Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Thursday, 15 October 2015

Cerpen 15 Ms >>> CEMBURU (1)

Cerpen 15ms
Tema kekeluargaan, cinta dan psiko
Dedicated to Nurul Syafiqah Syaf

Tajuk : CEMBURU

Dia menderam perlahan. Matanya melilau memandang bilik putih itu. Badan yang terikat dengan baju putih berlengan panjang itu cuba digerakkan. Membawa dia ke sudut bilik putih itu. Kakinya asyik menendang-nendang angin. Bagaikan ingin menghalau sesuatu dari situ.

            Doktor Fadz menggeleng memandang pesakit barunya itu. Pesakit yang sepatutnya dihukum penjara seumur hidup itu ditenungnya dari balik dinding kaca itu. Disebabkan keadaan mental lelaki itu dia terlepas ke hospital ini. Hospital sakit jiwa.

            Perlahan doktor Fadz melangkah masuk ke bilik itu. Dia perlu melakukan kaunseling untuk mengetahui kenapa, kenapa lelaki itu membunuh orang yang dikatakan dia sayangi dan cintai.

            “Assalamualaikum Hadif.” Perlahan suara doktor Fadz bergema di bilik putih itu. Lelaki itu tersentak. Mata yang kusam itu merenung tepat ke anak mata doktor Fadz.

            Hadif hanya diam. Diam dan memerhati. Apabila doktor itu duduk di kerusi, matanya turut mengikuti doktor itu.

            “Saya nak bantu awak. Boleh awak ceritakan apa yang berlaku?” tanya doktor Fadz tenang. Hadif mula teresak-esak. Dia sedar. Dia sedar apa yang dia lakukan. Dia tak gila. Dia sedar!

-

Sebulan sebelum kejadian.

            “Abang! Kenapa lambat janji nak ambik Siti hari ni? Mesti lupa lagi tu!” ujar Siti, isterinya Hadif. Perut yang memboyot diusap lembut. Hadif tersenyum bersalah.

            “Sorry sayang. Meeting urgent pulak tiba-tiba. Abang cuba juga beri alasan tapi, bos baru abang tu tak terima. Sorry ya sayang.” Kata Hadif sambil membantu isterinya masuk ke dalam kereta. Mulut Siti memuncung tanda tidak puas hati.

            “Jam pun dah pukul 1.30 petang ni. Kita singgah ambik Danial ye.” Hadif terus masuk ke taman perumahan apabila Siti menyatakan waktu ketika itu.

            “Ya Allah nasib baik sayang ingatkan.” Kata Hadif sambil tersengih-sengih. Siti menggeleng perlahan. Apalah suaminya ini, anak di taska pun boleh lupa.

            “Abang, abang. Anak baru  nak masuk dua, abang dah jadi pelupa macam ni.” Ujar Siti sambil tergelak kecil.

            “Sorry sangat-sangat. Abang stress dua minggu ni. Bos baru ni payah sangat.” Terang Hadif sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Kereta diberhentikan di sebuah rumah teres setingkat yang agak luas. Telefon Hadif berbunyi. Pantas dia menjawab. Dia memberi isyarat supaya Siti pergi mengambil Danial. Siti mengeluh perlahan.

            Dengan kepayahan Siti melangkah keluar dari kereta. Dia pantas menyapa guru dan ibu bapa yang ada disitu.

            “Mama!” jerit suara kecil, Siti tersenyum. Kakinya dipeluk erat.

            “Abang dah siap?” tanya Siti sambil mengusap kepala anak sulungnya.

            “Dah mama. Mama tu, tu pak cik Laila. Kawan abang tu...” tunjuk Danial ke arah seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan. Mulut Siti ternganga.

            “Ikmal?! Ikmal Hisyam?! Awak ke tu?” tanya Siti sambil berkerut-kerut kening cuba mengenal pasti siapa lelaki itu.

            “Ye saya. Ya Allah Siti! Lama tak jumpa!” kata Ikmal sambil tersenyum mesra.

            “Tulah. Lama betul tak jumpa anak aku dah nak masuk dua dah ni.” Siti menunjukkan perutnya sambil ketawa. Ikmal turut ketawa.

            “Ye aku nampak. Kau pun makin cantik sekarang ni.” Balas Ikmal.

            Hadif pantas turun dari kereta apabila bayang isterinya dan anak tidak muncul-muncul sedari tadi. Hatinya jadi panas melihat Siti ketawa dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Siapa lelaki itu? Apa hubungan dia dan isterinya?

            “Ehem!” Hadif berdehem kuat. Mematikan perbualan diantara Siti dan Ikmal. Danial yang melihat kemunculan ayahnya pantas meluru ke dalam pangkuan Hadif.

