Assalamualaikum
bismilahirahmanirahim.
Hye semua apa khabar Sorry janji tak betul. Kata nak up minggu lepas. Tapi tak sempat juga.
Okay bab 20 ni akhir yang Asyu up diblog. Belum tamat. Cuma Asyu stopkan dulu up ke blog cerita ni. Nak cuba siapkan Mss ni. Lepas tu cuba hantar ke mana-mana. Kalau tak ada rezeki Asyu up semua di blog sahaja.
Kalau nak tahu kesudahannya, doakan Asyu cepat2 siapkan cerita ni ya semua.
Terima kasih kepada yang sudi baca cerita ini. Love you all. <3 <3 <3
sila ke page asyu ye. Klik saja di sidebar belah kiri ada FB Page ini.
Harris Lee
Nur Afifah
BAB
20
Harris mengeluh kuat. Sampai bila
daddynya nak kurung dia begini? Tak cukup ke apa yang dia buat? Rumah besar
Hazwan, daddynya itu hanya menambahkan kesunyian dihatinya. Mahu sahaja dia
berlari ke rumah yang membawa erti syurga kepadanya. Namun dia tahu tindakan
itu hanya mengundang padah.
Entah apa angin daddynya itu. Sudah
hampir sebulan dia dibiarkan melakukan tugas yang cukup dia benci. Mimpi ngeri
yang pernah melandanya ketika remaja dahulu berulang kembali. Sakit. Sakit tak
terkata. Kini tiba-tiba daddynya mengurungnya di dalam rumah besar ini. Membuat
dia semakin sesak.
Derapan kaki menyendarkan Harris ke
dunia nyata. Dia menanti penuh sabar di dalam bilik yang sediakan Hazwan untuk
dirinya.
“Tuan muda, Tuan besar suruh Tuan
muda turun. Ada tetamu.” Kata Suri, pembantu rumah daddynya.
“Hm... kejap lagi saya turun.”kata
Harris dingin. Pasti Hazwan nak dia berjumpa dengan kepala-kepala gengster yang
lain.
“Harris! Come here! Meet Uncle Lim
and her beautifull daughter.” Kata Hazwan dengan terhuyung hayang cuba
mendapatkan Harris. Harris mendengus perlahan. Busuk. Mabuk lagi daddynya itu.
“Hi.” Kata Harris dingin. Menyampah.
“Hi... Its true Harris is handsome
as Uncle Hazwan.” Ujar Ai Lin tergedik-gedik. Lim yang sudah mabuk ketawa
mengekek dengan Hazwan. Seronok benar melihat anak-anak mereka seakan-akan suka
sama suka. Memang niat Hazwan nak memadankan Harris dengan Ai Lin, anak kawan
baiknya, Lim. Lim juga merupakan ketua kawasan yang paling berkuasa. Banyak
tempat Hazwan cari ‘makan’ berada dalam kawasan Lim. Jadi di atas hubungan
anak-anak mereka, dia berharap kawasan dia mencari ‘makan’ akan semakin meluas.
Leong menjeling dari jauh.
Sebenarnya Ai Lin ialah kekasihnya. Sakit hatinya makin mendalam. Mustahil
Hazwan Lee tak tahu status mereka.Wajah Harris dipandang penuh bermakna.
“Ehem. You ni girlfriend Leong
right?” saja Harris bertanya. Mahu menyedarkan minah gedik itu dari terus
meliok-liok ditepinya.
“Erk... hm... just ordinary friend.
Kan Leong?” Ai Lin membuat nada manja bertanya kepada Leong.
Leong menarik senyum sumbing sebelum
berlalu. Perempuan macam tu buang masa dia sahaja. Baik dia cari yang lebih
baik. Cuma dia kasihan dengan Harris. Sebab perempuan tu macam lintah. Susah
nak buang lekatnya kuat di kulit. Menghisap darah-darah yang ada sehingga
kering.
“See.” Kata Ai Lin penuh menggoda.
