Terima Kasih kerana datang membaca dan memberi pendapat anda



Followers

Wednesday, 26 June 2013

Manja + Sengal = Cinta?! (cerpen)

MANJA + Sengal = CINTA ♡♡♡?!

“Get Outttttttttttttttttttttttt!!!” Jerit  Amanina. Suara manjanya hampir hilang. Hampir seluruh pekerja cuba mengintai apa sebenarnya yang sedang berlaku sehingga Cik Amanina yang baik dan lembut itu boleh menjerit sebegitu.

            “Amanina! Please behave youself!” kini giliran Shafiq pula menjerit.

            “Siapa yang tak behave? Awakkan? So.. Get out! NOW!!” jerit Amanina sehingga merah mukanya. Shafiq menghela nafas kasar. Geram sungguh dia dengan anak Tan Sri Ahmad Said ini, hanya kerana dia terlupa janji temu mereka si gadis ini menjerit sebegitu.

            “Memang dasar anak manja! Kalau macam ni perangai awak.. Kita putus!” Ujar Shafiq yang sudah tidak tahan dengan perangai Amanina yang sungguh manja apabila berada diluar pejabat. Asyik nakkan perhatian. Macam la si Shafiq ni tak ada kerja, kehidupan sendiri.

            Terkedu Amanina mendengar ucapan keramat itu dari mulut kekasih yang amat dicintainya. Mahu menangis tapi keegoannya lebih mengusai dirinya.

            “Okey if that you want. It will be my pleasure.. So now please get out..” Ujar Amanina dengan suara yang cuba dikawal. Shafiq mendengus kasar. Dia ingatkan Amanina akan berjanji untuk berubah. Shafiq melangkah keluar dengan wajah angkuh. Kalau orang dah tak sudi buat apa dia terhegeh-hegeh? Lebih baik dia blah sahaja.

            Amanina terduduk dibangkunya. Tidak sangka hubungan cintanya akan tamat sebegitu cepat. Sekali lagi rekod putus cintanya mencatat rekod baru. Kali ini cintanya hanya bertahan selama 1 bulan sahaja. Jika cinta-cintanya yang dahulu hampir 3 bulan juga dia nikmati. Memang dia manja... tapi salahkah dia manja sebegini?



            “Hi pretty girl.. seorang aja.. nak bro yang handsome lagi macho ni temankan?” ujar Hazama. Fuh...~! Nama bukan main lagi, tapi perangai playboy 100%. Hampeh! Amanina terus melabuhkan diri disofa yang empuk.
           
“Kau ni kalau sehari tak kacau aku boleh tak?” ujar Amanina tegas tapi kedengaran begitu manja. Tergelak Hazama mendengarnya, suara macam tu ada hati nak marah dia. Makin marahlah si Amanina. Dahlah sakit hati dengan Shafiq a.k.a ex-boyfriend dia tak habis lagi dah ada seorang lagi tambah kesengalan dihatinya.

“Kau ni... saja je! Malas nak layan.”kata Amanina geram tapi manja dan comel membuat Hazama nak gigit sahaja. Nasib baik anak angkat mumnya kalau tak.. dah lama kena ngap.. hehehe ^_<

“Haih... Amani janganlah buat suara dan muka macam tu.. nanti bro ni gigit tak lepas karang baru tahu.” Ujar Hazama sambil mengenyitkan mata. Amanina sudah mengeliat kegelian melihat perilaku lelaki itu. Macam manalah mum yang lembut dan baik hati itu boleh melahirkan anak lelaki yang sesengal ini.

“Amani... Amani... cuba panggil Amanina ke.. Nina ke.. Ama ke.. NI asyik nak Amani je.. rimas la orang tak suka.”Amanina menarik muncung. Ingat comel ke kak? Memang comel pun tu yang Hazama tak keruan ni.