            “Siapa ni?” tanya Hadif sedikit kasar. Siti melepaskan nafas kasar, dia tahu Hadif sudah mula cemburu. Salah satu masalah yang sering mereka hadapi.

            “Abang, ini Ikmal Hasyim kawan sekampung, Siti.” Terang Siti. Hadif memang tidak mengenali Ikmal. Maklumlah ibu bapa Siti telah lama meninggal dunia, jadi dia tidak pernah pulang ke kampung Siti.

            “Oh...” tangannya berjabat dengan Ikmal. Ikmal tersenyum pahit apabila tangannya digenggam kuat.

            “Jom balik.” Kata Hadif tanpa senyuman.

            Siti mengeluh lagi. Dia tahu pasti hal ini tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Hadif. Silap-silap mereka berperang besar kerana Ikmal.

            “Aku minta diri dulu ya.” Siti mula beredar dari situ.

            “Kejaplah. Minta nombor telefon. Misha rindu gila dengan kau.” Pinta Ikmal. Adiknya Misha teman baiknya Siti ketika dikampung dahulu. Siti pantas menulis nombor telefon rumahnya di tangan Ikmal. Kedengaran Hadif membunyikan hon berkali-kali.

-

            Dah seminggu hal itu berlalu. Siti jadi takut-takut dengan Hadif. Pada petang kejadian itu, tangan Hadif buat kali pertamanya melekap dipipinya. Nasib baik Danial sudah tidur waktu itu. Dia tahu Hadif bukan sengaja. Dia Cuma cemburu. Yang dia tak faham kenapa harus cemburu? Sedangkan dia isterinya Hadif, seorang ibu malahan sedang hamil 8 bulan?!

            Deringan telefon rumah bergema kuat. Keadaan dia yang sedang sarat  menyukarkan pergerakannya. Lantas dibiarkan berdering begitu sahaja. Siti terlupa, suaminya Hadif tidak bekerja hari ini kerana tidak sihat. Hadif yang terjaga dari lena kerana deringan itu pantas menjawab panggilan tersebut.

            “Hello?”

            “Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Siti?” sapa suara lelaki di hujung talian. Hadif mengetap bibir. Siapa? Kenapa lelaki itu mencari isterinya?

            “Waalaikumusalam. Siapa ni?” tanya Hadif kasar.

            “Ikmal. Hari itu kita ada berjumpa.” Terang Ikmal dengan nada tenang. Tidak terusik dengan suara kasar Hadif.

            “Siti! Siti! Siti! Ada orang nak cakap dengan awak!” jerit Hadif. Dia tidak suka dengan panggilan Ikmal. Tetapi dia tidak mahu Ikmal berkata dia cemburu.

            “Ya abang!” Siti pantas bergerak ke arah suaminya. Dia pelik melihat tenungan kasar dari suaminya.

            “Hello, assalamualaikum. Siapa ya?” tanya Siti lembut. Lembut, membuat Hadif semakin panas.

            “Waalaikumusalam, aku ni Ikmal. Siti, Misha nak datang KL hari ni, dia nak jumpa kau.” Kata Ikmal dengan suara ceria.

            “Ye ke? Ok ok. Bila? Dekat mana?” tanya Siti teruja.

            “Esok dekat OldTown. Pukul 3 petang. Okaylah aku minta diri dulu assalamualaikum.”kata Ikmal lantas mematikan talian. Siti tersenyum riang. Sudah lama benar dia tidak berjumpa dengan Misha. Rindu pula bila teringatkan dia.

            “Amboi, amboi senyum tu bukan main lagi ya! Suka sangat jantan lain call awak? Dia tu siapa? Kenapa awak tersengih je bila bercakap dengan dia?” tanya Hadif kasar.

            “Bu... bukan. Di....a dia kawan sekampung je abang...” kata Siti sedikit takut. Hadif menanggalkan tali pinggangnya.

            “Kawan apanya kalau duk tersengih macam tu, hah?” tengking Hadif. Tanpa sempat berfikir tali pinggang itu selamat hinggap dibelakang Siti. Siti pantas melindungi perutnya.

            “Sa... sakit abang! Ampun!” ujar Siti dengan tangisan.

            “Tahu sakit! Ampun? Kenapa minta ampun? Betullah kau ada hubungan diakan?” tengking Hadif. Tangan hinggap pula ke muka Siti.

            Setelah hampir lembik Siti dibuatnya, baru Hadif sedar akan tindakan dia. Perlahan dia beristighfar.

            “Sa...sayang maafkan abang. Abang tak sengaja.” Tangan pantas ingin menyentuh Siti yang kini terbaring dilantai. Siti mengesot menjauhi suaminya. Dia takut. Selama ini memang Hadif kuat cemburu tetapi kali ini cemburu Hadif sudah melampaui batas.