Harris menolak kasar tangan Ai Lin yang asyik merayap dibahunya.
“Hurm. You know I dah kahwin?”soal
Harris. Hazwan dan Lim sudah hanyut dalam mimpi. Dua-dua tumbang. Dah macam apa
je Harris tengok.
“Yup.” Ujar Ai Lin membuat mata
Harris terbeliak. Memang perempuan tak tahu malu. Dah tahu suami orang masih
nak menggatal. Ikutkan hati nak sahaja Harris lempang muka perempuan tak sedar
diri ini.
“But I can be more than your wife.”
Ujar Ai Lin dalam nada berbisik. Kesabaran Harris semakin memuncak.
“Don’t you dare talk like that!”
penuh amaran Harris berkata-kata. Ai Lin buat bodoh. Dia memang minum namun tak
mabuk. Sahaja dia buat begitu. Dia yakin dapat menggoda Harris Lee. Like father
like son, right?
“Hurm... Why didn’t believe me? I am much, much better than your
poor wife. I ada rupa, pelajaran and harta.” Kata Ai Lin sambil memngusap lembut
lengan kekar Harris.
PANG! Satu tamparan suku tenaga
melayang ke pipi gebu Ai Lin. Terjelopok perempuan itu dibuatnya. Mata Harris
mencerlung tajam merenung Ai Lin.
“She is 100 times, infinity more
better than you! Kau, jangankan sebelah mata, memang aku tak pandang!”kata
Harris tegas sebelum beredar dari rumah itu. Lantaklah daddy dia nak mengamuk
pun. Perjanjian mereka tiada terkandung hal ini.
Ai Lin terduduk memegang pipinya.
Air mata mengalir perlahan. Tak pernah muka dia hinggap mana-mana ‘hadiah’.
Harris orang pertama beri dia ‘hadiah’. ‘Suka’ sangat dia dengan hadiah tu. Dia
mesti balas jasa baik lelaki itu, janjinya dalam hati.
-
“Mama, Afifah nak kerja boleh
tak?”tanya Afifah manja.
Puan Sakinah terdiam. Larat ke
menantunya itu nak kerja? Usia kandungan sudah menjangkau 5 bulan. Risau juga
Puan Sakinah. Tapi dia juga tak lalu nak melihat Afifah termenung setia hari
bagaikan orang tak betul.
“Hm... ikut Afifahlah. Mama risau
nak lepaskan Afifah kerja. Tapi kalau itu mampu buat Afifah gembira mama tak
kisah. Mama sokong apa pun keputusan Afifah.” Tangan Afifah diusap lembut.
Afifah tersenyum. Dia tahu mak mentuanya sangat menyayanginya.
“Thanks ma, Afifah ingat nak cuba
apply dekat mana-mana. Tak tahu dapat ke tak. Yelah dah lama juga Afifah tamat
belajar tapi tak pernah kerja mana-mana.” Tersenyum Puan Sakinah melihat
keterujaan menantunya itu.
“Yelah. Mama doakan Afifah dapat
kerja. Hilang sikit rindu dekat papa baby tu. Tak adalah monyok 24/7.” Gurau
Puan Sakinah. Tak berani dia sebut nama anaknya. Tahu kalau disebut mesti pecah
empangan air mata menantunya itu.
“Mama ni. Mana ada monyok 24/7. Ifah
happy go luck je la.” Senyuman palsu diukir. Cuba menutup rasa hiba yang
bertandang tatkala Harris disebut. Kalau mama sebut nama Harris harus dia
teresak-esak di sini.
“Hahaha yelah Ifah kesayangan mama.
Okay jom kita breakfast dulu. Kesian cucu mama lapar.” Bahu Afifah dipaut
manja. Afifah mengangguk kecil. Senyuman tak lekang dari bibir. Syukur kerana
mama ada disaat Harris hilang tanpa dikesan.