“Alah biarlah.. ikut suka hati brolah! By the way mum mana?” tanya Hazama apabila mula perasan yang mumnya tidak berkepit dengan anak angkat kesayangan. Dulu terkejut juga dia, balik-balik dari overseas terus dapat adik! Ingatkan adik kandung.. rupa-rupanya adik yang diangkat oleh mum kesayangannya. Punyalah cantik... kesian dia kena tanggung perasaan sendiri. And moreover, mumnya dibolot Amanina, makinlah dia makan hati.

“Mum?! Mum macam biasalah menghadap telenovela terbaik dia tu. Tak habis-habis tengok dvd yang sama. Kalau tak handsome mamat yang berlakon tu tak ada maknanya dia nak tengok telenovela tu walaupun terbaik giler.” Ujar Amanina tercebik-cebik nampak sangat makan hati dengan telenovela mumnya. Hazama tergelak.

“Kata mum ya.. padahal dia pun sama jugak. Kalau dapat drama k-pop, j-pop dia tu mana nak pandang kita ni. Kalau sebut shopping baru nak pandang..” perli mum yang baru muncul. Mum atau Puan Salina mengerling anak angkatnya yang sudah 5 tahun disampingnya. Sejak dia berjumpa Amanina di syarikat seni reka dalaman itu terus dia jatuh hati dan dijadikan Amanina anak angkatnya. Ketika itu Hazama berada jauh di perantauan.

“Hehehe.. mum ni telinga lintah betullah..”Ujar Amanina sambil memeluk lengan Puan Salina. Puan Salina menarik senyuman manis khas untuk anak angkat kesayangannya. Hazama mula terasa disisih.

“Amani ni tak reti nak balik ke? Kesian Papa Amani tu seorang-seorang.” Ujar Hazama dengan suara dingin. Nampak sangat menghalau tu!

“Uish.. Hazama kenapa cakap macam tu?” marah Puan Salina mendengar bahasa anaknya. Ditepuk perlahan paha anaknya. Hazama menarik sengih.

“Ala cemburulah tu... ni mum kita..” ujar Amanina menjelir lidahnya. Hazama menarik sengih nakal.. hehehe dah ada bahan nak buli budak manja ni...

“Cemburu buat apa? Puan Salina ni memang mum kandung abang... Amani bukan sesiapa dengan mum..” ujar Hazama pedas. Terus berubah muka Amanina mendengar kata-kata itu. Dia sedar diri dia hanya menumpang kasih.

“Melainkan.... Amani kahwin dengan abang. Hehehe... tak rugi apa dapat bro yang handsome lagi macho ni.. amacam setuju?” ujar Hazama tersengih-sengih gatal. Puan Salina yang baru nak memarahi anaknya itu terus tak jadi mendengar ayat anaknya yang tadi. Dia pun suka Amanina jadi menantunya.

“Hah, Amanina setuju jelah...” ujar Puan Salina memprovok.

“Setuju apanya..?” tanya Amanina buat-buat tidak faham padahal muka dah merah macam udang kena bakar.

“Okey.. tak faham tak apa. Amanina yang cantik dan manja, mahukah dikau menjadi suri dihatiku? Tak jelas lagi? Will you marry me? Tak jelas lagi? Sudi ta..”

“Op... STOP! Dah-dah.. naik bulu roma Amani..”ujar Amanina sambil menutup telinga. Tanpa sedar dia turut mengelarkan dirinya Amani.

“A M A N I? Hurm... i like the sound..” ujar Hazama masih giat mengusik si gadis.

“Alamak! Salahlah.. Amanina! Hish sengal la Zama ni! Nak balik la!” ujar Amanina sambil menyambar beg sandang dan beg laptopnya. Mukanya sudah memerah tahap melampau. Terus sahaja kakinya melangkah ke pintu.

“Amanina merajuk ke?” tanya Puan Salina sedikit risau. Amanina menayang senyuman tak berapa nak jadi. Macam tak pernah senyum sahaja.

“Mana ada mum, orang risau papa kat rumah seorang diri. Ni yang nak balik ni..” ujar Amanina manja sambil menyalami dan mencium tangan mum angkatnya.

