.
“Maaf, aku janji aku tak kacau awek
dia dah.” Pinta Hasrul dengan suara bergetar. Siapa tak tahu kumpulan kongsi
gelap yang satu itu sangat menakutkan. Dia bagaikan dapat membayangkan
kepalanya putus dari badan. Dan wajah isteri yang mulus dan anak-anaknya yang
polos menangis meratap tatkala kepalanya yang hanya tinggal kepala berada di
depan mereka.
“Aku bukan nak menyibuk. Aku tak
kesah kalau kau nak mati! Tapi aku pernah jumpa bini kau dan anak-anak kau.
Jangan buat mereka macam ni! Hargailah bila mereka ada depan mata. Jangan
sampai satu hari nanti kau akan jadi rindu untuk menatap wajah mereka tu.”
Nasihat Riss penuh ikhlas. Dia sendiri tahu betapa peritnya rasa kehilangan
orang yang tersayang.
Lelaki melayu itu terus menangis
teresak-esak. Sungguh dia takut, bukan takut kerana menyesal tetapi takut
tatkala membayangkan nyawanya direntap sang malaikat maut.
Riss menepuk-nepuk bahu Hasrul.
Dalam sepi Riss meninggalkan Hasrul. Semoga lelaki seagama dan sebangsanya itu
akan sedar dari fantasi yang melalaikan mereka.
-
“Assalamualaikum. Adik along apa
khabar?”tanya Faizul yang baru muncul di kedai Tasha itu. Afifah tersenyum
lebar melihat kelibat along tersayangnya itu.
“Waalaikumusalam. Lama along tak muncul.
Tak rindu Ifah ye...” manja sahaja Afifah merajuk. Faizul tergelak kecil. Kepala
adiknya diusap penuh kasih. Ya sekarang Afifah nampak bahagia namun dia tahu dalam
sudut hati adiknya itu kesakitan memenuhi.
“Rindu. Along sibuk. Bengkel kecil along
tu dah mula ada pelanggan.” Terang Faizul sambil melihat kaki adiknya yang mula
membengkak. Kasihan jika suami ada disisi boleh juga menolong Afifah mengurangkan
kesakitan yang ditanggung.
“Maafkan Along, Ifah.” Kata Faizul tiba-tiba.
Wajahnya sayu. Ya ini semua salahnya. Kalau bukan kerana dia Afifah tak akan merasai
kesakitan ini.
“Eh, along ni kenapa? Afifah main-main
je tadi. Janganlah serius sangat.” Afifah pantas mengusap tangan abangnya.
“Maaf kalau bukan sebab along, mesti
Afifah tak akan menderita. Kerana along Afifah kenal dan kahwin dengan Harris. Kerana
along kini Afifah terluka.” Kata Faizul penuh duka. Kerana dia adiknya menderita.
“Ya Allah apa yang along merepek ni?
Afifah okay. Along jangan risau. Allah tak akan menduga Ifah kalau Ifah tak mampu.
Jangan salahkan takdir Allah, kerana ianya dah tertulis sebaik-baiknya untuk manusia.
Malah Afifah dah sangat-sangat bersyukur kerana along, kerana kenalnya Harris, ada
dua nyawa di dalam diri Afifah saat ini.” Kata Afifah dengan senyuman manisnya.
Faizul tanpa sedar mengalir air mata.
Adiknya sungguh tabah. Kuat. Lebih kuat dari dirinya.
“Okay tak maulah sedih-sedih. Along...
babies dalam perut ni teringin pulak nak makan dekat Nasi Ayam Penget.” Kata Afifah
dengan senyuman colgatenya. Air mata segera dikesat Faizul. Dia tertawa kecil.
“Amboi, asal makan je babies. Padahal
mak babies yang melebih tu.” Kata Faizul mengusik adik kesyangannya.
“Eh, mana tau?! Babies ni memang satu
geng dengan mak dia tau! Jangan nak ajak jadi geng along plak!” gurau Afifah membuat
mereka tersenyum. Faizul memandang wajah mulus adiknya. Semoga terus tabah, dan
semoga kesabaran adik along ini membuahkan hasil yang lumayan.