-
Riss mengheret batang paip ke hulu
ke hilir. Sengaja. ‘Pelanggan yang dihormatinya’ sudah terduduk di satu sudut,
menggeletar yang maha hebat. Bukan sebab sejuk. Atau ngilu akibat bunyi besi
ini tetapi kerana gentar dengan kemunculan Riss dan Vincent orang suruhannya
Hazwan Lee dan anak buahnya Leong.
“Takut ke uncle?”tanya Vincent
selamba kemudian dia gelak mengekek seorang diri. Kelakar agaknya reaksi
‘pelanggan’ mereka mendengar suaranya.
“Shut up Vincent! And you! Aku dah
beri tempohkan... so mana duitnya? Aku dapat info kau menang loteri. Jadi boleh
la bayarkan....” Riss duduk mencangkung ditepi ‘pelanggan’ yang sudah berpeluh
dingin.
“Er... er... duit tu dah habis.”
Balas lelaki itu perlahan.
“Habis!!! Kau tahukan hari ini aku
kutip duit?”soal Riss lagi. Dah la hatinya tengah panas bertambah panas dengan
customer yang satu ni.
“Ta... tahu.”
“Kalau kau dah tahu kenapa kau joli
duit tu sampai habis?!” batang paip dihentak kuat ke lantai menghasilkan bunyi
ngilu. Terus tegak badan lelaki itu.
“Ma... maafkan saya bang! Maafkan
saya! Lu... lusa saya bayar. Lusa.. lusa.”kata-kata lelaki itu mengundang
senyuman sinis di wajah Riss. Riss bertambah bengang. Dengan wajah tak bersalah
lelaki itu meminta masa lebih darinya.
“Lusa! Tulat! Minggu depan! Bulan
depan! Tahun depan! Aku tak nak dengar semua tu. Yang aku nak... Duit. Tu.
Sekarang! Titik.” Rasa marahnya tak boleh dibendung lagi.
“Ish! Dah aku kata lusa! Lusalah!
Duit yang aku menang tu aku beli lagi loteri. Aku yakin aku menang lagi
esok!”kata lelaki itu angkuh. Membuat kemarahan Riss bagai gunung berapi yang
sedia meletup, meletup!
“Pandai! Bijak! Tuah kau tu memang
tak pernah luak pun, ye... esok menang ye... bagus, bagus... Kepala hotak kau!
Kalau dah tahu diri itu berhutang, bayarlah dulu! Kemudian belilah loteri tu
sampai mata kau terbeliak! Dasar manusia tak sedar diri. Kalau kau tahu kau
menang kenapa dari awal kau berhutang! Menyusahkan aku betul!” laju sahaja tangan
dan kaki Riss bergerak. Darah bersembur keluar dari mulut lelaki itu. Riss
semakin menggila. Lupa dia pada dosa pada pahala yang dia ingat hanyalah
kemarahannya perlu diluahkan, dinyatakan.
“Riss...”panggil Vincent perlahan.
Tak pernah dia melihat Riss mengamuk sebegitu. Lunyai lelaki yang berhutang
dengan boss besar itu.
“APA?!”tengking Riss. Marah pabila
diganggu sebegitu.
Vincent menunjuk ke arah lelaki yang
dibelasah Riss. Riss memandang lelaki
itu.
“Astagfirullahalazim.
Astagfirullahalazim. Ya Allah ampunkan hamba-Mu ini ya Allah.” Kata Riss
perlahan penuh penyesalan. Selama ini dia cuba menghindar daripada membelasah
orang lain sepenuh hatinya. Hari ini
akibat rasa kecewa, marah, dia tak mampu bersabar lagi. Akibatnya lelaki itu
jadi mangsanya.
“Are you okay?”tanya Vincent takut-takut.
Sungguh, selama sebulan lebih ini tak pernah dia melihat Riss mengamuk
sebegini. Menakutkan. Patutlah Leong tak berani macam-macam dengan Riss ni.
Riss memang hebat.
“Yes. I’m okay. Call ambulan. Aku
risau dia mati nanti. Karang kes lain pulak.” Riss cuba menenangkan dirinya
sendiri. Betapa dia rasa berdosa.