“Ehem.. ehem..” Hazama mengunjukkan tangannya. Amanina mengangkat kening.

“Salam la..” ujar Hazama sambil memberi senyuman yang tercomel sekali.

“SENGAL!” jerit Puan Salina dan Amanina serentak. Membuat Hazama ketawa menekan perut. Amanina terus masuk ke keretanya tidak toleh-toleh lagi. Sekiranya dia toleh pasti jadi bahan ketawa sahaja. Mana taknya, sudah berair matanya menahan geram. Nampak sangat yang dia ni manja.




“Assalamualaikum papa...” ujar Amanina sambil memeluk leher papanya. Lagaknya tidak ubah seperti kanak-kanak berumur 5, 6 tahun. Tan Sri Ahmad Said tersenyum senang dengan kehadiran anaknya.

“Waalaikumussalam, lambatnya sayang papa ni balik. Tahu tak papa dah mula risau..” ujar Tan Sri Ahmad Said lembut. Memang patut anaknya manja, dah papanya melayan.

“Sorry papa. Tadi singgah rumah mum sekejap. Si Zama tu ada.. tu yang jadi lambat tu..” ujar Amanina dengan mata berair.

“Lah.. ni kenapa pulak menangis ni? Nina ada masalah? Shafiq tu ada sakitkan hati anak papa ke?” tanya Tan Sri Ahmad Said bertalu-talu. Risau benar dengan perubahan anak tunggalnya itu.

“Di... dia.. Ka.. kami.. isk.. isk.. pu... pu.. putuss.... warghhh...” susah benar Amanina nak menyatakan ayatnya dalam keadaan yang menangis teresak-esak.

“Ya Allah.. sabarlah sayang. Macam mana boleh macam ni? Setahu papa kamu dengan dia baik sahaja?” tanya Tan Sri Ahmad Said sedikit keliru. Dia yakin Shafiq benar-benar serius mahu memperisterikan Amanina. Baru Selasa lepas dia berjumpa dengan anak muda itu, jelas anak muda itu baik orangnya.

“Nina.. ga.. gaduh dengan dia.. Isk Isk.. pasal janji temu kitaorang hari tu.. isk” ujar Amanina teresak.

“Hurm.. pasal tu je.. Tak apalah. Nina tak payah sedih sangat. Mungkin jodoh diantara Nina dan dia tak ada.” Pujuk Tan Sri Ahmad Said.  Dipeluk Amanina yang teresak-esak. Rasa kasihan pun ada.. rasa nak gelak pun ada. Macam-macam la budak-budak sekarang ni.. pasal lupa janji temu pun nak putus bagai.. hehehe lawak.. lawak..

“Dah, dah.. Pergi mandi, lepas solat. Barulah hati anak papa ni terubat. Ingat kalau papa dah tak ada, Nina hanya ada Allah s.w.t sahaja untuk mengadu. Masa tu Nina kena tabah, barulah papa tenang..” Tan Sri Ahmad Said mengusap lembut kepala anaknya.

“Papa ni... saja je nak kasi Nina lagi sedih.. Huawaaa... isk.. isk..” makin kuat tangisan Amanina apabila mendengar papanya berkata begitu. Tergelak Tan Sri Ahmad Said dengan perangai anaknya. Mudah tersentuh. Ini yang membuat Tan Sri Ahmad Said gusar, anaknya itu terlalu naif. Mudah percaya, mudah jatuh cinta, mudah suka, mudah tersentuh, mudah sakit hati... memang keadaan anaknya membuat dia risau. Bagaimana jika suatu hari nanti dia tiada? Bolehkah Amanina, puteri kesayangannya melalui hidup yang penuh dugaan ni?

“Betullah... Okey-okey papa tak cakap pasal mati. Sekarang Nina pergi mandi sebelum papa mula balik cakap pasal mati..” terasa sesak dada Tan Sri Ahmad Said apabila Amanina memukul-mukul dadanya. Nampak sahaja manja, lembik tapi kuat betul penangan si Amanina ni. Amanina yang sudah terhenti tangisannya, mencebik sebelum mencium pipi papanya. Lalu dia melangkah ke biliknya. Tan Sri Ahmad Said tergeleng-geleng kepalanya melihat perlakuan anaknya yang masih tidak matang itu.