            “Sayang. Maafkan abang ye. Abang cintakan sayang.” Kata Hadif sambil menarik Siti ke dalam rangkulannya. Siti menangis teresak-esak.

-

            Siti memandang jam sudah pukul dua. Hari ini dia berjanji mahu berjumpa Misha. Dia rindukan temannya itu. Tetapi dia takut dengan cemburu Hadif. Dia risaukan keselamatan anak dalam kandungannya. Mujur Danial telah dihantar ke rumah ibunya, kerana tarikh kelahirannya semakin menghampiri.
           
            Hadif akan pulang pada jam 6 petang. Sempat untuk dia pergi berjumpa dengan Misha. Sekejap pun jadilah. Dia rindu benar dengan teman baiknya itu. Lantas dia mencapai beg tangannya.

-

            “Assalamualaikum, Misha!” tubuh Misha dipeluk mesra. Misha tertawa melihat sikat Siti yang tidak berubah-rubah itu.

            “Waalaikumusalam. Oh mak buyung oit. Asyik nak memeluk orang saja kerjanya, penyek nanti anak kau tu.” Usik Misha. Siti ketawa.

            “Sorrylah teruja sangat jumpa dengan kau ni. Apa cerita sekarang ni? Dah kahwin?” tanya Siti dengan senyuman. Misha mengangkat jari manisnya. Siti terjerit kecil.

            “Dengan siapa?” jerit Siti teruja.

            “Kawan baik kita, Luqman! Amacam hebat tak aku dapat pikat jejaka paling handsome dalam kampung kita.” Kata Misha sambil ketawa besar.

            “Amboi, kau! Hehe tahniah.” Siti tersengih. Tanpa sedar perbualan mereka berlanjutan. Siti tidak sedar dengan waktu yang berlalu.

            “Weih aku nak gerak dulu. Karang risau pulak abang aku tu.” Kata Misha sambil memeluk tubuh Siti.

            “Haha aku pun sama. Mesti risau suami aku. Tak sedar jam dah pukul 5.50 petang.” Kata Siti dalam nada gusar. Mesti Hadif marah apabila dia tiada dirumah.

            “Tulah sembang tak ingat dunia. Aku pergi dulu assalamualaikum.” Misha terus hilang dalam lautan manusia. Siti menjawab salam yang diberi. Nafas ditarik dalam-dalam. Risau mula bermain di dalam dada. Takut mula menghantui dirinya.

            -

            Perlahan pintu dibuka. Siti mengintai ruangan rumahnya. Harap-harap Hadif tak balik lagi.

            “Dah pukul berapa ni? Baru ingat nak balik?” tanya Hadif dalam nada yang tenang. Nada suara itu membuat Siti semakin takut.

            “Ma... maaf. Siti... jumpa Misha. Siti lupa minta kebenaran abang. Maaf.” Pinta Siti tergagap-gagap.

            “Jom ikut aku. Kita ambik Danial.” Kata Hadif sambil mengheret Siti masuk ke dalam kereta. Siti menangis dalam diam. Dia jadi takut. Kenapa nak ambil Danial?

            “Ke.. kenapa nak ambil Danial?” tanya Siti dengan linangan air mata.

            “Sebab aku nak keluarga aku sentiasa bersama aku.” Kata Hadif dengan senyuman manisnya. Tetapi Siti tahu itu bukan Hadif yang dia cintai kerana tiada lagi ‘abang’sayang’.

            -

            Selepas mengambil Danial, Hadif membawa mereka ke tepi pantai. Waktu yang kini sudah masuk waktu Isyak, membuat keadaan pantai itu sunyi. Siti memeluk tubuh Danial kejap. Danial yang masih kecil itu bertepuk tangan riang apabila menyedari mereka pergi ke pantai.

            “Danial suka?” tanya Hadif dengan senyuman. Danial tersenyum riang.

            “Suka sangat! Jomlah mama!” tangan kecil Danial menarik Siti mendekati pantai yang sunyi sepi itu.

            Danial berlari bermain di gigi air. Kesempatan itu diambil Hadif mendekati isterinya yang masih lagi menggigil ketakutan. Tangan Siti dicapai lalu digenggam. Dikucup penuh perasan.

            “Kau tahukan aku sayangkan kau? Cintakan kau?” tanya Hadif perlahan. Siti yang teresak-esak itu mengangguk.

            “Tahu ke tak?” tinggi suara Hadif bertanya.

            “Tahu!” jawab Siti dengan esakkan.