“Er... okay. Chill.. dia ni hidup
lagi.” Vincent beredar dari situ untuk membuat panggilan kecemasan.
“Aku minta maaf.” Kata Riss kepada
lelaki yang sudah terkulai layu.
-
Ahmad memandang telefonnya buat
sekian kalinya. Hendak telefon atau tidak? Nak ke tak?
‘She So Beautifull...’ tercampak
telefon canggihnya ke atas katil. Dada diurut perlahan.
“Ciss cake betul Iz ni! Terkejut
aku. Nasib baik tak jatuh atas lantai... kalau tak... memang aku sumbat dia.”
Telefon dicapai. Skrin swipe ke kiri.
“Assalamualaikum!” jerit Iz agak
teruja. Ahmad menjauhkan telefon. Kuat betul suara Iz ni dah macam dolphin.
“Hm...waalaikumusalam. Ada apa?”
balas Ahmad malas. Iz ni memang over sikit. Tak boleh layan lebih-lebih karang
jadi hyper pula.
“Ada apa? Ada apa kau tanya... kejam
betul... huhuhu sadis aku rasa.” Iz sudah mula berdrama.
“Yelah sejak dua minggu ni kau asyik
call aku. Lepas tu cerita pasal awek kau tu. Bosan tau tak. Tahu la aku ni tak
ada awek. Terseksa jiwa ni!” rungut Ahmad. Sebenarnya bukan dia marah sangat
pun, Cuma kecewa dengan diri sendiri sebab tak berani nak call atau mesej si
‘dia’.
“Hihihi. Yelah dengan siapa lagi aku
nak cerita lagi. Si Harris tu dah hilang. Entah ke mana perginya... Huhuhu..
aku rindu dengan dia....” Iz membuat drama swastanya lagi.
“Haih, ye ye. Aku pun rindu dia.
Kita doakan jelah dia selamat. Hm.. kau nak apa telefon aku ni?”tanya Ahmad
malas. Runsing dengan Iz ni. Nama je lelaki tetapi... manja mengalahkan
perempuan. Bahaya betul.
“Aku nak minta tolong ni,
Ahmad.”kata Iz sedikit serius.
“Hm.. apa dia? Kalau boleh tolong
aku tolong.” Kata Ahmad ikhlas.
“Tolong carikan Harris.” Kata Iz
lagi. Ahmad mengeluh.
“Iz, bukan aku tak cari kawan kita
tu. Sejak dia hilang, aku mulakan operasi mencari dia. Tapi, jangan kata
hidung, bayang pun tak ada. Entah mana dia menghaib...” Ahmad mula bercerita.
“Hm... aku risaulah dengan dia tu.
Tak pernah lagi dia buat perangai macam ni. Last dia hilang masa zaman uni
dulu.”
“Dia pernah buat perangai macam ni
ke?”tanya Ahmad ingin tahu. Yelah mereka berpisah lepas sekolah menengah. Lepas
tu terus cerita Iz dan Harris senyap.
“Haah. Kalau kau nak tahu kenapa dia
hilang kau boleh pergi rumah dia.”
“Rumah dia?”
“Ye, rumah mama dan isteri dia,
a.k.a. rumah dia.”
“Oh... hm okay jugak tu. Mungkin
kita boleh dapatkan klu di mana keberadaan dia.” Ahmad tersenyum suka.
“Ok. Nanti aku bawak kau pergi rumah
dia.” Kata Iz, senang hati. Talian dimatikan. Mungkin nanti Harris akan
dijumpai.
Ahmad turut senang hati, namun bukan
kerana kemungkinan Harris bakal dijumpai tetapi dia bakal berjumpa dengan
Afifah. Wanita, yang sering muncul di dalam minda dia sejak dua menjak ini.
‘Afifah... Afifah... Afifah...’ desis
hati Ahmad. Parah ni! Afifah tu bini oranglah, Ahmad oit!!!