“Masuk!” Amanina yang sedang sibuk melukis untuk pelanggan terbarunya mengeliat sedikit. Kelihatan Arith masuk dengan bunga ditanganya. Amanina mengeluh. Sudah berkali-kali dikatakan dia tidak mempunyai perasaan untuk lelaki itu. Namun tetap juga Arith memikatnya, macamlah tiada perempuan yang lebih cantik untuknya di Kuala Lumpur ini.

“Hurm.. awak rupanya. Ada apa? Saya ada banyak kerja ni!” Amanina mula menghadap balik drawingnya. Padahal sudah hampir 95% drawing itu siap, dia hanya mahu lelaki itu cepat-cepat keluar dari biliknya.

“Nina, betul ke Sahfiq dah berpisah dengan you?” tanya Arith dengan riak wajah yang serius. Bunga diletakkan di atas meja kopi yang terletak di tengah bilik Amanina. Arith terus melabuh punggungnya dikusyen empuk. Macam harta mak bapak dia je! Amanina mendengus perlahan. Memanglah Arith ni manusia yang tak reti bahasa.

“Kalau ye pun kenapa awak nak sibuk?” tanya Amanina dengan wajah yang masih menghadap lukisannya.

“Kalau betul... I nak masuk meminang you!” ujar Arith sambil merenung Amanina tajam.

“Awak jangan main-main! Sayakan dah kata, saya tak suka awak!”kata Amanina yang mula meninggikan suara.

“Ala, sayang cinta boleh dipupuk.. Lagipun you tak ada sesiapa dihatikan?”tanya Arith yang sedari tadi merenung wajah Amanina. Amanina mula rasa terperangkap. Memanglah dia tiada kekasih tetapi dia tak mahukan Arith kaki playboy terkemuka di KL ini sebagai suaminya!

Dalam suasana yang tegang itu, kedengaran pintu biliknya dibuka kasar. Terpacul wajah Hazama yang nampak bengang. ‘Dia dengar ke apa yang si Arith ni cakap?’ Persoalan mula timbul dibenak hati Amanina. Tapi kenapa, Hazama macam marah je dengan Arith?

“Dia dah ada boyfriend la.. kan Amani?” tanya Hazama dengan senyuman nakal.

“Amani?” Arith kelihatan pelik. Bingung memikirkan siapa Amani.

“La.. Amani aka Amanina panggiilan manja dia dan saya. Dia ni girlfriend saya kalau awak nak tahu. 2 minggu lagi saya dan dia akan bertunang. Nanti jemputlah datang rumah.” Ujar Hazama dengan nada sarkastik. Terus terbuntang mata Arith mendengar kata-kata Hazama itu.

“Betul ke Nina?” tanya Arith dengan nada tidak percaya.

“Be.. betullah..” ujar Amanina tergagap. Terkjut satu hal, namun selamatkan diri lebih penting!

“Hm.. baiklah. Saya mintak maaf menganggu kamu semua.” Arith segera keluar dari bilik itu. Terasa mukanya tebal 5 inci. Amanina ketawa senang. Termakan juga Arith dengan penipuannya.

“Seronoknya ketawa...” ujar Hazama yang tadinya tertawan dengan gelagat Amanina yang kelihatan comel itu.

“Seronoklah.. lepas ni playboy tu mesti tak ganggu Nina dah.. Terima kasih sebab tolong Nina.” riang sahaja Amanina bersuara. Terlupa sebelah dia ni mamat sengal yang membuat dia marah tahap sedang-sedang semalam.

“Sama-sama. By the way, Amani, awak kena bayar pertolongan saya tu..” sekali lagi sengihan nakal Hazama terpamer.