            “Kalau kau tahu kenapa kau buat aku macam ni? Seksa perasaan aku macam ni? Kenapa kau pergi keluar tanpa izin aku? Kau jumpa jantan tu ya?” suara Hadif mula memetir di kawasan pantai itu. Siti tersentak, tindakan refleksnya membuat dia kebelakang tanpa sedar. Hadif semakin marah apabila Siti menjauhi dirinya.

            Tangan dia laju menghinggap ke pipi Siti. Kuat. Sampai terjatuh Siti di pasir pantai itu. Danial yang asyik bermain sudah berlari ke arah mereka. Sambil menjerit menyuruh Hadif berhenti.

            Hadif semakin menggila. Bisikan cemburu, paranoid dan stress yang dia hadapi membuatkan dia hilang pertimbangan. Tangan laju menampar, kaki pantas menendang tanpa henti.

            Danial memeluk tubuh ibunya yang mula kaku itu. Namun Hadif tidak berhenti memukul Siti. Jeritan dan tangisan Danial bagaikan tiada maknanya kepada Hadif.

            “Danial benci ayah!” jerit Danial nyaring. Kata-kata itu membuat Hadif marah. Tubuh kecil itu jadi tumpuannya.

            “Berani kau benci aku! Kau kan anak aku? Ke kau ni anak jantan tu hah? Sebab tu kau benci aku?” tubuh kecil itu diangkat tinggi-tinggi lalu dilempar ke kawasan berbatu. Tubuh Danial kaku.

            “Danial!” jerit Siti yang lemah. Tubuhnya cuba dingesotkan ke arah Danial. Akhirnya tubuh kecil itu didakapnya.

            “Jangan pegang dia!” jerit Hadif yang kini menarik-narik rambutnya.

            “Aku dah kata jangan pegang dia!” batu dicapai. Lalu dihempas ke kepala Siti.

            “Aku dah kata jangan pegang dia. Degil.” Kata Hadif perlahan. Batu ditangan terlepas. Dia terduduk di tepi Siti  dan Danial yang kini sudah tidak bernyawa.

            “Degil.”

            “Degil.”

            “Degil.

            “Aku dah kata... DEGIL!” jerit Hadif kuat.

            Tubuh kaku Siti dan Danial diangkat penuh kasih sayang. Lalu diletakkan berhati-hati ke dalam kereta.

            -

            Kereta yang dipandu akhirnya berhenti. Di depan sebuah balai polis. Hadif tersenyum. Dia melangkah keluar dengan penuh tenang.

            Pintu balai dibukanya. Seorang pegawai polis pantas bertanya apakah dia ingin membuat laporan.

            “Saya dah bunuh isteri dan anak saya.” Kata Hadif tenang. Pegawai polis itu terbeliak biji mata mendengar pengakuan dia.

            “Eh, awak jangan main-main. Ingat pegawai polis ni tak ada kerja ke?” tengking polis itu, terasa dirinya dipermainkan.

            “Betul. Mereka ada dalam kereta.” Kata Hadif dengan senyuman. Polis itu pantas mengarahkan rakan sekerjanya ke kereta dinaiki Hadif.

            “Tuan betul apa yang dia cakapkan tu. Ada seorang wanita yang sedang mengandung dan kanak-kanak dalam linkungan umur 6 tahun tidak bernyawa di dalam kereta yang dia naiki.” Terang pegawai polis yang memeriksa kereta Hadif.

            -

            “Jadi motif awak membunuh mereka, kerana cemburu?” tanya doktor Fadz. Pennya mengetuk-ngetuk meja.

            “Bukan... kerana sayang, kerana cinta.” kata Hadif sambil tersenyum.

            “Baiklah Hadif. Sesi kita akan diteruskan pada waktu yang lain ya. Assalamualaikum.” Doktor Fadz pantas meninggalkan bilik putih itu. Dia jadi menyampah memandang wajah lelaki itu. Hanya kerana mengikut kata hati, dia membunuh isteri dan anaknya.

            Hadif kembali murung. Isteri dan anaknya muncul kembali. Memandang dia dengan senyuman.

            Hadif ketawa. Dia ingin meluru dan memeluk mereka. Dia rindu dengan mereka. Tapi dia tak mampu. Wajah Siti dan Danial yang memandangnya menjadi sedih.

            “Tak apa nanti ayah ikut Danial dan mama ya.” Pujuk Hadif sambil menangis.

            Wajah Siti berubah menjadi menggerunkan. Membuat Hadif ketakutan. Danial juga berubah. Mereka semakin mendekatinya. Bagaikan ingin menariknya pergi sekarang juga. Hadif menendang-nendang tangan Siti yang menarik-narik kakinya.

            “Maaf! Maaf! Nanti aku ikut korang! Maaf!” jerit Hadif.

Doktor Fadz menggeleng-geleng melihat telatah Hadif dari balik cermin itu.

TAMAT.