“Hah, kena bayar! Hurm.. nak apa?” tanya Amanina dengan mulut yang dicebik. ‘Ingatkan ikhlas rupanya kena bayar.. menyampahnya dengan mamat sengal ni...’ Baru dia teringat tu mamat sengalnya.

“Kahwin dengan Zama!” ucap Hazama senafas dengan wajah yang serius. Terlopong mulut Amanina. Terlepas mulut harimau masuk pula mulut buaya. Apalah nasib....

“Tak nak!” ujar Amanina tegas. Melihat ketegasan Amanina membuat Hazama geli hati. Pantas ketawa yang ditahan diluahkan, namun dalam hatinya terasa sedikit... sakit dengan penolakan Amanina. Makin cemburut wajah Amanina.

“Hahaha.. Zama main-main je. Siapalah.. nak kahwin dengan perempuan mulut itik ni?!” ujar Hazama menutup kesakitan yang dirasai dalam diam.

“Sengallah Hazama ni!!! Kenapa datang ni?” tanya Amanina yang baru sedar dia tidak tahu tujuan Hazama ke pejabatnya.

“Lunch, and bussines talk..” ujar Hazama bersahaja. Amanina mengangguk. Dia melihat jam tangan jenama terkemuka hadiah dari papanya buat hari lahirnya yang ke-23. Jam menunjukan pukul 1.30 petang. Amanina pantas mencapai tas tangannya. Mereka melangkah keluar bersama-sama. Buat seketika Hazama merasa bahagia Amanina sudi menemaninya makan tengahari walaupun dengan alasan kerja.




Sebulan kemudian...

“Apa?!” nafas Amanina mula turun naik dengan deras. Telefonnya dibiarkan terjatuh begitu sahaja. Air mata mula mengalir. Hazama yang baru sahaja masuk ke rumah mumnya terpinga-pinga. Pantas dirapati Amanina yang sedang kelam kabut mencari sesuatu didalam begnya.

“Hei.. kenapa ni?” tanya Hazama prihatin. Sejak peristiwa sebulan lalu, hubungan mereka menjadi rapat. Matanya melilau mencari kelibat mumnya.

“Papa.. isk.. papa saya.. isk.. Zama.. tolong...” rayu Amanina dengan tangisannya. Hazama semakin bingung.

“Kenapa dengan Tan Sri?” tergaru-garu kepala Hazama melihat Amanina yang menangis bagaikan kehilangan sesuatu yang berharga.

“Tolong bawa saya pergi hospital..” ujar Amanina setelah mula tenang.

“Oh, okey.” Pantas sahaja Hazama bersetuju.

Sampai sahaja di hospital Amanina pantas keluar mencari papanya. Hazama pergi meletakkan keretanya. Selepas itu kakinya laju ke kaunter pertanyaan. Bertanyakan Tan Sri Ahmad Said. Selepas mendapatkan info, Hazama melangkah ke wad kecemasan.

Kelihatan Amanina terduduk lesu diruangan menunggu. Hazama menghampiri gadis itu. Rasa simpati mula melimpah ruah dihatinya.

“Are you okey?” tanya Hazama sambil duduk ditepi Amanina. Amanina memandang kosong wajah Hazama.

“Papa... papa saya..” Ujar Amanina, air mata mula kembali bertakung. Sedih dengan keadaan yang berlaku.

“Sabar... kita tunggu dulu ya..” ujar Hazama sambil mengusap kepala gadis itu.

Lama mereka menunggu hingga tertidur. Mereka terjaga seleas doktor yang merawat Tan Sri Ahmad Said keluar.  Melihat gelengan doktor membuat lutut Amanina lemah. Dia terduduk disitu.

“Baik awak berdua berada disamping pada saat akhir beliau..” ujar doktor itu lalu beredar. Hazama memimpin Amanina masuk ke wad ICU. Kedengaran bunyi mesin menunjukkan denyutan jantung ayahnya. Begitu lemah sekali Tan Sri Ahmad Said tika ini.

“Papa.. Nina mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan dan minum Nina, papa..”pinta Nina dalam tangisan. Tan Sri Ahmad Said mengangguk, tangan yang lemah dibawa ke kepala Amanina lalu diusap penuh kasih.

“Zama... Papa nak mintak tolong dengan awak.. tolong nikahi anak saya.. bahagiakan dia.. lindungi dia..” pinta Tan Sri Ahmad Said yang semakin nazak. Hazama yang tidak sampai hati. Lalu mengangguk.

“Nina.. terima Zama. Sayangi dia, hormati dia.. selepas ni.. syurga Nina dibawah telapak kaki dia..” Kali ini selepas berkata-kata dada Tan Sri Ahmad Said mula turun naik dengan kencang. Meleleh air mata Tan Sri Ahmad Said tatkala sakaratulmaut mahu mencabut nyawanya. Hazama membisik kalimah syahada ditepi telinga papa Amanina.

“Nina.. janji.. papa.. Nina janji..” Tangisan Amanina sudah surut apabila melihat dada papanya tidak bergerak lagi. Senyuman diwajah papanya, membuat Amanina turut terjangkit. Dia tahu papanya tenang menghadap Allah.



Amanina menanti penuh debar. Baru petang tadi dia diijabqabul. Akhirnya janjinya pada papa terungkai. Terasa tenang hatinya melihat cincin dijarinya. Bilik yang berhias cantik diperhati. Cantik juga hasil sentuhan ibu mertuanya.

“Assalamualaikum.. “ kedengaran suara garau disebalik pintu. Amanina semakin berdebar. Dia melirik suaminya yang baru masuk.

“Waalaikumsalam..” manja sahaja suara yang keluar dari mulut Amanina.

“Hai, isteri manjaku..” ujar Hazama dengan senyuman menggoda.

“Hai, suami sengalku..” jawab Amanina penuh malu.

“Mari sini duduk sebelah abang..” panggil Hazama. Amanina hanya menurut. Wajahnya hanya menunduk sedari tadi.

“Abang nak tanya ni.. hurm.. sayang cintakan abang..” ujar Hazama penuh romantis.

“Hurm...” Amanina mengangguk.

“Abang tak dengarla...”

“Cinta la..” ujar Amanina malu-malu.

“Sayang, hehehe tau tak kita ni ibarat apa?”tanya Hazama sambil gelak.

“Hurm.. tak tau..” ujar Amanina polos. Hazama merangkul isterinya. Memang isterinya naif, nasib baiklah arwah papa mentuanya menyuruh Amanina berkahwin dengannya. Kalau tak tahulah apa yang akan terjadi dengan gadis ini.

“Cinta kita.. ibarat.. cinta si manja dengan si sengal.. bila bergabung mungkin tak serasi.. namun kelama-lama cinta itu berbuah dengan lebat..” ujar Hazama penuh bermakna. Amanina ketawa. Memang cinta mereka ibarat manja campur sengal jadilah cinta. Insya-Allah, hidupnya hanya untuk suaminya. Semoga perkahwinan ini berkekalan ke Jannah. Insya-Allah!



# hehehe.. nampak sangat nak cepat habis.. Apa-II pun komen tauuuuu hehehe trimas sudi baca sampai abisssssss >_< Love u all♡♡♡

20 comments:

  1. lawak + menarik. hehe

    ReplyDelete
  2. bestnya :) Jemput singgah blog ya kak :) luahankutintaku.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks cahaya... selalu jenguk blog cahaya... tunggu sambungannya :)

      Delete
  3. Sweet ♡♥♡ >◇<

    ReplyDelete
  4. i dont like it tough . sorry v-v

    ReplyDelete
  5. tak tau part mana yg manjanya.. sorry tp cerpen ni mmg entah apa2.. good try tp next time cuba hasilkan cerpen yg matang sikit..

    ReplyDelete
  6. hmmm.nak kata best tu x la sngt...tapi mmg x best pon...hahah

    ReplyDelete
  7. Thank you audi baca n komen walaupun x best :)

    ReplyDelete

Dah baca Harap KOMEN Boleh bantu Asyu :)